Pernahkah anda semua jatuh cinta?pada yang bakal menjadi pengantin atau sudah pun menjadi pengantin, malah telah menjadi ibu, pastinya itulah insan yang membuat anda semua jatuh cintakan? cinta hati ku, intan payung. ** aku juga sama seperti kalian**
cinta yang orang kata perlukan pengorbanan, saling memberi dan menerima, menghormati antara satu sama lain, yang sentiasa buat kita rasa dia adalah orang yang paling wangi kita bau,menerima segala baik dan buruknya, sentiasa cuba ada disisi dikala dia memerlukan kita walau hanya untuk duduk disisinya tanpa perlu berkata apa-apa,cuba untuk memberikan yang terbaik dari segala benda yang baik belaka, bak kata KRU -apa saja untukmu..- itulah penangan cinta.
Aku? pernahkah aku jatuh cinta? aku ni bukan setakat jatuh cinta, jatuh tangga, jatuh longkang, jatuh basikal semua pernah..huhuhu..** apa sajalah ko ni long...**
Ye aku pernah. sangat sayang padanya, apa saja untuknya,berubah menjadi lebih baik, menjadi seperti apa yang dia mahu,mencuba berkali-kali tapi akhirnya kecundang...kecundang jua...** nyanyi dalam nada lagu Ziana ok..** tapi aku tidak give up ok.sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
dan sekali lagi, selepas yang pertama aku gagal. Gagal sekali tak bererti gagal selamanya kan??
ni yang nk story ni..huhuhu..
aku ni sempoi,kawan2 plak lagi ramai laki dari girls.kenapa??aku pun tak tahu.mungkin masa aku kecil aku ni terlebih gen lelaki so aku agak tomboi, tp tu dulu sekarang saya AYU ok..hahah..** tak bley blah** tapi tak pula aku tak ada langsung kawan perempuan..aku ada bestfwen yang best!!tak ramai tapi mereka itu yang paling aku sayang selepas family n my vitamin la kan.huhuhu...** nak jugak letak my vitamin**
ok dah melalut jauh.
so masa berkenalan dengan dia, opps!!jap jap.. aku pun tak pasti kami ni pernah berkenalan atau tak,sebab dia kerja 1 office dengan aku dulu,opis aku sangat chumil ok.kami gelar KEDAI MESIN KUDA, kan chumilkan?sebab pintu hanya dibuka bahagian tengah je, kiri kanan tutup N pintu tengah itu glass doornye hitam, dari jauh mesti ingat KEDAI KUDA.itu 1st impression masa dia datang interview keje.opis yang banyak kenangan aku dan dia.
Tapi bibit-bibit bermula selepas dia berhenti kerja.sumber utama kami berhubung Telefon atau lebih tepat telefon opis ** aku memang bukan pekerja yang baik**
Dalam pada aku tak nak terima, perlahan-lahan hati aku mula kata YA. dia yang sangat pendiam jauh berbeza dari aku yang suka kepoh, dia yang bermuka ganas( krn matanya yang ada scar budak nakal, my aunty gelar jack pirate) rupanya hatinya sangat tissue(sory ucuk!)i means dia rupanya sensitif,chumil bangat kamu.dia yang aku fikir panas baran, sangat cool rupanya, dia yang ku sangka tidak pandai berjenaka, amat kelakar orangnya, dia aku kira tidak boleh layan dengan kesengalan aku,awal lagi dah aku bilang aku ni sempoi, jadi segala sifat AYU sangat kurang dalam diri aku, rupanya dia lebih 3x tingkat sengal dari diri ini, maka jadinya aku sangat selesa berada disampingnya, aku tidak perlu menjadi orang lain untuk membuat dia jatuh hati pada ku, aku hanya perlu menjadi diri aku, diri aku yang dia suka.dia yang aku macam-macam SANGKA rupanya tidak sama seperti yang ku SANGKA itu.dan kerana itu dia menjadi pilihan hati ku.kerana dia sangat istimewa dengan caranya sendiri.
tapi sepanjang aku menempuh alam sekali lagi aku jatuh cinta ia tidaklah seindah mana, pastilah ada pahit dan maungnye...
aku pernah merasa di 'tangan' oleh uncle ku yang salah paham, sangat sedih ok, sebab aku paling sayang dia. =(
dia yang pernah berdarah hidungnya pd hari yg sama aku 'ditangan' - hanya kerana salah paham - lihatlah betapa salah paham ini sangat bahaya- tapi dia masih bersama ku. ini aku suka. =D
aku yang pernah merana tak makan berhari-hari kerana dia cheated to me- ia sangat menyakitkan, untill i tried to run away from him.tapi akhirnya aku tetap maafkan,kerana aku pernah kata padanya " selagi ayg boleh beri sayang ini untuk B, selagi itu ayg akan sabar, sebab ayg sayang B.kalau B tak nak teruskan cakaplah, ayg akan pergi dan ayg tahu, B tahu ayg syg sgt B" - wa!!aku jiwang giler time ni, tapi pada waktu itu hati ini bagai tiada ruang lagi untuk ditoreh, rasanya kalau ada pun ruang tiada lagi rasa sakit-tapi lepas berbaik dia 'ayg n B; jadi sejarah tak mungkin berulang, so we decide pgln lain pula-aku poyo!huhuhuh
dia yang hampir putus asa mencari kerja tapi aku selalu ada disisi dan sama-sama menjari kerja untuknya - dugaan teramat waktu ini-
ada sesuatu perkara yang baru aku tahu dan membuat jantung aku nak putus dan ia bukanlah berkenaan diri kami tapi orang lain dan masih lagi bersangkut paut dengan kami - strees yang tak boleh dicakap waktu ni-kerana perkara memerlukan aku memilih antara bahagia dan derita. persoalanya bahagiakan aku jika meninggalkan dia? jawapan: tidak bahagia sama sekali. soalan lain : deritakah aku jika bersama dia? jawapanya : tidak! aku bahagia denganya walaupun satu hari nanti akan datang derita aku harap dia disisi ku dikala derita-derita itu datang.Ya Allah semoga dia bersama ku di saat suka dan duka ku.Amin...
dan akhirnya setelah sedikit dari rentetan yang aku karang diatas maka, Dia yang dulu pada mulanya hanya teman kini menjadi tunangan ku.dia itu adalah cinta hati ku kini and ever!so aku JATUH CINTA PADANYA!
skang aku nk ulas sedikit tentang perihal CINTA ini.ulusan ini adalah apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa itulah makna cinta.mungkin sesetengah agak klise tapi itulah yang aku rasa.kerana itu nama blog aku INIAKUDANAKU..huhuuh..**ppe ntah ko ni long**
CINTA itu tak kan ada jika bukan DIA yang memberikannya.CINTA itu tak kan hadir kalau DIA tidak anugerahkan rasa itu pada kita.CINTA itu indah, CINTA itu menjadikan kita manusia yang punya perasaan belas dan kasih kerana itu DIA selalu sayang pada kita,kerana CINTA-NYA pada kita, tapi kita pula selalu lupa pada DIA. di sebabkan sifat kita yang pelupa dan sifat-NYA yang penyanyang maka setiap kali kita mohon maaf maka kerana sifat pengasih dan pemurahnya kita dimaafkan. Ini juga untuk diriku, kerna aku juga selalu lupa.sharing is caringkan?
CINTA
Cinta yang DIA berikan untuk manusia saling menyayangi, cinta yang DIA beri pada seorang ibu sehingga menjadikan ibu kita wanita paling hebat antara ibu-ibu yang hebat, ibu yang sanggup meredah apa saja,suka, duka, derita, sengsara, melakukan segalanya untuk anak-anak dan suami, ibu yang tak pernah merungut walau sebenarnya tubuhnya amat letih seharian menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, dan isteri.tapi kerana CINTA dihatinya, dia ikhlas, dia rela demi insan yang di CINTAI. kenapa ia terjadi? kerana CINTA dalam hatinya untuk suami dan anak-anak. dari mana datangnya CINTA? dari ALLAH SWT.
Cinta yang DIA beri pada seorang ayah, sehingga seorang ayah itu sanggup bekerja hingga larut malam demi mengisi perut isteri dan anaknya, bukan hanya kerana itu tanggungjawab yang harus dipikul tapi kerana CINTA yang ada dalam hatinya.Cinta seorang ayah itu kadang kala sukar untuk dilihat degan mata kasar tapi perlu diteliti dengan mata hati. lihat saja kulitnya yang semakin mengendur dikala ini kita semakin membesar, tubuhnya yang tidak lagi segagah waktu ia muda dikala itu kita msaih lagi kecil, tapi ia tetap gagah demi anak-anaknya. semua itu kerana CINTA dihatinya yang DIA beri. kerna itu CINTA itu indah, CINTA itu tidak perlukan balasan, CINTA itu tidak membuat kita buta tapi membuat kita lebih mengerti, memahami,menerima, CINTA itu ikhlas dari hati, CINTA itu tiada paksaan, CINTA itu tidak memerlukan alasan, CINTA itu tiada sebab yang tertentu maka itulah CINTA.
hehehehe
ReplyDeleteboleh jadik dr cinta ni...*yang hanay org didalam cinta layak*
cinta tu mmg indah, tp tak sentiasa
ada masa kita akan diduga, lagipun mana best kalau takde thrill langsung kan..
kena lah rasa lebam2 bijik mata makan hati smua, tp still... dia chenta hati yang satu!!!
*sape yg tak rasa nikmat cinta amat rugi beb..dan sesungguhnya cinta di alam berumah tangga lagi asyik!!!
adoyai..dayu sje nk bg kte kwen cpt nih!bikin sajak!huhuuh
ReplyDeleteaduh...shahdunye,besh gak ah jln cerita cinta ini,jiwang trus ako ni but still cool...hohoho
ReplyDelete