Wednesday, June 20, 2012

LAPAN

RABU TANPA KATA???

idok ler....mak tehtappp mahu berkata-kata.

Arjuna buah hati ami yang sepet tu dah 8 bulan. Sekejap je, lagi 4 bulan dah setahun, kalau dah setahun dah boleh ready no 2 kot??? eh?? haha!!

Hari tu pergi check up, tak ada jab pon, cuma cek sehat ke tak, perkembangan macam mana. Berat 8.5kg segan segan je berat anak aku sekarang ni, tinggi 73cm. Ok la kan. sedang elok je.


what ami??? no?? but iloveit!! brrrrr!!!! * sembur air liur*


Perkembangan dia masuk 8 bulan.

- merangkak super laju, kalau orang panggil nama dia dengan pantas buat pusingan.
- Pantang nampak muka ami confirm menangis sedeh teramat, sedeh apa ntah aku pon tak paham.
- Makan penuh selera susu juga tidak berkurang malah bertambah.uhuiiiii maka ami perlu pump it pump it walau production semakin merudum kedaung.
- Dah start makan makanan yang separa hancur, kasar-kasar.
- Mula nak memapah. datang dekat ami pegang then berdiri, lepas tu pusing nak turun, pastu berdiri lagi, kendian pusing nak turun lagi, begitulah seterusnya. pitam!
- Dah 3 kali terhantuk dinding sebab kecoh nak berdiri tapi tangan pegang toy, sudahnya bercium lah dengan dinding..menangis beria, lepas tu buat lagi. tak serik. gud boi!
- Pandai menjenguk/mengendap ami or daddy. comel gila bila leher kemain panjang jengah orang.
- Suka gigit jugak, test gigi.ecewah!

budak gigi 2 batang. 

- suka sebut ta ta ta ta ta..dah dah dah dah...kalau ami bersihkan hidung, nanti mula mulut tu dah dah dah sambil geleng-geleng kepala. kawaiiii nehhhh...
- Suka ambil kunci lepas tu buang bawah, kita ambil semula letak atas, kang dia campak balik. Kalau dalam walker agak-agak aku tak layan benda dia campak kang dia meradang dalam walker. kalau tak jerit, dia nangis, tak pon cari benda lain yang boleh dicampak.
- Boleh pakai sippy cup, dah pandai control aliran air yang keluar tanpa tersedak, tapi kadang tersedak jugak bila dia rakus sangat minum.;p kena perhatikan lah waktu dia minum tu.
- paling aku suka, bila aku cakap ' haippppp..amboiiii...' mencebik dengan jayanya. huhuhu.. tapi bukan selalu buat pon..aku buat gitu bila tengah DF dia mengigit, sebab bila aku kepit hidung dia, lagi dia gigit pastu ketawa. notty.



panjang sangat nak senarai, tapi kalau tengok chart untuk bayi 8bulan, setakat ni semua dah ok. Mudah-mudahan semua elok-elok dan baik-baik je.

Bila Ezekiel makin besar aku rasa sifat sabar aku dah makin menebal kot. Masa baru-baru bercinta dengan si kecik sepet ni, tahap kesabaran kurang sikit, kadang cepat je rasa nak marah, lagi-lagi bila dah puas pujuk tetap menangis, apatah lagi bila tangisan itu di waktu tengah malam buta. Mula aku rasa geram, lagi geram bila apak asyik tanya anak dia kenapa sebab dia tak tahu nak pujuk. Apak oiiii ami pon anak baru sorang bukan sepuloh. haha!!





1st time bagi jejak rumput. Mula-mula langsung tak nak gerak, dok pandang muka ami dengan daddy je. Lepas dah biasa, dengan gumbiranya kesana sini.


tapi sekarang, kalau dia nangis sebab nak ikut aku kemana aku pergi, aku akan duduk satu tempat suruh dia datang sendiri, so sambil nangis sambil pergi dekat ami. Sampai je kat ami tangisan pon hilang...ajaib kan anak aku.kahkah!! geram jugak kadang tu, nangis tak tentu pasal, tapi aku layan je la. Tak marah pon, kadang kelakar pon ada jugak. Menangis macam nak rak cuma nak duduk atas riba. tapi kalau korang dengar Ezekiel nangis mesti ingat aku dera dia. Menangis kuat giler! padahal tak ada apa pon. huyaaaiiii!! anak anak..

Lagi pulak kalau baru ambil dari school, aku langsung tak leh bergerak kemana, walaupon ke bilik air. Haruslah peluk dulu, golek-golek dulu dengan dia, sampailah dia sendiri yang move around, itu pon aku kena bangun tanpa dia perasan, kalau dia nampak je aku bangun, terusssssssssssss waaaa!!!!! heh! -.-"

 

tengoklah sepet buat aksi. nak panjat tangga, tapi nak lepas tangan jugak. berdesup daddy pergi menyambut.haha!! suka sangat buat aksi bagi tercabut jantung ami daddy. heshh!!

2 comments:

  1. part yg balik keje kena golek2 tu same. pastu kalau aku bangun nak kemas dapur, lipat kain ke ape, melalak. kalau aku ngan laki aku ade lagilah parah. dua2 kene ade depan mata.
    Tapi kalau ade ramai orang, aku pun die tak dulik. haha

    ReplyDelete
  2. iye la kidz..betull..apa pon jgn buat.ddk dgn dia je. kdg tu aku dok meriba dia, then dia main la lepuk2 muka aku ni ha.gumbiralah hati tu. cer letak tepi terus melalak.ampun!

    ReplyDelete