Wednesday, November 25, 2009

long journey

morning....

hari ni rasa best gilerrrr!!!

sebab esok dah start cuti..tapi cuti kali ni aku tak balik ke kampung halaman terchenta.. huk huk!! =( tapi balik kampung halaman chenta hati belahan jiwa...heheeh..suka juga dapat balik kampung my vitamin cuma aku dilanda kerinduan yang amat pada adik-adik manja ku di kampung halaman ku...mak ayah umi...rindu kalian!!!!!

bucuk ingat tau dah promise balik JB lak pasni...(sambil mata kenyit-kenyit) =D
so untuk ke kampung chenta hati belahan jiwa pastilah aku akan mengharungi perjalanan yang saaaaangatttt jauh dan bakal mematahkan pinggang aku sekali lagi (ini baru 2 kali pergi terengganu) mungkin kalau dah pergi berkali-kali selepas kawen nanti aku akan terbiasa dengan keadaan =P!

ada rasa excited nak ke sana sebab terigin nak makan nasi dagang masakan mama(FMiL), sangatlah sedap sampaikan aku makan tak toleh kiri kanan(tipu jek =P!) aku tolehlah jugak, takkan nak tunjuk rupa kebulur lak kan, tapi seyes memang shedap!terbaekkk!!

owh rasanya setakat ni jek la aku leh hapdet ade kerja menanti, nak kena settle sebab aku cuti lama, ok lah! daaa...
dan tak lupa selamat hari raya aidil adha

(suka dapat dengar takbir raya selama 3 hari)

Tuesday, November 24, 2009

2012



ihiks!!

aku tawu aku ni antara yang terlewat tengok 2012, tapi tak kira nak jugak meng'komen' cerita ni di sudut pandangan aku, sebagai penonton yang tak tahu apa-apa berkenaan dunia perfileman (walaupun sekarang aku berkerja di ruang lingkup budak-budak film n television) apatah lagi berkenaan dengan dunia-dunia graphic yang menggunakan peralatan yang canggih-manggih(bak kata atok aku-ni ayat feberet dia)yang buat aku wah!!kagumnya dengan hasil kerja diorang. serius aku kagum dengan hasil kerja mereka. selalunya bila tengok wayang atau apa-apa muvie aku tidaklah terlalu fokus dan macam excited gila(my vitamin lagi excited =P) tapi cerita ni buat aku duduk diam-diam, pandang dalam-dalam, renung jauh-jauh dan sekaligus buat aku rasa gerun.

ada juga beberapa komen dari kawan-kawan aku yang katakan cerita ni mengarut..ohohoh..aku tidak katakan cerita mat-mat saleh ni semuanya adalah releven, masuk diakal dan kita perlu percaya 100% pada temberang mereka,sebab mereka adalah manusia yang suka menggunakan imiginasi, dan semua imiginasi diorang itu adalah untuk orang seperti kita yang dahaga entertaiment yang hendak menonton cerita-cerita gah seperti itu dan mereka juga melakukan kajian dahulu bukan bodoh-bodoh, buta tuli nak buat cerita, pasti ada juga fakta-fakta yang diselitkan dan yang paling penting kita kena ingat ini adalah cerita SAINS FIKSYEN bukan cerita realiti.betapa hebatnya cerita yang dikatakan mengarut ini telah memaksa aku untuk dapatkan tiket dengan jayanya setelah membeli sehari sebelum tayangan..huhuhu..gagahkan aku.hahaha...



-konon-konon geiser dekat yellowstone-

opppss!!!...kamu kamu yang baca jangan pulak kata aku setuju dengan cerita itu dan aku percaya cerita 2012 tu...tapi secara kesimpulanya cerita dia best!!! aku suka!!! ada mesej yang cuba disampaikan...dimana bila dalam keadaan terdesak manusia memang selalu mementingkan diri sendiri, masing-masing hanya cuba melepaskan sesak sendir tanpa fikir orang lain.sekarang juga sudah pun berlaku pabila kata-kata seperti 'orang tamak selalu rugi' telah ditukar menjadi 'orang baik selalu rugi , orang tamak makin kaya' hahahha..ada la kawan-kawan aku yang guna ayat sengal ni...

ok lah, panjang pulak entry merapu aku kali ni...so rate untuk 2012??

9/10 muahahahha....

Wednesday, November 18, 2009

MERISIK GALERRY ONLINE CONTEST

hohoho..hari ini sangat suke kerana berjumpa dengan INI...apa itu yang aku maksudkan INI??

jeng jeng jeng....



dan cara-cara penyertaan adalah seperti berikut :

* Jadi FOLLOWER Mersik Gallery di blog ini
* Letakkan banner promosi cuti sekolah ini di side bar blog anda dan link ke entry ini (pastikan anda link blog ini; jika tidak link, bermakna disqualified)
* Jadikan entry ini STICKY POST/MODE sehingga 18 November 2009
* Buat entry mengenai GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA dan link kan entry peraduan ini di entry anda
* Nyatakan nama anda, nama pasangan dan tarikh perkahwinan anda
* Pergi ke http://merisikgallery.fotopages.com dan pilih 1 hantaran yang kami pernah buat yang paling anda suka. Kemudian, paste juga gambar dari fotopages kami tersebut di entry anda
* Pastikan tajuk entry anda ialah MERISIK GALLERY ONLINE CONTEST
* Sesudah lengkap semua perkara di atas, tinggalkan komen di SANA berserta link ke entry anda untuk kami hakimi

Syarat Penyertaan:

* Tarikh perkahwinan anda mestilah antara 20 November 2009 sehingga 31 Disember 2010
* Terbuka kepada bakal2 pengantin
* Entry anda akan diadili oleh team Merisik Gallery dan segala keputusan adalah muktamad
* Jika anda telah terpilih sebagai pemenang, dan gubahan hantaran anda melebihi dari 5 dulang dan anda ingin menambah lagi beberapa dulang, harga istimewa akan diberikan!
* Gubahan sireh junjung tidak termasuk dalam promosi ini
* Jika kami dapati entry anda bukan entry sticky sebelum 18 November 2009, secara automotik anda akan terkeluar dari penyertaan ini
* Penyertaan dibuka dari 26 Oktober 2009 hingga 18 November 2009, jam 11.59pm

Jangan lepaskan peluang ini!!!!!

Nak lagi????

Untuk follower ke 100, sila e-mail merisik_gallery@yahoo.com untuk menerima hadiah misteri!!!!!!!!
opss!! lupe lak..hadiahnye ialah....


PERCUMA 5 DULANG HANTARAN FRESH FLOWERS WITH ANY THEME COLORS!!!!

Fresh flower bukan murah okeh..ngeh3x..xmurah bg org yg berbajet bajet seperti aku..huhuh


ceh ceh..dah promote da...so skang adalah masa untuk tunjukkan gubahan idaman di hati...sejak dulu selalu menjenguk ke merisikgallery punya FP..skang diberi peluang untuk dapat hasil kerja mereka..wah!!!percuma lagi..kalau menang..hehehe

GUBAHAN HANTARAN IDAMAN SAYA

sangat suka dengan baby qaira punya bunga jadi mahu warna seperti itu






tapi mahu kelihatan seperti ini..



atau pun yang lebih glamor menjadi idaman kalbu ialah ini...



hohoho..apa saja di merisikgallery sangat mencuri perhatian aku..ngeh3x...

wahahahha..banyak songeh betul...mesti disqualified..ngeh3x..lagi pula rasanya agak sukar untuk fresh flower..mesti akan layu..kerana saya akan berkahwin di JOHOR BAHRU..wa!!!!tapi tak pe kita cuba jugak... =D

dan akhir sekali nama kami dan tarikh:

Bride : Jun
Groom : Halim
Tarikh : hehehe..lom decide yang pasti cuti sekolah =P!

dang!!! disqualified!!tarikh pun tak ada, ada hati nak masuk contest..tapi xpe xsalah mencuba... =)

Wednesday, November 11, 2009

virus

OMG!!!

habis semua fail aku hilang di kerjakan oleh sang virus yang sangat-sangat mencabar kesabaran aku....wa!!!!!

tolong! tolong! help! help! sambil tu aku dok format pc aku... =(
sedih hokey..
aku ni pengguna setia windows XP, sebelum ni segala mak bapak anak pinak virus aku clearkan sendirian berhad jek..tapi oleh kerana kehadirannya aku tak dapat nak detect awal disebabkan anti virus tempat aku bekerja ini adalah sangat sengal maka kehadiran virus itu aku sedar bila tiba-tiba pc aku restart dengan sendirinya dan....pufff!!! netwrok aku hilang, driver network tidak dapat dikenal pasti dan yang lebih sadis semua fail aku dalam microsoft office terus jadi .exe dan didelete secara automatik....nak nangis wo...berhari-hari aku punya muka cam cekodok basi...

tatapi!lobang hidung mu tatap menjadi pojaan hati ku..cut!!
opss!!heheheh...

tapi hari ni aku dah boleh senyum dengan hati yang gumbira...sebab dah boleh diselamatkan fail-fail yang hilang...amin...terima kasih dekat manager aku kerana meletak aku sebagai in charge untuk iMAC..gunakan kemudahan yang ada! =D!
dan lagi gembira aku dah pun menggunakan WINDOWS 7...hoyey!!! ini aku berikan contoh gambaran antaramuka WINDOWS 7 ye..cantik tak??aku suka!!dan yang lagi best
aku dah boleh download YM..hahahha...lama berzaman aku dah tak gunakan YM, aku dok chatting pakai email jek.. =P!

hohohho...comelkan?kalau tak comel pun aku tetap cakap comel..hehehhe

owh! window YM tu sila abaikan sebab aku tengah jakun dapat pakai YM semula..
sebenarnya entri ini hanya untuk menyatakan akhirnya kau berambus juga VIRUS! huhuhuh...daaa.....

Monday, November 2, 2009

Jika cinta dia - GEISHA



Geisha – Jika Cinta Dia

Terlampau sering kau buat air mataku
Tak pernah kau tahu dalamnya rasa cintaku
Tak banyak inginku jangan kau ulangi
Menyakiti aku sesuka kelakuanmu
Ku bukan manusia yang tidak berfikir
Berulang kali kau lakukan itu padaku

Reff:
Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu
Jika cinta dia ku coba mengerti

Teramat sering kau membuat patah hatiku
Kau datang padanya tak pernah kutahu
Kau tinggalkan aku disaat ku butuh kan mu
Cinta tak begini selama ku tahu
Tetapi ku lemah karena cintaku padamu

*
Jika cinta dia jujurlah padaku
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu
Jika cinta dia ku coba mengerti
Mungkin kau bukan cinta sejati dihidupku

lagu ni aku jumpa lepas buka blog ini

Kalaulah

aku tahu perkataan kalaulah itu xsesuai, xelok dan sama sekali tidak boleh dipraktikkan dalam kehidupan kerana dalam hidup itu harus redha dengan keadaan dan kejadian yang menimpa kerana yang berlaku pasti ada hikmah yang kita tak tahu.

tapi KALAULAH aku ini adalah tentang

kalaulah aku boleh lupakan seperti mimpi berkahwin dengan anak raja
kalaulah aku boleh biarkan seperti melihat layang2 ku terputus tali terbang ke langit
kalaulah aku boleh diamkan seperti mak sedang marahkan aku
kalaulah aku boleh pejamkan mata seperti aku ingin beradu
kalaulah ia semudah yang difikir logika...