Monday, March 26, 2012

F1 jom! kau ada? hahaha

Eceh....

F1 sesangat lah....

F1 si kecik punya je pon..hihihi...

Hari sabtu pergi Mattel warehouse, owhoiiiii..... sesampai jek..barang semua hanyalah sisa-sisa je. kesian kan? hahaha..
Alang-alang dah sampai sana, teruslah ke IKEA layan meatball lagi bagus, tapi agak tak best sebab seperti biasalah manusia amatlahhhhh ramaiiii..bapak si Ezekiel haruslah muka mencuka.kakakaka... macam tak biasa je tau! ;p

Pergi IKEA haruslah ada hasil rembatan yer tak. tapi tak yah tunjuklah, benda-benda biasa dan paling pasti barang Ezekiel je la yang banyak, mummy sepasang kasut je pon, daddy langsung tak ada. hahai! kesian daddy, tiap kali shopping pon barang dia selalu yang terakhir, tapiiii kalau sekali dia balas dendam...tahulah kau! gitu kekdahnya... ;D

tumpang letak kejap. Letih mendukung si kecik ni. Kemain happy letak atas baju. huhuhu

Semalam pulak, tengah lepak-lepak cakap nak belikan bumbo seat untuk Ezekiel, nak cari preloved je pon, bila daddy tanya harga la, apa la, macam-macam soalan dia tanya, sudahnya dia cakap tak yah beli bumbo seat, kita cari walker je lagi bagus. Mummy mintak bumbo, sekali dapt approval beli walker, new pulak tu. Dah! jangan leceh, moh kita beli. hahahahah....

Macam biasalah, ManjaKu bangi memang dah jadi shopping mall ke 1 mummy sekarang ni. Itulah tempat idaman kalbu tiap kali keluar.hahaah.. kopak oii!

Aku punya target walker mestilah 2 in 1/ 3 in 1 punya walker, multifunction, lepas tu mestilah boleh ditutup, sebab esok lusa Ezekiel dah nak jalan tak ada hendaknya dia dalam walker lagi, tahu je la budak dah dapat kaki, mesti nak merayau sendiri macam dah besar sangat.hihihi.. So walker haruslah duduk dalam stor, untuk mudah simpan carilah yang boleh lipat/tutup. kan?

Bila tengok walker mula rambang mata, macam biasalah kalau cantik harga pon cantik, tapi tak mungkinlah aku nak beli walker saja harga sampai RM300. Idok ler cik kiahhhh....
Aku beli harga yang masuk akal je..yang tak masuk akal lupakan, walaupon sangat tergoda. ;p

 Ini antara yang menarik perhatian aku lah. Menarik perhatian disini adalah dari segi design, fungsi, dan harga yer. ;p
Harga pon boleh dikatakan reasonable lagi.


aku tak tahu brand apa ni MAMALOVE kot. Aku amatlah berkenan yang ni, tapi ini WALKER semata-mata. Tapi sarung seat dia cantekkkk uuollsss.. sarung pon boleh jadi suka yeh? hahahha...

Tapi tak beli pon... sebab dia tak boleh tutup, dia akan bulat macam tu la, seketul gabak gitu. Esok tak pakai, nak simpan leceh. Harga ; RM 250++ before less.

Yang ni MY DEAR..soooooo cute... Ezekiel dok nak aauummm (mamam) je kat stereng tu, siap ada sound effect lagi..haauuummm ..pastu kepala goyang2 geram sambil mulut menganga nganga nak ngap hon. hihihi..tomel! 
Tapi..tak beli jugak.... ;p Seat dia macam kecik, takut Ezekiel gedebab lagi sikit sendat mendat pulak. Owh, yang ni boleh jadi rocker yer. Harga :: RM200++  juga before less.

Maka kita pergi option lagi 1. ehhh?? 3 jek pilihan hati yer?? 
iyooo laaaaa.... pilihan kalbu banyak, tapi harga kenalah berada di paras yang telah di tentukan.kikiki....


INI!! F1 spec kauuuuu...... hado??? hahahahahah
Brand sweet chery je..boleh jadi walker, rocker, siap ada foot rest, so that kalau kaki kurang nak panjang boleh pakai foot rest dulu. Macam Ezekiel letak foot rest sebab dia kan suka sangat melonjak, melompat. Nah! lompatlah nak....mummy tak kesah dah.huhuhu...
Yang ni harga paling reasonable yer. ;p
RM 175 after less 20%. yeay!! 
padahal bulan lepas kot kalau tak silap, masa ada baby fair kat Jusco, harga dia baru RM150 tak silap aku. heh!! 


Erlooowwww!! jom racing dengan aye! jom! ;p






Friday, March 23, 2012

Safi Rania Gold :: Love!

Hi! Assalamualaikum...

uoolllssss....di hari jumaat ni, marilah menenangkan minda, sebab esok adalah cuti, bila cuti dapatlah bergolek sakan dengan budak bam..oohhhh! rindu!

eheh! sebenarnya nak share pasal skin care yang aku guna semenjak lepas bersalin...

Aku ni memang ada masalah kulit. Nak tengok kehuduhan muka aku dulu? this is back to 2009 punya yer...ada lagi sebenarnya..tapi maluuuusssss nak tunjukkk...huahuahua..biarlah hanya cinta hati saya je yang tahu betapa buruk dan betapa ikhlas nya dia menerima isteri dia ni dulu-dulu. Tq so much lah sayang!! auuwww!! terharu tau mummy! ;p

2009 :: dengan meriahnya makcik, pakcik, tok su, nek long, kat muka aku. cucu cicit semua ada. hahaha... meroyan tau! 

 
2010 :: ni masa lepas kahwen..wah gitu...dah nampak bersih kan?? berseri gituuu...kuakuakua..opss!! ober kau! ;p 
masa ni aku pakai produk family Lynna :: Chahaya Whitening. Bagus! suka sangat! tapi....... aku agak pemalas sikit nak beli sebab kena online ;p
Tapi kalau nak cuba memang berbaloi-baloi..ramai kot yang pakai produk ni. Rasa NaEdan ada buat review. Cer tengok cer tengok.

2011 :: Semakin bersih kan? dan makin menggemok..hahah... Alhamdulillah..masa ni masih pakai Chahaya Whitening set lagi. Tapi  aku mula stop pakai bila dapat tahu aku pregnant... ye la banyak dengar time preggy tak leh pakai produk yang ada chemical la apa la..so stop la pakai..just cuci muka pakai safi Q10. wahhhh!! kauuuu...remaja sangat nak ber Q10 kan. hahahah..dasar orang tua kelupaan diri tu,dah kertu. kikikiki...

End of 2011 :: Masa ni baru lepas habis pantang, tengah sesi mencari nurseri Ezekiel...ouuhhh!! how i miss my baby Ezekiel time ni..so small, wangiiiiii sangat! skang dah mashammm...hihihihi... 
Tengok muka den, tak ada jerawat, clean n clear tapiiii kushammmmmm...macam cendawan kelabu. kahkahkah...

So bila tengok muka kushamm mashamm apatah lagi ada kawan opis yang cakap muka dan gaya aku dah rupa makcik endon, terus kepala ligat, harus ku atasi masalah ini! mesti! 

Maka mulalah melilau mata ni bila pergi watsons ke guardian ke, tengok produk apa yang boleh aku pakai, dan sesuai dengan usia yang dah nak kertu ni. ;p

Mula-mula macam nak cuba Olay, well...aku tak lah mencari produk yang mahal rabak, aku cari yang sesuai dengan kadar poket serta keperluan je la...paling penting senang aku nak cari. Tak payah susah-susah, mana-mana pon boleh dapat. Itu paling utama.

Okey back to Olay, mula aku nak try Olay white radiant, tapi aku takut tak sesuai, sebab before ni aku pernah je pakai cleanser Olay, muka naik biji-biji halus, so....aku tengok plak Simply Siti, macam terbekenan, tapiiiiii...kulit mak ni sensitip, aku agak takut nak mencuba, try google review Simply Siti macam tak banyak pon, so cancel lagi. 

1 day tu, aku pergi Tesco ke carrefour kot, nak beli groceries, so menyinggah lagi ke Watsons untuk sekian kalinya...terpandanglah mata ini kepada Safi Rania Gold, hati pon dup dap dup dap...lawalah pulak packaging dia..gold purple gitu..mak suka warna-warna dalam kuarga coklat & ungu nih..feberet nih! kertu sangat feberet color ko yeh? ;p

terus dok belek-belek, baca-baca..buka tutup nak bau wangi ke tak, tengok pulak yang lain-lain brand...ehhhhh...pegang lagi SAFI RANIA GOLD ni...dah sahlah tu suka, sebab pegang untuk kali ke2 kan. soooo...aku buatlah rembatan..lagipun bukan mahal pon..tersangat-sangatlah mampu dibeli oleh siapa saja..lagipula ia adalah SELAMAT DAN SUCI boleh di gunakan TANPA WAS-WAS, ia ada trial pack, tapi aku amik loose item je. So ko boleh pilih ko nak pakai yang mana, ko tak nak yang mana.

Mula aku just pakai cleanser, toner, day cream, serum & eye contour. Dalam 2minggu pakai, eh! sukalah! bau pon sedap jek, bila cuci muka rasa bersih and moist.
Then aku beli scrub & night cream. 

cantikkan packaging dia. tengok kat TV, che ta punya tak de lah tergoda sangat.  Tengok depan mata mengedik pulak rasa. ;p







1. Cleanser aku pakai yang jenis cream, tak silap dia ada 2 jenis. Bau sedap, wangi jek. 
2. Toner bau mawar ewahhh kau! mawar katanya, bau bunga ros lah. 
3. Paling SUKA! serum. Pakai memang tak melekit, baik sapu malam atau pagi. sangat sesuai dengan muka aku. Sebab kulit aku oily sket, so tak sesuai pakai menda yang lekit-lekit ni, wat jerawat je kang.
4. Eye contour, yang pon aku suka, so far panda eye memang sangat-sangat berkurang, aku sapu time-time nak tidur, kalau terlebih rajin sebelum kerja pakai jugak.
5. krim siang /krim kecantikkan, kalau tang krim ni memang dah lama aku gunakan tapi bukan SAFI RANIA la, tapi brand SAFI jugak. Memang suka, tekstur memang nampak melekit tapi bila pakai tak pon. ok je. Kalau ada jerawat tu, sapu banyak2 sikit waktu malam, kejap je dah kering jerawat tu. LIKE!
6. Scrub, ponnnn like....halus je biji-biji dia, lepas pakai kulit rasa tulus mulus gitu...tapi lepas 2minggu pakai kulit aku macam kering sikit, jadi aku pakai seminggu sekali je sekarang.
7. Pelembap malam, melayu sangat ayat ko.. ;p pelembap ni aku tak pakai awalnya, tapi lepas pakai scrub tu kulit aku jadi kering, so aku pakai pelembap, tapi malam je la, siang tak pakai. Macam banyak sangat nak tepek 1 masa. ;p So, after pakai pelembap ni kulit aku dah tak kering lagi...bau? wangiiiiii...my vitamin pon cakap sedap je nyiumm ami malam2, sedap je bau. ahaiii!! 
senang citer I LOOOIIKEEE.. UUOOLLSSSSS.....

ok, meh presenting the result after 3month using SAFI RANIA GOLD! 
























































































































































































































DUUUUUMMMMMMMM!!!!!!

 

without any make up, only lip gloss. ok tak??? mak mak sangat muka ko kan june! hahahahah


 ps :: kalau nak tengok muka aku masa pakai produk Chahaya Whitening sekarang nama dia Chahaya Beauty Aura,  boleh klik sini

Pss :: produk tu aku tau lah ada lagi ke tak, ye. Ada produk baru juga. Cer la usha!



Wednesday, March 21, 2012

Asthma Attack! :(

Assalamualaikum...

Semalam aku EL, Ezekiel punya batuk getting worst. Bila tidur tak lena sebab batuk, sampi terjungkit-jungkit vontot bila tidur, kesian, tapi kelakar pon yer bila tengok vontot tu ternaik-naik.
mr froggy otw to clinic...weee!! debot betul kaki tu!

2 minggu lepas dia batuk aku just pergi klinik biasa, kali ni batuk lagi, then bawa jumpa paed dekat An Nur. As usual si kecik tu aktif je macam biasa, tak nampak macam orang sakit pon, lagipun dia tak demam, tapi batuk je la yang teruk.
Kali ni dia batuk sampai ada bunyi dekat dada, tu yang buat aku sedikit gelabah. Takut kalau ada bronchitis or pneumonia( paru-paru berair), tapi rupanya selepas doktor cek Ezekiel ada asma, pity my baby ;(. Masa doktor tengah cek dia tanyalah ada tak dalam ahli keluarga yang hidap asma, of coz la ada..aku la yang ada asma, so....dah tau la jawapan dari siapa Ezekiel dapat asma, cuma asma aku dah baik dah, masa kekecik je aku selalu kena asma, lagi-lagi waktu sejuk/hujan.
while waiting to c doctor, kita playing dulu...
 
Doktor suruh ambil gas / nebulizer, dengar nak kena ambil gas tu, sebelah hati rasa ok, sebelah lagi rasa kesiannyer anak aku... ;(
tapi dekat rumah aku pernah jugak buat wap dia pakai wap air panas tu, so pakai nebulizer lagi better la kan.

By the time nak ambil gas, nurse pon terangkan untuk apa ambil gas ni, dia cakap gas untuk bukakan rongga pernafasan supaya lebih mudah nak bernafas dan bagi dia rasa lega since kahak dah cair. Lagi satu nurse cakap awal-awal, baby akan menagis lebih dari biasa semasa proses tu berlangsung, masa lebih kurang 10-15 minit, so aku kena sabarlah sikit.
budak kepoh. sebok nak tengok daddy ambil gambar dia.

Tapi....si dak bam...harammmmm tak ada nangisnye...very good boy! dia dok senyum-senyum, sengeh-sengeh dengan nurse, tengok sana tengok sini, sebok nak pegang wayar. haishh! baik mummy nak kesian jadi kagum kejap.hahaha...Nurse pon cakap, jarang-jarang berlaku ni.hihihihi..selalunya budak-budak memang akan meraung la bila pakai nebulizer tu, yelah mungkin takut tengok benda asing pasang dekat hidung bagai.
Yang si bam ni, aku rasa dia feeling nurse tu nak main-main dengan dia, so dia tak nangis lah. Lagipun Ezekiel memang suka dengan perempuan. Lelaki sangat anak mummy yer! ;p
Tapi dah hujung-hujung ada jugaklah merengek sebab bosan and rimas mummy grip tangan dia lama-lama. kikiki... habis tangan tu sebok nak pegang tiub.

muka senyum-senyum ;D

Doktor bekalkan 4 jenis ubat. Mujur Ezekiel memang tak takut makan ubat. Bagi je la, mulut tu memang ternganga saja. Ubat yang di bekalkan, ubat demam, ubat batuk, ubat cairkan kahak & ubat asma. Paling best ubat tu semua sedapppp!! kalau masa kecik aku dapat ubat sesedap tu, aku rasa akulah orang paling gembira bila sakit sebab dapat makan ubat sedap. hahahah..tak lah macam sekarang, aku paling elergi ubat jenis cecair, geli geleman tekak huhuhu...

Ubat mesti diberi makan pukul 7am, 3pm & 11pm, tapi pukul 3pm tu boleh skip, since waktu tu masa cuaca panas, so dia akan kurang batuk, wajib bagi pukul 11pm sebab antara pukul 2am-5am itu waktu sejuk dan boleh buat Ezekiel batuk teruk.
bekalan ubat. entahlah, ubat tak elok untuk baby, tapi tak kan nak biar?? hummm....

Setiap kali dengar dia batuk sedih ada, kesian ada, rasa nak ambil je batuk dia tu, biar aku je yang batuk tak pe. Bila main lompat-lompat lebih sikit kang batuk, ketawa lebih sikit, batuk. Serba tak kena, bila dia asyik batuk mulalah start nak meradang, marah-marah. Pandai sangat!

kalau ada cara-cara selain dari wap muka, sapu kunyit hidup silalah share yer. TIA!

muka orang layan blues..muka nak titon. ;0


Monday, March 19, 2012

Aqiqah Ezekiel

Assalamualaikum!

Haihhh! apa punya lembab la nak update pasal aqiqah dak bam sorang tu yer. malas eh mummy! hep!

2minggu lepas balik Terengganu, setelah hampir 8bulan aku tak balik. hebak!! lama gila tak balik, last balik masa aku preggy 7mnth. Ni Ezekiel masuk 5bulan baru balik sana. Zalim tak? bukan dengan sengaja yer..keadaan tidak mengizinkan..Insyallah tahun ni lebih banyak balik untuk kedua-dua kampung..JB & Terengganu.

Balik kali ni dengan niat menjenguk kampung hubby terchenta, rindu nak bau udara sejuk dekat kampung, seyes aku rindu! bawa Ezekiel jumpa makcik-makcik yang masih belum sempat tengok anak sedara dia yang dah pon tembam tembun ni, dan nak buat aqiqah untuk dia sekali...

Memang dah niat kenduri aqiqah nak buat dekat terengganu, since aku berpantang kat JB, adillah untuk kenduri aqiqah dengan keluarga yang lagi 1,ye tak? ;)

muka budak bam pepagi hari. susah beno nak senyum. 

dah puas tengok sana tengok sini....akhirnyaa........

lena.........tengoklah dak debek tok mi dia panggil.kikikiki....

Tapi aku buat kambing seekor je..lagi sekor nantilah, mungkin akan beli dan sedekah ke fakir miskin je la kot, tak ada kenduri-kenduri lagi. Tengoklah macam mana.

Masa hari kejadian, pengantin kecik ni meragam tak ingattttt...mak aihhhh...
Ezekiel memang tak tahan panas, bila panas, berpeluh, mulalah meragam, bila meragam bertambah panas, maka hati pon lagi panas. Kerjanya nak berdukung je, padahal dia bukan jenis yang macam tu, lex lex je letak bawah main sorang-sorang. Ini langsung tak nak, menangis aje kerja dia.

 
lepas mandi bagai, tak pakaikan baju. sejuk sikit, tu pon dok ohh eehhh ohhh eehhhh...

ambil gambar pon tak nak. tengok! mummy je terlebeh senyum. ;p

Masa orang baca yassin, Ezekiel dok meragam dengan tok mi dia, merengek jek...sampai masa nak marhaban, baju semua dah bukak, berlenggeng lah si pengantin kecik...hahaha..
Tak kisahlah, janji dia diam. Nasib baik tak buatkan baju melayu, kalau tak bertambah panas lah si kecik tu.


 Muka tak puas hati. huhuhuh....

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Tapi buat biasa-biasa..tak de pelamin untuk pengantin kecik, rasanya kalau buat pon tidaklah berguna sebab pengantin asyik merempan sepanjang hari.hahahah...
goodies bag semua tok mi yang sediakan, mummy just datang bawak anak bujang bam jek. Tok mi cakap tak yah, tok mi nak buatkan untuk dia. Jadi dalam keadaan serba salah, mummy ikutkan jugaklah. segan pulak bila apa pon tak menyumbang pada majlis tu. heeeee.....

 Menu untuk hari tu ::

Nasi putih
Kambing kurma
Ayam masak merah
Sayur petola masak air
Ikan kering
sambal belacan
acar timun

Air sirap

Makanan dimasak sendiri, gotong royong walaupun kali ni mummy june tidak menyumbang tenaga pon. Naik kan segan bila semua benda tak dapat nak tolong. Ada tak ada, tolong buat air je la.huhuhu.....dan tolong makan dengan jayanya.;p

Tapi balik kampung kali ni, tak dapat nak makan sotong celup, udang celup, apa je yang di goreng dengan tepung tu...tak dapat minum ais jagung. Tapi dapat makan roti paung, ni semua pasal Kak Di aka greenapple, dia selalu duk pung pang pasal roti paung hahahahha...memang sodap! lembut jek, nyummy lah!

Roti paung memang terbaikkk!! kalau pergi tganu carilah! ;p









Saturday, March 17, 2012

korang rasa tak apa aku rasa?? T_____T

hiii uuollsss....

hari ni aku kerja, sampai bila la kena kerja sabtu, kalaulah tak payah kerja sabtu kan best. hurmm...tak pe lah, dah kerja, kenalah kerja, ye tak?
Tapi bila sabtu kerja bertambah kuranglah masa bersama dengan anak, bila kurang masa, kurang tahu perkembangan anak sendiri. sadis pulak rasa ;(

gambar pagi tadi before cau cin ci ke tempat kerja. 

Pagi ni, Ezekiel tinggal dengan daddy dia, sat g daddy hantar gambar anak tengah menyusu sambil pegang botol sendiri. Sumpah aku tak tau anak aku dah pandai pegang botol sendiri. Memang pernah dia pegang botol sebelum ni, tapi aku tak pulak tau sebenarnya dia dah reti pegang sendiri. So by dat time, aku still pegangkan botol dia, dia pulak dok main2 la kan. Lagi pun kalau dekat rumah, aku memang direct feeding je, kalau keluar pon jarang bawak botol, aku NIP je la, sementelah lagi sekarang ramai je mommies yang NIP. Tapi tadi, daddy beritahu, bila masukkan puting kat mulut, dia terus pegang botol sendiri. ohohohoh..sukanya!! tapi sedeh nyerrr!!! sedeh bila aku tak tahu! aku terlepas moment perkembangan anak aku.



dak bam dah pandai..mummy suka!!

dak bam bersama botol bulat seperti tuan nye.hihihihi....

Semalam pulak, teacher dekat nursery mintak maaf kat aku. haaaaa!!! saspen tak korang??? 

hahahah...tak ada apa pon..Ezekiel tersembam rupanya..
kalau korang marah tak yer? aku tak tau nak marah ke tak, tapi aku tak lah marah, aku anggap perkara biasa...

Ezekiel agak lambat nak meniarap, dia pandai terlentang dulu..dari kedudukan meniarap dia pandai terlentang, tapi dari terlentang dia tak reti meniarap lagi. Apa pesen anak aku ni, aku pon tak taulah.hihihih...mungkin sebab aku selalu meniarapkan dia, so dia tak pandai nak berdikari kot. Malam-malam tengah tidur pon boleh terlentang, pastu terkapai-kapai mintak orang tiarapkan semula sebab tak selesa tidur terlentang.heh! -.-"

So, semalam dia dok main-main nak meniarap sendiri masa kat nursery, sudahnya tersembam...maka ada sedikit merah dekat hujung mulut..sikit je la..bila aku usik-usik dia dok sengeh-sengeh, so aku consider orait je la. Tengok!! aku terlepas moment dia meniarap. 
faham-faham je la, budak kalau baru belajar dia lambat sikit nak buat benda tu ulang-ulang kali, so kenalah tunggu sikit masa lagi, lepas dia pandai sok, aku pulak huru hara nak pakaikan kain baju dia, sebab dia dok galak nak memusing.hahahah

sambil cap cu, kita layan tv la jugak. faberet!!

 
 mommies yang berkerja, mesti rasa sama macam aku kan...waaaa!!..kan best kalau tak kerja!

ps:: sok dah tak kerja, nak kerja pulak yer x? hihihihi...




Wednesday, March 7, 2012

Breastfeeding :: EBM Storage Bag

Hye korang....

dah! senang mudah, tak lah susah nak fikir-fikir..eh eh??meroyan tak memasal yer? kikikikki...

Hari ni saja nak buat review pasal EBM storage bag.

Selalunya aku pakai Jingle Jungle punya storage bag, tapi selalu jugak tengok orang pakai Autumz storage bag, so cer cuba lah jugak...

Personally aku kurang suka dengan Autumz, hahahah...sesuka suki ko je kan June! ;p


Ini rupa storage bag dia.

1. Dia keras kejung, maksudnya plastik dia keras. Kurang minat.

2. Ini adalah rupa bila dikoyakkan, tak de rajinya aku nak ambil gunting semata-mata, jadi aku koyakkan je, kiri kanan storage bag tu ada lekuk supaya senang koyak. Tapi tak cantik. hahahhaha..tak cantik pon jadi hal yer ko? 

3. yang ni aku suka, sebab keras so that senang nak dirikan. 
4. tak suka sebab mudah LEAKING..gerammmmm...hari tu separuh susu habis tumpah. ;(  Kena tekan zipper lock dia tu betul-betul, kadang dah betul dah aku rasa, tapi still leaking.

1. hak ni, jingle jungle...love it! plastik dia lembik jek. Senanglah bila nak keluarkan angin dari plastik.


2. Like the most! Elok je bila koyakkan. Kemas.
 
3. Boleh jugak letak tegak, tapi lembik, kadang mudah jatuh, kena letak hati2. Tak penting pon. ha...nampak tak maksud senang nak keluarkan angin dari plastik? tengok tu, dia dok elok terkepit jek. 
Jingle jungle zipper lock dia senang, tak ketat pon, lembut jek.
4. TAK PERNAH ada masalah leaking. ;)

 
 tak silap ada lagi 1 jenis, pakai ikat dengan getah, itu aku tak pakai, macam leceh pulak nak ikat-ikat bagai.
Jadi.....tepuk dada tanya selera, well harga yang ni tak lah mahal 25bags RM12.90. Both same price, kalau nak lagi mahal pon ada, tapi tak ada la kerja aku nak pakai mahal2, pastu ke tong sampah akhirnya.

chill mommy! peace yaw!


Monday, March 5, 2012

elergi oh! habuk :: sigh -.-"

Assalamualaikum....

pagi isnin pagi blues...wuwuwuwuw...
bertambah blues bila anak kurang sehat ;(

Ezekiel batuk, batuk berkahak, dari hari khamis lepas,sampai hilang suara, nangis pon suara tak keluar, anak menangis tak selesa aku pon menangis sama, apak dia mampu tengok tak tau nak tolong macam mana.

aku try guna cara wap kan muka anak and cupping kat belakang badan dia, memang hingus meleleh keluar, pekat, tapi time wap tu dia tak mau batuk, tidur adala.heh! mula-mula nangis 'abuuuuuu...abuuuuuuu...abuuuuu....*ni peel dia bila nangis..ihihi*' lama-lama dia lelap, padahal kepala berpeluh menitik-nitik, sedeh...tahan je hati ni.

  
semua mainan kena tukar heh! 
sekarang dah pandai gigit teether, tapi tangan tetap idaman kalbu. ;p

Dah settle wap kan dia, nampak lega sikit pernafasan dia, tapi sedehnya hati ni, Ya Allah..rasa macam menyeksa anak je.. daddy dia tak mau buat, kesian katanya, tapi suruh mummy tak apa, sebab mummy dia ni berani sikit. Berani memang berani tapi lepas buat aku yang menghiba hati tengok anak. ;(

Lepas tu bagi upah, cap cu sampai kenyang then tidur, memang lama Ezekiel tidur hampir 3 jam dia tidur, selalu dia tidur dalam 45min-1jam je waktu siang, kali ni memang lena selenanya, bila bangun pon batuk kurang, tapi still ada. Paling sedeh bila dia nak jerit-jerit masa main tak ada suara nak keluar, serak sangat. Tapi budak bam tu sehat je, tak ada demam pon, aktif terkinja-kinja macam biasa. Tidur pon nafas elok jek, cuma dia akan menangis bila dia batuk-batuk.

Semalam nak bawak paed tapi tutup, sudahnya aku angkut je pergi klinik dekat rumah, at least doktor boleh cek, aku cuma nak tau lung dia ada kahak ke tak, alhamdulillah tak da, sebok doktor cek dia, sebok tangan tu nak capai stetoskop doktor, kepochii..hihih..doktor cakap segala soft toys jangan bagi pada dia, Ezekiel ada kemungkinan alah pada habuk, hama, bulu-bulu dan sewaktu dengannya...alahaiiiii anak daddy sungguh si kecik tu, daddy dia pon alah pada habuk.
Doktor suruh pakaikan baju jenis cotton, selain dari tu tak digalakkan, stokin pon kena cotton jugak, sebab kebetulan Ezekiel tengah pakai wool sock masa jumpa dia.  Doktor bekalkan ubat batuk, selsema, tapi aku tak bagi makan pon, cuma ubat batuk tu aku yang makan hahahahah..
budak bam bergembira jalan-jalan, makan makan ;D
*serabai sungguh muka mummy ;p*

tolong advise apa lagi cara nak bagi hilangkan kahak tu?? lagi tak hilang lagi tu hati ni tak tenang, lagi gelisah bila dia dok batuk-batuk-batuk.