Tuesday, August 9, 2011

1st masakan selepas 7 hari berpuasa


haaaa kauuuuu..hameeekkkk!! :P

eh...salam..semua...

Hover tak mak buyung seekor ini? lepas seminggu baru nak memasak. ngeeee...
Tak larat hokeh..balik kerja sampai rumah dah pukul 6 - 6.30, aku nak beria-ria masak, konpem lepas setengah jam lauk belum siap masak lagi, aku dah pucat2 kat dapur.

1st & 2nd puasa buka di Terengganu, balik sambut puasa kan.
Puasa 3 - Bazaar putrajaya
Puasa 4 - Bazaar salak tinggi
Puasa 5 - Bazaar salak tinggi (tragedi makan kupang)
Puasa 6 - Tak puasa *cerry berry*, tapi berbuka di Batu Pahat rumah kakak ipar, makan Nasi Beryani Batu Pahat. Ngammm hoooo..
Puasa 7 - Sila rujuk entri makanan berlambak, ini. hahak!!

Puasa 8 - barulah ku jejak kaki di dapur...ngehhh...

tapi even tak masak untuk berbuka, sahur adalah menggigih bangun masak lauk pukul 4 pagi yer..bila ingat zaman muda remaja, memang tak tercapai akal, aku ni mampu bangun masak lauk sahur pukul 4 pagi. hahai!! perubahan besar aku rasa dalam diri aku. Alhamdulillah... ;)

Owh, semalam masak simple, dan masakan paling mudah. Potong2, campak2 siap!

Tomyam Udang, Telur dadar. 2 lauk jek??? tu pon nak post entri?? gedikkkkk!!! hahahahhah

erloww...mak bangga nok dapat masak..sebelum ni pergi bazar cari makanan pon aku boleh nak pitam, mata keluar bintang2. Apa cer??? gaya tu nak masak? Ada kang laki mak balik ghumah, tengok bini elok "sleeping beauty" kat lantai dapur.huhuhuh...

Tapi memang puas hati la bila masak sendiri, rasa best je nak berbuka tu. Tapi kuih muih still beli la, kot nak buat bubur ke pengat ke tunggulah hari cuti sabtu ahad yer..hari kerja memang aku tak tekejar masa. Dengan buat kerja macam siput, hegeh2. Kang orang dah berbuka, bubur aku masih tak siap2. :p

Hari ni sekali lagi misi memasak, harap2 berjaya, kalau agak2 sampai rumah aku dah berpeluh sakan, kepala dah berpinar, lupakan hasrat mulia tu. En hubby kenalah standby bila-bila masa untuk pergi melabur duit di bazaar.heheh...

Tapi menu masakan tidaklah da Boom!! aku cari masakan paling mudah dan senang nak masak, so aku boleh curi masa masak 2 3 lauk. heee...mudah2han di permudahkan..sian laki mak asyik makan lauk bazaar jek * eceh!!! macam ko masak sedappppp sangatttt...* huhuhu

owh! semalam punya gigih nak memasak sampai melecur lengan. Yelah sibuk nak masak, sibuk jugak tangan tu dok bersih sana, lap sini. dah memang habit aku macam tu, tup tup tangan kena periuk panas. waa!!! dah burukss tangan mak..

konfem berbekas, dah memang jenis kalau kena apa2 mesti kesan dia lambat hilang *bekas hitam*..dah ada cemaran di lengan.ish!ish!

ps :: entri tak ada gambar makanan tau, malas ler mokcik nak snap snap bagai. ;D



No comments:

Post a Comment