Tuesday, July 12, 2011

7 month! alhamdulillah..

salam semua...

lama dah berabuk blog aku nih..sian dia terabai.

Alhamdulillah..aku dah nak masuk 3rd trimester dah..lagi 2 hari cukup 7bulan. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.

sepanjang menempuh bulan ke 6, setakat ni ok jek, cuma kaki ku membengkak, dan sakit2 punggung, tak tahu kenapa, tapi sekarang dah tak ada, alhamdulillah. Tapi waktu sakit tu memang nak berjalan terseksa jugak la, macam nenek2 tapi stok kengkang, hahhahaha...sampai ada jugak yang sound " oii..lom lagi cukup bulan jalan dah macam orang nak beranak". Agak sakit telinga jugak lah, tapi biarlah dia tak merasa... bukanlah sengaja aku ni nak jalan terkengkang gaya orang perut besar sangat, tapi dah sakit, dan cara jalan tu yang buat aku paling selesa. Ada aku kesah? huhuhuhu....


kaki bengkak. tetiba rasa pelik bila kaki aku gemuk dan nampak pendek.huhuhu..

Bila pergi check up, nurse suruh kurangkan berdiri lama, bila duduk kaki tu naik kan sedikit, nak tidur pon sama. Tapi bengkak ni tak lah menyakitkan, cuma kaki gemukk la. So malam-malam tugas tetap my vitamin sapukan minyak panas, urut2 sikit..sekarang dah hilang dah bengkak bulat tu, cuma adalah sikit2 lagi..

Ye la, macam mana tak nak berdiri kan. Bila masak haruslah berdiri, aku sekarang potong bawang bagai semua aku diri jek, tak kuasa nak bangun duduk, penat. ;P so memang berdiri je la dari mula masak sampai siap. Pastu membasuh pulak bekas-bekas kotor, tapi rasanya tak la lama sangat berdiri tu. Tak kesahlah as long ianya tak sakit. Kasut pon masih lagi memakai saiz yang sama, belum pon kena tukar saiz, masih tahap normal. heheheh...


ini dia si bulat in house!! :D

Sejak seminggu ni, aku mula cepat penat. Letih je semedang. Perut pon dah semakin berat. Masalah utama ialah bila nak tidur. Sakit rusuk kanan yang aku rasa tu masih berterusan sampai sekarang, malah makin sakit. Baring tak leh sebarang, tertelentang pon kadang2 boleh buat rusuk aku sakit, so bila nak tidur aku sendalkan belakang badan dengan bantal/ bila mengiring sendal dekat area rusuk tu. Time nak tidur memang kecoh, hubby pon naik risau tapi nak tolong pon bukan boleh tolong apa pon, so dia tolong tengok je la.kikikiki...

Tidur dah mula berstokin panjang ** padahal stokin bola.agagagga**, dah pakai yang panjang, aku sarung lagi yang pendek & tebal. Nak elak cramp punya pasal kan. Sakit ooooo..kadang betis keras 2 3 ari baru hilang.

Baby movement::

Sekarang dak kecik ni dah bergerak dengan jayanya. Waktu feberet, subuh2, petang-maghrib, pukul 10-1pagi...wah wah..kemain bersilat gayung dia dalam tu.

Baby gender::

cak!!! tunggu next check up ye mommies semua...dah tau dah, tapi nak bagi confirm sekali lagi.. ;D tapi kalau nak teka boleh jugak.cer teka cer teka.huhuhuhuh

Baby checklist::

Alhamdulillah semua barang asas baby dah lengkap..akan di paparkan**cewah ko nak papar segala kan....** selepas pengumuman gender ye sayam semua...gedik tak mummy sekor ni? lalalalala

Owh ye now nak kongsi tips sikit untuk mommies yang ingin mengawal selera makan bagi mengelakkan kenaikan berat badan secara melampau dan berjaya. Insyallah pemakanan sehat, baby tetap dapat supply yang cukup dari ibunya. ;)

Pagi::

2 keping roti
horlicks

scramble eggs (campurlah cendawan butang/sosej) -2biji ** selalu kongsi dengan hubby**
jus oren

1 burger ringkas( roti gardenia, daging burger ** kids**(so daging dia kecik n tipis jek), salad )
horlicks/susu

Tengah hari::

selalu aku memang consume nasi la. Nak makan mee hoon sup ke pon boleh.
Ikan bakar/lain2 lauk dengan ulam2.
Buah
Milo/Air kelapa/Oren

Petang::

Kunyahlah kismis/badam/kurma

Malam::

Kalau aku tetap nasi jugakkkkk....
Lauk sardin **seminggu 2kali untuk tambah darah**
Sayur bayam/salad/ulam2/kacang panjang

Bagi yang tak nak nasi boleh tukar kepada

**2keping roti buat sanwich telur/sardin
**buah 2-3 biji
**Biskut 3-4 keping
Makan bersama air horlicks panas/susu
dessert calciYUM 1 bekas / 1 botol

ps:: makan malam, taip 1 menu yang bertanda (**) tu berasingan, bukan makan semua tu sekali ye.

Insyallah pemakanan sarapan pagi tu, memang akan kenyang ke tengah hari, makan tengah hari konpem kenyang la sebab makan nasi kan, makan malam even makan nasi berpada-pada, lebihkan pada lauk2 kurangkan nasi, lebihkan sayur2.

Mesti korang perasan aku ni dok horlicks memanjang, sebab aku susah gila nak minum susu, so aku tukar pada horlicks, n horlicks ni bagi rasa kenyang yang lama. Kadang2 tu aku minum jugak susu, tapi susu HL ke, ducth lady ke, janji susu. Baru2 ni aku dok telan calciYUM plak...huhuhu rasa pon memang yumssss!!

Alhamdulillah dengan pemakanan macam ni, berat aku dalam masa 2 minggu cuma naik 1kilo je, so sebulan dia maintain 2 kilo, so tiada penambahan berat yang melampau. jadi mokcik tak kena marah dengan nurse.heheheheh...

pss:: kalau2 berat korang naik berlebihan dengan menu aku ni, kurangkan mana yang perlu yer. Janji ibu2 tetap kena makan ikut aturan supaya baby dapat supply yang mencukupi. ;D

Selamat mencuba! :D



9 comments:

  1. calciyumm sedap ek..ok lepas ni beli calciyumm lah huhuhu liat benor fara ni nak minum susu

    ReplyDelete
  2. qa memang amek calciYum pun.. kat kantin mak mertua dia buat jual dkt murid tapi qa request 4 paket seminggu.. sehari minum 2 botol.. hehe~ mmg best..

    june nak enter 28 weeks eak.. chaiyok..
    qa rasa macam err cpt masa berlalu.. minggu ni dah 29 week daa.. seriau time tiba nk bersalin nie

    ReplyDelete
  3. jln2 ;)

    slalu kena marah dgn nurse sbb berat nek.huhu.tp masih selamat tak teguk air gula..kaki waniey pon slalu kebas,asben suggest mkn calciyum ;))

    ReplyDelete
  4. babe..blh lg u pkai baby tee eh...i xleh pkai dah..rs cm x bnafas..hahah..

    ReplyDelete
  5. jun..comelnye perut ko..aks uke sgt..anyway thanks for that all of the info..eceh,,!!!mcm ak nk jd mummy plak.kawen pun blm kn kn..huhuhu..xlah, rs nye ak akn ingat la kot smpi la ms ak plak dtg..hahahah..take care tau!!!

    ReplyDelete
  6. Farah :: sedap..try la. jun ssh gak nk mnm susu, so cr altenatif lain la kan. :D

    Qa :: aah da nk msk 28w dah..kjp je rse masa berlalu. uiii seriau jgn dikata.skng da start rerjin basuh toilet sambil mencangkung.huhuhuh

    Waniey ::Jun xsampai kebas, tapi mmg bengkak la. mak cakap bengkak air. nth la.

    NoraAnne :: Baby T yg pjg boleh la, yg labuh dia biasa2 xleh dah, nnt nmpk peyut.huhuh...

    ReplyDelete
  7. Anony ::xp masa ko akan tiba jua... ;)

    ReplyDelete
  8. sekejap je kan dah 28th weeks,nti diam tak diam dah 9 bulan..yun nk teke gender baby la,boboy kan??hehe~

    ReplyDelete
  9. perut jun besau........ wa...... mst ank 3 kilo lebh ni...... huhuhu bersedia la... bg2 mnm air klapa. kulit ank cantek.

    ReplyDelete