Monday, May 9, 2011
Hari Ibu
Salam...
Semalam hari ibu, jadi aku ucapkan selamat hari ibu, untuk semua ibu dan bakal ibu (aku pon bakal jugak).
semalam tak kemana, cuma keluar makan dengan hubby, makan nasi arab. sedap ooooooooooo...tapi sesedap mana pon nasi arab tu, hati ni tetap ingat dekat mak aku, even minggu lepas baru jumpa dia, tapi hati aku tetap ralat coz bila call mak aku tak pick up phone, call mak mertua aku pon sama jugak, tak pick up phone...owh bonda2 ku di mana kamu? sudahnya aku sms je la....
Aku memang cengeng bila sampai hari ibu ni, senang je nak nangis. Semalam pon ku tahan2 dari nangis, syahdu tak memasal, huhuhuh... Ikutkan tak kira hari aku tetap sayang je kat mak aku tu kan, tapi hari ibu ni macam istimewa sikit. Walau sekadar ucapan cukup buat ibu korang senyummmmmmmmmm sampai dia tidur. Kenapa aku cakap gitu? sebab semalam adik lelaki aku wished aku selamat hari ibu...Ya Allah, kembangnya hati ni..rasa dia dah bright my day jek.huhuhuh.... Jadi aku dapat rasakan itulah perasaan ibu-ibu atau mak-mak kat luar sana, terutamanya mak aku. Aku nak bagi dia hadiah tapi sampai laaaa ni aku tak tau nak beli apa. humphhh!!
Minggu ni aku balik terengganu so dapatlah jumpa mak jugak..mak mertua.. ;) ingat nak cari something jugak untuk dia. Sebagai tanda ingatan dan penghargaan sebab dah menjaga husband aku dan sudi berkongsi kasih husband aku dengan menantunya ni...huhuh...
Apa pun juga, dapat call ke tak ke dapat jumpa atau tak, hati ni tetap sayang dan kasih mak sampai ke akhir hayat.
Ibu
engkaulah ratu hati
Ibu
terima kasih kerana telah kandungkan aku
kerana telah membesarkan aku
kerana telah mendidik aku
Ibu
segala jerih payah mu tidak terbalas oleh ku
walau segunung intan permata tidak mencukupi
Kau lah penyeri
Kau lah segalanya
Ibu
engkaulah ratu hati ku
Labels:
Kesayangan ku,
ubat hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
huhuhu minggu ni pun fara xbalik...juz by phone je wish
ReplyDeletesamalah kita...sodih den rasa.
ReplyDelete