Monday, June 29, 2009

kau pergi...

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi...pergi

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apapun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

nak nangess...

bolehkah?
salahkah kalau aku menangis kerana orang yang aku sayang?
berdosakah kiranya orang aku tangisi itu telah pun pergi?

selama hidupnya dia selalu ada disisi aku, disaat aku terluka, disaat aku kecewa, disaat aku merasakan diri ini tiada siapa peduli, disaat aku berduka, disaat aku keliru apa yang harus aku lakukan, disaat aku perlukan tempat menangis, disaat aku gembira, disaat aku berjaya, disetiap tika aku perlukan dia, dia selalu ada untuk ku.

tetapi kini, ia pergi menemui Ilahi, ia pergi meninggalkan aku sendiri, bagai hilang tempat bergantung, dia tiada lagi dikala aku duka, dikala aku ingin berkongsi ria di hati, dikala aku merasa rindu dengan nasihatnya.di tika ini aku rindu untuk mendengar bebelannya pada ku, bebelan yang menandakan dia masih ada untuk memarahi aku, bebelan yang menandakan masih ada lagi yang sayang pada aku, bebelan yang menandakan aku masih lagi mempunyai dia untuk aku menumpang kasih, bebelan yang menandakan dia masih lagi bisa aku lihat,sentuh dan cium.dia yang paling aku sayang. =(

Dia yang aku happy to have conversation with, apa saja yang ingin aku ceritakan atau luahkan dia selalu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. dia yang sering marah jika aku melakukan kesilapan walaupun kadang kala tiap bicaranya hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri, dia yang selalu memberi perhatian penuh kepada ku dikala aku demam. dia yang tidak tidur kerana aku lelah/asma. dia yang bersengkang mata kerana malam ku tidak nyenyak tidur disebabkan chicken pop, dia yang menangis kerana aku jatuh motor ** dua kali kaki berjahit kerana motor, gagah perkasakan aku ni**, dia yang kerap kali teman kan aku ke klinik setiap kali aku sakit ** antibodi aku sangat lemah, tapi sekarang tidak lagi. ye ke??huhuh**, dia lah segalanya bagi aku.

aku rindu padanya, setiap kali aku pulang dia menanti dengan sabar. aku dan dia akan berbual dari malam ** masa tu tilam dah bentang depan tv ( dia tak suka tidur di bilik) aku akan teman dia tidur setiap kali blk kg** sampai subuh. apa saja masakan dia aku suka, akulah satu-satunya yang suka makan apa yang dia suka makan (masakan kampung).aku rindu padanya, aku rindu untuk mendengar suaranya, aku rindu pelukannya, aku rindu senyumannya, aku rindu semua yang ada pada dia.aku rindu...


Sekarang setiap kali pulang ke kampung hati aku selalu rasa sunyi, aku rindu padanya, rindu sangat. masih terasa hangat pelukannya pada ku disaat terakhir aku menjaganya di hospital, waktu itu dia sakit, selama dia dihospital aku menemaninya, kami bercerita, dari satu kisah ke satu kisah, hingga dia terlupa yang dia di hospital kerana sakit.dia ketawa, dia senyum, aku rindu dia. aku sayang dia. terlalu sayang, kerana dia juga terlalu sayang pada aku. Namun dihari bahagia ku dia tiada disisi aku.

masih lagi aku ingat, masa tu aku kecik lagi, tak de lah kecik sangat, tapi aku dah pun pandai fikir dah time tu, lebih kurang 7 tahun rasanya umur aku masa tu. setiap kali ayah atau mak aku tanya :

" along anak sape?"
" anak tok mak"
" kenapa pulak anak tok mak ?"
" ayah sayang angah, mak sayang adik, tok mak sayang along, jadi along anak tok mak lah"
" abis along tak sayang ayah dengan mak ke?"
" sayang jugak..sebab mak dengan ayah sama-sama sayang along, tapi along anak tok mak dengan tok abah"

dan sampai sekarang aku masih rasa aku anak tok mak, bukan aku tak sayang mak dengan ayah aku, tapi dengan atok lah aku membesar, dengan atok lah aku selalu merengek nak itu ini, dengan atok lah aku bermanja, dan dia yang aku maksudkan adalah TOK MAK aku.dia yang selalu ada dalam hati dan setiap doa ku. dia ada ruang khas dalam hati aku, yang tak siap boleh ganti, sama seperti tiada siap boleh ganti mak dan ayah aku.

Dia yang ku sayang ini telah pergi menyahut seruan dari-NYA.

Ya Allah kau tempatkan dia dikalangan orang-orang yang beriman...Amin...

Thursday, June 25, 2009

Jatuh cinta??

Pernahkah anda semua jatuh cinta?pada yang bakal menjadi pengantin atau sudah pun menjadi pengantin, malah telah menjadi ibu, pastinya itulah insan yang membuat anda semua jatuh cintakan? cinta hati ku, intan payung. ** aku juga sama seperti kalian**
cinta yang orang kata perlukan pengorbanan, saling memberi dan menerima, menghormati antara satu sama lain, yang sentiasa buat kita rasa dia adalah orang yang paling wangi kita bau,menerima segala baik dan buruknya, sentiasa cuba ada disisi dikala dia memerlukan kita walau hanya untuk duduk disisinya tanpa perlu berkata apa-apa,cuba untuk memberikan yang terbaik dari segala benda yang baik belaka, bak kata KRU -apa saja untukmu..- itulah penangan cinta.


Aku? pernahkah aku jatuh cinta? aku ni bukan setakat jatuh cinta, jatuh tangga, jatuh longkang, jatuh basikal semua pernah..huhuhu..** apa sajalah ko ni long...**

Ye aku pernah. sangat sayang padanya, apa saja untuknya,berubah menjadi lebih baik, menjadi seperti apa yang dia mahu,mencuba berkali-kali tapi akhirnya kecundang...kecundang jua...** nyanyi dalam nada lagu Ziana ok..** tapi aku tidak give up ok.sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

dan sekali lagi, selepas yang pertama aku gagal. Gagal sekali tak bererti gagal selamanya kan??

ni yang nk story ni..huhuhu..
aku ni sempoi,kawan2 plak lagi ramai laki dari girls.kenapa??aku pun tak tahu.mungkin masa aku kecil aku ni terlebih gen lelaki so aku agak tomboi, tp tu dulu sekarang saya AYU ok..hahah..** tak bley blah** tapi tak pula aku tak ada langsung kawan perempuan..aku ada bestfwen yang best!!tak ramai tapi mereka itu yang paling aku sayang selepas family n my vitamin la kan.huhuhu...** nak jugak letak my vitamin**

ok dah melalut jauh.
so masa berkenalan dengan dia, opps!!jap jap.. aku pun tak pasti kami ni pernah berkenalan atau tak,sebab dia kerja 1 office dengan aku dulu,opis aku sangat chumil ok.kami gelar KEDAI MESIN KUDA, kan chumilkan?sebab pintu hanya dibuka bahagian tengah je, kiri kanan tutup N pintu tengah itu glass doornye hitam, dari jauh mesti ingat KEDAI KUDA.itu 1st impression masa dia datang interview keje.opis yang banyak kenangan aku dan dia.

Tapi bibit-bibit bermula selepas dia berhenti kerja.sumber utama kami berhubung Telefon atau lebih tepat telefon opis ** aku memang bukan pekerja yang baik**

Dalam pada aku tak nak terima, perlahan-lahan hati aku mula kata YA. dia yang sangat pendiam jauh berbeza dari aku yang suka kepoh, dia yang bermuka ganas( krn matanya yang ada scar budak nakal, my aunty gelar jack pirate) rupanya hatinya sangat tissue(sory ucuk!)i means dia rupanya sensitif,chumil bangat kamu.dia yang aku fikir panas baran, sangat cool rupanya, dia yang ku sangka tidak pandai berjenaka, amat kelakar orangnya, dia aku kira tidak boleh layan dengan kesengalan aku,awal lagi dah aku bilang aku ni sempoi, jadi segala sifat AYU sangat kurang dalam diri aku, rupanya dia lebih 3x tingkat sengal dari diri ini, maka jadinya aku sangat selesa berada disampingnya, aku tidak perlu menjadi orang lain untuk membuat dia jatuh hati pada ku, aku hanya perlu menjadi diri aku, diri aku yang dia suka.dia yang aku macam-macam SANGKA rupanya tidak sama seperti yang ku SANGKA itu.dan kerana itu dia menjadi pilihan hati ku.kerana dia sangat istimewa dengan caranya sendiri.

tapi sepanjang aku menempuh alam sekali lagi aku jatuh cinta ia tidaklah seindah mana, pastilah ada pahit dan maungnye...

aku pernah merasa di 'tangan' oleh uncle ku yang salah paham, sangat sedih ok, sebab aku paling sayang dia. =(
dia yang pernah berdarah hidungnya pd hari yg sama aku 'ditangan' - hanya kerana salah paham - lihatlah betapa salah paham ini sangat bahaya- tapi dia masih bersama ku. ini aku suka. =D
aku yang pernah merana tak makan berhari-hari kerana dia cheated to me- ia sangat menyakitkan, untill i tried to run away from him.tapi akhirnya aku tetap maafkan,kerana aku pernah kata padanya " selagi ayg boleh beri sayang ini untuk B, selagi itu ayg akan sabar, sebab ayg sayang B.kalau B tak nak teruskan cakaplah, ayg akan pergi dan ayg tahu, B tahu ayg syg sgt B" - wa!!aku jiwang giler time ni, tapi pada waktu itu hati ini bagai tiada ruang lagi untuk ditoreh, rasanya kalau ada pun ruang tiada lagi rasa sakit-tapi lepas berbaik dia 'ayg n B; jadi sejarah tak mungkin berulang, so we decide pgln lain pula-aku poyo!huhuhuh
dia yang hampir putus asa mencari kerja tapi aku selalu ada disisi dan sama-sama menjari kerja untuknya - dugaan teramat waktu ini-
ada sesuatu perkara yang baru aku tahu dan membuat jantung aku nak putus dan ia bukanlah berkenaan diri kami tapi orang lain dan masih lagi bersangkut paut dengan kami - strees yang tak boleh dicakap waktu ni-kerana perkara memerlukan aku memilih antara bahagia dan derita. persoalanya bahagiakan aku jika meninggalkan dia? jawapan: tidak bahagia sama sekali. soalan lain : deritakah aku jika bersama dia? jawapanya : tidak! aku bahagia denganya walaupun satu hari nanti akan datang derita aku harap dia disisi ku dikala derita-derita itu datang.Ya Allah semoga dia bersama ku di saat suka dan duka ku.Amin...
dan akhirnya setelah sedikit dari rentetan yang aku karang diatas maka, Dia yang dulu pada mulanya hanya teman kini menjadi tunangan ku.dia itu adalah cinta hati ku kini and ever!so aku JATUH CINTA PADANYA!

skang aku nk ulas sedikit tentang perihal CINTA ini.ulusan ini adalah apa yang aku fikir dan apa yang aku rasa itulah makna cinta.mungkin sesetengah agak klise tapi itulah yang aku rasa.kerana itu nama blog aku INIAKUDANAKU..huhuuh..**ppe ntah ko ni long**

CINTA itu tak kan ada jika bukan DIA yang memberikannya.CINTA itu tak kan hadir kalau DIA tidak anugerahkan rasa itu pada kita.CINTA itu indah, CINTA itu menjadikan kita manusia yang punya perasaan belas dan kasih kerana itu DIA selalu sayang pada kita,kerana CINTA-NYA pada kita, tapi kita pula selalu lupa pada DIA. di sebabkan sifat kita yang pelupa dan sifat-NYA yang penyanyang maka setiap kali kita mohon maaf maka kerana sifat pengasih dan pemurahnya kita dimaafkan. Ini juga untuk diriku, kerna aku juga selalu lupa.sharing is caringkan?

CINTA

Cinta yang DIA berikan untuk manusia saling menyayangi, cinta yang DIA beri pada seorang ibu sehingga menjadikan ibu kita wanita paling hebat antara ibu-ibu yang hebat, ibu yang sanggup meredah apa saja,suka, duka, derita, sengsara, melakukan segalanya untuk anak-anak dan suami, ibu yang tak pernah merungut walau sebenarnya tubuhnya amat letih seharian menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu, dan isteri.tapi kerana CINTA dihatinya, dia ikhlas, dia rela demi insan yang di CINTAI. kenapa ia terjadi? kerana CINTA dalam hatinya untuk suami dan anak-anak. dari mana datangnya CINTA? dari ALLAH SWT.
Cinta yang DIA beri pada seorang ayah, sehingga seorang ayah itu sanggup bekerja hingga larut malam demi mengisi perut isteri dan anaknya, bukan hanya kerana itu tanggungjawab yang harus dipikul tapi kerana CINTA yang ada dalam hatinya.Cinta seorang ayah itu kadang kala sukar untuk dilihat degan mata kasar tapi perlu diteliti dengan mata hati. lihat saja kulitnya yang semakin mengendur dikala ini kita semakin membesar, tubuhnya yang tidak lagi segagah waktu ia muda dikala itu kita msaih lagi kecil, tapi ia tetap gagah demi anak-anaknya. semua itu kerana CINTA dihatinya yang DIA beri. kerna itu CINTA itu indah, CINTA itu tidak perlukan balasan, CINTA itu tidak membuat kita buta tapi membuat kita lebih mengerti, memahami,menerima, CINTA itu ikhlas dari hati, CINTA itu tiada paksaan, CINTA itu tidak memerlukan alasan, CINTA itu tiada sebab yang tertentu maka itulah CINTA.

Thursday, June 18, 2009

aku separuh milik My Vitamin



cincin yang mengikat aku serta hati ku pada En Mohd Abdul Halim a.k.a my vitamin


Alhamdulillah..akhirnya hubungan aku dan My vitamin diakhiri sebagai pasangan bertunang bukan lagi kekasih, pakwe makwe, lovey dovey or wat so evar yg sewaktu dgnnya...

telah melalui satu langkah/peringkat dlm hidup, sekarang sedang merencana hari bahagia pulak, harap tiada aral melintang kearah itu.

ap pn nk ucap trimas pada kengkawan yg dtg menolong serba sedikit aku yg xbpe pandai ni...

so let go to da story...
bertolak dr KL, mlm 050609 tiga buah kreta sbb nk kerah bwk hntaran punya psl.huhuh..
1 CRV, 1 WISH n my comel VIVA huhuhu...


sory gelap sbb da mlm..waktu ni nk g RnR sedenak..penat wei..bru blk kje...
ps: muka sgt mengerikan dgn jerawat yg naik xbg kesian kt aku..sob sob!! ;((


smpi JB dah pun pagi so maknenye dah pun 060609, wah majlis ku esok rpenye...wa!!! byk lagi xwat, bilik xd ppe progress sbb adik aku tepon
" long, bilik ko xd ppe perubahan jadi bek ko blk cpt settle kan"

wah! knp jd cam ni ni??

mak aku pny kes lak
" long, bantal utk sarung cincin siap 1 je, lg 1 utk mok mok (panggilan manja my vitamin) xsempat"

wa!!!!! nak nangis nak nangis...mak ni....along dah btau siapkan cpt2 da btau awal2 wat lewa je...hati dah mula sedih, tp xp la kita tukar plan B sarung cincin dalam bilik sudah.hurm..macam macam btul, dugaan dugaan.ni lah susahnya bila majlis tmpt lain tuan bdn tmpt lain.. =(

smpi mah aunty kt Pulai View tumpang tdo, xlrt da nk drive g kota masai..bgn tdo truskan misi g mah ayah plak (dmana majlis akan berlangsung), smpi mah angkut sume hntaran msk bilik yg xsiap ppe ok, zero!.

ok! teman mari kita mula operasi. wan n eric so jd Eric Wong kenkunun Eric da deco la kan. bentang cadar, letak lilin dua ketul(aku rembat(pinjam jer..) mah makcik kesygn aku), letak karpet bulu-bulu color putih. yey!! bilik done, bunga bagai xyah, sbb aku xmoh semak samun, tgu kawen nnt bru letak segala hutan rimba dlm bilik ni, adoyai bilik comel ku.penat!lapo!ngntuk!

Siap semua, skang mak su sebelah ayah aku mula cek hantaran, ap yg ade.tiba-tiba...jeng jeng jeng...de da start tny.

" long knp pihak pompuan bg tepak?mne sirih junjung?"
toink toink..aku mula berpinar..lorh..

aku :" mak su kene jgk ke pki sirih junjung? akak yg kte tempah xdan wat sirih so kte amik je tepak de..."

MS : " tak boleh..pompuan bg sirih, lelaki bg tepak, lg 1 klu lelaki klu bg sirih, sirih de lagi tinggi dr pompuan.."

aku: " Owh...ok..wan jom p cr bahan, skang jgk mula operasi" malas argue kami ni org xtau..so ikut saja.saya yang menurut perintah! baik!

so dr hasil yg aku jumpa kt kedai bunga+brg perantin(versi adik sedara aku) ni lah hasilnya...ok x? kak jas sory eh..xpakai pun tepak tu..cme pinjam bbrapa alat utk letak gambir, pinang n kapur je... =>



Sirih junjung segera...layan je...

dah pjg bebenor citernye..so ni la setakat pic yg aku dpt amik..tu pun dr HP adik aku..opss!lg 1, time sarung cincin aku terpaksa jgk trn bwh, sbb lg mudah utk pihak lelaki, so dlm keadaan yg dah terkeluar dr plan asal aku akhirnya dikelilingi org yg aku xknl ( sume jiran bapak aku nk jemput..hurm..ayah aku semangat ank pompuan sulung de nk bertung) =P!



Hantaran dr my side to my vitamin
ps** pix satu2 dlm camera lagi..



menanti rombongan pihak my vitamin..wah!sgt berdebar dag dig dug3x



tgu time nk sarung cincin..malu tapi mahu..hahahahha



Mama sarung cincin..thnx Ma..skenye muke saya kan..hahahha



Kami dah bertunang!!

Tuesday, June 2, 2009

Im goin to separuh bujang... =P 070609

hari yg dinanti semakin hampir, dada makin berdebar, huhuuuh...macam org nak kawen je ayat pdahal baru nak melangkah ke 1 tingkat dlm hidup alam bertunang.

orang cakap bertunang ni byk dugaan, duagaan seperti apa tu akupun xpasti. tapi aku berdoa semoga perjalanan untk aku menempuh alam perkahwinan berjalan dengan lancar...

segala persiapan utk majlis bertunang ni aku kurang berpuas hati sbb terpaksa serahkan semua pada mak n ayah je..sbb diorg di JB aku pulak kat putrajaya..wa!!! xbestnyer...mak ayah terima kasih tolong along uruskan apa yg patut..

so dis coming friday aku akan konvoi blk Jb dengan MY VITAMIN ( fiancee-to-be) dan rkn2 ku semua. dek krn aku telah menempah hantaran dari da sweetest sis jaz ( http://syirazlilcottage.fotopages.com/ ) so aku turn to mak tiri soh kwn2 aku bwk jgk kete dorg untuk angkut sume hntaran aku bwk blk ke kg halaman terchenta ku yg ku rindui selalu sbb da 2 bln xblk...wa!!! rindunyer!!!!!. tpi lps jd mak tiri tukr lak jd bdk manja ala kiut spy xd la dorg rse aku ni diktator.huhuhuhu...thnx guys...syg korg!

so nk jgk citer sket ttg hntaran aku nnt...alalalala

utk majlis pertunangan ni aku xmoh byk ragam dgn segala mcm so a decide utk suatu yg simple tp precious la...ye ke??pd aku la kan.

from me to him ( theme blue+white)

1. sirih junjung ( wajib dlm adat melayu)
2. persalinan baju melayu ( tpi lom jahit)
3. cincin
4. frame n perfume
5. pot puri ( nk jgk.... =p)
6. cup cake ( aku tempah je...http://hanimuracupcake.blogspot.com/)
7. coklat

from him to me ( theme green+pink)

1. sirih junjung
2. sepersalinan baju ( lom jahit jgk la)
3. cincin n bunga hntaran
4. frame n perfume
5. cup cake ( juga dari hanimuracupcake)

disebabkan MY VITAMIN tu org pantai timur so kami decide hantaran di tempah 1 tempat, so familynye dtg ke JB dan ambil hntaran di rumah bersanggah(bak kata org johor la).supaya sng...xd la nk bersusah pyh dr jauh nak angkut segala mcm. nnt nak ddk pn xsng pkir hntran elok lg ke x.

ha...ade sikit nk cerita, pnh sekali mse uncle aku kahwin, kami dari Jb nk ke Tenggaroh (bg org kota tinggi mst tau Tenggaroh dkt mne), dr rmh bwk la sirih junjung yg digubah jd KLCC, tp bila smpi je rmh pengantin perempuan bangunan KLCC da runtuh!!! wah! ap cerita ni??jd sbb xleh nk selamatkan lg bangunan yg runtuh, fmly pihak aku pun pegi kdi berdekatan beli buah2han gantikan ats dulang...cam pelik je org tgk bila pihak kami xbersirih junjung.huhuhuhu..nk bergaya KLCC pny psl, last2 buah2han jgk jd pilihan hati...huhuhuhu...
so moral of the story..aku xnk la hntran utk aku nnt menerima nasib yg sme...lalalala...