Ada yang kata sahabat, ada yang panggil teman, ada yang gelar kawan, tapi apa juga kata,panggilan atau gelaran ia membawa maksud yang sama.** samakah??**
Tapi..bagi aku sahabat itu lain, teman itu tak sama dengan sabahat dan kawan itu juga berbeza antara teman dan sahabat. Kenapa aku kata lain??sebab itu apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa, aku tak kata ia benar dan tepat tapi itu mengikut penilaian diri aku, kalau korang rasa ia benar maka benarlah, kalau korang ada pendapat yang lain boleh utarakan, kita boleh kongsi pendapatkan?
Kawan? aku ramai kawan, macam sebelum ni aku pernah mention, aku ramai kawan lelaki dari girls, kenapa? bagi aku kawan girls ni kadang2 terlalu sensitif dan orang seperti aku yang kurang sifat ayu dalam diri mungkin akan melukakan hati diorang tanpa aku sedar.1st impression orang pada aku ialah perempuan melayu terakhir ** bukan aku kata, orang kata** sebab aku nampak lembut, tapi di sebenarnya aku orangnya agak kasar dari segi pertuturan ** kan aku dah kata aku ni sempoi**, maka kalau berkawan dengan girls dengan mulut aku yang ala-ala puaka ni agak sukar, bukan semua orang boleh terima kita, kerana mulut badan binasa, so aku tak mahu jadi binasa. =P! Lelaki? so far kawan2 lelaki aku ni diorang person u can be trusted la. tak pernah lagi diorang amik kesempatan di atas kesulitan kata owang putih take for granted** betul ke aku tulih?** cara bergurau memang kasar, perbualan yang kadang2 suka melalut dan buat aku sakit hati tapi diorang ok. aku bukan orang yang mudah nak amik hati, jadi kalau dorang nak buat mulut cam puaka pun aku tak heran paling kuat aku guna kuasa perempuan iaitu merajuk, maka mereka akan pujuk aku semula** hahaha..ni part aku paling suka, sebab muka sekor2 cam kambing hilang anak** korang rasa kalau dengan kawan girls boleh ke nak majuk2?ihiks!
tapi point disini aku nak tekankan ialah kawan itu untuk bergembira ria bukan berduka. itu maksud kawan bagi aku. contoh mudah kawan-kawan di tempat kerja, korang akan jumpa kat opis, huhahuha, pastu balik kerja abis kat situ je, itu hanya contoh, maybe ada juga yang berjumpa sahabta mereka ditempat kerja, tapi aku tidak. =D so itu maksud kawan bagi aku.
ps : zaman aku berjimba ramba dengan kawan2 lelaki aku dah lama berlalu, itu waktu aku masih zaman sekolah ok. sekarang saya dah besar maka pergaulan perlu ada batas. ahaks!
Teman? Teman aku tidak ada spesifikasi yang tetap dan tepat. aku ada teman dikalangan girls juga lelaki. Teman ini kadang kala kita boleh rujuk disaat duka tapi bukanlah orang yang sanggup bersusah payah untuk kita.mereka yang aku katakan teman selalu mencuba buat aku ketawa disaat aku sedih dan teman juga bukanlah orang yang aku boleh lie down ketika aku berhadapan dengan masalah yang buat aku rasa putus asa. Teman itu seseorang yang boleh aku percayai** tapi masih ada secret antara kami** tapi bukan orang yang aku akan susahkan** so korang jangan jadi sahabat aku sebab aku akan susahkan korang** hahahahah.
SAHABAT? mereka dikalangan ini adalah orang yang paling aku sayang selepas keluarga aku. Kenapa? sebab mereka adalah orang2 yang sentiasa ada dikala aku duka dan ceria. Orang yang tak pernah buang aku walau aku pernah lakukan kesalahan, orang yang marah aku bila aku buat salah, orang yang berterus terang tentang perkara yang dia benci pada aku, tapi bukan kerana dia benci aku tapi kerana mereka sayang aku, orang yang tidak pernah menutup kesalahan aku hanya kerana aku sahabat mereka, orang yang menangis dengan aku bila kau menangis, orang yang ketawa hanya kerana aku gembira. Mereka ini lah yang aku gelar SAHABAT, mereka ada dalam pic di bawah..silalah tengok para SAHABAT ku.
Ini pix masa raya tahun lepas ** abaikan muka aku yang kenkunun ayu itu-giler perasan!!**
yang shorty itu my beloved aunty.Yang tinggi sebelah aku itu adik perempuan aku. Gambar ini sekadar hiasan sebelum korang dapat tengok pix mereka yang aku gelar SAHABAT. hahahahah....
--------
Jom sekarang kenali para SAHABAT ku.
ini Yaya, dulu nama glamor dia DOYOX, sangat hodoh ok nama tu. bila dah matang (tak moh guna dah tua, xchumil) so aku panggil dia Yaya supaya ketuaan itu dilindungi sebalik nama yang chumil * Ya, ko kene blanja aku makan nih!*
Macam mana aku leh kenal dia?
Aku kenal dia masa aku berumur 14 tahun, so sepanjang 14 tahun sebelum itu aku tiada seorang pun yang bergelar sahabat. Masa tu aku baru masuk sekolah, sebagai budak baru manalah aku ada kawan lagi, so hari pertama tu, masa bell untuk rehat ringing tetiba dia ajak pergi kantin, aku sebagai budak baru yang sopan ikut je. Bila time balik sekolah, sure2 kena beratur berdua2 jadi dia akan tarik aku beratur dengan dia. Selang sebulan, aku makin baik dengan dia sampilah terkeluar satu ayat power dari mulut aku " aku rasa kita ni boleh jadi kawan baik la" dia pulak " erm..ye kot. aku suka kawan dengan kau". Lepas dari hari itu sehingga hari ini dia lah SAHABAT aku. Macam mana aku boleh declare dia sebagai sahabat?
Aku pernah menangis dekat sekolah sebab........dan dia yang mendengar sama2 menangis dengan aku. waktu itu aku niat dalam hati aku " walau apa pun yang terjadi, walau apa pun yang berlaku kau lah sahabat aku sampai bila2".
Untuk Yaya. Aku sayang kau!!
ps: ini lah Yaya kesayangan ku.tolong abaikan gambar aku yang nmpk pelik itu ok.
** thanx hadir di hari bahagia aku.
--------
Ini Sally, nama sebenar Saliza Jelani. Kenapa panggil Sally? sebab masa sekolah time kawat kaki, orang berkawat dia berlenggang macam mak datin, so panggil Datin Sally.
Dia aku kenal masa aku form 4, aku, yaya, sally and beberapa lagi kawan yang lain. kami memang terkenal dengan nakal. Kelas paling depan tapi paling popular dalam bilik guru sebab suka ponteng kelas ** adoyai...cam xcaya aku dulu degil** tapi aku mula rapat masa aku form 5 even masa tu sekelas since form 4, sama2 wat jahat, sama2 ponteng kelas, ponteng sekolah, beli roti kat luar pagar time ada kelas, pergi beli air sirap waktu rehat dah habis dengan alasan cikgu soh belikan, tapi dia masih lagi bukan sahabat aku waktu itu, dia masih dalam kategori Teman. Dia menjadi sahabat aku selepas sama-sama dah habis sekolah malah aku dah habis belajar pun ( diploma je). kekerapan berjumpa and berkongsi cerita akhirnya dia menjadi sahabat aku.macam mana dia menjadi sahabat aku, tak perlulah diceritakan, ye tak. he...tapi dia kini sahabat aku juga sama seperti Yaya.
ps: Ini juga kesayangan ku.Sally.
** Aku sayang ko!
--------
pix kat atas ni Idah Ismail. Nama dia pendek je, IDAH. bagi aku unik la, sebab nama orang sekarang sume nak panjang2 tapi nama dia pendek giler.
aku kenal dekat poli tmpt aku blajar. 1 year aku xrapat langsung sbb aku ni berkawan dengan budak course lain. tapi bila dah masuk 2nd semester 1 year, aku duduk sewa serumah dengan budak2 1 course dengan aku, tapi lom juga baik dengan dia. aku rapat dengan budak course design. Masuk 2nd year aku mula rapat dengan dia n semacam ade chemistry lak aku dengan dia ni.hehehe...
orangnye kecik je, ketot sgt nak banding aku yang macam galah ni. tapi mungkin keserasian buatkan aku dgn dia terus jadi kawan, teman dan akhirnya sahabat. banyak suka duka aku lalui dengan dia. dan aku paling salute adalah kesabaran dia..kenapa dia bersabar?dengan siapa? itu adalah rahsia dia, jadi aku tak leh citer kat sini. Kerana kesabaran dia aku cuba nak ikut, tapi nampaknya aku tak cukup kuat seperti dia. maka aku gagal.hehehehe..ida ko memang penyabar.wa salute lu beb!!
Apa pun sekarang dia dah pun jadi isteri malah bakal jadi ibu..semoga bahagia selamanya sahabat ku. Aku gembira bila kau dah jumpa dengan soul mate ko!
-----
Ini satu2nya mat sentul yang aku gelar SAHABAT.Nama dia Wan, single lagi sape yang berkenan aku leh rekomen kan.huhuhuhu....
Dia juga aku kenal dekat poly. 1st day msk kelas aku dah gelakkan dia sebab sore cam itik serati..wakakakka!!giler dajal aku ni.dah mamat tersipu2.
tapi mungkin tu la akibatnya ketawakan orang, last2 dia jadi tempat aku mengadu.
masa aku kecewa teramat pada dia lah aku lie down, dia tukang bagi semangat kt aku, tukang gosok pale aku, tukang tonjol pale aku ni.bak kate de " apa saja janji aku senyum" apa guna ada sahabatkan?
ps : mat sentul ni tak makan durian, aksi itu tipu belaka. Ni masa aku dengan dia pergi cari bahan untuk buat sirih junjung. Thanx juga pada anda kerana bersusah payah untuk sahabat anda ini.
Terima kasih untuk sahabat2 ku.aku sayang korang sume. setakat ni yaya n sally dah jumpa wan.Wan n Ida mestilah saling kenal, kamikan sekelas dan dulu di poly adalah teman segonjengan.Cuma ida je dorang (yaya n sally) lom jumpa mungkin akan jumpa masa aku kawen kot. Aku harap sahabat2 aku ni dapat bertemu, moga2 mereka2 ni akan menjadi sahabat juga seperti mana aku menganggap mereka ini sahabat aku.
ramai nye kwn dia......kwn yg baling bawah tu lah yg paling bengong kn? huhuhuhu.....
ReplyDeleteyeh...dah boleh antar coment...siap lah korng...
ReplyDeletehahahhaa......sape lak niiihhh!!!
ReplyDeletehahahhaa......sape lak niiihhh!!!
ReplyDeletelorh..mula la xd kje tuh
ReplyDeletehahahhaa......sape lak niiihhh!!!
ReplyDeletemari kte test...
ReplyDeleteyeh...dah boleh antar coment...siap lah korng...
ReplyDeletehahhahahah....bersedia untuk kepedasan tahap gaban coment ku...Yg pertama: kenapa maklumat pasal wan sikit, YG kedua: kenapa gambar wan sikit, Yg ketiga: kenapa letak picture wan yg kurg handsome? nanti klu ada org nk ngurat dah tak jdi, YG keempat: asal...opss...dah habis...
ReplyDeleteowh perlu tambahan ke?ye akan ade entry utk kamu ye...sy tau anda tamak!huhuhu
ReplyDelete