Thursday, September 20, 2012

Hilangkan hitam dan daki euww!!

Assalamualaikum!

Saja nak share sikit. Sementelah tengok ramai kawan-kawan yang preggy dah pon bersalin teringat pulak 11bulan lepas aku baru je bersalinkan sepet. ;p baru ke??? haha!!

Lepas bersalin aku rasa benda paling risau berat badan. Dapat tak kembali bentuk asal? haiyoooo...nightmare okeh tengok badan gumuksss!! terus semangat kuruskan badan, buat apa saja sanggup. janji kurus! *aku lettew, tersipu sipu malu ;p*

Lepas tu aku risau hitam-hitam yang ada masa pregnant dan selepas bersalin. Masa pregnant dulu aku ada masalah ketiak hitam uolsss..waaaa!!! *pecah tau rahsia ahkak!* pastu perut pon hitam jugak, tapi nasib aku baik leher tak ada hitam hitam tu. Hitam dia macam daki yang stok bertahun tak gosok. Tapi percayalah aku kerjanya menggosok ketiak sajolah, tapi nan ado perubahan.huhuh...

elok lepas bersalin, dah lah risau ketiak hitam, perut pulak geleber...flabby sana sini, dah flabby tak firm, hitam pulekkk...sedeh tau!! macam-macam petua aku mintak, tapi macam...."rajin ke???" cantik nak tapi malas, derrr!!
Sudahnya aku rasa cara paling rajin untuk aku ialah pakai scrub. ahkak pakai scrub murah-murah je uolss tapi ahkak suka amat scrub murah ahkak ni. Dah lah murah, bagus, wangi pulak tu.

Mula-mula pakai scrub ni memang tang ketiak aku tuju dulu, ngahahaha... ye la nanti ahkak nak angkat-angkat tangan depan laki ahkak, tetiba tengok ketiak hitam. potong derr!!
Mata dia kenalah jagakan. Dah lah tang lain tak berapa nak sepsi, almaklum lepas bersalin, ambil masa jugak nak kasi seperti asal, atleast tang ketiak hitam kasi la bernyawa sket, sedap sikit mata memandang ketiak bini. puii!! hahah!!

Seminggu 3kali pakai, hasil memberangsangkan,tak sampai 2minggu kembali cerah sikit demi sedikit, after 2month, cukup je habis pantang ketiak aku kembali pulih seperti asal. Even orang tua cakap hitam-hitam tu pembawakan masa mengandung, nanti hilang sendiri, derr...tak kan nak tunggu 7-8 bulan baru nak putih macam asal, usaha lebih sikitlah kan. Sendiri tengok pon tak selera tau.

Tang perut hitam tu, bila dah lepas sebulan pantang kot baru aku pakai scrub ni. Aku ni penakut sikit, aku tengok perut flabby je kan, so macam gerun2 je nak tonyoh kuat-kuat. Memang kesan dia memberangsangkan sangat-sangat. kesan hitam kat perut dah hilang, aku rasa perut aku putih balik after 4bulan jugak aku pakai baru kembali seperti asal. Bayangkan betapa hitam line-line kat perut ku.huhuhu...Tapi sekarang tidak lagi ;D

Suka pasal scrub ni.

1- murahlah uolsss
2- wangiiiii.......
3- texture dia halus sedap je kalau gosok-gosok kat badan, hilang segala daki yang melekat kat badan tu
4- memutihkan kulit jugek
5- of cos lepas scrub kulit halus lembut mulus nak lagi best lepas mandi sapu losyen ;D

Aku ada juga scrub lain, body shop dengan scrub kopi mak dara, tapi yang ni paling suka.
Body shop bau memang terbaik, tapi gosok-gosok bestlah, kesan kurang sket kot. Scrub kopi bau sedap macam nak minum kopi dan dan tu jugak, tapi aku jadi gatal-gatal pulak.

So bolehlah cuba ek! Harga RM15.90 jerrr. Jimatkan ahkak ;p



5 comments:

  1. eh murahnya.boleh try ni.nak cari kat mane ek?
    nak hilangkan line hitam kat perut tuu..ngeri je tgk.hehe!

    ReplyDelete
  2. betul ker?? nak try jugak..(penuh bersemangat) lagi2 tang perut..tak hilang-hilang..

    ReplyDelete
  3. ctmah :: boleh beli dekat kiosk2 jual jamu or mydin ke, tesco ke.bnd murahkan kt tmpt murah2 jek..hihihi

    MyHaPpInEsS:: try jgn tak try.kene rajin baru boleh hilang, tp kne sabar jugek.hihihi

    ReplyDelete
  4. Ooo puteri binari eh.. Nnti nk cr jugak la... Tq

    ReplyDelete
  5. kene try ni... riso suami nengok kite , xselere... ketiak dia lg putih dr i

    ReplyDelete