Wednesday, August 18, 2010

Mimpi

Malam ku bermimpi hai lihat satu bintang...eceh!

tapi masalahnya aku tak mimpi bintang aku mimpi binatang! ke...serangga???hahahha..tak tau la nak letak dia dalam ketegori apa.

Mimpi tu memang menakutkan sampai aku macam menangis ketakutan, hubby yang cakap aku macam menangis, dia kejutkan aku, then aku tidur semula.

Bila bangun tidur, aku ingat2 semula makna mimpi aku tu bukanlah benda baik dan ia berkaitan dengan perempuan, sebab binatang/serangga yang aku mimpi tu digamabrkan sebagai seorang perempuan dan perempuan itu akan menyakiti aku. sentap!!!!

dan beberapa hari lalu aku dapat berita yang kurang enak..dan aku tak berharap dapat berita tu, sesekali aku macam nak libas je orang yang diceritakan bukan tukang cerita, tapi orang dalam cerita tu. hangin mak nokkkk...aku dah kawen kot...tak payahlah ganggu lagi.....


Macam nilah, aku tau kita semua ni berkahwin kadang2 bukanlah dengan orang yang pertama kita jatuh cinta, senang cerita bukan 1st boipren. Macam tu jugaklah aku. Aku tak kata aku dah lupa pada yang lama, tapi tak pulak aku ingat bebenor, meratap pada yang lama, tak pulak rasa nak balik semula, atau bercita-cita nak meyambung semula apa yang telah pun terputus, tapi aku redha, hubungan kami tak panjang..maka aku pon jalani hidup aku seperti biasa. Benda dah lama berlalu..

Aku bahagia dengan apa yang aku miliki sekarang dan aku tak nak kehilangan kebahagiaan itu, kalaupun dilanda badai biarlah aku dan suami harunginya. TAPI!!!! aku tak tahu kenapa manusia yang satu ini tak paham erti REDHA! aku bukan nak dia lupakan, atau ko kena DELETE then TRASH semua memori cinta luka tu, tapi REDHA la hubungan tu dah pon berakhir...tolonglah jangan ganggu kami suami isteri. Bertindak dan berfikirlah secara matang, dan sebagai seorang yang dah pon berusia **bukan tua** aku rasa dia dah pon boleh menilai mana baik mana salah, apakah perbuatan dia itu betul atau tak.

Kadang tu aku rasa kesian, kadang aku rasa marah, kadang tak tahu nak rasa apa, tapi aku rasa lebih pada kesian, kesian kerana dia terlalu mengikut emosi dari akal fikiran yang Allah s.w.t dah beri pada dia.

hai, manusia..tolonglah biarkan kami, aku doakan kau bahagia.

Bila ingat apa yang manusia ni buat, tetiba terlintas, apakah ia ada kaitan dengan mimpi aku tu? kerana aku memang pasti hati aku sakit sangat! tapi orang cakap mimpi tu mainan tidur. hump!

ps::nasib mak mertua aku bertanya dulu. sayang mama!

No comments:

Post a Comment