Wednesday, December 1, 2010

bukan kehendak hati

salam

hari ni aku agak emo sikit la, tak tahu kenapa.

masuk bulan 12 ni lagi 5 hari cukup 6 bulan aku bergelar isteri. dan seperti biasa soalan2 indah bergawang depan muka tiap kali jumpa orang2 yang dikenali dan tahu aku dah kawen berapa lama.

mula2 ok jek, tapi lama2 semacam sembilu plak.hahahha..ke aku ni cepat terasa? entah.

sememangnya aku tidak merancang, malah berharap di kurniakan cepat, memang dah teringin pon, cuma bahagian aku yang ini belum lagi Allah nak makbulkan, jadi aku sabar je la kan, tapi bila dah diasak selalu agak menyilukan tangkai hati pulak.

lagi-lagi ada suara sumbang berkata aku takut gemuk nanti badan dah tak cantik lagi. huhuhuhu..mana ada...aku tak kesah kalau gemuk sikit lepas ada baby, lagi semenggah aku rasa dari badan aku yang melidi sekarang nih. kalau memang aku merancang aku tak kesah, aku boleh sengeh2 jawab aku tak bersedia, tapi ni bukan tak bersedia, cuma belum lagi hendak di beri oleh-Nya.

dah lah dari semalam hati aku di cabar je kesabaranya, pagi tadi rasa marah tu dah surut, tiba2 dapat lagi berita yang buat panas jek telinga aku ni, tapi masih lagi nak sabar, kejap ni tadi, bila jumpa dengan orang yang buat aku marah tu, bila aku pinta penjelasan sedap je nak point finger kat aku. geramnya....nak benti keje boleh tak??? huh!

eh? cam tak ada kene mengena pulak dengan usia perkahwinan aku yang menjengah setengah tahun ni. huhuhuh...

ps:: korang doakan aku cepat dapat baby yer. hiks!

edited:: post aku lebih kurang sama dengan pn H&H **pn ija tq kerana maklumkan, ada kimia pulak ai ni.hiks!**

4 comments:

  1. june, post kite hari ni macam sama je. situasi je yg berbeza.

    ReplyDelete
  2. tu la kan, sama plak.ada kimia gtu. ;p
    heheh..tp tu la..cuba la pepaham sendiri..klu dah nmpk terboyot tu haruslah berisi. adoyai..
    tak pa sama2 kita berdoa yer, mudah2han rezeki yang ini berpihak pada kita. Amin.

    ReplyDelete
  3. mate dia tataw beza kot da berisi ke belum. tu yg asik nk bzbody je.

    amin³. Mudah²an. :)

    ReplyDelete
  4. june, sabar je laa ye.. soklan camtu mmg tak akan berenti.. time blum kawin, tanya bila nak kawin? dah kawin bila nak ada anak? bila anak sorang, tanya bila nak tambah lagi? mama yg dah 3 ni pun org dok tanya bila nak dpt no 4 & seterusnya hehehe...

    ReplyDelete