Hari isnin memang pemalas yang amat, eh?? macam hari hari malas je aku rasa. Dah 3 tahun koje rasa macam nak cari kerja lain pulok...hihihi..kononnn je la.... ;p
dah dah..tak yah nak merapu pasal keje.
Meh nak story sikit pasal tandem nursing/pumping. Sejak dua tiga menjak ni, bukan 2 3 menjak je, dah bermenjak menjak jugak lah, aku memang dah tak termampu nak bangun pukul 2-3 pagi hanya untuk pumping, sumpah dah tak larat nak bangun. Jam bunyi, aku matikan, jam bunyi, aku langsung tak dengar pon ada, tapi kalau anak terkuet kuet kat sebelah nak susu eh! boleh pulak celik mata.hihihi..ajaib sungguh!
Dek kerana aku tak bangun tengah-tengah dini hari untuk pump, so aku gantikan dengan pump sambil susukan Ezekiel, lagi mudah orang panggil tandem nursing/pumping. Biasanya tandem style ni untuk ibu-ibu yang ada anak kembar atau masih menyusui toddler and baby. Means ada anak besar yang masih menyusu dan si kecil pon menyusu dalam masa yang sama, macam gambar bawah ni.
aku ambil gambar yang tandem nursing twin babies je la yer, yang toddler dengan baby gambar semua macam kurang indah jer. hihihihi...
so aku gunakan kaedah yang sama tapi penggunaan alat yang berbeza, sebelah Ezekiel susu sebelah lagi pump. Hasil pon meriah, kadang boleh dapat sampai 5-6oz sebelah je. Stok tu kira yang pertama untuk hari ini, so pump dekat opis kira yang ke-2 dan seterusnya.Jadi tak la masa Ezekiel susu tu aku buang je yang sebelah lagi kan. Tapi setakat ni aku buat pagi sebelum hantar dia pergi school je la, kalau petang agak susah sikit, sebab Ezekiel lagi suka aku baring golek-golek dengan dia, sebab dia boleh feeling2 nak tidur.heeee.....
Kalau ada mommies yang rasa kekurangan susu pon boleh cuba tandem pumping ni, sebab boleh dapat banyak hasilnya, coz baby kita kan pump paling neutral dan paling baik ;D
Selain dari cara ni double pumping juga dikatakan boleh menghasilkan susu yang banyak, tak membazir bila LDR, tapi it not works on me at all, sebab aku sengal! kikikiki aku tak reti, aku cuai, nanti habis menitis kat seluar lah apa lah, gelabah tak memasal. ;p tapi korang boleh cuba.
dah, meh bagi sikit muka budak bam time hisap botol dengan daddy, ni masa hari sabtu lepas, aku kan kerja jadi daddy dia jadi babysitter la. Sambil susu sambil berbual. heeeee...rindu aihhhh!!!
budak bam ni dah 7.2kg semangat anak mummy! sehat-sehat ye sayang.
maria pn tandem nursing..susukan abg n adik serentak..srg sebelah..
ReplyDeletewah...kagum2..
ReplyDeletehai salam kenal...uishh semangat sungguh. I pun tak sabar tggu saat2 nk bf bb lagi..2 months more bb nak kuar..huhu.
ReplyDeletehi Elin..semoga berjaya dear!
ReplyDeleteHi june...Aku pong buat..tp kadang2..sbb t qasyaf akan sepak2 pam tu...ngan pam pong nak jeles..huuu
ReplyDeleteHarz :: hihihi..ye ke? cerdik sgt la si kecik tu yer.Ezekiel so far lom tunjuk cri2 jeles lg, asal dia blh nenen, dia wat donno jek.heee
ReplyDelete