Friday, October 15, 2010
perpisahan kerana keterpaksaan II
sambung...
bila berlaku sebuah penceraian dalam sesebuah institusi kekeluargaan, sebagai wanita/perempuan kita akan rasa tamparan yang maha hebat. Sewaktu melangkah ke alam perkahwenan, apa yang di harap adalah sebuah kebahagiaan. Bukanlah mengharap hari2 yang bakal dilalui penuh dengan warna warni, sekali sekala dugaan dilanda badai pasti ada, tapi tidaklah hingga meruntuhkan apa yang di bina. Betapa takutnya kita kiranya itu berlaku. Malah bagi pihak lelaki juga, aku pasti, yakin mereka juga sama seperti kita. Manakan mungkin dia berkahwin hanya untuk melihat keluarga yang di bina runtuh.
Malah runtuhan itu akan menyakitkan orang2 yang disayangi. Wanita yang terpaling sayangi selepas ibunya, anak yang lahir dari benihnya, bukti cinta kasihnya.
Aku pernah melihat derita seorang lelaki bila kasih dibina terpaksa dilerai. Kesan pada dirinya yang membuat dia menderita hingga ke hujung nafasnya. kekosongan jiwa yang dia alami, begitu juga wanita yang terpaksa di tinggalkan, penceraian bukanlah berlaku dengan rela bagi setiap yang melaluinya. Percayalah itu bukan keinginan mereka, tapi kadang kala keadaan mendesak hingga itu adalah pilihan.
walaubagaimanapun aku masih lagi menaruh belas pada anak2 mereka. Tiada kasih ayah, tiada herdik marah ayah, hanya ada ibu yang terkadang berfikri normal dan terkadang terbawa emosi, yang secara perlahan anak itu sendiri membentuk diri mereka dengan emosi yang juga turun naik. jiwa anak itu terbentuk menjadi seorang yang memberontak, salah siapa? ibu ayah kah? anak itu kah? aku sendiri tak tahu nak meletak salah tu pada siapa.
melihat seperti tu, aku jadi sangat2 takut. Semoga ia tidak berlaku pada aku, tidak pada anak2 aku nanti. Minta di jauhi, dan diberi kekuatan sekuat sumayyah.
Aku punya pengalaman sendiri, menjadi sebahagian dari anak2 yang ibu bapa mereka berpisah. Mencari2 diri sendiri, malu kepada orang sekililing, jiwa aku sentiasa meronta meminta penjelesan yang tak mampu ibu dan ayah aku berikan. Setiap tindak tanduk aku, adalah pilihan aku. Dendam benci yang aku simpan entah untuk siapa. Sekian lama aku mengikis rasa sedih dan pedih itu.
walau apa pun setiap kesedihan dan kepedihan yang pernah aku lalui dulu telah berakhir, aku terima dan redha dengan apa yang berlaku. Sekain lama segala yang aku pendam dan dendam aku lepaskan. Kini aku punya 2 ibu, 2 ayah, yang sangat aku sayangi. Aku punya ramai adik beradik, walau berlainan ibu dan bapa. Mereka menjadi nadi aku kini, tapi bagaimana pula yang tak mampu menerima keadaan keluarga yang begini?
Tahu berapa lama segalanya aku pendam?? 12 tahun!! cukup?? seksa sebenarnya perasaan yang terpendam tu. Merelakan apa yang berlaku, tak mudah. Walau mak tak pernah mengajar aku membenci ayah, ayah juga tak pernah berbicara buruk tentang mak. Tapi menerima apa yang berlaku, sakit!
pokoknya penceraian bukan saja memberi impak pada wanita dan lelaki yang bercerai tetapi impak itu juga pada anak2 yang dikatakan tidak mengerti. tapi percayalah sakit yang anak itu terima lebih dari ibu dan ayah itu sendiri.
ps:: cukuplah, terasa bagai aku membuka pekung di dada pulak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment