Friday, November 26, 2010

kisah suami isteri

salam..

aku pernah dengar orang cakap bila dah kawen lama2 pasangan kita akan ikut kegemaran kita sedikit demi sedikit, tak banyak sikit mesti ikut, sama ada suami ikut isteri atau isteri ikut suami.

dan rasanya yang menguatkan lagi kata-kata tu, ada sorang kakak ni, aku kenal baik dengan dia, hubby dia tak suka makan seafood, tapi kakak ni suka sangat sangat sangat makan seafood, specially ketam....dan itulah makanan yang suami dia paling elergi..tak boleh langsung nak makan, lama kelamaan dari dia suka, sudahnya dia pon tak boleh nak makan. teruslah tak suka.


c!! tidakkah ia menggiurkan???? huhuhu...

Macam sorang lagi ni pulak, gigi dia cantik, tak banyak rosak, tapi hubby dia ada masalah gigi kurang elok, masa muda memang semua baik2 belaka, tapi lama kelamaan dia juga punya masalah yang sama. apakah??? ngeri la pulak! ;p

tapi ada jugak 1 kes ni. si isteri suka sangat makan udang, hari2 ko bagi dia makan udang pon confirm dia sengeh2 dapat makan udang hari2. Suami pon penggemar udang sama macam isteri, tapi dek kerana isterinya suka sangat makan udang dia pon jadi tak lalu dah nak makan. tiap kali nampak udang terbayang muka bini, nak makan udang nampak bini, tak boleh nak makan dah, apatah lagi kalau bini dok sebelah. suami kopek, bini ngap!, suami kopek, bini ngap!, sambil makan penuh nikmat tanpa rasa bersalah si suami menjadi tukang kopek udang dan dia makan dengan berseleranya, tanpa sedar si suami langsung tak jamah pon udang yang di kopek tu. sweetkan si suami?? isteri nya? kejam! hahahhah...

bayangkan tembikai tu udang...nyummsss!!!!

ps:: si isteri makan udang tu aku lah! ;p suami suwit! aku? kejam! haha

pss:: ami bagi jugak kan dady? ;D

2 comments: