pagi ni i had a conversation wif seseorang...
how hard her life w/out husband. Aku menjadi pendengar setia keluh kesah dia, tentang anak2, hidup yang sedang di lalui, sedih pedih dia, kata2 orang sekeliling yang terkadang beri semangat tak kurang pulak yang kondem dia, cakap dia lembik, tak kuat, tak tabah.
Aku tak faham kenapa masih ada segelintir kaum kita ni kurang prihatin dengan masalah orang, kalau kau rasa tak boleh nak beri satu pendapat yang baik, tak payahlah bercakap, simpan je untuk diri sendiri. Aku rasa sewajarnya di kala seseorang tu rasa down, ko cheer up kan dia, paling tidak ko jadilah pendengar yang baik, berkata bila perlu. sumtimes orang yang cerita ni bukanlah nak sangat pendapat ko, dia cuma nak pinjam telinga ko jek, untuk kurangkan rasa sakit.
sepanjang perbualan aku dengan dia, dia ada sedikit menyentuh perihal perpisahan atau lagi tepat penceraian. Jujur aku cakap, penceraian memang benda aku paling takut. Aku bukan takut sebagai seorang wanita yang dah berkawen, dan kemudian bergaduh, lalu melalui fasa kritikal yang mana kau tak tahu samada kau selamat atau kau tenggelam, tapi aku takut sebagai seorang anak yang kehilagan orang yang dia sayang.
Anak yang tiba2 dia dapat tahu mak ayah dia tidak lagi bersama, anak yang tiba2 kena terima kata2 keji orang lain kerana mak pak dia bercerai, anak yang terpaksa tengok keluarga orang lain bahagia tapi dia hanya ada ayah atau ibu atau tak ada keduanya sebab duduk dengan nenek. Anak yang terasa dia tidak disayangi, anak yang kena buat keputusan sendir, samada kau nak jadi baik atau jahat, kau nak pandai atau bodoh, kau nak berjaya atau gagal. Segala yang kau buat adalah pilihan kau tanpa mak ayah sebagai pemandu kehidupan. Itu yang aku takut.
Rasa sakit melihat orang yang kau cinta pergi tinggalkan kau tanpa kau tahu kenapa, apa punca, melihat dia datang dan pergi, sekejap ada kejap lagi tak ada. Tertanya2 kenapa dia pergi kerja lama sangat sampai 2 bulan baru ketemu, kenapa mak ayah tidak lagi sebilik, tidak lagi ada perbualan mesra. Malah terkadang anak tidak kenal ibu atau ayah. Semua itu kerana penceraian. Siapa yang lebih terasa impak tu?
Si wanita atau lelaki yang bercerai atau anak kepada wanita dan lelaki itu??
emosi siapa sebenarnya lebih terganggu? siapa lebih sakit? siapa yang boleh merubah perasaan sayang kepada benci?
sakit tahu!!!
ps:: tak mampu nak teruskan. tunggulah nanti.
No comments:
Post a Comment