Tuesday, August 28, 2012

Cerita Raya yang tak berapa raya

tadi intro je...puiii!! hahah!!

meh la kongsi kongsi citer raya, kalau ada yang sudi nak baca. Al maklum mood raya masih menebal dalam diri...

Tahun ni raya pertama dekat Terengganu. owh!! ILOVETERENGGANU!!
aku suka balik sana, even ada lah yang tak berapa nak suka beraya rumah mertua, tapi hakaq suka je deq non... mak mertua pon mak jugak. Apa salahnya raya rumah mak mertua kan? best apa. Kena pandai bawak diri la kat tempat orang, kalau kita nak orang suka kita, kita kena suka orang tu dulu atau vice versa. pepandailah mikir yer, besar panjang dah.
cer bayangkan, esok esok ada menantu, menantu kita tak suka balik rumah kita? kena fikir jauhlah kan...penpaham lah kita pon ada anak lelaki, esok lusa dia bawak balik menantu perempuan kat kita, tup tup menantu tak suka balik rumah kita. sentap tau hati ni. susah payah jerih perih membela anak, tetiba menantu tak suka kita tapi suka anak kita. ha?? achaner?? kita ni pon makin lama makin men'TUA' bukan makin men'MUDA'.

belajar-belajar lah suka..belajar belajarlah pikat hati...hakikat kita orang baru, masing-masing baru je nak berkenalan..esok esok dah lama nanti, serasi bersama jugak. kan kan...serba sedikit tu jangan simpan lama-lama, tak elok untuk kesihatan..nanti muka cepat kedoott.. ;p

sejak jadi mak, kuat membebel lak ai ni. hahak!!

eh?? baru jap mintak maaf ek? jangan sentap eh.... hahah!!

dah sambung citer raya meh. Aku balik Terengganu hari Khamis, lepas subuh terus gerak. Alhamdulillah balik kali ni tak jauh macam sebelum ni. ye lah LPT dah siap, highway all the way, sekejap je sampai, gumbira dihati, tak sakit pinggang dan montot. hahah!! Ezekiel pon ok jek, duduk dalam car seat ngorok (tidur) aje kerjanya, bangun main-main je, tak de la amukan ke apa. lega disitu.

Tapi tak berapa nak lega sebab Ezekiel demam sepanjang dekat sana. Khamis ok lagi, tapi batuk dengan selsema memang dari KL lagi, tak la teruk sangat. Jumaat batuk makin menjadi-jadi, melilau lah aku laki bini cari klinik, ambil neb. Lepas neb lega sikit nampaknya. Hati mak pak pon lega. gundah gulana hati oiii!

Sabtu pagi batuk Ezekiel makin teruk pulak, dengan semua orang tak nak, nak melepek dengan mummy je, daddy pon tak mau. Nampak susah sangat nak ambil nafas, berat je dada dia. tengok perut sampai kedalam bila ambil nafas, lepas tu laju sangat. Sekali lagi pergi klinik ambil another neb. Before neb tu dia muntah, lendir banyak keluar. Lepas neb, baru ok. bila dah ok, barulah dia happy, main sana, main sini. panjat tangga, papah sana papah sini. Orang kepoh baru pandai berdiri memang gitu lah gayanya.

Malam raya aku dengan Ezekiel sama-sama kedaung.DEMAM! haishhhh!!!
Aku ni ada perangai jakun sikit. Pantang dengan cuaca panas, or perubahan cuaca mendadak, cepat je nak demam. Tapi kalau mak yang demam tak kesah sangat, pandai makan ubat, pandai cakap sakit, tapi anak demam? kesian tau. sedeh hati ni. tengok dia tidur nafas berat je... suhu mencanak naik, nasib memang semua ubat demam, ubat batuk, selsema, ventolin, semua aku angkut. Ubat masuk kat montot pon bawak. Turun jugak suhu, tapi tetap dedar je. Satu rumah susah hati. kesian tengok dia. meragam, merengek jek. tengah malam asyik bangun sebab batuk. sedehlah!

Pagi raya bangun tu Ezekiel nampak ok lah sikit. Tapi still batuk. Dapatlah merasa pakai baju raya sekejap. Orang rumah pergi sembahyang raya, si kenit tidur. Bangun je dari tidur, batuk dia menjadi-jadi semula. Bukak baju melayu dia, tukarkan baju lain bagi dia selesa. Lagi pulak dia macam keluar heat rashes tak pun campak, entahlah. so dengan gatal-gatalnya, dengan demam, batuk, eh pakejlah! memang buat budak kecik merengek je la kan tu  semua. tak senang duduk jadinya. tengah hari sikit, nafas dia macam lega sikit, so dia bolehlah main sana sini.kepoh-kepoh. Masuk waktu petang je dia start meragam semula.

Biasanya doktor cakap kalau demam petang ke subuh ni viral fever. Viral fever ni heat temp dia memang tinggi. Lepas je maghrib, aku dah tak boleh tahan lagi dah. Ezekiel bukan setakat demam, batuk, nak bernafas pon macam dah tak mampu. Asyik mengeluh. Eh! tak tahu nak cakap macam mana, kira macam orang tengah semput nak ambil nafas tu, macam tu lah dia time tu. Sudahnya menagis-nangis lah aku... hati ni jangan dikata, macam-macam kepala ni pikir, terus ingat macam-macam, bukan-bukan. haihhh!!
Time tu dah tak kisah dah, nak masuk wad pon masuklah. tak kisah dah raya ke tak raya ke. Lain lain tahun pon boleh raya.

Bincang dengan hubby, we decide bawak pergi KTS, penuh harapan waktu tu ada lah pakar yang bekerja, tapi memang tidaklah kannnnnn.....
yang ada cuma doktor biasa. Tunggu memang lama. Penuh dengan orang, dengan budak-budak demam.
Sejam jugaklah menunggu. Ditambah pulak ada retis yang tak beretika, tak reti nak menunggu. Pikir anak dia je sakit, macam anak orang lain tak sakit. Daftar-daftar je terus masuk jumpa doktor. HELLLOOOOO!!!!! orang lain pon ada anak, anak orang lain pon sakit, malah lagi teruk dari anak ko yang masih mampu jalan elok-elok, tak melepek pon! tapi sedap-sedap dapat masuk tak yah tunggu! tak da etika!
serius aku sakit hati sangat!! kalau bukan sebab Ezekiel sakit pon, tapi aku tetap sakit hati. ramai lagi budak lain yang sakit, memang flat habis, muka merah padam sebab demam panas sangat, tapi tetap tunggu giliran, tapi dia? menonong masuk dalam. puiii sungguh!!

Bila dah sampai giliran aku, doktor cakap mungkin Ezekiel dah dijangkiti kuman, tapi tak ada pakar waktu tu, jadi tak dapat nak confirmkan. Doktor just bagi ubat, no need take nebuliser anymore. Dapat ubat je, aku bagi makan terus. elok je lepas makan antibiotik, Ezekiel muntah melambak, basah lencun aku dalam kereta. Keluar lendir-lendir. 3x dia muntah, terus tidur atas muntah kat bahu aku. Barulah nafas dia lega, barulah tak ada batuk. pity my baby. ;(

Raya ke2, pagi tu bagi lagi ubat, lepas makan antibiotik dia muntah lagi, keluar lagi kahak-kahak lendir. Demam pon dah mula kebah, batuk pon dah beransur baik. Hati ni punya lega, Ya Allah...hanya Dia yang tahu.

Raya ke3, Ezekiel semakin baik. Demam dah hilang, batuk sikit-sikit lagi tapi tak berkahak dah, selsema pon dah kurang, makan ubat pon dah tak muntah. Antibiotik tu makan untuk 5 hari je, habis tak habis after 5days kena buang. alhamdulillah, sembuh juga anakku.
Raya ke3 ni aku dah ontheway balik JB. Mula-mula decide nak balik KL dulu incase Ezekiel batuk masih tak ok or tak berkurang, ingat nak bawak jumpa Dr Nadir je, sedut kahak, tapi bila dia dah ceria, dah nak main-main dengan Tok mi dengan Ayah ki, so tak jadi balik KL, terus je balik JB.

Raya ke4 dan seterusnya berayalah kami anak beranak di JB.


habis tak korang baca??? habis? syabas!!

agak-agak esok kalau kita dah ada menantu, menantu tak suka kat kita sedih tak hati kita ni? haha!!

gambar raya, nanti-nanti lah aku upload, kalau tak pon tengoklah kat FB. ;p

3 comments:

  1. Sama la..Zameer pon selsema ngan batuk bila blk kg, Terengganu gak...my hometown...raya umah mentua jugak thn niutk 1st raya kat Klang, 2nd day raya baru blk Terengganu...

    2mlm turut2 Zameer xlena tido, bila dia muntah berlendir baru dia blh tdo...mayb kahak2 tu la buat dia xselesa nk bernafas,kan...risau berganda bila tgk dia muntah gitu tp bila dh muntah baru dia ok kan..

    ReplyDelete
  2. betol2!...kalo menantu x suka kita,mesti sedih..mau plak menantu yg bkeras x nk blk rumah kita,lagi haru kan...

    tp kan,seb bek MIL aku ok sgt..aku mcm xpercaya plak ada MIL yg xle btemu muka dgn menantu dia..mcm dlm tv je bnda tu..realiti ni,aku sendri blom jumpa la..hee

    ReplyDelete
  3. azzpinky :: june ok je tgk dia muntah, sbb tau kalau muntah akan buat dia lega, tp still kesian la. Ezekiel xsuka muntah, kdg dah nak keluar muntah tu, lagi sagup dia telan semula.

    Harzharun :: sedih kan. dah jadi mak ni baru paham rasa2 seorg ibu tu kan.

    So far aku pon lom penah jumpa lagi mcm dlm TV tu, sbb MIL aku pon best jek. hehehe..

    ReplyDelete