Tuesday, February 15, 2011

Tanda-tanda hamil


As salam..semua....

Haaa... Tengok tajuk skema aku tu. Suka? Suka? ;D

Apa aku nak cerita ni adalah apa yang berlaku pada aku la ek. Mungkin sama mungkin juga lain.

Lebih kurang seminggu before aku period, aku rasa breast adalah sangat sakit. Time tu pikir "owh nak period kot..", sakit tu berterusan sampailah waktu sepatutnya period. Tapi tunggu-tunggu tak jugak datang,since dah 3 bulan aku asyik lewat P aku cool jek la.

Asyik terkencing. Aku bukan jenis yang asyik nak terkencing, aku cool cool jek.hahahah..rasa nak lempang tak? ;p
ok...aku bukan jenis macam tu la kan, tapi kekerapan aku terkencing memang buat hubby aku pelik. dia siap tanya " napa lately asyik bangun malam jek, asyik kencing jek napa?" haaaa..itulah yang berlaku, sampai aku pon pelik. apakehal la aku ni kan.

Masa chinesse new year aku pergi rumah kakak ipar aku, mak mertua aku datang. Masa kat sana,adalah sangat pelik bila pagi-pagi buta aku lapar....lapar yang tak boleh ditahan. Mesti nak makan,sudahnya hubby aku bangun jugak teman si isteri kesayangan makan nasi lauk asam pedas pukul 7.30 pagi hahaha...orang lain baru nak bangun tidur, aku dok makan kat dapur. Then kekerapan aku lapar memang lain, sangat cepat lapar and aku cepat rasa letih. Buat kerja sikit tercungap2.

Migrain. Perghhhh!!!!! Sakitnye... Tak terlarat nak bukak mata rasanya. Aku memang ada migrain, tapi dah lama betul tak kena, ni tiba-tiba migrain. Boleh dikatakan tiap malam mesti sakit kepala, samada sangat2 sakit or sakit sikit.

Bila period pon tak datang , dah lewat dalam 4 hari aku decide jumpa doctor. Jumpa atas alasan migrain tapi cakap jugaklah pasal dah lewat P. Doc suruh buat dulu.......and .......result !! +ve!



Doctor cakap that headache will keep coming untill my baby reach 3month, maknanya sampai habis 1st trimester la kan. Woooooo....

After that perut rasa kembung, angin jerrrrrr.... Bila nak buang air besar lagi la dia banyak angin sampai rasa macam nak muntah n loya. Pelik jugak la.

Rasa cramp. Ini memang sangat2 buat aku risau, sebab aku memang ada masalah period pain, jadi bila rasa benda yang sama aku risau jugaklah. Rasa cramp ni masa mula-mula siang malam aku rasa.sekejap sekejap jek pon, tapi sekarang ni aku akan kena waktu petang bawa ke malam. Bila aku baca-baca info dalam internet katanya rahim kita nak mengembang untuk baby, so dats y dia macam sakit sikit.

Aku ada rasa loya, tapi tak muntah dan alhamdulillah buat masa sekarang tak ada morning sickness, tapi tap2 petang aku akan mula rasa pening-pening dan loya. Tahan jekla.

Lepas tu memang kuat makannnnnn....before pergi kerja makan, sampai opis makan, tengah hari makan, balik kerja petang makan, malam kang makan, sebelum tidur kang nak jugak makan...makan di situ adalah makanan berat yer, roti, biskut hanya bertahan 5 minit jek dalam perut aku.hahahah..

setakat ni itu jek la tanda-tanda yang aku rasa, selain dari tu macam ok ok jek. Apa pun doakan yang baik2 untuk kami yer...

ps:: penantian itu akhirnya indah.

5 comments:

  1. heheheh...mengada2 betul baby kau eyhh ... sampai migrain2 mumy die .. hehe

    ReplyDelete
  2. akhirnya. alhamdulilah take care kak ju! =))

    ReplyDelete
  3. salam kenal.. tertarik dgn quote last tu. 'penantian itu akhirnya indah'.. bg sy selama ni 'penantian itu satu penyeksaan jiwa'.. hukhuk ;-(

    ReplyDelete
  4. salam saya baru lewat priod 4hari, adakah sy mengandung? kuat makan skrg, kadang2 pening, kadang2 bila makan nak muntah, tapi tak muntah pun, pastu titik sakit siki2 je, selalu kalau nak priod titik mesti bengkak dgn terasa bengkanya pastu baru priod. tapi nih dah lewat boleh ke check ?

    ReplyDelete