Monday, May 23, 2011

stretch mark??

Hi All....

Para ibu yang sedang mengandung atau dah pon bersalin atau baru bercadang nak mengandung mesti ada fikir tentang scarcth mark ni kan. Lagi la kalau jenis kulit cam aku yang tak berapa nak moist ni.

Aku ni memang jenis kulit kering, maka losyen dengan aku tak leh dipisahkan, sentiasa kena ada, walaupun sebenarnya tak ada aku ni rajin sangat pakai. ;p tapi sejak mengandung memang amatlah aku titik beratkan...aku tak nak lah, kulit perut aku lepas bersalin mengerutu. Takut oooo... at least kalau pun ada scratch mark sekurang2nya aku dah cuba prevent. Tak lah aku kesal sangat.

Bila korang start pakai losyen? Ada yang cepat, ada yang lambat, tapi ikut aku, sebaik je aku tau aku pregnant, perut dah nampak sikit membulat, belum pon kandungan aku cecah 2 bulan, aku dah start sapu losyen. Biar cepat, jangan terlambat.kan?kan?

Jadi apakah lotion pilihan yang para ibu atau bakal ibu ada untuk di buat pilihan? Meh aku share sikit.


Cocoa Butter memang selalu menjadi pilihan, tapi aku kurang suka dengan bau dia. Tak la sampai busuk, tapi kurang senang di hidung tapi elok kalau di sapu di perut. ;D



Bio oil memang sangat menjadi pilihan para ibu mengandung, even aku sendiri pakai bio oil, tapi bukan di perut tapi di muka, untuk hilangkan kesan2 dan parut2 jerawat. ahaks! Aku suka bio oil ni, dia tidak melekit dan berminyak, cepat absorb ke kulit kita. Tapi kalau untuk scar memang terbukti, dia memulihkan semula texture kulit kita tu, cuma ianya lambat nak nampak. Kena la bersabar sikit.



Nivea creme ni mak aku pakai every time dia pregnant. Yang aku ingat masa mak aku mengandung adik aku no 4 dia pakai creme Nivea, pastu yang no 5 pon mak aku tetap pakai yang ni jugak, tapi dia selang seli dengan cocoa butter. Tak silap salah sorang kawan aku pon ada pakai jugak creme ni. So aku beli jugak yang ni. hahaha..Tamak tak aku? ;p


Yang ni aku kurang pasti adakah ia menjadi pilihan atau tak. Tapi ia jadi pilihan no 1 aku. Aku rasa ia sangat sesuai untuk orang yang kulit kering. Aku sejak mengandung masalah kulit kering aku bertambah teruk, since aku sapu losyen ni, kulit aku dah moist, kulit kaki aku pon dah tak kering lagi. Alhamdulillah, setakat ni aku pakai, kulit perut aku masih tiada scratch mark, tapi nak sampai ke hujung tak tau la.mudah2han tak ada.

Tapi ROSKEN ni memang satu-satunya losyen yang mendapat kredit dari hubby aku, sebab dia cakap, " pasni tak yah beli losyen lain, pakai yang ni, kulit awak pon makin bersih" cait! macam la kulit aku berkerak sangat. Stetment sentap tau! hahahah...

Jadi untuk ibu di luar, kalau ada losyen lain yang korang guna bolehlah kongsi kat komen box yer. Apa yang aku list ni cuma losyen yang aku kerap nampak makcik2, kawan2 aku pakai, yang lain2 aku tak da pulak nak google. ;D

Thursday, May 19, 2011

Stroller pilihan hati

salam semua...

Owh semangat berkobar cerita pasal stroller.hahahah...

Tak tau lah, dalam banyak benda stroller la benda yang paling aku suka google ;D
Masa belum preggy pon aku rajin google stroller, tengok design, harga, semua aku nak tengok. Kesesuaian untuk baby, budak besar, dari segala segi la. Tapi kebanyakkan yang aku tengok adalah yang cantik dimata dan dipoket.hahahhah....

Ini antara stroller pilihan aku, dan poket masih mampu mengeluarkan belanja, ada juga yang kalaupun mampu, ia adalah yang mengoyak rabakkan poket aku. wuuuhhh!!!

SCR5



Design dia cantik, tayar belakang besar depan kecik. Harga pon tidaklah buat aku menangis berhari2 meratap duit terbang di bawa angin.hahaha..boleh attached dengan SCR7 baby carrier. Harga dalam RM400++ tanpa carrier.

SCR6


Design ni pula lebih kurang quinny la kenkunun..sama dengan la SCR5 pon ada macam quinny jugak, tapi versi tahap mampu beli tanpa poket koyak rabak. Harga ni RM700++ (included carrier), juga boleh attached dengan SCR7.

Halford Cosmo DX



Ini memang sangat bagus la bagi aku, without baby carrier pon tak pe, baby newborn still boleh baring dalam stroller, coz dia boleh recline & alas penyandar tu, boleh buka zip dia. Kain dia lembut, sesuai untuk baby. Kalau dari segi design ianya sangat biasa, tapi dari segi kukuhnya body part dia, memang di akui la. Harga range RM700++ termasuk carrier.

Halford Pamelon



Aku jatuh cinta dengan yang ini, serius!! Halford jenis ni boleh attached dengan maxi cosi car seat. Tapi berat sangat...16kg yaw! tak terkeluar stroller tu dari kereta aku kang.huhuhuh..and it too bulky, tapi sangat best di tolak, handling bagus ehehh..& kerangka sangat kukuh la kan. Price range RM 1.5k.

Halford Zuzz 4



Ini jatuh cinta yang ke 2.hahahah....
Yelah cinta 1st tu banyak rintangan la, maka cari pilihan yang lagi elok, hahak! ok, halford zuzz 4 ni not too heavy, berat dalam 10kg, aku dah try angkat, memang tak ada masalah untuk kita angkut dari car boot keluar. Tak la rasa nak terkencit.huhuhuh...bulky sikit la untuk keta kecik aku tu, tapi untuk keta dady dia ok. Kalau newborn nak pakai carrier pon boleh, kalau nak pakai extension saja pon tak da masalah, lagipun dia boleh recline jugak, cuma tak lah sampai terbaring baby tu. Price range RM800++ (w/out carrier).

Quinny Zapp



Stroller ni pilihan hubby den. Dia memang suka sangat lah, tapi sayang seribu kali sayang, yang ni tak boleh recline, kalau nak yang boleh recline Quinny Zapp Xtra. Price range RM 1k above. Quinny banyak jenis dan ada keluaran ikut tahun tak silap.

Quinny Buzz



Quinny buzz adalah kegilaan kami berdua. woahaaa....lawa kooooo....geram je aku tengok. tapi harga dia mampu buat aku menangis nak keluarkan duit. wuwuwuwu...Ianya sesuai dari newborn, sebab ia boleh flat, semi-recline & tegak la cam biasa. Kalau banyak lagi duit boleh la beli maxi cosi..owh i wish i was anak orang kaya, kalau kaya tak beli dah quinny buzz aku sambar je bugaboo/stokke. wah! gitu berangan.kikikikiki... Price range RM 2k above. sila la menagis bersama aku.wawawa...

Banyak lagi stroller lain macam

Inglesina



Bugaboo





Concord




Stokke




Banyak lagi la kalau nak senarai penuh pulak gambar dalam blog aku ni.huhuhu...korang cari la sendiri, apa apa pun yang penting tepuk poket sendiri...

Kalau tanya aku yang biasa2 ni, aku cuma mampu sediakan ikut kemampuan poket aku saja..Insyallah aku sediakan yang terbaik. Amin.

ps:: Yang mana menjadi pilihan?? tungguuuuuu..................... ;D

Wednesday, May 18, 2011

Cuti wesak :: Balik Kampung :: Urut Badan

Hii all....

Bila cuti je, dalam kepala pikir balik kampung oooooo balik kampung oooo... ;p


muka orang gembira dapat balik kampung. ;D

Jadi bersempena cuti wesak hari senin, aku laki bini bersama baby tecit dalam peyot balik Terengganu, dari sabtu sampai selasa ;D. Kali ni balik naik flight, tidak lagi menggunakan khidmat kereta, sebab balik JB yang sekangkang kera tu pon , aku sampai kene MC 2 hari sakit bawah perut punya pasal, ada dalam entry 1st kick??. letih kot jalan jauh, so tak nak amik risiko, naik la kenderaan mudah tapi tak murah.huhuhuhuh

Alhamdulillah, semua ok jek, tapi masa dalam flight dah nak sampai terengganu masa tu, cuaca agak mendung, kot agaknya berlaga dengan awan berat kot, ke apa ke tak tau la aku, flight macam bergegar semacam & rasa macam korang drive lalu bukit tinggi then menurun, darah tu macam zuupppp!! ahhahaha..gila apa ntah aku nak explain, susah benor nak cakap. ;p dek kerana aku rasa berdebar2 sikit, baby pon kick agak kuat jugak lah, sampai terkejut aku. Dia pon terkejut sama kot,kan.

Macam biasalah bila namanya balik kampung, tak kira JB or Tganu makan memang wajib merata2 tempat pergi. Paling best dapat makan buah pauh dengan jambu air cecah cili potong, kicap, gula sikit. nyuummmmss!!! eh, ibu-ibu yang baca jangan terliur ye sayang.sorry..

Tapi dalam seronok balik kampung tetap ada tak best... ;(
Even dah naik flight konon nak elak dari sakit bawah perut, aku tetap kesakitan yang amat sangat, sampai tak boleh nak jalan, kalau berjalan pon kemain terkengkang macam orang perut dah besar sangat, padahal perut aku kecik je, tak effect langsung lah senang cerita. MIL pon naik risau tengok aku susah sangat nak berjalan, nak bangun segala kan. Dia call bidan tanya boleh tak kalau nak urut, rasa perut, mungkin baby aku bawah sangat ke apa kan, sebab aku nampak sangat seksa nak bergerak.

Bila pergi urut dengan bidan, bidan tu rasa la perut aku, dia cakap ikutkan kandungan aku dah pon 5mth ++, tapi kalau ikutkan doktor punya kiraan aku baru nak cecah 5mth. Tak kisahlah, janji baby ok.

Dah sambung citer, bila bidan rasa perut aku, dia cakap urat aku keras sangat2.. dia nak terus betulkan pon tak boleh. Dia kena urut satu badan * adalah urat2 khas yang di urut*, peha, betis, bon bon, belakang badan, eh semua lah dia urut, barulah dia urut bawah perut aku. Rupanya baby elok je, baby tak turun pon. Sakit yang aku rasa tu sebab kesan dari aku banyak bersukan, terhentak or melompat ke apa ke kan, pastu aku ni suka beraktiviti luar, camping kejadah semua lah. Jadi kesimpulannya, kerana itu semua, urat2 aku semua bersimpang siur. Jadi bila baby berpusing ke apa, baby akan menekan dekat urat yang selirat tu, dan aku akan sakit sampai nak berjalan pon tak boleh.

Pesanan untuk kalian, yang belum berkahwin, yang dah, yang baru berkahwin, pergilah berurut dengan bidan, betulkan urat mana-mana yang tak betul supaya tak jadi macam aku.Mujur aku cepat pergi berurut kalau nak tunggu sampai baby dah besar alamatnya semakin seksalah jawabnya, sebab semakin baby besar semakin dia menekan ke bawah. Lepas urut, alhamdulillah.....lega sangat. Boleh berjalan, boleh bangun, mengiring dengan senang hati, cuma still hati2 la. Angkat berat, turun naik tangga perlu di kurangkan. Apa pun sangat bersyukur rasa sakit tu dah tak ada lagi, badan pon rasa sedap je.

Insyallah, july nanti balik lagi urut sekali lagi. :)

ps:: berat badan adalah naik mendadak, dari last check up sampai ke hari ni aku dah gain 3kilos! woot!woot! haruslah mendapat bebelan next check up. ;D

Monday, May 9, 2011

Hari Ibu



Salam...

Semalam hari ibu, jadi aku ucapkan selamat hari ibu, untuk semua ibu dan bakal ibu (aku pon bakal jugak).

semalam tak kemana, cuma keluar makan dengan hubby, makan nasi arab. sedap ooooooooooo...tapi sesedap mana pon nasi arab tu, hati ni tetap ingat dekat mak aku, even minggu lepas baru jumpa dia, tapi hati aku tetap ralat coz bila call mak aku tak pick up phone, call mak mertua aku pon sama jugak, tak pick up phone...owh bonda2 ku di mana kamu? sudahnya aku sms je la....

Aku memang cengeng bila sampai hari ibu ni, senang je nak nangis. Semalam pon ku tahan2 dari nangis, syahdu tak memasal, huhuhuh... Ikutkan tak kira hari aku tetap sayang je kat mak aku tu kan, tapi hari ibu ni macam istimewa sikit. Walau sekadar ucapan cukup buat ibu korang senyummmmmmmmmm sampai dia tidur. Kenapa aku cakap gitu? sebab semalam adik lelaki aku wished aku selamat hari ibu...Ya Allah, kembangnya hati ni..rasa dia dah bright my day jek.huhuhuh.... Jadi aku dapat rasakan itulah perasaan ibu-ibu atau mak-mak kat luar sana, terutamanya mak aku. Aku nak bagi dia hadiah tapi sampai laaaa ni aku tak tau nak beli apa. humphhh!!

Minggu ni aku balik terengganu so dapatlah jumpa mak jugak..mak mertua.. ;) ingat nak cari something jugak untuk dia. Sebagai tanda ingatan dan penghargaan sebab dah menjaga husband aku dan sudi berkongsi kasih husband aku dengan menantunya ni...huhuh...

Apa pun juga, dapat call ke tak ke dapat jumpa atau tak, hati ni tetap sayang dan kasih mak sampai ke akhir hayat.

Ibu
engkaulah ratu hati

Ibu
terima kasih kerana telah kandungkan aku
kerana telah membesarkan aku
kerana telah mendidik aku

Ibu
segala jerih payah mu tidak terbalas oleh ku
walau segunung intan permata tidak mencukupi
Kau lah penyeri
Kau lah segalanya

Ibu
engkaulah ratu hati ku

Friday, May 6, 2011

1st kick??

salam jumaat semua...semoga hari penuh barakah ni membawa kebaikan untuk kita. ;)

Aku baru lepas mc 2 hari. Baby merajuk kot dengan mummy dia, sebab balik kampung pulun merayap tak ingat. Jalan sana jalan sini. Balik KL jek, start kerja terus dia dok mengeras jek, sampai tak boleh nak berjalan, sudahnya mintak balik awal... nasib baik dapat bos hati mulia, dapatlah balik awal...

Sampai rumah tengah baring-baring tu, tiba-tiba rasa something yang sangat pelik terjadi dekat dalam perut, something yang macam denyutan yang kuat kot, eh!! entah...tak tahu nak describe tapi tu la kali pertama rasa.Adakah anakanda ku kicking?? ye ke? siapa ada experience boleh kongsi tak macam mana rasa 1st kick dari baby?

comelnye kaki tu..tak sabar nak pegang.

kalau betul owwwwhhhhhh teruja!!!

masa rasa tu, of cos mak teruja kan...gedik2 sengih, lupa sakit. Bila nak bangun dari baring, sekali dia sentap! mak oiiiiiiiiiii.....nak keluar rasa air mata. Hai la anak...mummy minta maaf yer...

Bila jumpa doktor, dia kata itu Braxton Hicks ye kot cam tu eja dia, malas nak cek. ;p kira acah2 mak enon nak gugur la, untuk kandungan bawah 7 bulan. Sedih aku mendengarnya. Since aku tak ada bleeding, jadi masih tak ada apa2, cuma kena rehat lebih, maka dapat 2 hari cuti sakit..duduk la rumah sampai rasa nak muntah....hahahahah...owh ye, kene baring yer..jangan plak dapat mc pulun mengemas rumah bagai, tu bukan nak kasi baik. Jadi berbaring la aku sampai pening kepala, siap tampal kool fever, bagi sejuk sket kepala aku yang panas sebab asik duduk rumah tengok tv.huhuhuhu

owh! entering 18 weeks ni, aku masih lagi muntah2, sampai hari tu menangis teresak2 aku ni tau...tak pernah2 aku muntah aku menangis beria-ia, selalu tu menagis sebab memang air mata tu akan keluar la kan. Tapi kali ni aku nangis sungguh2. Rasa macam seksanya...susahnya..macam ni la mak aku mengandungkan aku dulu. My vitamin pon sedih tengok alahan aku masih tak berkurangan lagi. Tak pe la, kerana mu sayang. Mummy happy sebab awak ada dalam perut mummy sekarang. Enjoy ye awak dalam tu. heeee...

ps:: tak sabar nak beli baju n barang baby! ;p next week nak scan gender. ;D