Friday, April 13, 2012

goyang goyang montot goyang & 6m jab

salam jumaat penuh barakah!

Salam Jumaat auntiessss!!! ;D

semalam dah entri sesedih, hari ni bagi ceria sikit. ;)

semalam Ezekiel cukup 6bulan. Kejap je kan.
Haihhh!! setiap kali dia beralih bulan, tiap kali tu aku rasa, sekejapnyer, cepat nyer, lambatkan sikit boleh. rindu.rindu bau baby, rindu dia kecik2 halus, rindu semualah. eh! tak la kata tak suka yang sekarang. Sekarang pon suka, suka dengan keletah dia. rindulah pulak kat dak bam, padahal baru kejap hantar school.

Dan dalam diam-diam dah 6bulan rupanya aku breastfeed Ezekiel..alhamdulillah rezeki Ezekiel masih diberi hingga sekarang, walaupun aku tak pernah ada stok, awal-awal je ada, tu pun sikit sangat-sangat, dan sekarang, hari ni pam untuk esok. Begitulah sehari-hari. Kalau agak-agak tak cukup, pagi-pagi aku tandem dengan Ezekiel untuk cukupkan stock hari ni pergi school.

tak risau?? risau jugak, tapi malas nak fikir, yang penting aku cuba sediakan selagi termampu. Mengigihlah pam walau macam mana pon. Cukupkan jugak stock untuk school dia. Kadang terbit rasa cemburu tengok stok orang lain, tapi tak pe lah, itu bahagian dia, ini bahagian aku. Syukur dengan apa yang ada. kan. ;)

muka happy nak pergi klinik. Ala cepet betul lah mata tu! hihihi

Ok, semalam ambil jab untuk hepatitis B & measles, jab ni tak demam, tapi Ezekiel tetap merengek, mungkin kaki bekas cucuk tu sakit kot + batuk tu buat dia kurang selesa agaknya. Tapi dia ok je la, cuma tak bagi langsung mak dia ni bergerak kemana-mana, duduk lah kau depan muka dia je, cukup. Tak angkat pon tak pe janji ada je dekat dia. heh! manja!

Berat adalah statik! ajaib sungguh! hahahaha..kalau sebelum ni berat tu kalau tak cecah 1kg jangan panggil Ezekiel, tak sah. Tapi kali ni naik 5gram je, aci tak? hahahah...
Berat 8.15kg, semakin meninggi 72cm, naik 3cm dari sebelumnya. Chest makin lebar, head sama je, tak de perubahan.

muka layan mata nak tidur. melepek begitu adalah feberet all time dia.


Nurse dah suruh bagi makan bubur. Sebenarnya Ezekiel memang dah mamam pon, dari dia 5m1w tak silap aku dah bagi puree, puree buah & sayur (ubi ubi an ;p)
Tapi emang dasar pemalas mummy nyer, aku bagi puree dalam botol, brand HEINZ.

puree like :

Banana+pear
Apple+manggo
Pumpkin+corn
Pear+grape
Strawberry+banana

eh banyaklah nak senarai, tapi itulah puree nya yang dia makan, dan aku tetap amalkan 4days rules. So far Ezekiel tak ada sebarang masalah dengan makanan2 diatas.

Bermula last week aku buat sendiri puree tu, sian anak den makan benda dari botol. Bak kata mak mak lain, air tangan ibu lagi sedap, sebab penuh kasih sayang. ;) Next entry aku share yer puree buatan tangan mak Ezekiel nih. ;p

Sekarang Ezekiel dah pandai angkat montot goyang-goyang..ecewahhh... meniarap tak pandai angkat montot pulak dah dia. Asal boleh la nak....
Tapi bagus jugak tak pandai tiarap, idok le hazab sangat nak pakaikan dia diapers muahahahahh....

Meh la layan goyang goyang montot goyang!

ni kali pertama dia dok menonggeng. hahahah
sebok main toys dia, tetiba dia angkat montot tapi tak goyang-goyang lagi la. Ni last week kot. Malam sebelum dia batuk teruk. haa..ye lah, betul dah tu.

Selepas dari aksi tu dia keep angkat, angkat dan angkat, dan akhirnya, angkat dan goyang-goyang. huhuhu...



 eceewahhh...tengok gaya orang goyang montot. huhuhuhu

semalam pulak, dah sebok nak angkat kaki, tapi bila angkat kaki makanya tersembam. nasib baik ada tikar Eva tu, tak sesia mummy membeli. hhihih...

mommies! kalau nak beli tikar Evamatik tu calling-calling lah!
eheh?? promo yer? hahahah!!








7 comments:

  1. adoii comelnya dok goyang goyang mcm tu!

    ReplyDelete
  2. hikhikhik..chumel jer ezekiel goyang-goyang montot..tergelak umi medina tinguk..hehhehe..

    ReplyDelete
  3. mst ezekiel trs nk pndai merangkak ni..cayalah ezkiel!!iman pndai gostan je..haha

    ReplyDelete
  4. tutup mulut :: hihik! nk geget je montot dia goyang2 gitu. ;p

    Umi medina :: hhihi..soon medina plak. mst geram tgk.

    Yumie :: gostan yeh? hahah..xlama kedepan la tu. cpt la iman kan.

    ReplyDelete
  5. CoMelnye goyang2..
    Ni tak sabar nk ade baby lg..
    Hehe

    ReplyDelete
  6. cute..
    nak tanya... tikar eva nak beli kat mane ek?

    ReplyDelete
  7. idot :: thnax.. ;P Tikar tu blh beli dr june. blh tgk email or click kt side bar ariq baby house tu. ;)

    ReplyDelete