Tuesday, February 15, 2011

Tanda-tanda hamil


As salam..semua....

Haaa... Tengok tajuk skema aku tu. Suka? Suka? ;D

Apa aku nak cerita ni adalah apa yang berlaku pada aku la ek. Mungkin sama mungkin juga lain.

Lebih kurang seminggu before aku period, aku rasa breast adalah sangat sakit. Time tu pikir "owh nak period kot..", sakit tu berterusan sampailah waktu sepatutnya period. Tapi tunggu-tunggu tak jugak datang,since dah 3 bulan aku asyik lewat P aku cool jek la.

Asyik terkencing. Aku bukan jenis yang asyik nak terkencing, aku cool cool jek.hahahah..rasa nak lempang tak? ;p
ok...aku bukan jenis macam tu la kan, tapi kekerapan aku terkencing memang buat hubby aku pelik. dia siap tanya " napa lately asyik bangun malam jek, asyik kencing jek napa?" haaaa..itulah yang berlaku, sampai aku pon pelik. apakehal la aku ni kan.

Masa chinesse new year aku pergi rumah kakak ipar aku, mak mertua aku datang. Masa kat sana,adalah sangat pelik bila pagi-pagi buta aku lapar....lapar yang tak boleh ditahan. Mesti nak makan,sudahnya hubby aku bangun jugak teman si isteri kesayangan makan nasi lauk asam pedas pukul 7.30 pagi hahaha...orang lain baru nak bangun tidur, aku dok makan kat dapur. Then kekerapan aku lapar memang lain, sangat cepat lapar and aku cepat rasa letih. Buat kerja sikit tercungap2.

Migrain. Perghhhh!!!!! Sakitnye... Tak terlarat nak bukak mata rasanya. Aku memang ada migrain, tapi dah lama betul tak kena, ni tiba-tiba migrain. Boleh dikatakan tiap malam mesti sakit kepala, samada sangat2 sakit or sakit sikit.

Bila period pon tak datang , dah lewat dalam 4 hari aku decide jumpa doctor. Jumpa atas alasan migrain tapi cakap jugaklah pasal dah lewat P. Doc suruh buat dulu.......and .......result !! +ve!



Doctor cakap that headache will keep coming untill my baby reach 3month, maknanya sampai habis 1st trimester la kan. Woooooo....

After that perut rasa kembung, angin jerrrrrr.... Bila nak buang air besar lagi la dia banyak angin sampai rasa macam nak muntah n loya. Pelik jugak la.

Rasa cramp. Ini memang sangat2 buat aku risau, sebab aku memang ada masalah period pain, jadi bila rasa benda yang sama aku risau jugaklah. Rasa cramp ni masa mula-mula siang malam aku rasa.sekejap sekejap jek pon, tapi sekarang ni aku akan kena waktu petang bawa ke malam. Bila aku baca-baca info dalam internet katanya rahim kita nak mengembang untuk baby, so dats y dia macam sakit sikit.

Aku ada rasa loya, tapi tak muntah dan alhamdulillah buat masa sekarang tak ada morning sickness, tapi tap2 petang aku akan mula rasa pening-pening dan loya. Tahan jekla.

Lepas tu memang kuat makannnnnn....before pergi kerja makan, sampai opis makan, tengah hari makan, balik kerja petang makan, malam kang makan, sebelum tidur kang nak jugak makan...makan di situ adalah makanan berat yer, roti, biskut hanya bertahan 5 minit jek dalam perut aku.hahahah..

setakat ni itu jek la tanda-tanda yang aku rasa, selain dari tu macam ok ok jek. Apa pun doakan yang baik2 untuk kami yer...

ps:: penantian itu akhirnya indah.

Monday, February 14, 2011

Dapat hadiah!!

Uolllssss....

tetiba jek gedix2 hapdet kan.... ;p tadi cakap nak hapdet petang tentiba tak sampai tengah hari dah hapdet lagik.;p

aku dapat hadiah korang....;D
nak kata hadiah ke erk? sebab benda ni aku beli eh bukan aku beli hubby belikan tahun lepas kot...kirim pada kawan atas kawan. ada paham ka? kenapa kirim pada kawan atas kawan? sebab murah...tapi dah tak ingat berapa.huhui!!

aku beli perfume...;D

aku ni memang penggemar perfume, tak kira la ko mahal ke, ko murah ke, aku layan kan jek. perfume aku dari semurah2, sampai la yang agak mahal jugak la, tapi tak la mahal sangat, sederhana jek. ;D

golongan murah contoh macam one drop perfume, aku layan...aku suka kot.tahan lama, tak tinggal kesan calitan dekat baju, boleh bawa sembahyang tanpa was-was, paling penting banyakkkkkkk...hahahahha

stok-stok sederhana aku pakai Avon. aku paling suka women on earth kot, color hijau lembut, bau dia memang menusuk ke kalbu, mak mertua ai pon suka youuuuuu.....pastu banyak lagi la yang aku pakai, macam2 ada kan kat Avon tu.aku layan jek... ;p

separa mahal punya biasalah, perfume-perfume di pasaran...macam Nina Ricci ke, YSL ke, Stella ke, Dior ke, macam tu la kan. tapi biasanya aku akan ada 1 jenis la perfume separa mahal ni. Dah habis baru beli lagi, kalau yang murah tu ada jek stoknya.haha..

meh la kita tengok hadiah aku wei....meh meh...



perfume ni pernah menjadi kegilaan tak silap aku dulu, sana sini mesti bau red jeans or blue jeans. kan kan.


waaa....suka!!! memang perfume zaman atok atok, tapi bau dia memang tetap menggoda rongga hidung aku. ;p

I'm 7 weeks pregnant!

As salam semua....

yer...aku sekarang sudah 7minggu..alhamdulillah...

mengikut kiraan baby akan lahir 5 oktober 2011. mudah-mudahan semua baik-baik saja.

sebenarnya aku dapat tahu dari minggu lepas lagi, tapi nak ambil masa sedikit untuk blog. jangan marah haaa... ;D

korang doakan yang baik2 yer aku kami berdua. cam ne aku tau dan simptom2? petanggggggg sikit aku story, tak pon esok ke.ok? muaahhhhh!!!!

Friday, February 11, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

As salam semua...ni la 1st time nk join giveaway tau..huhuhu..
dah lama sangat mengidam purse dari Tote Boutique, ni nak diberi percuma haruslah mencuba kan.....kot kot nama aku yang terpilih.ahaks!

------------@-------------


Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

haaa....tengok hadiah dia...menarik woookkkk...
mau mau mau... ;D
moga saja menjadi milik aku.hiks!

pada sapa yang rasa nak join sekaki mai klik Tote Boutique's Giveaway.
Pemenang adalah di pilih secara rambang.meh kita doa sama2 keh.

Wednesday, February 9, 2011

saya ada anak!

salam semua.....

wa.....lama giler aku tak hapdet blog, padahal hari-hari bukak, hari-hari mengadap. aku dok blogwalking jek. kadang ada la tinggalkan jejak, kadang baca sajo...

apa pon blog ini ingin ku buang habuknye..fuh fuh fuh....

aku ada bela seekor anak. tomel angat.....nak je tium tium.
badan kecik jek, tapi aktif bukan main. cute. kerjanya makan, makan dan makan, pastu main-main, tidur, pastu bangun makan lagik.

mai la tengok anak aku. tomel auwwwwww...


tengoklah kecik tomel...halus jek...


sebok nak melompat keluar. seboleh boleh nak terjun. paling suka duduk selit-selit, tempat gelap-gelap. Kalau bagi lepas, lari laju-laju pergi bawah cabinet TV. notti ni.



Hai semua...nama saya monsta, tu mummy saya. saya suka makan, paling suka makan roti. nyum nyum. lagi satu hobi saya membuang, makan, buang, makan, buang. ;p

itulah anak aku. Hari-hari balik kerja terus pergi cage dia, panggil-panggil nama dia, mesti terjengul keluar. pastu sebok nak keluar dari rumah dia tu, dah bagi keluar, susup-susup lari bawah cabinet TV, tak pon dok selit-selit dekat teddy bear. sayam monsta.

kalau bela binatang memang boleh buat hati senang. ;D