Wednesday, November 3, 2010

gelagat si kecik

owh! si kecik yang nak aku kisahkan ni bukanlah kecik sekecik baby yer...dah besar gajah dah budaknya. dah sekolah darjah 1, tapi kerenah dia memang selalu unexpected! muka innocent jek tau.

meh tengok budak kecik nih!

yang bolat tu abang si kecik tunjuk peace tu yer. skang ni kesah pasal si penunjuk peace.

sat tadi mak si kecik ni called aku, saja berborak. citer2 pasal mak aku dah dapat kete baru..alhamdulillah..thanx so much cik ana! ** mak si kecik adalah makcik kesayangan aku!**

berbual punya bual termasuk citer si kecik ni. Mula citer pasal adik aku asyik tak nak sekolah, biasalah budak2 ni ada je akal dia kalau dia malas nak sekolah. sakit kaki, jari tercucuk jarum, jatuh, sakit perut, macam2 kot. ye la, ai pon selalu je buat temberang sakit perut masa zaman sekolah dulu. ;p!

pastu aku cakap lah :

aku::biasalah budak..adik tu pon cik ana,macam2 akal dia ada, pandai jek semunyik tak nak skolah punya pasal.kelakar kita tengok.
cik ana:: memang...ade je akal dia. baru2 ni dia buat hal, pergi cabut kelas. boleh tak??

aku dah kah kah kah kah....korang boleh tak bayangkan budak umur 7 tahun dah pandai cabut2 kelas ni. adeh!!! aku memang tak tercapai dek akal tau tak. nakal2 aku sekolah darjah 1, masih lagi takut nak mencabut kan diri, tapi tingkatan 1 pandai dah! hahahahh..

sebenarnya dia di masukkan kelas khas untuk belajar mengeja, bila dah pandai of cos kene pindah kelas normal, tapi dek kerana tak nak pergi kelas normal dia pergi lepak kat surau ramai2. ramai2 tu yang lagi aku tak tahan tu, kat surau lagi.

mak nyer apalagi... kasi piat la telinga dia...lagipun budak lelaki kan, nakalnya memang tak sama dengan budak perempuan. lagi2 bila ada geng, ligat je otak dia berputar. tapi as a parent tak kira kecik ke besar kena beritau perbuatan tu salah, kadang budak2 ni bukan dia paham pun..dia ingat dia tak salah.ye tak?

Tapi alhamdulillah bila time periksa, paper almost semua dapat A. bila tanya dia meniru ek??

" mama ni...pekse mana boleh tiru2...adik buat sendiri la".

bila budak cerdik, samada dia nerd, duduk diam2 baca buku atau dia aktif sebab otak dia sentiasa berkerja nak meneroka benda baru. bukan kata budak nerd ni tak suka teroka benda baru cuma diorang ni perangai lebih behave, tapi bukan pada budak yang aktif@hyperaktif ni, mereka ni memang selalu kena pantau dan sedikit tegas, supaya dia lebih memahami kenapa itu betul kenapa ini salah.

untuk adik...kak long harap adik jangan buat nakal2 lagi tau...pengsan mama nanti.

nah! hambek satu lagik si kecik nakal itu!


muka dia memang baik..sopan santun jek.adik adik..

ps::still guwe tak leh blah dia cabut kelas.adeh!! si gula2 hati saya ni.
pss::masa dia kecik dia sangat baik, bila besar dia banyak betul akal. ;p

No comments:

Post a Comment