Hii all....
Bila cuti je, dalam kepala pikir balik kampung oooooo balik kampung oooo... ;p
Jadi bersempena cuti wesak hari senin, aku laki bini bersama baby tecit dalam peyot balik Terengganu, dari sabtu sampai selasa ;D. Kali ni balik naik flight, tidak lagi menggunakan khidmat kereta, sebab balik JB yang sekangkang kera tu pon , aku sampai kene MC 2 hari sakit bawah perut punya pasal, ada dalam entry 1st kick??. letih kot jalan jauh, so tak nak amik risiko, naik la kenderaan mudah tapi tak murah.huhuhuhuh
Alhamdulillah, semua ok jek, tapi masa dalam flight dah nak sampai terengganu masa tu, cuaca agak mendung, kot agaknya berlaga dengan awan berat kot, ke apa ke tak tau la aku, flight macam bergegar semacam & rasa macam korang drive lalu bukit tinggi then menurun, darah tu macam zuupppp!! ahhahaha..gila apa ntah aku nak explain, susah benor nak cakap. ;p dek kerana aku rasa berdebar2 sikit, baby pon kick agak kuat jugak lah, sampai terkejut aku. Dia pon terkejut sama kot,kan.
Macam biasalah bila namanya balik kampung, tak kira JB or Tganu makan memang wajib merata2 tempat pergi. Paling best dapat makan buah pauh dengan jambu air cecah cili potong, kicap, gula sikit. nyuummmmss!!! eh, ibu-ibu yang baca jangan terliur ye sayang.sorry..
Tapi dalam seronok balik kampung tetap ada tak best... ;(
Even dah naik flight konon nak elak dari sakit bawah perut, aku tetap kesakitan yang amat sangat, sampai tak boleh nak jalan, kalau berjalan pon kemain terkengkang macam orang perut dah besar sangat, padahal perut aku kecik je, tak effect langsung lah senang cerita. MIL pon naik risau tengok aku susah sangat nak berjalan, nak bangun segala kan. Dia call bidan tanya boleh tak kalau nak urut, rasa perut, mungkin baby aku bawah sangat ke apa kan, sebab aku nampak sangat seksa nak bergerak.
Bila pergi urut dengan bidan, bidan tu rasa la perut aku, dia cakap ikutkan kandungan aku dah pon 5mth ++, tapi kalau ikutkan doktor punya kiraan aku baru nak cecah 5mth. Tak kisahlah, janji baby ok.
Dah sambung citer, bila bidan rasa perut aku, dia cakap urat aku keras sangat2.. dia nak terus betulkan pon tak boleh. Dia kena urut satu badan * adalah urat2 khas yang di urut*, peha, betis, bon bon, belakang badan, eh semua lah dia urut, barulah dia urut bawah perut aku. Rupanya baby elok je, baby tak turun pon. Sakit yang aku rasa tu sebab kesan dari aku banyak bersukan, terhentak or melompat ke apa ke kan, pastu aku ni suka beraktiviti luar, camping kejadah semua lah. Jadi kesimpulannya, kerana itu semua, urat2 aku semua bersimpang siur. Jadi bila baby berpusing ke apa, baby akan menekan dekat urat yang selirat tu, dan aku akan sakit sampai nak berjalan pon tak boleh.
Pesanan untuk kalian, yang belum berkahwin, yang dah, yang baru berkahwin, pergilah berurut dengan bidan, betulkan urat mana-mana yang tak betul supaya tak jadi macam aku.Mujur aku cepat pergi berurut kalau nak tunggu sampai baby dah besar alamatnya semakin seksalah jawabnya, sebab semakin baby besar semakin dia menekan ke bawah. Lepas urut, alhamdulillah.....lega sangat. Boleh berjalan, boleh bangun, mengiring dengan senang hati, cuma still hati2 la. Angkat berat, turun naik tangga perlu di kurangkan. Apa pun sangat bersyukur rasa sakit tu dah tak ada lagi, badan pon rasa sedap je.
Insyallah, july nanti balik lagi urut sekali lagi. :)
ps:: berat badan adalah naik mendadak, dari last check up sampai ke hari ni aku dah gain 3kilos! woot!woot! haruslah mendapat bebelan next check up. ;D
qa baru nak pi urut.. hee
ReplyDeletewah bestnya balik tganu... g pantai tak? huhuhu ni mesti jarang urut time anak dara dulu eh huhuhu xpela, janji baby ok n mak dia pun dah xsakit2 kan..=)
ReplyDeleteAtiqah :: qa, elok tu g urut, lgpn bby lom bsr sgt kan.
ReplyDeletefarah:: pantai batu buruk je la kalau pegi pon..heheheh..
masa anak dara bukan kata jarang, tak pernah pon urut, kalau jatuh ke apa2 ke, semua pakai biar & baik sendiri. Nek bidan cakap banyak urat yang kene betulkan balik, bersalin nanti memang kena urut betul2.huhuh
betul tu. dulu tak caye sangat part urut-mengurut ni. pastu bile dah lebih 6bulan kawen tak lekat2, try la as an option. sedapnye badan dan alhamdulillah tak lame lepas tu preggie. bukan nak kate urut tu yang boleh buat kite preggie. tapi disebabkan urut tu perjalanan darah lebih lancar, kepala lagi tenang..badan segar..tu yg penting kan.. :)
ReplyDelete