Cewah...baru ilmu secetek air beras 1 pot, nak ajar orang ye ko june! ;p
Sebenarnya aku pon dapat cara ni dari 1 blog..kang dah habis cerita aku bagi link blog tu yer. Banyak manfaat.
Aku ni dekat rumah cuma pakai peti ais 1 pintu, makanya dah pastilah peti ais aku akan bersalji malah membeku macam ais dekat kutub utara. Bila masanya nak defrost kan? kalau defrost jahanam segala frozen EBM dalam tu.sedih wooooo....
Tapi agak bernasib baik bagi aku, sebab EBM untuk 1 door fridge can be last for 2 weeks sahaja, so suka tak suka ko tetap kena guna EBM ko tu, kalau tak ko buang je, lagi la membazir. Bukan mudah ye nak kumpul EBM banyak2, apatah lagi untuk orang macam aku yang terkais-kais setiap hari ni.hua hua hua...
Ni rupa peti ais aku, peti ais tunjuk EBM tak tunjuk! hahahah...malu weiii..secoit sangat nak tunjuk ;p
Bila dah sampai hari terakhir nak defrost, last frozen EBM di turunkan, then defrost lah peti ais....chilled EBM? memang tempat chilled tak terjejas, tapi dek kerana kerisauan tak bertempat aku ni, aku gunakan teknik SIMPAN DALAM BEKAS POLISTERIN PUTIH (tempat simpan ais tuuuuu).
Bekas polisterin putih tu....
credit picture : diyaluna.com
Beli ais dari 7E sebab 1 pek memang banyak, aku beli 3pek. 1 pek letak bawah sekali, then letak semua chilled EBM (botol) dalam tu, susun elok-elok, kemas-kemas, lapiskan lagi 1 pek ais, kalau ada EBM yang dalam plastik letakkan atas lapisan ais ke 2 tu. Pastu, pek ais terakhir di letakkan. Pastu amik surat khabar, lapiskan atas dia...ambik penutup, tutup. Insyallah EBM selamat, sejuk macam biasa, tapi untuk frozen EBM, korang kenalah gunakan hari tu jugak yer, coz kalau untuk frozen EBM, kaedah ni boleh digunakan untuk tempoh masa 3-4jam je. Dalam ni jugak aku masukkan Ice pack, so far masih keras lagi untuk di gunakan hari ni.
So....EBM aku terselamat...bila dah selamat defrost...mana-mana chilled EBM yang dah tua usianya silalah jadikan frozen EBM ye sayang semua...
Selama mana aku mampu gunakan cara ni? Entahlah....nak beli peti ais baru? yang 2 pintu? huahrrghhhh!!!!! beli deep freezer? berguling aku nangis oooo...dapur tecik tak muat nak masuk kot, lagipun $$$ wuarghhh!!.hua hua hua....selagi mampu buat cara ni, selagi tu aku buat.heeeee....
Cara ni aku dapat dari sini......http://pinkertonic.blogspot.com/2011/07/edisi-berpantang-susu-ebm-dibawa.html
Dari blog ni dia ajar cara export stok EBM masa dalam pantang untuk perjalanan jauh. So teknik yang serupa aku gunakan untuk EBM aku dekat rumah. So nak tahu details yang aku dok gebang, sila rajinkan diri buka blog PINKERTONIC yer.. :)
SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI peace yaw!
No comments:
Post a Comment