Tuesday, January 31, 2012

Breastfeeding :: How to marmet / Hand Expression Of Breastmilk

hollaa...korang....

semalam aku boleh tertinggal corong pump dekat rumah!! apalah maknanya bawa pump segala bagai tanpa corongnya?? wa!!!

Bila dah sampai opis baru aku perasan aku tak bawak corong pump rupanya.sadis!!
serius aku nak nagis dah time tu. Bila cakap kat my vitamin, boleh dia cakap " tak pe lah..jangan botol susu anak yang tinggal lagi susah" huhuhu...tapi ye la kan, kalau botol anak tertinggal memang wajibulghunnah lah kena balik ambil botol dia. ;p

Kepala dok pikir stok tak ada, selama 2 hari cuti aku memang tak pump it!pump it! syok DF je kan, berjalan pon tak ada bawak botol susu sume, DF je memanjang. Stok memang tak buat langsung okeh...TAK ADA!! dalam EBM dalam freezer pon dah guna sebab aku defrost freezer masa hari Ahad, so stok cuma untuk hari isnin je..waaa!! lagik!
Apakah yang perlu aku buat untuk dapatkan stok ni? nak balik kereta tak ada, sebab hubby aku hantar pergi keje pagi tu, nak suruh dia ambil dan hantar semula??mustahil! tak kan mungkin nak suruh dia ulang alik bangi- salak tinggi-cyberjaya-bangi?

masuk pukul 11am aku dah mula rasa sakit, sengal yang amat...adoyaiiii..nak nangis bila fikir mampu ke aku nak tunggu sampai petang ni? nak cari dekat mana corong pump nih? huk huk huk...

Last last aku terfikir nak marmet jek, even ber'marmet' itu sangatlah susah bagi aku, tak pernah semenggah susunya keluar, tapi dek kerana breast aku dah bengkak ibarat watermelon, maka marilah kita ber'marmet'.

Hasil google dapatlah video ni..



maka mencuba dengan gigih lah aku ber'marmet' dekat opis..dengan usaha jaya bersungguh-sungguh aku picit sambil menunduk, sudahnya kepala aku pening sampai ke malam. Mungkin orang dah biasa tak delah kena menunuduk beria macam aku kan, dasar tak pernah buat, so aku memang menunduk jek la sepanjang marmet tu. sumpah kepala aku berat gila pastu, walaupon pening alhamdulillah ada rezeki untuk anak aku setidak-tidaknya.. dapatlah hasil sebanyak 4oz..jadilah, dapat kurangkan bengkak pon dah memadai.

Petang lepas lunch, rasa penuh semula, ye lah selalu sekali pam dapat 8oz, ini marmet dalam 4oz je, so mestilah cepat je penuh. Nak marmet lagik? tak sanggup, nak tunduk pon aku rasa dah nak pitam. Aku tahan sampai masa ambil Ezekiel, niat di hati nak susukan Ezekiel. Tapiiiiiii hampaaaaa..bila datang Ezekiel baru lepas susu n nak tido. Waaaaaaaaaa!!!!!!!! sakit oooooooooooo!!!!!!!

Mahu tak mahu tahan sampai rumah, akibatnya, basah lencun baju aku.

Even aku rasa semalam adalah worst day aku, tapi ada bagusnya jugak, kalau tak, nak pulak aku ambil tahu cara2 nak marmet. kan? heeeee.... tapi skill marmet perlu di tajamkan lagi, sebab dah lah tak sakit, banyak pulak susu dapat, aku sanggup marmet tapi tak sanggup nak tunduk lama2.hehehehe...
Al-maklum, kalau tak tengok, jawabnya susu aku memancut entah kemana je.ngeeeee.....

so ibu ibu sekalian, mari kita belajar how to marmet yer..supaya jika berlaku masalah tertinggal pump tidaklah kalian menggelupur macam aku.wahahaha...


Wednesday, January 25, 2012

Edisi berbual bersama mummy & daddy

Salam uolllssss...

Amacam seronok bergumbira di hari raya? heheheh...
Alhamdulillah aku gumbira ria bersama keluarga..mak ayah aku datang rumah aku kali ni..tu cerita nanti la yer..

Meh layan video Ezekiel.

 

Talking wif  mummy

 
Talking wif daddy

Korang tengok beza dia bersuka ria dengan mummy & daddy??
SENTAP HATI MAK NAK!! heh!

Thursday, January 19, 2012

Operasi Mengejut!

Salam uoollsss...

Ahad lepas aku dengan mr hubby buat operasi mengejut ke atas anak bujang kecik coet kami hua hua hua...
Kepala Ezekiel botak sudah...lalalalala

Aku dah lama suruh daddy dia botakkan kepala anaknya..buang rambut dalam perut, tapi dia takut, ngeri nak cukur rambut anak, lagipun sayang sebab rambut lembut katanya..haihhh..bapak oo bapak. Sayang sangat kat anak dia, macam mummy ni tak sayang pulak.

Lepas bincang, ceh!! nak botakkan anak pon nak bincang bagai...hahahahha...poyo kan.
Kenduri akikah insyallah nak buat dalam bulan 3, kalau ada rezeki lebih, insyallah...tapi kalau time tu baru nak botakkan dah susah, anak dah besar, lagi la kepala dia tak reti diam.Nak buat time tidur??? nehi nehi..harus dia terjaga...so decide buat je sekarang, lagi kan kecik, senang sikit. Itu pooonnnnnn...berkepit-kepit, menangis-nangis anak aku.

Sudahnya, masukkan dalam tab mandi dia, bagi dia main air, barulah dia diam sikit, sikitttttt je ok.....
Lepas tu mengamuk semula....allolololo...mesti dia rasa, apa ke hal aku ni mandi lama sangat, tak siap2.hahahah...

Sudahnya cukur sambil Ezekiel berpeluk dengan aku, siap akhirnya...terus mandikan, siap pakai baju, susu kan dulu, baringkan, tepuk-tepuk, selamaaaattttt ZzzzzZZzzzzzzzzZZZzzzz....


Sementara dia tidurkan diri dengan lena selepas berhempas pulas dengan mummy n daddy, aku pon berkemas rumah semua, mandi-mandi siap nak keluar. Konon nak shopping barang dia sikit kat warehouse Anakku, kononnnnnnnn...sekali dah sampaiiiii HAMPAGAS!! last day warehouse adalah hari sabtu bukan ahad. Emang dasaaarrrrrr!!!! ;p


Muka ceria je bangun tidur, mata bertambah-tambah sepet.  


Dah siap-siap nak keluar dah si budak botak..muka tak boleh blah kalau tengok handphone ;p 
Dalam kereta memang hobi dia tidur. Akibat dari kekecewaan untuk pergi warehouse dan perut yang sememangnya lapar, kami laki bini terus ke Jusco, Cheras Selatan. Layannnnzzz....

Mengisi perut di Kenny Rogers, nyuuummmm!! nyaman...dan 1st time ever aku NIP Ezekiel.Auwww!!! tak da pakai nursing cover okeh...huhuhu..tapi aku pakai tummy cover, alhamdulillah tak ada siapa perasan aku tengah nursing Ezekiel.yeayyy!!! Tapi aku tak de lah menyelak baju ke atas, aku turunkan sikit leher baju aku tu, angkat sikit inner dalam and there u go...huhuhuh..dapat bayangkan tak?tak dapat? tak dapat udah! hahahahah...


Ko tengok lah peel anak aku, letak terlentang macam biasa memang harammmm dia nak tidur, letak terlungkup  barulah heavennnnnnn..tidur dengan lena, tapi semua orang lalu sebelah dok jengah anak aku, apa ke hal pelik tidur dalam stroller gaya tu. Janji anak aku lena sudah. ;D


Muka puas lepas susu.serius je muka anak teruna ai tau!




Jalan-jalan dalam jusco, cari baju si kecik botak ni tak ada yang berkenan di hati, sudahnya aku capai seekor lembu berwarna biru buat anak ku chenta i...maka tersengeh-sengeh lah anak itu dapat mainan baru, sampaikan tersenget-senget dalam stroller, hendak aku pakaikan seat belt itu amatlah marah hatinya.hua hua hua..okeh dah tebiat dah ni. cakap ala-ala Nilapura pulak! kikikiki...

Bruno Mars in da making! 

daaaa..semuaaa..jumpa di lain entri!  habis sudah idea nak melalut. ;D


Monday, January 16, 2012

3 month!! woot woot!!

Ya Allah..cepatnya masa berjalan...

Rasa baru hari tu aku update Ezekiel 2 bulan, ni dah 3 bulan. haihh!!
Boleh tak masa tu di perlahankan? heh!

owh lihatlah si gedix aku sorang nieh!
Masih tak pandai tiarap, aku ngiringkan pon tetap dia terlentang semula..huahuahua..tak sabar sangat mummy nak tengok anak pandai tiarap.kikiki

sebok tengok camera

 Pantang nampak camera, tenung macam paham!
owh!!!! cairrrr la mummy adeq oiiii
 pantang kena agah sengeh2...


berguguran ke bumi rambut mummy...huk huk!!
Hobi utama, menyembur,buat belon sampai meleleh air liur tu, haishhh!!


main air liur di mana saja..

gigih angkat kepala nak tengok tv huhuii
 owh anak tak reti menirap lagi, tapi mummy rajin letak dia macam ni.adakah akan buat perkembangan terbantut?? cer mummy lain jawabkan persoalan ini.puhliss...

my sugar pie!!


ok, dah! berlambak gambar macam orang lain tak ada anak.hua hua hua!!

Bawa klinik cucuk 3bulan, alhamdulillah tak demam even dari taska lagi dia dok selsema, pity my baby ;(
tapi nak buat macam mana lagi, gitulah gaya kalau duduk nursery, senang nak berjangkit. Malam tidur agak meragam.

Anak tak demam, tapi mummy pulak yang nak demam heh! tekak sakit, hidung start berair...patut anak jangkit dari mak, ni mak jangkit dari anak,voley?? mana tak berjangkit, dok sedut hidung dia malam2. huhu...

Masih BF secara eksklusif, mummy masih mengigih pump it pump it!! oye oye!!

Berat sudah 6.5kg, dah nak ada muscle dah mummy neh! Panjang 62 cm, macam sikit pulak panjang kali ni, tak pe janji dia sehat! lain-lain semua dalam keadaan bahek saja...

Eh! dah lah! nak buat koje!

ps:: nak beli playgym mat lah! tak habis2 soppinggggaaannnn....ngehhhhh

Friday, January 13, 2012

Anak & Bapak!

salam uoollsss...

Sabtu lepas aku kerja, bukan setiap sabtu, kami ni alternate, sabtu ni kerja, sabtu depan tak. Jadi minggu lepas turn aku. 

Ezekiel? aku tinggalkan dengan pak dia.huhuhu...
Tapi sebelum pergi kerja, aku siap mandikan dulu, panaskan susu siap-siap. Botol untuk next susu pon dah sediakan awal-awal. Kang, terkangkang pulak suami den.hehehe...


Alhamdulillah, si apak berjaya! hoyeh!!!


Balik rumah, bukak pintu sangat comel pemandangan bila tengok anak dengan daddy tidur secara berduet ;D


Meh layan video si anak berbual beria dengan daddy 
 

Wednesday, January 11, 2012

Tutorial buang header

 Hamekk..tutorial terus aku bagi..heheheh..macam pandai bebenor kekdahnya.

Dek kerana tangan kemain gatal konon nak tukar template, pastu sekarang blogspot dah update backend dia, aku pon dasar blur, semua tonggang langgang jadinya semalam. Tu yang private sekejap. heeee...

Meh bagi tutor sket, kot mana tau ada yang jadi macam aku ni haaa...kikiki

Mula korang search, nak lagi senang tekan f3 tak pon ctrl+f


dah jumpa ko cari pulak benda bawah ni, yang color MERAH
 


Masalah aku semalam, bahagian header aku HTML dia ada 2 (dua), so aku buang yang aku color BIRU tu,blog post pon jadi double, tak memasal blog aku jadi panjang berjela. so bagi mengatasi masalah header jadi dua(2), korang boleh guna tutor di atas...
 

Kalau nak masukkan gambar sendiri pon boleh..just delete the whole RED color then masukkan gambar.ok?




chow!! (-_-")

Tuesday, January 10, 2012

Breastfeeding :: Foremilk & Hindmilk

salam uolllsss...

Aku pernah tanya pada mommies adakah susu aku ni cair sangat sampai Ezekiel consume terlalu banyak susu setiap hari. 7-8 botol dan setiap botol 3oz, susu tu di minum antara pukul 8 pagi-6 petang.

So..ada seorang mommies ni tanya lemak pada EBM aku tu tebal ke tidak?
Rupanya dengan ilmu yang cetek aku ni, sampai LDR *let down reflex* pon aku tak tahu apa dia, aku google la..dapatlah info serba sedikit..

Masa kita pumping tu kita akan mengalami LDR, LDR yang pertama sekali tu akan menghasilkan foremilk, foremilk ni biasanya warna dia cair, macam bancuhan warna biru2 gitew..ye ke? huhuhu..tapi yang pasti ianya cair la. Kebiasaan LDR ni boleh dapat dalam 1oz-2oz.
Foremilk ni kurang lemak & karbohidrat, kira macam air je la, so bila baby minum ia cuma menghilangkan dahaga.

Kiri :: foremilk = cair :: Kanan :: Hindmilk = pekat & likat
pic credit to google


Semakin lama, susu kita akan lebih pekat dan likat itu dipanggil Hindmilk. Susu ni lebih lemak, banyak karbo dan membantu tumbesaran baby. Bila time pumping tu cuba pump lama sikit untuk dapatkan 2-3x LDR, biasanya dalam tempoh 10 minit boleh dapat 2x LDR, tu kalau aku lah, kalau nak dapat lebih LDR kena lagi lama sikit pumping.

Jadi lepas tahu tentang foremilk dengan hindmilk ni, aku akan pastikan time pumping tu sekurang-kurangnya dapatkan 2x LDR, takdelah susu tu cair sangat dan lemak tu nipis je.

So sekarang my baby consume susu 6 botol sehari sahaja. Makanya tidaklah aku dok pikir-pikir pehal la anak aku asyik minum banyak sangat susu.heh! Itu pon pemakanan kena jaga jugak, makan makanan berkhasiat, minum susu, makan sayur dan apa yang sepatutnya untuk menghasilkan susu yang baik dan berkhasiat.

Tapi mommies, kalau info aku ni salah sila betulkan yer, ini ikut pemahaman dan kefahaman. Kalau salah tolong tunjukkan ye. Tq in advance! ;D

Monday, January 9, 2012

Breastfeeding gadgets (",)


Salam ibu,mama,mummy,bonda & bakal2 nama di sebelah...

Dengan penuh iltizam *hamekkkkk iltizam katanyaaa ;p* aku memang nak fully BF.
Awal-awal prenancy belum lagi pasang cita-cita, rasa macam kalau ada rezeki adalah...macam tak semangat jitu gitew...

Bila dah melahirkan, tengok muka baby, pertama kali dia menyusu, malam pertama tidur dengan dia dicelah ketiak aku yang tak mandi tu huhuhuh... terus perasaan ingin memberikan yang terbaik apa yang aku ada wujud.Syahdu betul perasaan jadi mak mak nih!

tetiba nak cerita sedeh plak ko. heh!

Makanya untuk menjayakan misi tu, aku pon beli lah segala mak nenek yang di perlukan..

Breastpump - 1
Cooler bag - 2 set
Ice pack - 8 pcs
Botol EBM - 12 botol
Sterilizer - 1
Warmer - 1

Kita review la sikit-sikit yer...

1. Breastpump - Spectra 3

- 1st time pakai agak sakit mungkin aku set suction dia kuat kot, lagipun awal-awal tu mana ada air susu banyak, lagipun rongga2 dekat nipple pon tak fully terbuka, so dengan suction yang kuat tu dia membuka rongga tu.
- Bagi yang menghadapi masalah inverted nipple bagus la.
- Air susu memang keluar dengan lajunyaaaa...
- I love it! tapi teringin nak pakai madela sebab kecik comel, yang ni godang berat ;p

2. Cooler bag

 - Color hijau ni aku guna untuk bawa ke taska, brand Lock&Lock, aku beli masa sale apa ntah, tapi memang bagus, ice pack masih kekal keras sampai petang, tak lah keras macam baru keluar dari peti ais, tapi ia masih dalam keadaan yang keras, tak lah cair, lembik.

 
- 1 lagi aku beli jingle jungle, yang ni aku bawa opis, untuk simpan susu yang aku pump. Ok jugak tapi ice pack cepat lembik kot. Petang je confirm ice pack dah lembik.

3. Ice pack 

- Jingle jungle ice pack, so far aku guna ok je la, nanti nak beli brand lain pulak.huhuh..baru tau beza kot, tak pon sama jek.


4. Botol EBM

- Jingle jungle 6 botol, aku guna bawa ke taska. 
- Botol dia agak lembik kot, tak keras sangat. suka design tupai tu cute!

- Bumble Bee, botol ni aku bawak pergi opis.
- Botol dia keras, lagi suka yang ni kot.


5. Sterilizer , mungkin bagi yang bagi FM tak ada pon tak pe kot, tapi bagi yang bekalkan EBM agak memerlukan, sebab banyak oooo botol yang kena steril..huhuh..tapi, eh?tapi lagi...;p tapi seeloknya pakailah sterilizer ni, lagi elok, lagi terjamin... ;)

- Brand Snow bear.
- Boleh masuk 6 botol sekaligus.
- Sesuai untuk semua jenis botol, narrow ke, wide ke, semua boleh. Avent, Tommee T, momma apa saja lah.


6. Warmer
- Brand Snow bear
- Sesuai semua jenis botol juga..
- Sonang koje, guna pon mudah.




Aku beli sterilizer dengan warmer ni masa onebabyworld buat sale kot, murah la dapat. kalau tak rasanya gigih jugak nak steril botol yang banyak nun.huhuhu


Jadi ini lah gadget yang diperlukan untuk menjayakan misi BF aku, mudah-mudahan boleh dapat diploma macam Kidz, seterusnya dapatlah PhD hendaknya..Amin...

gambar adalah dari FabulousMom & onebabyworld, pergilah singgah yer ('',)








Friday, January 6, 2012

Milk Booster!!

Salam uoollssss..

Nak kongsi sikit tentang milk booster aku
Longan & red date :: sedaaaappppp!!!!

Ni sejak melahirkan memang minuman harian. Sekali sehari pon jadilah.


Ni minum malam, kadang berselang seli dengan air longan.

Ni aku masak dalam periuk, jadi macam bubur pekat.nyummsss!!

Kalau tak minum horlick layan Soya, kenyang dan shedapp oooo...


tapi ni aku la, mungkin juga sesuai untuk para ibu diluar sana. ;) setiap minuman diselang seli la, kalau hari-hari minum yang sama muak pulak kan ;D





Thursday, January 5, 2012

Kebetulan ke??

Erlow peeps!!

Aku baru baca blog Quiyah, bila dicampur tarikh lahir Quiyah & husben dapatlah tarikh lahir baby girl hainizah sweety pie. Aku pon dengan gedik cuba buat jugak..hahak!

Birthday aku Nov 13 and my vitamin July 26 = Tuan Kecik Oct 12

13.11 + 26.7 = 12.10 kebetulan kan? kagum kejap! huhuhu jakun mak nak! ;p

okbai!

Wednesday, January 4, 2012

2nd day @ nursery ??

ehhh??? ko nak cerita hari-hari ke pasal nurseri ni june????
wahahahah..tak lah...

hari ni cerita bergambar sikit.. ;p gedixxxxxx!!

Semalam hantar lewat, pukul 8 baru nak hegeh-hegeh keluar dari rumah, pukul 8 tu jugaklah time tuan kecik menyusu, so agak kelam kabut. Nak susu kan dia lagi, nak bawak barang masuk kereta, dengan segala jenis benda nak bawak. Tilam, beg baju, beg EBM, warmer, toys letak dalam kereta so gambar segala mak nenek tak do la den sompeknya nak ambik..ngeh hehehe...

Maka dengan itu, makkk gigih noookkkkk bangun pepagi..dah tak ada bangun pukul 3 nak mengepam, bangun pukul 5 jam-jam tu jugak aku pam susu dulu, prepare segala EBM tuan kecik, beg baju, sidai baju malam tadi basuh, kemas rumah apa yang patut, gosok baju kerja *ni memang peel aku, baju kerja gosok pagi, tak reti nak gosok untuk seminggu ;p*, mandi. Siap mandi, turun bawah lagi, buat sarapan, kalau buat sebelum mandi sejuk pulakkk...buat air. Naik semula kejut Bos Besar a.k.a daddy Tuan Kecik ngehhhh....

Ok..settle!

 EBM tuan kecik 7botolx3oz. Aku tulis nombor je kat botol, tak da tarikh2, botol bertarikh lain, lagipun aku pam susu simpan dalam storage bag.


 Beg baju & EBM cooler bag.


Dah tu, kejutkan tuan kecik, tukar diapers.. dia pon celik mata sebulat-bulatnya, sambil sengeh-sengeh..owh penyejuk hati mummy di pagi hari. Hilang terus mengantuk mata ni. Ye la nokk, sebelum ni bangun pagi pukul 7.30, lepas subuh aku tidur balik auuwwww!! kurang asam sungguh di situ ;p sekarang pukul 5 okehhhh...termamai mamai mak nak bangun, tapi alah bisa tegal biasa, apa saja untuk mu sayang.



Dok main sorang-sorang, mummy ke hulu ke hilir ;p

Dah sarapan dengan cepat dan pantas, terus masuk dalam kereta, letak kat car seat, syukur alhadmulillah, hari ni dia tak mengamuk macam semalam, 5 minit je ok lepas tu dah menangis. huiiiii...cam no la mummy nak bawak awak sorang-sorang pegi taska ni?

Dalam seminggu dua ni bos besar hantar anak dan isteri tersayang pergi kerja, sebab taska tuan kecik dekat putrajaya, near sikit dengan cyberjaya tempat kerja aku, tapi perjalanan dari rumah aku ke putrajaya lebih kurang 1/2 jam, lama tuuuuu...tu yang kurang berani nak bawak tuan kecik sorang2, so kena biasakan diri dan perlukan bantuan daddy dia dulu.


Muka gembira je, umpan dengan angry bird color yellow & wrist rattle hahahah..asal boleh je, nama pon wrist rattle lagi mau letak kat seat belt kan? ;p janji tuan kecik diam.. toys dia dekat bilik asyik lupa nak bawak ;D


Seperti yang dijangka pukul 8 dia dah mula merengek, ok sumbat botol terus tapi 2oz je, tak yah banyak-banyak kang lepas mandi kat nurseri mesti dia minum lagi. Aku risau betul anak aku consume banyak sangat susu. haishhh!! 21-24oz tu dia selamba je.

Tak pe la janji dia sihat dan setakat ni tak ada masalah apa-apa pon. Selagi mampu, aku sediakan untuk tuan kecik heeee....

Bila tinggal kat teacher tadi dia diam je sebab ngantuk, dalam kereta pon mata dah layu2. So sekarang yang buat aku risau, mampu ke aku berdua je dengan dia pergi balik kerja. Pukul 8am time dia susu, time tu pulak tengah dalam kereta, perlu pergi lagi awal ke? tak kan pukul 7.30 dah letak kat nurseri kot? lagi lama tu tempoh dia ada kat sana dan aku pulak masuk kerja awal 1/2 jam? haihhh!! tak tau la, tunggu je la nanti macam mana. Serba tak kena! nak nursery dekat dengan aku, jauh pulak nak bawak dia, nak nurseri dekat dengan rumah lambat pulak ambil dia nanti. Serba tak kena serba tak jadi.

dah lah..malas nak pikiaq! kita cuba juga sampai jaya gambate!!


Tuesday, January 3, 2012

1st day @ nursery :: cliche

huhuu...

Haruslah hati mak mak ni sedeh tak memasalkan...
Alhamdulillah, hantar pagi tadi, tuan kecik ok je, sengih2 senyum nampak muka mummy, tengok-tengok keliling. haihss!! dari pagi tadi nak buat entri 1st day dia kat taska, tapi rasa sayu jek hati ni...hurmmm...

Rasanya tinggalkan dekat rumah, MiL jaga tak delah se sedih hari ni. urrghh!! sian anak mummy.melebeh2 tak aku ni ek? ke normal? bila macam ni rasa nak je berhenti kerja duduk rumah jaga anak, tapi kang dah berhenti ehhhhh nak keroje la pulakkkk...hahah..lagi la aku ni bukan jenis yang boleh duduk rumah lama-lama.lemau tepu.

tengah hari tadi call nurseri tanya apa kabar anakanda ku yang satu itu, ada mengamuk tak. Alhamdulillah...dia ok, tengah tidur, baru lepas mandi & susu. Lega rasa hati, tapi......sayuuuuu....waaaa!!! hover nau ko ni june!!

Esok hantar lagi! ish3x!!
my insuline (^_^)