Thursday, August 19, 2010

Meluat!

salam uolsss...

bekerja di bulan puasa memang menguji ketabahan dan ketahanan diri betul. Perut tak la lapar sangat tapi kebosanan melanda diri, bukak winamp pastu pasang lagu, pastu tutup, bukak surah2, habis surah, bukak yassin, habis yassin tutup semula, bukak blog, bukak FB,BOSAN! huhuhu

tapi sebenarnya, aku semakin BOSAN malah MELUAT, sakit HATI, BENCI, HANGIN dengan berita2 yang aku dengar...hari2 ada je berita buang anak, bulan mulia ni pun ada lagi yang buang anak. Weh! manusia! ada otak pakai boleh tak? adoyai...sedih! kecewa!


berapa ramai orang kat luar sana nak anak tapi tak dapat? berubat kesana sini, di hina mandul, huru hara laki bini, sebab nak anak, tapi korang dah buat anak, buang???? kenapalah ada orang macam korang ni? kan bagus korang tu tak ada je?

kadang2 aku sampai tak nak dengar/tengok berita sebab adanya manusia macam korang ni. Aku lagi sanggup tadah telinga pasal politik ** i hate politics!**. Apalah daya aku ni, semakin ramai membenci berita korang semakin ramai pulak yang buang bayi...korang tau tak anak tu anugerah dr-Nya, anak itu rezeki, anak itu penyambung keturunan, penyeri kasih sayang, anak itu harta yang tak ada nilai...hari ni ko buang, esok ko dah kawen, time tu terhegeh2 nak anak, Allah dah tak bagi ko pusing rata satu dunia pun tak ada....kalau dah tau ko buat salah, insaflah...janganlah jadi pembunuh.... jadilah manusia sekurang2nya, tak perlu jadi INSAN jadi manusia pon dah cukup, kenapa perlu jadi hati batu, hitam!


lagi satu aku tak boleh blah dengan berita pasal suami pukul isteri sampai mati, meroyan tak pepasal, curah asid. Hei! kaum lelaki **tak layak dipanggil adam kalau perangai macam tu** kau tu di jadikan sebagai pelindung kepada wanita, kenapa ko bersikap binatang???? hah! malas nak ulas panjang pada lelaki tak otak macam tu!

ps:: jika benar kamu itu adam untuk hawa, jagalah kami sebaik2nya, kerana hawa itu terjadi dari kamu.

3 comments:

  1. betul tu..i pon jelek mendengr berita2 skrg..mcm2 hal..klu xmo anak tu..meh bg kat kite..kan kan kan?hehe

    ReplyDelete
  2. tau xp..sedihkan...sakit hati asik dgr berita tu jek...

    ReplyDelete
  3. betul lah junai..
    org skang nie sesenang je buang baby kiut miut tu ke longkang lahmdlm jamban lah..
    bagi aku kalau xnak..meh aku jage..untung2 pastu aku lak yang sangkut..dah dpt extra keuntungan..
    kan best..

    ReplyDelete