Thursday, February 25, 2010

bengang

kalau korang kan, adala sorang kawan yang dok mintak tolong itu mintak tolong ini, suruh kem salam sana kem salam sini, pastu bila kita bagi nasihat pada dia, di aboleh cakap korang buruk sangka pada dia.bengang tak ek???ke aku je emo terlebeh???

kalau rasa tak leh nak terima nasihat orang janganlah mengadu kat aku..paham....

eh?? no 99 tu cam cantik kan? uhh! nak bagi hati panas ni sejuk sket..ces!

Wednesday, February 24, 2010

100 days to go!!! OMG!!



its only 100 days left!!waa!!!

kejap gilerrr wei...ingat lagi hari tu post ticker masa tu masih ada 150 hari..sekarang dah tinggal 100 hari jek???erk!!

erm..dah boleh sedia check list nih..meh meh nengok check list kite meh ** owh manjenye cakap kite, cam cakap ngan mak ayah pulok rasa..** heheh

urusan untuk dapat kawen..ngeh.. =P

1. Kursus Kahwin - done
2. Ambil Borang – done
3. HIV Test- not yet
4. Lengkap & Hantar Borang -not yet
5. Tok Kadi – mestilah belumkan...


Majlis (06 jun 2010)

1. Tempah Baju Nikah - done ** fitting on april**
2. Baju Sanding –done ** fitting on april**
3. Mak Andam/set lengkap pelamin -booked
5. Dewan - booked
6. PA system- booked
7. Photographer –booked
8. Zapin budak kecik-booked by uncle irfan
9. Bunga pahar - not yet
10. Bunga Dulang -no need
11. Bunga manggar - DIY ** konon jek padahal beli dah siap** - not yet
12. Rozet – DIY - not yet
13. Hiasan hantaran- DIY - not yet
14. Kad Kahwin -not yet
15. TQ Tag -DIY - in progress
16. Penanda Arah –DIY - in progress
17. Door gift- done
18. Spa -- KIV
19. Senarai jemputan-in progress
20. Wedding cake (cup cake)– not yet
21.pomender ball – otw
22. kasut nikah/sanding - not yet

List Hantaran for my vitamin - semua pun belum =P

List Hantaran for me - semua pun belum. bilakah????

mak aih banyak lagik lom siap..hush! hush!

tapi apa lagi ek??cam banyak jek lagik tak de dalam list??

tak pe, tak pe pelan2 kayuh.eceh!

100 hari....cepatnya masa berlalu...

Friday, February 19, 2010

Darjat dan Harta

Salam semua...

Hari aku nak kupas sedikit cerita tentang darjat dan harta. Zaman sekarang dalam pada kita anggap sudah moden dan serba maju, yang kita rasa soal darjat dan harta tidak lagi menjadi persoalan, tidak lagi menjadi ungkitan, tapi sebenarnya masih ada lagi segelintir pihak yang sangat2 mementingkan darjat dan harta.

Adalah si polan ini yang pernah bagi satu stetment " kalau aku tak jumpa pasangan yang sama macam aku, sanggup aku tak kahwin", ada pula " kalau dulu kita dapat tahap B, kemudian putus, tak kan kita nak cari pengganti tahap C, mestilah nak up lagi dan lagi", macam macam hal. Tahap B dan C yang dia maksudkan adalah rupa paras dan harta si dia.

Ada satu kisah pula, si polan dah berkahwin, si polan anak orang kaya tapi pasangan orang biasa2, bila datang rumah mertua si polan sanggup tidur hotel kerana rumah mertua tidak selesa bagi dirinya. patutkah???

Bukankah sebelum kita berkahwin seharusnya kita menerima segala buruk dan baik keluarga si dia terlebih dahulu, berkahwin bukanlah antara 2 insan untuk melengkapi satu sama lain, tapi kita juga berkahwin dengan keluarganya. bersusah payah keluarga si dia membela hingga besar panjang, kita tiba2 muncul nak merampas terus dari keluarganya. Apa pula perasaan si dia, bila kita enggan menerima keluarganya yang serba sederhana atau kekurangan itu. Bagaimana kalau kita di tempat si dia. Ya, mungkin si dia menurut kehendak kita dengan senyuman, tapi sampai bila. Perkahwinan bukan sehari dua, kalau boleh hingga ke akhir hayat. sekiranya perkara seperti ini berlarutan mampukan ia bertahan??bukan aku nak mempersoal takdir cuma logik fikiran.

Ada pula yang aku dengar, pada awalnya menerima dengan baik, apa saja sanggup, tapi bila sudah sah miliknya mula berubah. Bermasam muka, membuat musuh dalam senyum. terfikir aku, kerana harta, kerana darjat, semua boleh porak peranda.
Di lain cerita, kerana darjat, hantaran di minta melambung2, kononnya nak tahu kesanggupan si polan nak memiliki anaknya. di mana letaknya harga diri, apa yang di junjung darjat, apa yang ada pada harta, kenapa sanggup di hina, di susah payahkan orang yang kurang mampu. Tidak percayakah pada ketentuan Allah, pada qada dan qadarnya.

Banyak lagi kisah yang aku dengar, cerita yang aku lihat, sekadar berkongsi cerita, meluah pendapat. Terkadang aku rasa pepatah Enggang terbang dengan enggang jangan si pipit berangan hendak terbang bersama, adalah tepat. Si pipit manakan mampu berganding dengan enggang, enggang terbang tinggi sedang pipit hanya mampu terbang rendang. fikir-fikirkan. Tapi jika sudah jodoh siapa kita untuk menghalang.

ok ok...kisah berat dah boleh jumpa noktah, meh kita cakap pasal benda ringan dan seronok, terutamanya akulah yang seronok.hahahhah...

Hari tu aku ada cakap cuma baju nikah saja akan ditempahkan. Tapi nampaknya baju sanding juga perlu di buat baru, memandangkan di butik pengantin pilihan aku tu tak ada pula baju yang aku berkenan dan sesuai dengan tubuh aku, maka jalan mudah buat yang baru, nasiblah harga masih lagi di dalam bajet kemampuan ku..yelah, pada awalnya nak cari dekat bridal lain, tapi bila memandangkan cost untuk cari baju lain dan buat baru sama je, lebih baik dapat baju baru, baju pun aku orang pertama pakai, my vitamin pun dapat baju baru yang lebih sesuai dengan tubuh badan dia, maka dengan alasan tersebutso baju untuk reception adalah baru..hoyeh!!!

Oleh kerana tak pernah terfikir tentang design baju sanding, aku agak pening. terkial-kial mencari idea, nasib baik dalam butik kak ida banyak majalah pengantin, selak punya selak, belek punya belek, maka aku putuskan untuk design yang simple, elegent dan sopan...contoh baju adalah seperti di bawah, tak la seratus peratus tapi lebih kurang...


ini saja jek...contoh seperti di bawah


ia seperti ini, tapi sudah pasti tidak se-seksa itu ye kawan2..baju aku pastilah menutup aurat, bukan macam baju tak cukup kain...pengsan pulak semua orang datang majlis ai nanti..hahahha

ok tak macam ni?

xoxo

Thursday, February 18, 2010

Selamat pengantin baru

Entry ini khas untuk Haliza , Amy dan WhiteLaceTale congratulation semua..semoga berbahagia ke anak cucu...

hapdet blog??ada banyak nak tulis tapi nantilah eh..daaa..

Wednesday, February 17, 2010

Red Hot Ferrari



ollaa...

owh dah tentu tu bukan kereta aku...tetiba nampak ferrari, ambik handpone terus snap..heheheh...tajuk??tak langsung ada kaitan dengan cerita aku nanti..hahah

kali ni aku keudara dari JB my lovely home town..huhu...
tetiba di landa rindu pulak dekat blog nih..ceh padahal ada benda yang nak dipahatkan dalam blog terchenta hamba ni...heheh

last saturday lepas kerja terus drive balik JB alone..diulang ALONE...aku ni nak pergi KL sendiri pun xlepas lagi, tetiba balik JB drive sensorang..gigih ai tau..hehehe...
pastu best sensangat balik ni jammed...hoh!!dah lah panas!hitam kulit ai..hish!tapi tak pe aku redha jek janji balik kampung..huhuhu

sampai JB aktiviti utama berbincang tentang majlis perkahwinan aku nanti..yang memang dinanti2 kepulangan ku demi membincangkan hal ini..uiii terharu kejap semua tunggu ai balik..heheh

day 1 - bincang dengan ayah secara terperinci tentang majlis nikah dan kenduri selepas nikah. di sebabkan aku akan bernikah di masjid pada pagi hari dan jamuan akan di buat selepas nikah di tempat yang disediakan di masjid. petang lepas asar barulah majlis doa selamat diadakan di rumah ayah aku. Esoknya majlis resepsi di dewan..pic dewan???tungguuuuu....eceh!

day 2 - jumpa dengan wedding planner aka my dearest aunt..ehhehe..bincang berkenaan warna tema baju yang keluarga aku akan pakai on my big day...dan memulakan sesi apa kata survey di air hitam..jauh tak bleh blah punya survey.huhuh..tapi hasil agak kurang memuaskan bagi aku..price mahal dan kurang menarik.akhirnya pulang dengan tangan kosong tapi perut penuh dengan makanan..heheeh..

day 3 - sesi melawat jakel bermula...gile punya kerja, duduk punyalah lama dalam jakel naik kematu kaki den..uhuks!!tapi berbaloi baloi...hasilnya 3 pasang baju for my aunt and baju untuk my step mom, my lil sis sara n baby also baju my bride maidssss...owh sayam ku nanti aku pos baju korunksss..ihiks! nak kena tunjuk ke baju??tak yah kot..baju seperti yang pernah di cerita dalam post my W day theme. rasa lega sikit..tapi memang sangat letih kaki aku dok berdiri lama2. lepas pergi jakel, nak ke SSF tapi tutup plak, then patah balik ke angsana singgah Romantika.pilih punya pilih, belek punya belek sekali black out!boleh???apakah? terus potong mood aku nak membeli, angkat kaki terusss...lepas tu barulah teringat nak mengisi perut yang kelaparan..itu pun dah pukul 10.30 malam, memang patut perut aku dah buat konsert rock.lepak2 singgah selalu, yang memang maha sesak bila2 hari pun, aku pun jadi sesak napas duduk situ lama2.destinasi terakhir balik rumah, mandi tidur.. =P

day 4 - jumpa kak ida (bridal) untuk perbincangan pelamin idaman, apa yang aku nak, nak bunga besar mana, yang backdrop macam mana,dewan pulak nak table cloth color apa, table center piece gaya apa, nasib dalam pakej aku semua dah termasuk, dan baju di hari persandingan..cuba itu cuba ini tetiba akau cakap nak tempah baru..huhuhu..penuh kesabarana akak tu melayan sikap tamak haloba aku..hahahha..sayam akak...
selesai sesi berbincang teruskan pula ke dewan pojaan kalbu..i loike....ahaks!! picass??kejap ehhhhh....
lepas lawatan ke dewan, balik rumah untuk sesi pertemuan ahli keluarga besar, sesi memberi tugas2 khas kepada uncle2 and all my dear aunt..dan sekali lagi sesi menerjah jakel..aku jadi penasihat tak bertauliah pada mereka2 (auntsss n ibu ai), dan paling tak tahan baju diorang pulak lagi glamor dari ai yang perantinya..boleh??hahahha..hari yang meletihkan tapi seronok dapat berkumpul ramai2 dan terharu dengan perhatian yang diorang berikan untuk ai..auuww!!

day 5 - dalam perancangan untuk ambil segala jenis borang untuk menikah, kang tak ada borang borang tu semua ai tak leh kawen pulak kang..sajo jek ai nangih..insyallah akan berikan kain untuk bride maids dan baju untuk my step mother&my dad..

day 6 - owh tak da da..ai da balik KL insyallah..doakan aku selamat pulang dengan selamat...okeh2..nak tunjuk la ni pic dewanya..aku sokaaa sangat... =D



ini pic dari pintu utama, dalam dia dah dapat bayangkan nak letak guest book macam mana.


ini pic dari tepi luar dewan.


ini pic betul2 di sebelah luar dewan..ini yang aku sokaaaaaa giler.ahaks!

kalau korang teruja macam aku tak??ke aku jek??hahhaha..

ok lah, salam dari aku yang jauh..ehehheheh..daaa...selamat malam semua..

Thursday, February 11, 2010

baju nikah


owh ini bukan baju idaman tapi i suka..hehe


morning...

pagi ni agak free so bolehlah hapdet sikit tentang persiapan my W day..eufff!! i nak kawen dah?? =P

kali ni nak cerita tentang baju nikah. weeee!!! dalam kepala ni macam2 design ada * okeh i tipu jek* bukanlah dalam kepala dalam dalam HD ni banyak gambar yang disimpan sebagai koleksi yang dikumpul sejak 6 bulan yang lepas * owh!! i semangat okeh..huhu*

mengikut perancangan this chinese new year aku akan balik JB dan bawa sekali kain yang nak di buat baju nikah.jauh betul nak pergi tempah baju ek???heheh..sebab aku tak lah tempah designer aku tempah dengan tailor biasa jek...nak tempah dengan designer i ni kurang kemampuan sket..ihiks! tapi verangan la jugak kalau dapat tempah dengan Rizalman kan...owhhh!! i over nokss... =P!

antara design pilihan aku ialah kebaya labuh, fesyen ala2 jubah atau yang sewaktu dengannya. walaupun banyak B2B yang buat kurung moden, or just simple design as baju nikah sebab inginkan kesederhanaan atau pun mungkin ia lebih sesuai dengan majlis nikah itu sendiri, iaitu janganlah berlebih lebihan, tapi aku??? i nak jugak kebaya labuh atau apa saja yang seangkatan dengan ala-ala jubah. =D tapi walaupun ianya kebaya labuh tapi tak lah aku buat kain leret2 tu..kain leret untuk sanding lah pulakkan...owh! pasal baju sanding next entry yer..

jom layan pic baju nikah idaman kalbu, tapi kebanyakkan aku ambil dari blogger yang telah aku lupa dimana sumbernya.kalau aku ingat aku letak kredit to u all yer..terima kasih kerana telah memberi banyak inspirasi pada aku ni, info korang memang banyak membantu. =)


ini warna baju nikah saya ** i tak pakai putih saja ingin sesuatu yang lain sikit, dari dulu lagi mahu color lain masa majlis nikah** sumber:nurul arbee creation


owh sukanya...** aku tau ia lagi sesuai untuk majlis bersanding tapi iloike....**
sumber : RIZMAN RUZAINI


** yang aku suka color coklat tuh...coklat antara warna yang aku suka sangat, orang cakap sapa suka color coklat penyayang..uhh!! =P! tapikan i garang! =D** sumber: pic dari lecturer tempat kerja aku.


sumber: RIZMAN RUZAINI

okeh diatas adalah idaman kalbu tapi kejap aku ada lagi menjadi idaman jiwa raga..hahahha







sumber:ARMA WEDDING COUTURE


sumber:aimie



euwww!! berangan itu memang best kan..hurmm....tapi jangan pulak terkejut baju nikah aku nanti rupa lain..hahahha..sebab aku hantar kat tailor bukan tapi professional..so tak tahulah apa ceritanya nanti, nak tahu cerita selanjutnya kenalah tunggu balik JB dulu, dah hantar tailor baru tahu apa keputusan akhir..agagag..

korang rasa ok tak macam ni buat baju nikah??? =D

ps: pada sesiapa yang menjadi tuan punya gambar harap maaf jun betul2 lupa milik siapa..dah lama dalam simpanan..maaf yer..tapi gambar kalian sangat membantu jun.xoxo!

Wednesday, February 10, 2010

salam berkasih sayang

olla...

oh oh oh! lama betul tak hapdet apa apa dalam blog ku ini. negh..i busy la sekarang..tak dan dan dah lagi...letih letih...

nampaknya dah tiba bulan berkasih sayang kan. hohoho..tetiba teringat kenangan zaman persekolahan..dulu gila excited kalau tiba bulan berkasih sayang ni.kononlah nak tunjuk sayang ehhh...belum lagi berkasih sayang, baru nak mula berputik, kononlah...



bila time macam ni mulalah sekolah ada anjurkan jualan coklat atau buah untuk bagi pada secret admirer..awww!!malu i...tapi aku pernah beli sekali jek tu pun masa form 3 kot..kot la, tak berapa nak ingat sebab rasa macam argghhh!!! tak bestnya, coz aku beli sebab budak yang bagi aku epal tu nak aku reply balik.boleh???ayoyai...tapi bila ingat semula, alahai comelnyer..lawak tul.

tapi biasanya aku akan dapat coklat..ish! kalau nak imbas kenangan zaman sekolah tak kan pernah habis. the best ever in my life..di sebabkan itu aku dah pun set temujanji dengan bff aku untuk pergi sekolah lama aku dulu untuk mengimbas kenangan kiteorang masa zaman2 saham tengah menjulang naik lebih tinggi dari KLCC..wah!! over i..hahah. saje je nak pergi melepak dekat kawasan sekolah yang banyak memberi kenangan dalam hidup aku malah ada perkara yang memberi impak besar dalam diri aku. apatah lagi bila fikir aku bakal memegang satu status yang selama ini aku impikan, dan hampir jelas menjadi kenyataan tak lama lagi, so aku nak spend time dengan diorang...owh!korang aku rindu ah kat korang....eh??emo lak i..sorry.. =P!

korang2 semua mesti ada kenangan indah masa zaman sekolah bila tiba valentines day kan??


cuba teka aku yang mana??huhuh


ps:: tapi ini semua dulu, sekarang aku dah tak pernah nak sambut ke apa, sebab kasih sayang boleh disambut pada bila2 masa kita nak kan? xoxo

pss:: lupalak my dad bday is on 14th feb..selamat ulang tahun ayah..along tengah pikir nih nak bagi hadiah apa..hurm....