Salam petang uoollsss....
alhamdulillah..dah masuk pon 29 minggu..
semalam ada check up dengan KK, semua ok secuali HB semakin turun, 9.7.. doktor cakap at least dapat naik lebih 10 pon dah ok..
Tapi agak susah nak bagi naik HB ni..hurmm..hopefully check up nanti naik la HB ni, bahaya bila HB rendah, 1 paling aku takut, tumpah darah lepas bersalin.. ;( mintak dijauhkan..
Berat badan langsung tak memberangsangkan..huhuhu..cuma naik 100gram, kali ni timbang berat cuma 60.1kg, 2 minggu lepas 60.0kg.boleh??
haruslah boleh kalau dah cerri berri...sadis okeh..sampaikan rasa nak pitam jadinya.
Dah jumpa nurse, jumpa doktor untuk scan baby, tengok placenta, alhamdulillah placenta ada kat atas, mudah2han elok sampai nak bersalin nanti. Baby sehat, aktif, dan gender??? tunggu esok ehhhhhh....wawawawawa....
Berat baby sekarang dah 1.2kg, besar anak mummy yer sayang. Baby duduk baik2 yer..sampai masa keluar, kita jumpa ye sayang mummy.
Kemudian mula sesi cucuk mencucuk...dari sebelum tidur malam tu, sampai ke pagi bangun tidur, itu la benda aku dok cakap kat hubby.." takut nak kene cucuk..." wuhuhu...tak tau la bila perangai penakut jarum aku ni nak hilang. Tapi tidaklah melampau, cuma rasa berdebar bila tiap kali nampak jarum tu, even jarum yang dia 'tap' je kat jari untuk cek HB tu.
Cara aku hilangkan rasa gugup tu, nurse pegang je jari or tangan untuk cucuk jarum terus aku pandang tempat lain, tak moh tengok jarum tu walaupun sikit, sebab bila nampak je jarum aku terus menggelupur.hahahah..
Eh! macam dah tersasar cerita pulak.;P
Masa nurse nak cucuk vaksin kancing gigi tu, dia cakaplah nanti rasa lenguh, dan rasa sakit sikit bila ubat masuk. Then, dia pegang tangan aku, dia cucuk la...alhamdulillah tak lah sesakit yang aku bayangkan..tapi memang terasalah ubat tu masuk & agak menyakitkan la jugak. Selepas sebulan akan kena cucuk sekali lagi.. for 1st timer mommy kena amik 2x tetanus jab. Apa sajalah doctor, janji anak saya sehat..
Tapi kesan lepas dapat tetanus jab tu, badan terus rasa seram sejuk..di tambah lagi dengan kesan dari cerri berri tu, makin la aku rasa nak pitam. Siap keluar peluh2 sejuk okehhh...sudahnya aku amik MC terus. Sampai rumah, terus fengsannn...bangun2 dah nak maghrib, hubby aku pon join amik cuti, tak sampai hati nak tinggal bini melepek sorang2 kat rumah. ;D
Alhamdulillah semuanya baik2 saja..tapi tangan memang sangat lenguh, dan badan rasa macam tak sehat jek.
No comments:
Post a Comment