Friday, November 9, 2012

Entry NIP yang mengundang amarah para ibu

salam Jumaat,

Aku rasa  2 3 hari ni memang para BF mommies diselubungi perasaan amarah atau menjengkelkan dek kerana  1 2 3 entry yang di 'up' oleh sorang blogger femes. Aku rasa dia femes lah sebab dia femes lah.hahah!!

Aku dah lama baca blog dia ni, ala ala stalker je la, tak follow follow ni.maaflah aku memang jarang follow blog orang kihkih..amat belagak disitu yer. :P tapi aku rajinnnnn membaca blog orang. Dia ni kalau korang rajin baca memang ayat or bahasa dia memang stok sinis sinis belaka, kadangkala lucah juga. DIa suka menyindir dalam kata-kata dia tu, ko nak terima, terima. tak mau kalu suka hati.gitewww konsepnye...

Pastu suka je pung pang pung pang pasal politik. pasal NIP pon jadi isu politik.kihkih!! ape saje lah..suka hati lah kan. blog dia suka dia lah nak citer apa, sebab aku suka je baca, tumpang gelak hilangkan stress. Tapi pasal NIP ni aku tak de lah tumpang gelak, tumpang geram ade lah.

NIP. Aku rasa, bagi perempuan semua pon kata tak ada masalah, tapi bagi lelaki aku rasa diorang rasa kurang selesalah kot, lagi2 orang seperti penulis itu.

Aku sendiri selalu je NIP, tapi tidaklah tengah-tengah alam aku nak NIP, terasa jugak macam tak selesa dan kurang selamat, even masa tidak bertudung pon tak de derr aku NIP selak-selak nampak tek tek. Apatah lagi bila dah bertudung mestilah aurat itu keutamaan kan. Biasanya NIP masa dalam restoren, aku dah tersangat jarang nak duduk kat luar restoren, konon tempat sesuai untuk smoker. Aku duduk dalam, pilih pulak tempat sorok-sorok sikit, incase sepet tetiba nak susu, tapi sejak-sejak dah besar ni boleh lagi pujuk-pujuk bagi minum plain water dulu, p bayaq makanan, jalan p kereta dan susukan.
Cuba masa baby halus lagi, memang aku susukan je lah dekat situ, hasben? tolonglah cover tengokkan orang keliling, yelah kita nak selesa orang keliling pon nak selesa jugak.

Bukan semua orang pon boleh memahami, malah ada je perempuan yang kurang memahami. tak percaya?? ADA, PERCAYALAH!

sebab. aku pernah je kena jeling-jeling dek perempuan, dia pon  ada anak sebaya sepet. Masa tu dekat KK, aku duduk sorok-sorok dah, semua kat situ perempuan dan ibu, tapi dia punya jeling tu macam nak ku cungkil mata dia.hahahah!! time tu anak dia tengah susu jugak tapi pakai botol. sepet kalau dah meraung tak boleh tunggu2. botol? dah bawak dan susu dah pon habis, masa tu KK ada masalah apa ntah lupa, tapi masa menunggu jadi lama dari biasa, so tunggu lama. Sepet dah tidur dan dah bangun tapi masih belum panggil. Bila dah bangun tidur, member laparlah kan, dan dan tu jugak nak susu, melilau aku cari tempat sesuai, dah jumpa elok aku nak NIP, dia punya pandanggggggg macam euwwwww!! bengang jugaklah aku time tu. Tapi suka hati ko la kak...kuasa aku nak melayan pandangan dia tu.

source :: sini


Macam hasben aku, mula-mula dia macam kurang selesa jugak, tapi dek kerana dah tengok macam mana anak dia menangis meraung-raung nak susu, kebetulan pulak pergi tempat tak de nursing room, dengan aku yang nak jalan habis laju semata-mata nak pergi kat kereta supaya boleh susukan anak. Sudahnya dia sendiri cakap, susukan lah, kita cari tempat lindung sikit. Ketahuilah ye, anak menyusu badan bukanlah jenis boleh tahan-tahan, boleh sabar-sabar, kejap ye nak kejap ye nak. Tidak. Tapi rasanya semua baby pon cam tu.

Bagi mengelakkan situasi macam tu berlaku, meh bagi tips sikit. Boleh lah kita sama-sama praktikkan.

1. Pump susu dan letak dalam botol siap2 sebelum keluar berjalan. Tapi cara ni mungkin tidak berjaya bagi baby yang reject bottle atau mommies yg direct feed je baby dia.

2. susukan dulu dalam kereta sebelum masuk shopping mall

3. bershopping selama sejam dua SAHAJA, sebab baby specially bawah 6bulan memang akan lapar nak susu 2jam sekali maksimum.

4. Sebaik je OTW balik rumah susukan lagi, kot nak singgah mana-mana ke kan.

Tapiiiii percayalah, even semua diatas kita dah buat, kadang-kadang tiba-tiba anak kita meraung menangis macam kita belum susukan dia, bagi ibu muda, anak menangis memang boleh buat kita jadi kelam kabut tak tentu hala, maka NIP adalah penyelesaian paling cepat tapi tidak MUDAH. Yer tidak MUDAH sebab, nak kena cukup terer men'cover' segala yang patut. Tengah gelabah wei dengar anak nangis, pulak tu jenis nangis macam kena cubit, orang pulak pandang-pandang.huhuhuhu.... cabaran sangat. Jadi jangan sebab ibu ni NIP maka dicop tak tau MALU. Ada sebab kenapa dan mengapa NIP ni perlu.

Kalau rasa tak selesa, janganlah dok pandang tenung bagai. Sama je macam korang kalau merokok kan. Bukan semua orang sekeliling suka pon korang merokok, malah siap hint batuk batuk bagai, tapi ada korang kesah? tak kan? gitewww...

aduhaiiii... Lelaki kamu tu diberi 9 akalnya maka gunakanlah..
Bercakap ikut sedap boleh...suka hatilah cakaplah..tapi lebih baik kalau bercakap tu berhemah.. nak menegur boleh, tak setuju ibu NIP boleh, tak da siapa cakap tak boleh. Tapi kalau kena caranya, kena gayanya,  insyallah ibu-ibu read:: Kami ni terima teguran tu. Memang ada point boleh di pakai tapi bahasa tu terlalu kasar untuk hati kami.

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

9 comments:

  1. Bila baca entri-entri susulan si mantot ni..hati ni dah macam.."lantakkan kau lah labu nak cakap apa".

    Dia bukannya penggubal undang-undang negara yang kita perlu risau sangat dia tak setuju NIP tu. Lantakkan aje. As long as ibu-ibu semua nursing dalam keadaan menutup aurat, husband redha..makan its ok.

    ReplyDelete
  2. bila dia up entri lagi dan lagi, rasa kelakar kerana dia gagal juga mengawal emosi spt perempuan.kihkih!!

    apapon nk NIP, kalau suami bagi baru boleh.kalau tak bagi jangan dibuat. :)

    ReplyDelete
  3. moga2 si mantot diberi 1 pertunjuk..mane tau sok2 tibe2 de anak 2nd reject segala mak nenek botol..nk nen bini dia je..mmg xkuar rumahlah bini dia..jgn smpi aku jumpe dia kat alamanda..!!ikea tu hehehe

    ReplyDelete
  4. Hihi..lg sekali pasal entry si mantot ni..tp sy pun nip juga dan suami sy lg hebat dr mantot sbb bantu isteri nip..cover dan smbang2 ngan saya tnpa rs malu pun..kt kk pun sy selalu df ank, kalo de ppuan pelik pandang, nurse yg tolong semburkan..elok ye bg ank susu ibu...cm paham je perasaan hatiku..huhu

    ReplyDelete
  5. Mak etty:: amboihh!! gawang nyer! kihkih!! tu la alamanda adalah tmpt permainan sy jugekk..huhuh

    orangbiasa :: bestnye dpt nurse cenggitu...salute!!

    ReplyDelete
  6. rasanye dia nak up traffic kot..sudahla..kadang kadang situasi seperti anak meraung mcm apa tu buat kita gelabah gelabun time tu fikir nk senyapkan anak jer..darurat kot....mangkuk tu biarlah..dia happy la kot semenjak dua ni blog dia ramai org terjah..huhu

    ReplyDelete
  7. linziana :: ye la kot kan.hhuhuh...

    ReplyDelete
  8. anak maria mmg jenis minum skit2 dan kerap..maka terpaksalah NIP xkira di mana jua janji aurat terjaga..kdg2 tak jumpa surau ke kerusi ke bantai je kerusi pekerja dlm kedai duduk di sebalik celah2 kain..haha..nak bagi botol lg dia reject kalau mak dia ni ada..dia minum 10min je dah pastu setengah jam lg nak minum lg..sabau jelah..hehe..

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete