Thursday, November 11, 2010

Resepi :: udang masak masam manis

wah!!!

tetiba datang mood nak update blog, tapi pasal makanan la yer..di sebabkan sekarang perut aku berdondang sayang minta di isi, padahal pepagi tadi dah isi nasi, tengah hari nasi lagik, sekarang mahu lagi isi. apalah yang dah jadi pada aku ni. makan makan makan.

Tak pe aku memang dalam usaha mengemukkan diri sikit dari berat yang telah 'menten; since aku form 4. dah seploh tahun berat aku masih macam tu jek, pernah jugak naik, tapi turun semula ke tahap tu, moga2 aku berjaya mencapai 55kg. hahahahha...tak agak2 target 55kg, padahal sekarang baru menjenguk angka 52kg, bilakah 55 tu akan muncul?

eh....merapu plak..sowi...

okeh kita layan resepi aku ni yer..kunun mulanya nak masak kari udang, or udang masak lemak cili padi, sudahnya jadi masam manis,tapi rasanya sedaaaapppp..lagilah kalau udang tu udang segar n guna udang baby lobster tuh.nyummmmsss!!


source: teratak ibu

Bahan-bahan (2-3 orang makan)

udang 6-7 ekor ** bby lobs**
bawang 1 labu - di hiris bulat2
cili boh/cili kisar
sos cili
sos tomato
sos tiram
sos cili thai linggams
garam
ajinomoto

bahan ditumbuk lumat.
bawang 1 labu
bawang putih 3 ulas
cili padi 5-6 batang ** bagi yang nak pedas la**

cara memasak ::

tumis bahan yang telah di tumbuk lumat, bagi naik bau, masukkan cili boh 2 sudu, goreng sampai garing/pecah minyak, masukkan sos cili 2 sudu, sos tomato 1 sudu, sos tiram 1/2 sudu, sos thai linggams 1/2 sudu, campurkan sedikit air. Bila kuah sedikit menggelegak masukkan udang, gaul rata, jangan lupa masukkan garam dan pak aji. tunggu hingga pekat, kalu nak kuah biar berkuah sedikit, lagi sedap kalu kuah pekat.

Bila dah siap, makan dengan nasi panas, telur dadar/ telur bungkus. nyummmmssss! sangat!
cubalah.

ps:: hari2 pikir nak masak apa. poning den.hahah

2 comments:

  1. wahhhhhhh sedap2!!! dah try? kalau masak, pos sket kat putrajaya ehhh

    ReplyDelete
  2. udah...shedapp!! post ek? meh alamat.ahaks!

    ReplyDelete