Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Khas buat cinta hati

Cinta hati saya

saya nak awak tahu
tanpa awak pasti dunia saya gelap
saya nak awak tahu
dalam hati saya cuma ada awak
saya nak awak tahu
awak dah bagi bahagia dalam hidup saya
saya nak awak tahu
saya cinta awak sampai bila-bila

Cinta hati saya

bila awak tak ada
saya sunyi
bila awak tak ada
saya kosong
bila awak tak ada
saya hidup tanpa jiwa
bila awak tak ada
dunia rasa sepi

Cinta hati saya

kalau saya diam
bukan saya marah
kalau saya diam
kadang2 saya tengah rajuk
kalau saya diam
bukan saya kecil hati
kalau saya diam
kadang2 saya cuma mahu perhatian

Cinta hati saya

terima kasih
sudi jadikan saya sebahagian dalam hidup awak
terima kasih
beri saya kesempatan mencintai awak
terima kasih
menerima saya seadanya
terima kasih
untuk kasih dan sayang
terima kasih
untuk segalanya

Cinta hati saya

Di hari lahir ke 28tahun ni
Diharap bertambah lagi kebahagiaan di hati awak
kerana bakal menjadi seorang ayah kepada putera kecil kita
saya berharap bahagia yang Allah s.w.t pinjamkan pada kita
akan kekal hingga ke hujung nyawa hingga ke akhir hayat.

Cinta hati saya

Cinta saya hanya untuk awak

Selamat Hari Lahir CINTA

Saturday, July 23, 2011

Its a BOY!


Salam..

sorry semua...semalam janji nak hapdet tapi nan hado...hehheh

Alhamdulillah..selepas 2 kali scan, confirm my little love inside its a BOY!

so.....tekaan orang sekeliling aku adalah benar sama sekali..paling penting instinct aku tepat.
Since kandungan aku 4bulan aku dapat rasakan my baby is a boy, agak lambat la gerak hati tu. Setengah orang baru-baru pregnant pon dia dah dapat rasa, tapi naluri ibu aku ni lammmmbattt sket sampainya.heheheh...

Masa scan 3D/4D memang dah terang2 nampak pistolnya..huhu..tapi tetap nak tunggu scan dengan KK **padahal KK 2D scan je pon...** tapi biasalah kan..mengada begitulah..

Time scan 3D/4D alhamdulillah mengikut yang nampak dalam screen semua baik2 belaka..mulut baby adalah kecik seperti mumm nya. hehehe...


owh comelnyaa.....gerammmm!!


ps :: baby semakin aktif, mummy semakin susah nak tidur malam. ;D

Thursday, July 21, 2011

Check up 29 weeks :: Tetanus jab

Salam petang uoollsss....

alhamdulillah..dah masuk pon 29 minggu..
semalam ada check up dengan KK, semua ok secuali HB semakin turun, 9.7.. doktor cakap at least dapat naik lebih 10 pon dah ok..

Tapi agak susah nak bagi naik HB ni..hurmm..hopefully check up nanti naik la HB ni, bahaya bila HB rendah, 1 paling aku takut, tumpah darah lepas bersalin.. ;( mintak dijauhkan..

Berat badan langsung tak memberangsangkan..huhuhu..cuma naik 100gram, kali ni timbang berat cuma 60.1kg, 2 minggu lepas 60.0kg.boleh??
haruslah boleh kalau dah cerri berri...sadis okeh..sampaikan rasa nak pitam jadinya.

Dah jumpa nurse, jumpa doktor untuk scan baby, tengok placenta, alhamdulillah placenta ada kat atas, mudah2han elok sampai nak bersalin nanti. Baby sehat, aktif, dan gender??? tunggu esok ehhhhhh....wawawawawa....

Berat baby sekarang dah 1.2kg, besar anak mummy yer sayang. Baby duduk baik2 yer..sampai masa keluar, kita jumpa ye sayang mummy.

Kemudian mula sesi cucuk mencucuk...dari sebelum tidur malam tu, sampai ke pagi bangun tidur, itu la benda aku dok cakap kat hubby.." takut nak kene cucuk..." wuhuhu...tak tau la bila perangai penakut jarum aku ni nak hilang. Tapi tidaklah melampau, cuma rasa berdebar bila tiap kali nampak jarum tu, even jarum yang dia 'tap' je kat jari untuk cek HB tu.

Cara aku hilangkan rasa gugup tu, nurse pegang je jari or tangan untuk cucuk jarum terus aku pandang tempat lain, tak moh tengok jarum tu walaupun sikit, sebab bila nampak je jarum aku terus menggelupur.hahahah..

korang tengok jarum tuu....ngeri okehhhh...huhuhu


Eh! macam dah tersasar cerita pulak.;P

Masa nurse nak cucuk vaksin kancing gigi tu, dia cakaplah nanti rasa lenguh, dan rasa sakit sikit bila ubat masuk. Then, dia pegang tangan aku, dia cucuk la...alhamdulillah tak lah sesakit yang aku bayangkan..tapi memang terasalah ubat tu masuk & agak menyakitkan la jugak. Selepas sebulan akan kena cucuk sekali lagi.. for 1st timer mommy kena amik 2x tetanus jab. Apa sajalah doctor, janji anak saya sehat..

Tapi kesan lepas dapat tetanus jab tu, badan terus rasa seram sejuk..di tambah lagi dengan kesan dari cerri berri tu, makin la aku rasa nak pitam. Siap keluar peluh2 sejuk okehhh...sudahnya aku amik MC terus. Sampai rumah, terus fengsannn...bangun2 dah nak maghrib, hubby aku pon join amik cuti, tak sampai hati nak tinggal bini melepek sorang2 kat rumah. ;D

Alhamdulillah semuanya baik2 saja..tapi tangan memang sangat lenguh, dan badan rasa macam tak sehat jek.

Friday, July 15, 2011

Call for B2b :: Henna for RM15 only!!!

Salam jumaat uuollsss!!!

sesaja nak kepoh ni..MAD ada buat promo untuk Henna... RM15 je okeh....



owh aku tau agak sarat, tapi surely dorang boleh ikut apa kita request..no worries..

nak tengok promo klik MAD-FeminaBridal

grab it before terlambat...aummmm!! ;D

Thursday, July 14, 2011

Akele Hum Akele Tum


salam petang... ;)

owh sangat bosan....

Jom layan hindustan sikit...heheheheh

Aku yakin 100% korang pernah tengok citer ni kan? ** ceh kemain lagi ko nak 100% bajet sume suka hindustan**

Owh, citer ni memang sentiasa akan menuntut air mata aku. Tak silap hari isnin or selasa baru ni kot, citer ni Zee Tv tayang. Maka dengan semangat tengok citer, hubby pon redha jugak la melayan citer hindustan.

Awal-awal memang cool je la, tapi bila dah sampai bab dia masuk court, citer pasal dia jaga anak dia, hati aku sebakkkkkkkkkk...terus mengalir air mata ni.

Paling tak leh blah, bila dia ambil anak dia dari sekolah, si kecik ni pula sibuk cerita nak pergi jalan2 dengan daddy. Daddy tu daddy ni....waaaaaa!!!! macam banjir okeh....tak leh tertahan hati ni tengok muka daddy dia pandang anak dia dengan mata berkaca2.

masa ni si kecik ni dok pot pet pot pet dengan daddy dia. terusik hati ni tau!

Walau kita selalu kita rasa kasih sayang ibu tak boleh di cari ganti, tapi hakikat yang kadang2 kita pandang sepi, pengorbanan seorang ayah juga tak ada penghujung.

Jom layan lagu comel ni. ;D




Tuesday, July 12, 2011

7 month! alhamdulillah..

salam semua...

lama dah berabuk blog aku nih..sian dia terabai.

Alhamdulillah..aku dah nak masuk 3rd trimester dah..lagi 2 hari cukup 7bulan. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan.

sepanjang menempuh bulan ke 6, setakat ni ok jek, cuma kaki ku membengkak, dan sakit2 punggung, tak tahu kenapa, tapi sekarang dah tak ada, alhamdulillah. Tapi waktu sakit tu memang nak berjalan terseksa jugak la, macam nenek2 tapi stok kengkang, hahhahaha...sampai ada jugak yang sound " oii..lom lagi cukup bulan jalan dah macam orang nak beranak". Agak sakit telinga jugak lah, tapi biarlah dia tak merasa... bukanlah sengaja aku ni nak jalan terkengkang gaya orang perut besar sangat, tapi dah sakit, dan cara jalan tu yang buat aku paling selesa. Ada aku kesah? huhuhuhu....


kaki bengkak. tetiba rasa pelik bila kaki aku gemuk dan nampak pendek.huhuhu..

Bila pergi check up, nurse suruh kurangkan berdiri lama, bila duduk kaki tu naik kan sedikit, nak tidur pon sama. Tapi bengkak ni tak lah menyakitkan, cuma kaki gemukk la. So malam-malam tugas tetap my vitamin sapukan minyak panas, urut2 sikit..sekarang dah hilang dah bengkak bulat tu, cuma adalah sikit2 lagi..

Ye la, macam mana tak nak berdiri kan. Bila masak haruslah berdiri, aku sekarang potong bawang bagai semua aku diri jek, tak kuasa nak bangun duduk, penat. ;P so memang berdiri je la dari mula masak sampai siap. Pastu membasuh pulak bekas-bekas kotor, tapi rasanya tak la lama sangat berdiri tu. Tak kesahlah as long ianya tak sakit. Kasut pon masih lagi memakai saiz yang sama, belum pon kena tukar saiz, masih tahap normal. heheheh...


ini dia si bulat in house!! :D

Sejak seminggu ni, aku mula cepat penat. Letih je semedang. Perut pon dah semakin berat. Masalah utama ialah bila nak tidur. Sakit rusuk kanan yang aku rasa tu masih berterusan sampai sekarang, malah makin sakit. Baring tak leh sebarang, tertelentang pon kadang2 boleh buat rusuk aku sakit, so bila nak tidur aku sendalkan belakang badan dengan bantal/ bila mengiring sendal dekat area rusuk tu. Time nak tidur memang kecoh, hubby pon naik risau tapi nak tolong pon bukan boleh tolong apa pon, so dia tolong tengok je la.kikikiki...

Tidur dah mula berstokin panjang ** padahal stokin bola.agagagga**, dah pakai yang panjang, aku sarung lagi yang pendek & tebal. Nak elak cramp punya pasal kan. Sakit ooooo..kadang betis keras 2 3 ari baru hilang.

Baby movement::

Sekarang dak kecik ni dah bergerak dengan jayanya. Waktu feberet, subuh2, petang-maghrib, pukul 10-1pagi...wah wah..kemain bersilat gayung dia dalam tu.

Baby gender::

cak!!! tunggu next check up ye mommies semua...dah tau dah, tapi nak bagi confirm sekali lagi.. ;D tapi kalau nak teka boleh jugak.cer teka cer teka.huhuhuhuh

Baby checklist::

Alhamdulillah semua barang asas baby dah lengkap..akan di paparkan**cewah ko nak papar segala kan....** selepas pengumuman gender ye sayam semua...gedik tak mummy sekor ni? lalalalala

Owh ye now nak kongsi tips sikit untuk mommies yang ingin mengawal selera makan bagi mengelakkan kenaikan berat badan secara melampau dan berjaya. Insyallah pemakanan sehat, baby tetap dapat supply yang cukup dari ibunya. ;)

Pagi::

2 keping roti
horlicks

scramble eggs (campurlah cendawan butang/sosej) -2biji ** selalu kongsi dengan hubby**
jus oren

1 burger ringkas( roti gardenia, daging burger ** kids**(so daging dia kecik n tipis jek), salad )
horlicks/susu

Tengah hari::

selalu aku memang consume nasi la. Nak makan mee hoon sup ke pon boleh.
Ikan bakar/lain2 lauk dengan ulam2.
Buah
Milo/Air kelapa/Oren

Petang::

Kunyahlah kismis/badam/kurma

Malam::

Kalau aku tetap nasi jugakkkkk....
Lauk sardin **seminggu 2kali untuk tambah darah**
Sayur bayam/salad/ulam2/kacang panjang

Bagi yang tak nak nasi boleh tukar kepada

**2keping roti buat sanwich telur/sardin
**buah 2-3 biji
**Biskut 3-4 keping
Makan bersama air horlicks panas/susu
dessert calciYUM 1 bekas / 1 botol

ps:: makan malam, taip 1 menu yang bertanda (**) tu berasingan, bukan makan semua tu sekali ye.

Insyallah pemakanan sarapan pagi tu, memang akan kenyang ke tengah hari, makan tengah hari konpem kenyang la sebab makan nasi kan, makan malam even makan nasi berpada-pada, lebihkan pada lauk2 kurangkan nasi, lebihkan sayur2.

Mesti korang perasan aku ni dok horlicks memanjang, sebab aku susah gila nak minum susu, so aku tukar pada horlicks, n horlicks ni bagi rasa kenyang yang lama. Kadang2 tu aku minum jugak susu, tapi susu HL ke, ducth lady ke, janji susu. Baru2 ni aku dok telan calciYUM plak...huhuhu rasa pon memang yumssss!!

Alhamdulillah dengan pemakanan macam ni, berat aku dalam masa 2 minggu cuma naik 1kilo je, so sebulan dia maintain 2 kilo, so tiada penambahan berat yang melampau. jadi mokcik tak kena marah dengan nurse.heheheheh...

pss:: kalau2 berat korang naik berlebihan dengan menu aku ni, kurangkan mana yang perlu yer. Janji ibu2 tetap kena makan ikut aturan supaya baby dapat supply yang mencukupi. ;D

Selamat mencuba! :D