Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya in advance! heuuu!!!



Di kesempatan ini, di ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua.
Semoga syawal kali ni memberi keceriaan kepada kita.

berkemungkinan aku tidak akan bersiaran langsung di blog sepanjang 1 minggu ni. heee..
Apa pun bagi yang balik kampung halaman, kene drive jauh jauh, pandu cermat, jangan tergesa-gesa. Biarlah kita selamat pergi dan balik.

Salam Syawal SEMUA!

Monday, August 22, 2011

Mode :: RAYA!!



salam semua....

cer tengok mak buyung sorang ni, nak jugak mood raya bagai kan...hihik!
buyung2 pon boleh raya kan? hahak!

sebelum citer2 pasal raya, meh story sket pasal buka puasa dekat Dewan Felda last saturday. Event buka puasa keluarga belah hubby..
Alhamdulillah..rezeki... berbuka tu memang makan di tahap maksimum. ;p paling best banyak masakan johor, semua ada kaitan masakan johor je aku bedal, penyudah? perut penuh sampai rasa nak pitam, sendat sangat dada. Ish3x..lain kali jangan buat gitu june...makan kena beringat..

Menu memang menyelerakan..yang aku ambil, kuih onde2, kole kacang, kuih macam seri muka tapi bukan **korang paham?tak paham pon tak pe la ;p**, popia sambal. Then rojak mamak kot, seyes sedap gilerrrr, mee rebus terbaiikkkkkk... nasi tak ambil pon, jus kongsi dengan hubby, dia ambil nasi beryani. Sebenarnya nak makan nasi, banyak lauk kampung, tapi memang dah tak boleh nak sumbat dah, ruang cukup terhad. Air paling best AIR TEH MARBELESSS!! ;p lama sangat pantang air teh, tapi teringin sangat2, sudahnya 2 gelas aku sapu. ngeeee... banyak lagi sebenarnya makanan yang ada tapi tak larat nak pusing 1 dewan.

ok dah! tu cerita makan, meh citer sopping raya. cewah!!! sopping raya yer!


sopping raya start beli baju hubby dulu, beli kat Metrojaya sales Putrajaya, tapi tidaklah mentang2 sopping aku sopping 10 helai baju.. dia cuma beli 1 kemeja n 1 round neck T. Barang lain? perhiasan rumah..owhh sooo comel bila laki den lagi semangat beli barang rumah dari bini. heheheheh

Pembelian secara berhemah kononnya..then ke Jusco Equin, cari lagi barang rumah sikit2, dapat la wall clock yang comel di mata ku, vase, munga. Tu je kot. wat tambah2 rumah ku yang lopong di sana sini. Singgah semula putrajaya beli karpet. Alhamdulillah...baiya **pakistani** carpet sangat bermurah hati, harga adalah berbaloi2, hubby aku bab tawar menawar memang teror. Kagum ai! kalau aku?? maunya aku tawar sekali, dia dah bagi rege, terus bayar. hah! sengal!

wall clock tu lebih kurang cam ni la..tapi aku beli yang 2 pieces jek..

Sabtu baru ni, cuma lakukan jelejah ke Alamanda saja..cari sandal mak yong..kasut preggy memang ada, tapi color orange..hamekkk..baju raya mak yong color FINK + kasut Oreeennnn = anggun! so tak rela jadi anggun tu, cari lah sandal..simple jek..tapiiiiiiiii hazab okehhh..dah la ramai orang..bersesak2, jalan2 semua kedai kasut, sekaliiiiii..semua yang aku dok berkenan semua tak de saiz.urghh!! geram! Habis semua kedai kasut dekat alamanda aku terjah, tapi tak de lah terjah BONIA ke GUESS ke..kedai2 mampu milik la..heee.. aku dok berkenan sandal dekat Primavera, very nice & comfy, tapi " kak...tinggal saiz 5 dengan 9 je", pergi lagi 1 kedai sama jugak...itu la jawapan nyer.. dalam 4 , 5 kedai, hanya 3 yang terpilih, penyudah pergi NOSE, dapatlah sandal, tapi keselesaan tidak serupa dengan yang di Primavera itu..sambar je la..jangan banyak citer.

Ahad jalan2 lagi cari long dress, konon untuk raya la ni, dek kerana kalau beli baju kurung adalah membazir, sebab mak yong sekarang kena pakai saiz L/XL untuk memuatkan perut, sedangkan mak yong cuma pakai saiz S/M, maka tak payah buat pembaziran, beli baju yang boleh pakai selepas bersalin. Maka dress menjadi pilihan hati, jalan punya jalan, sampai hubby sakit kaki, pinggang kalah bini dia yang buyung. Sian hubby. Mujur dia memang rajin melayan, tak de nak buat2 muka, dia ok je..akhirnya dapatlah sehelai..jadilah...cukuplah edisi sopping raya.. tinggal hubby je nak cari jeans sehelai, tu pon dia cakap tunggu balik JB, kot ada dia suka, dia beli, kalau tak suka tak payah. Kasut hubby?? mestilah ada..ai beli dari jaohhh yu...tapi belum kunjung tiba.hahak! ingat sempat pakai raya, tapi macam tak sempat jek, mungkin pakai pergi open house la yer yayang. Kasut awak pon banyak lagi. huahuahua...kijam tak dapat bini cam ni. If kasut yang aku beli tu tak sempat sampai, beli sandal je la dulu..huhuhuh...

Haih..tak sabar nak balik JB, lama sangat dah tak balik. Mudah2han perjalanan kami nanti baik2 saja. To my little boy, kita balik kampung mummy ye sayang, jumpa tok mak, tok ayah dengan nenek umi. weee!! sebenarnya my little boy ni ramai atok dengan nenek, sebab aku kan cucu pertama, so si kecik ni jadi cicit la.

Hoh! panjang lebar plak entry ni..ngehhh...

ps:: bila mood raya mari, mood nak buat kerja memang kelauttt nunnnn....


Thursday, August 18, 2011

i'm 33weeks now!


salam...

hoh!! 33 minggu sudah si kecik dalam peyot mummy..anak mummy duduk dalam baik2 ye sayang, tiba masa baru keluar ye sayang. ;)

semalam ada check up kat KK. Alhamdulillah semua baik-baik jek..berat turun sikit, 200gram je. Aku tanya nurse dah 2 3 hari aku punya rasa nak pitam semakin menjadi2, kadang bila dah petang nak drive balik rumah tu, kaki nak tekan minyak pon menggigil, perut pon tengah hari je dah pedih gila, sampai ke petang sakitnya...adoyaiiii...
Then nurse suggest jangan puasa dalam sehari dua ni, kemudian baru puasa balik. Kalau tak larat buat selang-selang, dia cakap aku hypo = kurang gula. Tapi entah, hari-hari je aku makan benda manis, kuih2, kurma, air horlick tiap-tiap hari. Demi mengenangkan si kecik dalam peyot, semalam dan hari ni aku tak puasa.. ;( sedih... dah 3 hari puasa bolos.

Tak pe la bukan rezeki nak puasa penuh. Lain kali mungkin. Kesihatan anak lebih penting, lagipun tidak ada paksaan untuk ibu hamil. Selagi tidak memudaratkan puasa, kalau takut mudarat berbuka.

Semalam dapat 2nd jab, kali ni ubat dia makin perit plak aku rasa, tapi tangan kurang lenguh nak banding 1st jab. tak tau kenapa.

Elok je lepas pergi check up, terus dengan pantas berdesup menuju ke PICC, METROJAYA SALES!! hahahha..sempatkan ko mak buyung.. maunya tak sempat, kata je tak payah puasa, terus pergi beli roti, minum soya, so tenaga nak bershopping kembali sikit. hahaha..

Sampai2 orang dah ramai, tapi masih boleh aku nak berjalan2 dalam tu, barang2 pilihan adalah barang rumah & baju my vitamin, cari jugak baju aku, tapi tak ada yang berkenan. Sebenarnya bukan tak ada, ada..aku suka baju kurung pahang cotton tu, cantik2, tapi mengenangkan kena beli saiz L, yang kemudiannya lepas bersalin bakal aku peruk jek sebab confirm akan longgar longlai, maka cancel jek la. Aku ingat nak cari long dress jek. voley kan?? huhuhuhu

Korang yang belum shopping, pergi la jengah PICC yerk, dia SALES sampai 21/8 ni. :D


owh! comelnya kamu.....

Monday, August 15, 2011

Puasa ke 15!




Salam...

how times flies...sekejap je dah 15hari kita berpuasa...
Macam tak percaya aku masih mampu bertahan untuk puasa even dah bolos 1 hari.heheheh..kira halal la ek..huhuhu..hopefully lagi 15 hari mendatang aku masih mampu berpuasa lagi..

Dugaan sepanjang berpuasa ni?

Aku rasa tak ada lah dugaan yang teruk sangat, tapi tiap-tiap petang time-time masak memang mencabar, sebab confirm aku akan gelap mata, pastu berpeluh-peluh sejuk..then mula la mata aku macam bintang2.heeee...ada tak ibu-ibu kat luar alami macam aku? ke aku je yang macam ni? huhuhuh...

Kadang tu tak payah nak tunggu memasaklah, berjalan dekat bazaar pon boleh jadi macam tu, siap lah aku panggung kepala atas bahu hubby, pastu ajak dia balik cepat2, tak larat. Takut pitam tengah-tengah bazar, buat haru jek. Aku ni macam orang kurang oksigen pon ada jugak, tapi it happen bila dah petang, biasanya pukul 6 ke atas.

itu la kot dugaan yang aku rasa agak mencabar diri, sebab nak memasak untuk berbuka, bukan aku tak nak membeli, tapi kadang2 naik muak nak makan benda kat bazaar, yang aku tak muak, kuih muih manis2, itu I Loikeeeeee... ;p hari2 mesti nak ada kuih2 yang manis. Tak tau lah kenapa, padahal aku bukan peminat kuih, biasanya aku layan popia ke, cucur udang ke, karipap sardin, benda2 macam tu la. Kali ni benda tu langsung aku tak pandang sebelah mata pon.huhuhuh..yang aku dok melilau, kuih2 yang di sira gula, yang ada air gula melaka, senang citer MANISSSSSS.. sedap!!

onde onde..sedapnyerrrhhhh


kuih keria - fav!


petang kang nak beli la. ihiks!


Dan sekarang rasanya aku dah kembali ke habit awal mengandung dulu, awal2 lagi mata aku dah mengantuk nak tidur, tapi aku tahan tahan kan jugak. Ye la, pukul 9 aku dah dok menguap beria, pantang letak kepala memang hanyutttt... ada sekali tu, hubby balik terawih tengok aku dah tergolek depan TV. Dia cakap nampak cam penguin jek, tergolek bulat jek perut.voleykan sama kan bini dia dengan penguin. cet!

Owh! mula hari ni radio dah start pasang lagu raya. BESSSTTTT!!!! suka gila....rasa excited sangat2..mungkin sebab dah lama sangat tak balik JB. Last balik masa 1 May tak silap, sampailah seakrang tak balik2, rindu ooooooo...pulak tu nak balik elok je time raya, happy gileeeessssss...seksited mak nokkk... ;P


Layan skettt..... :D

eh dah la, merapik je aku ni. Apa pon selamat mengira duit raya untuk anak buah! Pn Farah kita dah mula mengira dah tu. heheheheh

Wednesday, August 10, 2011

Eh!! tukar lagi???

salam...

mak yong gedix kembali lagi bersama tora!! eh tetiba ko nak tora tora plak...

Kalau korang perasan * kalau pes time baca memang tak perasan la kan* aku tukar lagi template, since Nad Qarlista cakap template sebelum ni tak leh di komen. Aku pon malas nak cek, nak godek2, aku tukar terus. voleykannn... PINK kan manisss... :D

template nak PINK, patut letak la biru kan, since my baby ni baby boy.huahuahua..nak wat cam ne mummy memang suka, shoking2 pink nih. gegurl sket sejak dua menjak dah jadi orang TU.. ni :p

Tapi MALANGNYA....semua followers aku sudah HILANG.. :( tak reti plak nak cari balik. Link blog korang pon hilang, tapi aku menggigih cari semula..so bolehlah dapat balik :D.
Tapi link vendor dah tak da jugak...haish!! selalu ok je bila tukar template, tak pernah nak hilang2 bagai, aku klik kot keep widget, tapi still hilang...apakah???

Since dah hilang followers tu, aku terus remove jek la yer..kita main link-link jek la. ;D

Mummy delisha! mekasih daun keladi..

Tuesday, August 9, 2011

1st masakan selepas 7 hari berpuasa


haaaa kauuuuu..hameeekkkk!! :P

eh...salam..semua...

Hover tak mak buyung seekor ini? lepas seminggu baru nak memasak. ngeeee...
Tak larat hokeh..balik kerja sampai rumah dah pukul 6 - 6.30, aku nak beria-ria masak, konpem lepas setengah jam lauk belum siap masak lagi, aku dah pucat2 kat dapur.

1st & 2nd puasa buka di Terengganu, balik sambut puasa kan.
Puasa 3 - Bazaar putrajaya
Puasa 4 - Bazaar salak tinggi
Puasa 5 - Bazaar salak tinggi (tragedi makan kupang)
Puasa 6 - Tak puasa *cerry berry*, tapi berbuka di Batu Pahat rumah kakak ipar, makan Nasi Beryani Batu Pahat. Ngammm hoooo..
Puasa 7 - Sila rujuk entri makanan berlambak, ini. hahak!!

Puasa 8 - barulah ku jejak kaki di dapur...ngehhh...

tapi even tak masak untuk berbuka, sahur adalah menggigih bangun masak lauk pukul 4 pagi yer..bila ingat zaman muda remaja, memang tak tercapai akal, aku ni mampu bangun masak lauk sahur pukul 4 pagi. hahai!! perubahan besar aku rasa dalam diri aku. Alhamdulillah... ;)

Owh, semalam masak simple, dan masakan paling mudah. Potong2, campak2 siap!

Tomyam Udang, Telur dadar. 2 lauk jek??? tu pon nak post entri?? gedikkkkk!!! hahahahhah

erloww...mak bangga nok dapat masak..sebelum ni pergi bazar cari makanan pon aku boleh nak pitam, mata keluar bintang2. Apa cer??? gaya tu nak masak? Ada kang laki mak balik ghumah, tengok bini elok "sleeping beauty" kat lantai dapur.huhuhuh...

Tapi memang puas hati la bila masak sendiri, rasa best je nak berbuka tu. Tapi kuih muih still beli la, kot nak buat bubur ke pengat ke tunggulah hari cuti sabtu ahad yer..hari kerja memang aku tak tekejar masa. Dengan buat kerja macam siput, hegeh2. Kang orang dah berbuka, bubur aku masih tak siap2. :p

Hari ni sekali lagi misi memasak, harap2 berjaya, kalau agak2 sampai rumah aku dah berpeluh sakan, kepala dah berpinar, lupakan hasrat mulia tu. En hubby kenalah standby bila-bila masa untuk pergi melabur duit di bazaar.heheh...

Tapi menu masakan tidaklah da Boom!! aku cari masakan paling mudah dan senang nak masak, so aku boleh curi masa masak 2 3 lauk. heee...mudah2han di permudahkan..sian laki mak asyik makan lauk bazaar jek * eceh!!! macam ko masak sedappppp sangatttt...* huhuhu

owh! semalam punya gigih nak memasak sampai melecur lengan. Yelah sibuk nak masak, sibuk jugak tangan tu dok bersih sana, lap sini. dah memang habit aku macam tu, tup tup tangan kena periuk panas. waa!!! dah burukss tangan mak..

konfem berbekas, dah memang jenis kalau kena apa2 mesti kesan dia lambat hilang *bekas hitam*..dah ada cemaran di lengan.ish!ish!

ps :: entri tak ada gambar makanan tau, malas ler mokcik nak snap snap bagai. ;D



Monday, August 8, 2011

Puasa ku bocor sudah.... ;(

salam semua...

Hari isnin memang membuat kepala blurrr jek...huihuihui..

Nak mengadu naseb boleh tak...huhuhu..gedix sangat nak ngadu naseb bagai. ;p
tak de lah..sodih hati den ni, sebab niat nak berpuasa penuh akhirnya sudah BOLOS pada hari sabtu baru ni..huk huk...

Kesahnya macam ni..hari jumaat tu masa buka puasa beli lauk kat bazar ramadhan..jalan2 tengok2 lauk nampak pulak kupang masak sambal..huiishhh...terus beli. Pastu beli la lagi 2 jenis lauk. Makan dengan penuh selera yawww! hahak!

Nak di jadikan hal, hubby aku sakit perut sejak waktu sahur..aku sakit perut tapi belum membuang sisa buangan la. Bangun pagi nak pergi kerja, hubby hantarkan, perut dah memulas tak ingat time ni, sebelum keluar rumah, pergi bank dulu ;p

Sampai opis pun lambat. Masa kat opis perut cool sikit, tapi bila nak balik kerja pukul 1 tu, sakit lagi..auwwww!! kali ke 2 ke toilet. Masa ni badan dah rasa lesu dah, macam tak ada tenaga. Bila tanya hubby dia lagi banyak kali kot. Sian dia, tapi dia cool jek la, aku yang dah mula rengek nak buka.

Sampai rumah sekali lagi perut aku memulas macam nak pitam rasa, perghhh!!! masuk kali ke 3 badan aku dah menggigil..mata berpinar, sudahnya keluar semula pergi MekDi, drive-thru jek..dapat makan terus rasa lega se leganya..tapi hati ni terus sayu.. ;(

Tak tahulah salah makan apa, nak cakap aku masak sahur punya pasal, aku masak ikan masak kicap je kot, tu pon bukan bersambal macam selalu, ni buat yang cair jek, dengan sayur ulam. Aku rasa sebab makan kupang. Aku laki bini memang alah sikit dengan spesis kupang, lala, kerang. Makan terlebih boleh sakit perut, kalau kurang bersih pon ini la bahananya..

Ruginya...menyesal berbuka pon ada, tapi kalau nak buka manakan nak larat tahan sampai ke petang, sedangkan waktu tu baru pukul 1.30pm. sodih!sodih! huk huk!

Berdoa sangat janganlah minggu ni ada bolos lagi..cukuplah sekali. ;(

Owh semalam berbuka rumah kak ipar kat Batu Pahat..pergi bazar ramadhan nak cari kuih...
best ooooooo...

Dapat ikan bakar versi Johor. Kuah samabl merah, rasa pedas,manis.


Ikan Bakar - sedap hingga menjilat jari ;p


Kuih Koci - susah ok nak cari kat putrajaya.


Kuih gegetas - tapi hubby aku cakap gegetas versi Terengganu tak sama dengan Johor. Ni langsung tak pernah jumpa kat bazar putrajaya.haha..


Kuih Kaswi - Arwah atok suka sangat2 buat kaswi waktu puasa. Rindu.. ;(

Paling besttttt ROJAK PETIS!! nyummssss!!!!!


Rojak Petis - ngammm hooo!!

memang dok sebut2 nak rojak petis, alhamdulillah dapat makan. ;D dan paling syoknya, rojak petis ni dia buat sendiri kuah petis tu..memang original habis! sedap uolllssss...dia kacau pon dalam bekas/magkuk khas rojak petis.

eh? terliur ek? sorry..pepagi dah story mory pasal makanan.huhuhu...

ps:: harap2 balik JB hujung puasa nanti dapat makan ikan bakar lagi. Pakcik makcik bazar ramdhan jangan tutup kedai cecepat ek..tunggu saya balik. hahai!!

pss:: gambar semua google yer..aku tak hamik 1 gambar pon..masa buka terus ngap!! tau tau licinnnnn..

Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan & check up 31weeks ;D


Salam Ramadhan semua...

Biar lambat asal selamat eh??? hahah..sorry la, tak dan nak update al maklum balik kampung..nan ado la internet.. ;D

Apa pun semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keinsafan dan barakah. Bagi mom to be..semoga kita tabah dan mampu untuk menjalaninya dengan tenang dan di beri kesihatan oleh-Nya.


Hari ni hari ke-3 aku berpuasa, alhamdulillah masih boleh dan mampu berpuasa, tapi my little boy keep kicking me bila tiba waktu makan tengah hari, tendang dengan aktif sekali yer..tersenget2 perut.

Tadi pagi pergi check up 31 weeks..fuhh!! cepat sungguh masa berlalu, nak masuk 8bulan rupanya. Lagi 2 minggu sudah confirm 2nd Tetanus Jab.wuwuwuw...takut... ;(

Alhamdulillah check up kali ni membawa berita baik..HB dah naik..yeay!! bacaan kali ni 11.0 dari 9.7 from last chek up. Lega rasa hati ni..syukur sangat..Mahunya tak naik, semua ubat yang nurse bagi aku kena makan double. Pil Zinc,Vit B Com, Vit C semua amik double. Telan jugak even terkulat2 dengan rasa ubat-ubatan tu. yearrkkk..

Masa amik darah takut juga kalau masih rendah,ada jugak doktor tak bagi puasa. Tapi kali ni amik bacaan bukan pakai jarum cucuk hujung jari yer..Nurse amik darah terus dari tangan. Banyak oooo.. Aku yang memang penakut ni buat-buat la tak takut. Nasib baik keputusan memberangsangkan.

Berat pon tak lah mendadak..masih boleh di kawal..tapi tetap dah gumukkk...current weight 61.5kg..wuhuuuuu....

lihatlah si gemokk dagu lapis..huhuhu

Gula, jantung semua dalam keadaan elok..

My baby?? sehat2 saja..alhamdulillah..nurse pon dah suruh kira pergerakkan anak. Dari 9am-9pm MESTI! 10 kali gerakkan. Tak kira baby menendang or memusing jek, is tetap di kira movement.

Tapi gerakkan yang continously dalam 1 masa dikira 1 gerakkan, tapi kalau ada gerakkan selang 5 minit tu dikira gerakkan ke 2. cam tu la nurse cakap... bila dah cukup 10kali, tulis pukul berapa last gerakkan ke 10 tu. buat hari2 sampai la nk bersalin... ;P

Nurse siap pesan dah boleh beli keperluan baby, basuh siap2..kalau tak nak pakai deteregen khas baby boleh pakai sabun mandi. Tapi tak kan lah tak nak guna sabun basuh baju khas kan.. Dia suruh cuci siap2 dan packing.. Bagi goverment servant dah boleh dapatkan GL dari majikan. Macam aku ni, hubby la kena dapatkan GL, sekadar persediaan.

Mudah-mudahan semua di permudahkan oleh-Nya... hati ni dah mula rasa takut takut, tak takut.cam no tu?? ahahha...

Minggu sudah ni aku balik Terengganu, PIL buat kenduri doa selamat untuk aku. Dan pergilah melenggang perut..nanti aku update yeh...

ps:: geram tengok anak balkidz, Asna, Nad, nak geget nak cium2 jek...muaahhhh!! mesti wangiiiiii..