Thursday, September 15, 2011

37weeks :: PPUKM

salam mommies!!

Alarm alert ON!!

Semalam 1st time pergi cek dekat PPUKM. Mula cadang nak ke Hospital Putrajaya tapi nak ambil FPP, since ada yang cakap FPP dah penuh, patut booking masa 7bulan, malas nak leceh2, tak jadi pergi Hosp. Putrajaya. Sekiranya emergency baru ke Putrajaya, ye la kita cuma merancang..mana nak tahu apa bakal jadi, cuma mampu berdoa segala urusan dipermudahkan Allah swt.

Masa pergi PPUKM, hampir2 tak dapat booking, nurse cakap 7bulan patut dah booking, mungkin hubby staff UKM so suka tak suka,terpaksa redha booking kan jugak..huhuhu...tapi tak de kena marah ke apa, cuma dia pesan lain kali datang cepat2, jangan lambat, takut2 si ibu ada masalah, doktor lambat tau..so bahaya untuk ibu dan anak.. begitu....

Bila cek tekanan darah, berat semua ok, kandungan gula pon ok, tapi...berat saya dah naik lagi 2kg!! baru minggu lepas 63kg ni dah 65kg!! OMGEEEEEE!!!! fengsan mak tengok berat sendiri. Tak tahu lah apa yang aku makan sampai macam tu sekali berat naik mendadak. Makan sekarang bukan macam dulu, makan sedang-sedang jek. Tapi...berat naikkkkk wuwuwuwuw.....

Then proceed to scan my little hero, semua ok..air ketuban ok, placenta ok, berat baby ok, kepala dah ke bawah, dah masuk saluran dah & yang buat aku agak terkejut, si kecik ni berat dah 3.1KG. woot! woot!! patutlah mummy rasa berat sangat awak ni sayang... dah 3.1kg rupanya. Tengok keadaan perut ramai cakap tak berapa nak besar, tapi rupanya kamu di dalam besar ye sayang. Mudah2han senanglah mummy bersalinkan kamu.

Bila turn jumpa doktor, doktor tersangatlah friendly, kecik comel je doktornya, tapi lupa plak nama siapa.voley?? huhuhuhu..
since aku tak ada major problem, next app lagi 3 minggu, betul2 jatuh pada EDD aku 5/10/2011. Sekiranya belum bersalin.... harap2nya time nak jumpa doktor tu aku dah nak bersalinlah. So doktor cakap aku boleh teruskan check up dekat KK Putrajaya, tak payah jauh-jauh ke PPUKM.

Current situation & condition::

Mummy::

Sakit di bahagian ari-ari/bawah perut semakin menjadi-jadi, lagi bila dah duduk lama, time tidur memang pengalaman yang adoyaiiiiiiii...huhuhuh...sangat susah nak cari posisi yang selesa, termengah-mengah kadang tu. Bila nak mengiring kena ampu perut dulu, sebab si kecik dah berat ;P. Pinggang memang sakit selalu, tiap malam my vitamin tolong gosok dengan minyak mestika, tak rasa panas pon, tapi cukup buat aku selesa. Paling obvious bila nak poo poo perut akan memulas macam nak rak, stok  2 3 4 kali pergi toilet tak ada hasil hahahahh... kadang cuak jugak. Tapi sentiasa perhatikan panties, kot kot la kan... gulp!

Beg mummy dah siap pack. Semua dah letak siap2 tepi katil. Agak2 sakit, terus grab jek. Takut kang mak tak ada pape si bapak yang huru hara.heheeheh..

cuma bag nak bawak balik kampung untuk confinement je masih dalam proses penyimpanan, by this week kena siap jugak, tak nak nanti dah bersalin baru nak hegeh2 minta hubby tolong kemas. Kesian, kang dia tak paham, dok tanya2, baik sedia siap2 lagi mudah kerja.

Ni tengah tunggu bengkung & jamu sampai, beli online je. heeee..

Bengkung aku beli yang lilit panjang2 tu & yang ikat macam tali kasut kot. My mom nak jugak yang lilit, dia cakap tu lagi bagus, yang ikat tu, untuk mudahkan aku bila waktu dia pergi kerja, tapi insyallah my mom akan ambil cuti seminggu dua untuk jaga aku.
 ini bengkung lilit
ini bengkung tali tapi aku panggil bengkung ikat hahahah

bengkung ni aku beli online dari Mama Damia

Jamu pulak, aku pilih Jamu Ibu Halimah, tak tahu macam mana keberkesanannya, memang ramai cakap jamu ni panas, tapi since aku memang makan jamu dari anak dara mungkin masalah panas untuk diri sendiri tak ada kot, tapi untuk baby tak tahu lagi. Lepas dah guna kita buat review ek. ;D Aku beli dari Kak Engku Bidan Bersalin

set bersalin ibu halimah
Baby::

Baby dah semakin berat, dah 3.1kg. Aktiffffff...... panjang aktif tu tau. Sekali dia kick, senget perut mummy. Sekali dia mengeras mummy macam nak pee ;p. Kadang tu perut macam tegang dan sangat penuh, keras. Tak tau lah apa aktiviti si kecik di dalam. selain dari tu, baby ok jek, alhamdulillah baby sehat.

Bag baby dah lama siap. Bag nak bawak balik kampung, masih dalam progress macam mummy jugak. Barang baby tak de lah banyak sangat, kot tak cukup baru cari kat kampung nanti ** cewah cakap kampung macam kampung sangat jek..hahah padahal rumah taman jugak ;p**

owh dah lah, panjang berjela, heeeee...terima kasih sudi baca sampai habis. @_@ wink wink!!


Thursday, September 8, 2011

Cerita raya 2011 - all in one. ;D

salam uollsss...

Orang dah banyak cerita raya, aku baru hegeh-hegeh nak cerita.
Tahun ni beraya di Johor SAHAJA, kesian my vitamin.
Tak pe eh yayang..tahun depan kita raya Terengganu ok.. tahun ni keadaan diri aku tak mengizinkan untuk jalan jauh-jauh sangat, lagipun kitorang takut tersesak dalam jem. Al maklum, tahun ni cuti raya bersekali dengan cuti sekolah, jadi peratusan untuk jem pada hari SABTU/AHAD yang memang kebanyakkan keluarga yang ada anak sekolah akan balik juga walau macam mana pon adalah tinggi. So tak berani nak ambil risiko.

So we decide balik JB je tahun ni...

Malam raya hanya aku dan adik-adik aku yang beberapa ketul tu je la ada dekat rumah, tak balik Kota Tinggi terus. Tolong apa yang patut, aku lebih kepada mengarah dari membuat kerja. seronok juga jadi ibu mengandung, semua tak yah buat, huahuahua..stetment orang pemalas.hahahahaha...


Eh...dalam buyung2 aku buat jugak tau, tolong sapu-sapu, kemas-kemas, memasak berdiri lama-lama tak la...tolong kopek2 bawang lada ada lah. Pastu malam raya tu, bawak adik aku yang kecik sekali beli seluar jeans katanya... aku nak belikan baju kurung dia tak nak..demand adik aku tu tau.huhuhuh...

Pagi raya, macam biasalah, bangun awal, panaskan semua lauk pauk untuk hubby, sebab biasa pagi raya dia akan makan sikit before sembahyang raya. Kalau ikut family aku kami tak macam tu, biasanya pergi sembahyang dulu, balik baru makan. Elok juga tahun pertama kahwin beraya sebelah hubby dulu, atleast aku dah tau gaya dia. ye tak. heeee...

Balik dari sembahyang, salam raya adik beradik, then terus bertolak ke Kota Tinggi..kampung halaman... sampai sana barulah meriah...semua pakcik makcik adik sedara, sepupu sepapat berkumpul. Rumah atok sedara aku tu memang menjadi tumpuan, sebab untuk side aku, memang tinggal dia sorang je.

Tapi tahun ni gambar raya tak banyak, photog dah bertukar. Tahun2 sudah aku selalu jadi photog, tahun ni dah turun pangkat, tapi si photog baru ni kecik lagi, baru 12 tahun. Jumpa sepupu2 sebaya habis lesap. Jadi gambar raya memang seciput je. bergambar 1 keluarga pon tak ada.huh! Nasib gambar mak yong ada. hahak!

kene paksa tutup belly button.hahahah..belly button menjadi perhatian sungguh, sabo je la den. 

 mummy n daddy sama2 mengemok. ;P

 sisters :x  dari kanan :: gurl, qistina, aku n hubby (terselit plak ;p)

 anak sedara n mak sedara ( xcukup korum ni), makcik aku tu pon preggy jgk 5bln, sok aku habis pantang, dia pulak sambung berpantang. Kira ni bakal granny la.hehehe..muda2 lagi kan. ;D

My love, i love u beby.. 

Kesian hubby aku tak balik raya kampung dia, sedih jugak la. Ye la 1st time kan. Lama2 biasa la nanti. :)

Raya kedua? Ketiga? beraya....tapi tak ada gambar dah. cukuplah gambar raya pertama je ek. ;p

36weeks check up :: Final month yaw!

Salam Aidilfitri uoolllssss...

cerita hari raya?? esok esok la... hari ni cerita check up baby ek. heeee...

Macam biasalah amik darah, HB turun sikit 10.5 tapi doktor cakap masih ok, kalau naikkan lagi, lagi bagus. Berat naik dengan jayanya, sekarang dah 63.0 kg. Puasa turun beberapa ratus gram je, tapi lepas raya naik sampai 2 kilo.voley?? hahahah

Alhamdulillah baby dah engaged, dah masuk ruang dia, tinggal tunggu masa je since baby pon dah selalu sangat mengeras. Doktor cakap kalau perut bahagian atas dah rasa kosong & baby plak dah asyik mengeras je, tu tanda2 baby dah sedia nak keluar. Mudah2han baby kuar bila tiba masanya, jangan terlewat tempoh. Doakan ye semua.

Barang2 baby semua dah siap kemas, means barang untuk bawa ke hospital, since balik raya hari tu lagi aku dah siap2 pack letak dalam kereta, barang mummy pon sama la sekali.
Barang nak bawak balik ke kampung untuk confinement masih dalam proses penyimpanan. InsyaAllah by this week semua settle. Kain batik berhelai2 aku beli masa balik terengganu masa 1st puasa hari tu. Lepas berpantang, bakal bersimpan sajalah sampai pregnant ke 2 dan seterusnya ** eh???** hahahah...advance kan mak.hahah

Sesungguhnya aku adalah sangat dalam debaran sekarang, dengan kaki yang membengkak bagai kaki gajah, jalan pon dah rupa penguin, sakit di bahagian ari-ari memang jangan di kata, bila baby mengeras buat aku serius jek.huhuhuh.. Walau apa pun, aku bersyukur Allah berikan kesihatan yang baik untuk diri aku & baby sepanjang kehamilan ni. Ye la, ramai lagi yang kena macam2 dugaan masa mengandung, dan aku antara orang yang diberikan kemudahan dalam melalui tempoh tu,syukur.

ni antara barangan yang aku bawa ke hospital ::

Keperluan Baby

* 2 helai tuala mandi
* 2 helai recieving blanket
* 20 helai kain lampin / pampers
* 2 pin besar
* 2 pasang baju lengan panjang & pendek
* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan
* Mandian baby

Keperluan Ibu

* 1 helai tuala mandi 
* 1 helai tuala muka 
* 20 keping overnight pad
* 2 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan)
* 1 helai pakaian biasa 
* 2 pasang stokin 
* 1 pasang selipar 
* 3 helai nursing bra
* 2 pasang pelapik bra
* 5 helai disposable panties
* sikat 
* berus gigi dan ubat gigi 
* barang-barang mandian (bedak,sabun dll) 
* pakaian untuk pulang ke rumah 
* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2 
termos 
* 4 helai kain batik

Keperluan Ayah
* Buku PINK (tolong bawakkan ;p)
* Kad pengenalan suami & Isteri
* Sijil Nikah
* GL (jika goverment servant)
* Surat rujukan doktor (jika perlu)
* Money! :D

List ni aku ambil dari blog juga, lepas tu ikut kesesuaian dan keperluan yang aku rujuk dari mak aku, so mana yang perlu bawak la kan.

So mommies out there r u ready?? 

ps :: yang bertanya macam dah ready sangat je. huhuhu... 

NOTE :: Maafkan segala salah silap, andai ada terkasar bahasa atau perlakuan, doakan june & baby selamat ye semua.


 









·