Thursday, November 17, 2011

1 month jab @day 33


Ollaaa..

Macam cipsmore kan? Kejap ada kejap ilang. Kalau dah update hari2 update kalau dah xupdate senyappppp terus.

Hari tu 14.11.2011 bawa Ezekiel untuk cucuk 1 bulan. Mula senyum2, kene cucuk jerit 1 klinik boleh dengar,sekejap  je,tapi merajuk kemain lama. ;p

Current weight 4.55kg. Wusshhhh!! Macam tak caya, sebab si kecik tak nampak besar pon,cuma pipi je tembun. Alhamdulillah,susu ibu memang buat baby SEHAT. Amin...

Ezekiel dah pandai senyum2 time susu,sesekali keluar suara macam anak kucin.comelll!grraaaammmm.

Mummy condition?

Alhamdulillah,sehat... Yang tak sihat kaki mummy keluar gatal2,biji2 merah. Hari tu dekat leher dengan badan,skang kaki pulakkk..adehhh! Hazaaaabbbb nak tahan gatal tu.

Current weight 54kg,dah dapat berat asal before pregnant,tapi nak berat sebelum kawen, so another 4kilo to go. Masalahnya berat sekarang dah statik,tak turun2.wawawa... Peha masih drumstick,vontot tetap tempayan. Sedeh! Janganlah kene beli seluar jeans baru.waaa!!!

Pergi klinik dapat pil perancang :p. Eceh dah merancang dah ni.huhuhu..habis 40hari je terus kena makan. Ambil hari2,pil ni khas untuk ibu menyusu. Harap2 badan tidak mem'badak' hua hua hua.

Ps:: 36hari...owhhh cepatlah masa berlalu.... Dah tak tertahan duduk bagai tawanan.

Pss:: padahal tak sabar nak soping baju baby.wawawa..online kurang syok dowh! ;p

Published with Blogger-droid v2.0

Saturday, November 5, 2011

berpantang vs moden??

Salam uollsss..


Entry ni of coz khas untuk mommies la kan,tapi bukan mommies pon boleh je baca,mak tak marah..heee


Berpantang atau ikut suka apa pilihan korang? Terpulang,tepuk dada tanya diri.


Ikut aku,lepas tepuk dada aku rasa sakit hua hua hua.. Ok tak kelakar.:p!!


Ikut aku, aku memilih untuk berpantang cara tradisional moden. Voley? Agak2 faham tak? Huhuhu


Ok ni antara cara aku berpantang. Apa yang dikatakan tradisional dan moden.


Day 1-7


Dari segi pemakanan aku stirct sikit waktu ni sebab badan masih sejuk,jadi perlukan makanan yang boleh panaskan badan.

Pagi dan petang anmum lacta + roti/ biskut jacobs, tengah hari dan malam ikan panggang,halia muda hiris dengan lada hitam. Air cuma air suam.


Hari-hari mandi air suam,pagi dan petang. 3 hari berturut mandi air daun-daun ( MiL yang sediakan) antara yang aku ingat serai wangi,daun sirih, kunyit, apa lagi tak tahu.huhuhu. Serius best mandi air daun ni,badan rasa segar.


Cucian sulit, guna air garam dan air sirih.


Aku mula bertungku since day 3,masa tu darah dah macam tak ada,lepas tungku terus keluar lagi. Lega.. Aku risau bila darah sikit sangat.heeee.. Bertungku ni untuk kecutkan rahim/peranakkan,lancarkan aliran darah,panaskan badan yang sejuk dan cepat kempiskan perut *tu yg penting tu* huhuhu


Pakai param kat badan,tujuan sama untuk panaskan badan. Aku pakai param Ibu Halimah,memang hangat je tubuh.


Bengkung start pakai day 4,berurut pon mula masa day 4-6. Tapi aku tak terus sengkak,aku takut.:p


Masa ni berat dah turun dari 68kg ke 60kg. Alhamdulillah.




bengkung moden. Yang lilit malas nak ambil gambar huhuhu..

Day 8 - 14


Pemakanan dah ubah sikit. Aku mula makan lauk berkuah macam singgang. Tapi bukan hari-hari. Selang-selang dengan ikan panggang. Masa ni aku tak ambil lauk lain selain ikan. Sarapan dan minum petang masih serupa. Jemu? Sikit la..


Masih mandi air suam even dah boleh mandi air sejuk. Gedik. :p


Bertungku dan berbengkung setiap hari. Bertungku pagi dan petang. Bengkung siang dan malam. Berparam dan pilis.


Berbengkung sapu limau+kapur,kadang2 sapu param Ibu Halimah je,tak pon Pati halia+limau Mustajab. Owh!ayah aku orang jawa maka bertungku,berbengkung,param,pilis memang hari2 dia tanya aku buat tak. Kalau tak buat muka dia macam nak telan aku. Huhuhu




dekat dahi tu pilis,suka pakai sebab berangin je,tapi tak suka sebab muka gatal2, sampai ke leher.

Tapi bio oil dan lotion masih aku pakai untuk kurangkan pecah2 yang berlakar indah dekat perut.huhu..


Day 10-12 berurut sesi ke2. Masa ni aku sengkak. Alhamdulillah rahim dah kecut since day 8 lagi. Jadi mudah nak sengkak, rahim dah kembali ke tempat asal.


Masa ni aku dah start minum air sunquick, elok untuk lawas dan kecutkan rahim. Minum suam2, pekat dan tanpa gula. Aku minum pagi petang. Air sarsi suam pon aku minum,biasanya masa makan malam. Mak.aku cakap elok keluarkan darah dan dari pembacaan ada yang kata boleh trigger air susu ibu. Alhamdulillah susu aku setakat ni boleh mengenyangkan my boy.




Anmum lacta dan sunquick. Pagi petang.

Day 15 - 21


Makan masih makan ikan, menu sikit berubah dan bertambah, dah mula makan ikan bilis goreng bawang, ikan goreng,ikan panggang cicah air asam,singgang,asam rebus,sawi putih. Sarapan masih lagi roti dan biskut dengan anmum lacta disertakan air sunquick. Bila jemu aku makan quaker oat,masak pekat2.


Bertungkung dan berbengkung. Masih mandi air suam. Berparam dan pilis.


Day 17 berat aku semakin turun 56.7kg. Fuhh!! 2.3kg to go untuk berat before preggy, tapi another 4.3 kg untuk berat masa kawen. Chaiyokk!!


Tapi...even berat dah turun punggung adalah masih sebesar tempayan ye..hahah


Day 20 pertama kali aku makan ayam..sup ayam,tu pon sikit je. Tak la takut,cuma kurang berani huhuhuhu..padahal jahit dah baik,pusat baby pon dah lama tanggal. Tapi memikirkan aku ni menyusukan baby,jadi pemakanan perlu juga berkhasiat,maka aku makan juga ayam..


Owh day 21 aku dah mula mandi air biasa,no more air suam.badan dah mula ada tindak balas yang air suam tu macam tak mandi je rasanya.hua hua hua..




sapuan wajib setiap hari.

Day 22 - 24(hari ni)


Makan seperti menu diatas tapi dah makan ayam dengan berani,tapi sayuran sejuk jangan sentuh langsung,same goes to buah-buahan sejuk macam tembikai. Air sejuk jangan langsung. Minumlah air suam..


Tetap bertungku,berbengkung,param dan pilis ( pilis dah mula celup2,tak tahan muka naik bijik2, gatal!)


Keadaan perut dah mula kempis tapi tetap flabby,punggung dah kecik sikitttttt je...peha tetap lagi ayam KFC.hahahaha..


So perlu lagi meneruskan pantang tradisional moden aku ni lagi separuh jalan. Harap2 bila sampai penghujung boleh dapat figure asal,paling tidak peha tidak lagi ayam KFC. :p!


Perasan tak aku tak ada cakap pasal jamu pon? Owh aku sangat2 mahu makan,tapi my boy ada kuning,walaupun tak teruk tapi masih berlarutan hingga hari ni. Aku tak berani nak makan jamu,minum air akar kayu or apa saja. Harap2 lepas 30 hari kuning dia hilang. Bolehlah makan jamu..



Kenapa aku cakap berpantang tradisional moden?



Sebab dari segi pemakanan aku tidak terlalu strict, kalau strict sangat apalah nutrient yang anak aku dapat.betul tak? Jadi perlu juga makan benda yang bagi khasiat macam sayur,so banyak2 sayur, sayur sawi putih je yang boleh dimakan.tu je la aku bedal.


Pengambilan air pon tak terlalu sedikit tapi tak pulak banyak melampau, masih berpada-pada. Taklah sampai minum air 2 ruas ibu jari je.melampau sangat..dan tak jugak minum berbotol air sehari. Sedang2 je. Pesan orang tua kena juga ikut.


lagipun kalau sikit sangat air macam mana buah pinggang nak proses bahan kumuh?

Tradisional nyer..aku tetap berurut,bertungku hari-hari,berbengkung secara konsisten. Berparam,berpilis even pilis tu buat muka aku gatal2.

Kata mak bidan masa ni la nak jaga badan sebab badan tengah kembang,senang nak bentuk. Kalau tak jaga masa ni,nanti kembang susah nak kuncup,kalau nak kuncup pregnant la lagi.huhuk!!

Sebelum terlupa pakailah stokin sepanjang berpantang..angin masuk dari tapak kaki..dan duduk berlunjur..jangan macam aku sebok nak bersimpuh,dasar jakun.huhuhu jalan pon slow2,even dah sihat badan tu,jalan tetap hati-hati.


Rasanya lagi separuh tempoh berpantang yang bakal aku tempuh serupa seperti di atas, cuma yang mungkin ada perubahan berat badan dan body figure je. Samada akan dapat figure asal atau perlu kerja keras selepas pantang. Kita tungguuuu...


Benda paling aku tak suka sepanjang tempoh berpantang?
Asyik baring,duduk,baring,duduk. Apa semua tak boleh buat. Tepu!! Tu je aku tak suka, lain semua suka. Haha

So apa pilihan korang? Berpantang atau ikut suka? Apa pon sayangi tubuh badan kita! :D




Published with Blogger-droid v2.0

Friday, November 4, 2011

dijahit bagai baju

Mak aiihhhh!!! Tajuk..ngeri tak? Heeee


Salam uoollssss..getik sangat kan mak memalam sepi pi pi ni.haha


Ni la jadinya anak bangun susu ibu amik kesempatan.ahaks!


So aku nak kongsi pengalaman kena jahit. Seram uoollssss!!! :p


Lepas je baby selamat keluar,aku memang masih dalam keadaan segar, tak mengantuk pon. Doktor pon mula cek. FYI doktor itu adalah lelaki,tapi kali ni ahkak tak malu dah,voley? Hahaha bukan tak malu tapi dah tak fokus,kepala ni fikir lega je sebab baby dah selamat lahir dan kelahiran adalah normal tanpa sebarang bantuan ubat-ubatan apatah lagi epidural. Banyak2 bantuan, epidural la benda yang aku nak elakkan. Alhamdulillah urusan aku dipermudahkan.


Terlebih lencong plak citernya. :p


Masa doktor cek dia cakap koyak tak banyak. Aku tanya anggaran tempoh nak jahit,dia cakap dalam setengah jam. Dalam hati aku 'mak aihhh lamanya. Besar ke episoptomi aku ni'. Sekejap tu ada doktor perempuan masuk. Rupanya doktor pelatih, nak belajar jahit. Sabar je aku time tu,terasa macam bahan uji kaji pulak. Tapi tak pe lah,orang baru belajar kadang lagi teliti,mudah mudahan.


Bila nak start jahit doktor inject ubat tahan sakit, inject dekat miss V, tapi tak rasa pon injection tu. Sambil doktor perempuan tu jahit,doktor lelaki tu bagi guide mana yang perlu dijahit dan kenapa perlu dijahit bahagian tu.


Jahit lapisan pertama bahagian dalam,kedua otot dan last sekali skin. Jahit bahagian dalam tak rasa apa, cuma rasa bila benang ditarik itu pon bukan rasa sakit. Jahit otot pon sama tak de rasa sakit. Bila dah part jahit skin, doktor sembur ubat kebas,owh!!! Pedih!!!! Tang skin memang ada sikitttt sakit, tak sakit apa pon rasa macam kena cucuk jarum kat hujung jari je.. Sepanjang tempoh jahit aku tidur2 ayam,keletihan. Tapi masa part skin aku sedar,sebab nak tahu berapa banyak, dan part skin ni tiap tusukan tu kita akan terasa,tapi tidaklah menyakitkan.


Aku tanya doktor berapa banyak,dia cakap sikit je, specially utk 1st time bersalin, jahitan aku dikira sikit,lagi pula aku bersalin waktu bukaan baru 9cm jadi jahitan tu kira tak banyak. Nasib baik..


Doktor lelaki tu memang baik, setiap kali nak jahit setiap kali tu dia minta maaf dan izin,even aku lelap pon dia masih lagi minta izin. Aku tak la lena sangat jadi aku dengarlah bila dia bersuara tu. Tapi part tak tahan dia boleh berbual ::


Doc L:: kalau u jahit skin baik dr atas kebawah,baru cantik.

Doc P:: ok

Doc L:: senang je kan jahit ni..macam jahit BAJU *sentap mak mendengarnya nokkk,nasib dia jahit sopan santun*

Doc P:: i jahit baju pon tak pernah,hari ni terus jahit orang. * haaa..lagi mak sentap! Hahaha*


Pastu dia gelak2.voley? Tapi bila dia tengok aku sedar dia minta maaf kat aku, dia bergurau je. Tapi tak la aku marah pon,cuma rasa macam.. What?! Baju??!! Huhuhu ahkak ni manusia dik oiii..bukan kain..


Lepas siap semua sekali lagi doktor buat VE untuk pastikan jahitan ok dan keluarkan ketulan darah beku. Maka sesi jahit baju pon tamat..


Tapi nokk, time dah nak siap tu kaki mak dah menggigil2.. Lama sangat terkangkang. Bila dapat turunkan terketar2 kepala lutut den.huhuhu..


Kesimpulanya.. PengalMan dijahit macam jahit baju tu tidaklah mengerikan.. Tidak juga menyakitkan.. So mommies jangan takut k.. :)


Chill!!


Published with Blogger-droid v2.0

Wednesday, November 2, 2011

Ariq Ezekiel Lim birth story 2

Kita sambung cerita...

Sampai labour room (bilik melur 07) aku ditanya samada dah membuang belum,aku cakap belum,nurse dekat wad tak bagi membuang tadi. Dia nak masukkan ubat tapi aku dah tak boleh nak berjalan,so diorang suruh aku membuang atas bed je,auwwww!!malu ahkak sekali lagi.hahah..tapi tak lah aku membuang.. Nurse pon pasang CTG untuk monitor heart beat n contraction.

Nurse buat VE sekali lagi nak pastikan bukaan,confirm 6cm.

Ada student practical tengah nak masukkan jarum kat tangan aku masa tu, tiba-tiba je aku rasa nak membuang.

Aku :: dik,akak rasa nak buang la.

Student:: buang je kak, tak pe.

Aku pon teran.. Tak keluar pon. Budak tu masih tak berjaya masukkn jarum,dan sekali lagi aku rasa nak meneran, aku pon teran tapi kali ni aku rasa lain di bahagian miss V. Aku beritahu student tu.

Aku:: dik, kalau jarum tak boleh masuk suruh nurse la.urat akak memang kecik susah nak jumpa. Lagi 1 akak rasa nak meneran sangat2.

Student:: saya nak panggil nurse la ni. Akak teran je,lgpn bukaan baru 6cm.

Habis je cakap ada nurse masuk.

Aku:: nurse saya nak meneran lah. Tak tahan sangat.

Nurse:: teran je.awak belum berakkan,tu sebab awak rasa nak berak,teran je,tak pe.

Aku:: saya takut..

Nurse:: tak pe tak yah takut..

Aku:: saya dah teran tadi,tapi saya rasa something kat servik saya *kemain servik aku berbualkan.. Aku tibai jek*

Nurse:: kejap, saya cek,angkat kaki.kalau ada rasa nak teran,tarik nafas hembus,tahan jangan teran.

Nurse pon buat VE, dan...... Dia terkejut bukaan aku dah 9cm. 6cm to 9cm within 15min gap jek. Habis kelam kabut labour room. Serta merta diorang panggil my vitamin, datang lagi sorang senior nurse masukkan jarum dan masukkan ubat *tak tahu ubat apa*.

Sekali lagi aku rasa nak meneran, riuh dia suruh tarik nafas dalam2 dan tahan dari teran. Kaki aku dia turunkan semula,dah masuk ubat baru kaki aku di naikkan. Nasib baik awal2 masuk aku mintak tilam ditinggikan,aku tak nak baring,rasa tak selesa.

My vitamin pula macam blur kejap.

B:: napa sayang?

Aku:: my dah nak bersalin..dah buka 9cm

Nurse:: dah nak bersalin ni,cuba awak tengok ni *tunjuk bawah ahkak..malu sekali lagi uuu..* nampak rambut baby ni.

Before that nurse tanya aku boleh tahan lagi tak. Aku geleng kepala. Aku dah tak tahan sangat nak meneran.

Bila dah di naikkan kaki,husband disuruh pegang wife. Aku pula di suruh pegang pergelangan kaki.

Nurse:: ok, kali ni bila rasa nak teran,teran sepenuhnya,kuat2.

Aku:: saya nak teran dah ni..

Nurse:: ok, push!!!!

Aku pon push dengan sepenuh hati...sambil push sambil dengar arahan. Pegang kaki kuat2..angkat kepala,tunduk sikit... Dan..aku terasa ada sesuatu keluar

Nurse:: tarik nafas sikit dan push!!

Aku curi nafas dan push!!!! Lagi sekali..

Alhamdulillah,2kali push i meet my little precious, a gift from Allah s.w.t.

Syukur alhamdulillah..tu my first word. My vitamin terus kiss forehead dan ucap tahniah sayang. Berkali kali dia cium dahi aku. Tapi masa tu aku macam hilang fokus. And amazingly sakit pon gone. Fuhhhh!!!

Nurse pon tunjukkan baby,tanya anak apa. Aku jawab boy..

Lepas baby di bersihkan, nurse letakkan baby atas dada. Perasaan masa tu tak terungkap. Bahagia, tak percaya, macam2 rasa ada.

Dalam pada tu nurse keluarkan uri dan ready nak jahit. Tak lama doktor pon masuk nak jahit..

Kelahiran si kecik adalah tanpa kehadiran doktor, semua nurse dan seorang student.

Student siap cakap pandai akak push, selalu kalau anak pertama mesti lama nak push sebab tak pandai.

Alhamdulillah urusan kelahiran bayi kecil ku dipermudahkan Allah s.w.t,itulah doa aku setiap kali menghadapNya.




Muka gembira lepas melahirkan..voley? :p

jom cekidout tempoh yang aku lalui untuk melahirkan ::

8.00am :: water break
9.30am :: sampai ppukm
10.00am :: wat ctg n ve (xd bukaan)
10.30am :: induce
11.00am :: masuk wad

Tempoh start sakit ::

12.30pm :: dah start rasa contraction,mild je.
2.30pm :: ve, dah buka 3cm
5.00pm :: sakit tahap mengigil dah ni. Buat ve, bukaan 6cm,tolak ke labour.
5.41pm :: selamat melahirkan Ariq Ezekiel Lim. Alhamdulillah...

Tempoh menahan sakit lebih kurang 5 jam. Berpeluh!!

To all mommies yang menunggu hari June doakan korang semua selamat dan urusan dipermudahkan..

Pengalaman di jahit? Next episode deh... Ahak!!

Published with Blogger-droid v2.0