Monday, June 29, 2009

kau pergi...

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi...pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

nak nangess...

bolehkah?
salahkah kalau aku menangis kerana orang yang aku sayang?
berdosakah kiranya orang aku tangisi itu telah pun pergi?

selama hidupnya dia selalu ada disisi aku, disaat aku terluka, disaat aku kecewa, disaat aku merasakan diri ini tiada siapa peduli, disaat aku berduka, disaat aku keliru apa yang harus aku lakukan, disaat aku perlukan tempat menangis, disaat aku gembira, disaat aku berjaya, disetiap tika aku perlukan dia, dia selalu ada untuk ku.

tetapi kini, ia pergi menemui Ilahi, ia pergi meninggalkan aku sendiri, bagai hilang tempat bergantung, dia tiada lagi dikala aku duka, dikala aku ingin berkongsi ria di hati, dikala aku merasa rindu dengan nasihatnya.di tika ini aku rindu untuk mendengar bebelannya pada ku, bebelan yang menandakan dia masih ada untuk memarahi aku, bebelan yang menandakan masih ada lagi yang sayang pada aku, bebelan yang menandakan aku masih lagi mempunyai dia untuk aku menumpang kasih, bebelan yang menandakan dia masih lagi bisa aku lihat,sentuh dan cium.dia yang paling aku sayang. =(

Dia yang aku happy to have conversation with, apa saja yang ingin aku ceritakan atau luahkan dia selalu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. dia yang sering marah jika aku melakukan kesilapan walaupun kadang kala tiap bicaranya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, dia yang selalu memberi perhatian penuh kepada ku dikala aku demam. dia yang tidak tidur kerana aku lelah/asma. dia yang bersengkang mata kerana malam ku tidak nyenyak tidur disebabkan chicken pop, dia yang menangis kerana aku jatuh motor ** dua kali kaki berjahit kerana motor, gagah perkasakan aku ni**, dia yang kerap kali teman kan aku ke klinik setiap kali aku sakit ** antibodi aku sangat lemah, tapi sekarang tidak lagi. ye ke??huhuh**, dia lah segalanya bagi aku.

aku rindu padanya, setiap kali aku pulang dia menanti dengan sabar. aku dan dia akan berbual dari malam ** masa tu tilam dah bentang depan tv ( dia tak suka tidur di bilik) aku akan teman dia tidur setiap kali blk kg** sampai subuh. apa saja masakan dia aku suka, akulah satu-satunya yang suka makan apa yang dia suka makan (masakan kampung).aku rindu padanya, aku rindu untuk mendengar suaranya, aku rindu pelukannya, aku rindu senyumannya, aku rindu semua yang ada pada dia.aku rindu...


Sekarang setiap kali pulang ke kampung hati aku selalu rasa sunyi, aku rindu padanya, rindu sangat. masih terasa hangat pelukannya pada ku disaat terakhir aku menjaganya di hospital, waktu itu dia sakit, selama dia dihospital aku menemaninya, kami bercerita, dari satu kisah ke satu kisah, hingga dia terlupa yang dia di hospital kerana sakit.dia ketawa, dia senyum, aku rindu dia. aku sayang dia. terlalu sayang, kerana dia juga terlalu sayang pada aku. Namun dihari bahagia ku dia tiada disisi aku.

masih lagi aku ingat, masa tu aku kecik lagi, tak de lah kecik sangat, tapi aku dah pun pandai fikir dah time tu, lebih kurang 7 tahun rasanya umur aku masa tu. setiap kali ayah atau mak aku tanya :

" along anak sape?"
" anak tok mak"
" kenapa pulak anak tok mak ?"
" ayah sayang angah, mak sayang adik, tok mak sayang along, jadi along anak tok mak lah"
" abis along tak sayang ayah dengan mak ke?"
" sayang jugak..sebab mak dengan ayah sama-sama sayang along, tapi along anak tok mak dengan tok abah"

dan sampai sekarang aku masih rasa aku anak tok mak, bukan aku tak sayang mak dengan ayah aku, tapi dengan atok lah aku membesar, dengan atok lah aku selalu merengek nak itu ini, dengan atok lah aku bermanja, dan dia yang aku maksudkan adalah TOK MAK aku.dia yang selalu ada dalam hati dan setiap doa ku. dia ada ruang khas dalam hati aku, yang tak siap boleh ganti, sama seperti tiada siap boleh ganti mak dan ayah aku.

Dia yang ku sayang ini telah pergi menyahut seruan dari-NYA.

Ya Allah kau tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman...Amin...

4 comments: