Apabila di beri pilihan
...Apabila Ibu Boleh Memilih..
Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan
besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran
Allah,Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut
kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu
berdetak kerana kebahagiaan,Engkau menendang rahim ibu ketika engkau
merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.
...
Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
sangat ibu rasakan,Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita
berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,Yang
tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,Dan ketika engkau
hadir, tangismu memecah dunia.Saat itulah…saat paling
membahagiakan Segala sakit & derita hilang melihat dirimu yang
merah,Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.
Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah
membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang
sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu
dalam pelukan ibu,Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak
dapat rasakan.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,Tetapi anakku…Hidup memang
pilihan…Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,Maka
maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak,
ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,Agar tidak ada satu
keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…
shadunyer bace... kite memang sanggup dan rela akan memilih segale2 nyer yang berkaitan ngan anak kite..:)
ReplyDeleteaty :: kan kan..june pon syahdu je baca..igt pengorbanan mak kita dulu.huks!
ReplyDelete