Friday, October 19, 2012

PELESIT

mintak maap semua..hari hari jumaat orang cakap perkara baik aku nak cerita seram seram sejuk pulak.
Tak pe kan? boleh kan?

Korang penah tak ada lebam tapi tak sakit. ada tak ada tak??

Aku selalu.

Aku rasa aku start rajin kena gigit then lebam tanpa sebab ni bila aku dah anak dara * anak gituuuuu..haha**

Tapi nak cerita dari zaman anak dara sampai mak dara macam panjang berjela sangat kan, kita cerita masa aku dalam pantang je la ek.

Masa aku dalam pantang memang banyak giler kot lebam-lebam ni.
Time seminggu dekat rumah aku tak ada langsung, tapi bila aku balik rumah ayah aku terus ada.
Bukan sikit-sikit ok, melambak.

Mula aku macam biasa-biasa je la, tak takut or apa-apa, sebab tau la kan badan kita tak bersih, tapi tak pulak fikir yang bukan-bukan, since aku tengok Ezekiel macam cool je, malam tidur lena, siang pon kalau nangis sebab kepanasan or nak cap cu. Jadi aku chillax je la.

Bila dah masuk minggu ke 3 berpantang, macam makin ligat pulak lebam kat kaki aku tu, aku pon beritahu ayah aku.

Ami June :: Yah, kaki kita kan banyak lebam-lebam - sambil selak kain tunjuk kat ayah aku
Ayah :: dah lama ke ni? - sambil tengok dan geleng kepala
Ami June :: Lama jugak. Dari kita datang sini lagi dah ada, tapi macam makin banyak pulak. Risau kita.
Ayah :: Kita pernah dengar bunyi Pelesit?tau bunyi macam mana?
Ami June :: tak.
Ayah :: sebenarnya dari malam kita datang lagi ayah dah dengar, ayah risau jugak, tapi bila tengok Ekel (ezekiel) ok je, ayah berjaga-jaga je la. Ada jugak ayah cari-cari tapi tak jumpa pulak.
Ami June :: cam ne bunyi dia yah?
Ayah :: dia macam ciiitttt ciittt, biasa dia bunyi 2 kali je.

Aku macam..... erkk!!!!

takutttt ooooooo.......
gambar ni dapat dari forum cari


Tak tenteram hati aku tau! Malam-malam aku mesti takut nak tidur, adik la tukang teman masa apak Ezekiel tak ada.

Sampai 1 malam tu, aku tak nak tidur dekat bilik atas, aku tidur bawah depan TV dengan ayah,umi dengan adik2.
Aku ni kalau dah dengan ayah aku kuat berborak. Berbual itu ini, tetiba............ benda tu bunyiiiiiii.....
ammmaaaaaa!!! takuttttt!!

Ayah aku pon berdesup bangun cari mana benda tu. Tapi memang nan ado la nak jumpa. Sebab Pelesit ni dia macam belalang color hijau muda, tapi dia kecikkkk coit je.

aku pernah je jumpa, tapi tak pernah aku tangkap dan hapuskan, aku takutttt...ngaaaaa!!!!

Ayah aku cakap benda ni ada bila dekat tempat kita duduk tu mungkin ada yang 'bela' atau dia ni merayau, kang cakap membela kang macam menuduh orang dekat situ pulakkan, so kita amik part dia merayau je la, tetiba jumpa pulak tempat orang yang berhadas macam ibu bersalin, so dia melepak la. seram sejuk haku dengor!

Bila darah nifas aku dah bersih dan aku pon dah boleh solat, lebam-lebam pon tak ada. aiiyoooo.... gerun tau hati kita! hahah!!
Tapi serius la babe..aku takut kooottt masa tu, tawakal je la.
aku pon tak paham kenapa benda 'tut' tu suka sangat kat aku ni.

Pernah 1 kali tu, aku camp dekat Kem Askar well macam uolss tau la kan, yang tak tau meh hakaq kasi tau,  hakaq kan Wataniah dedulu..gagah iolss kan. hahaha!!
masa tu ada yang kena rasuk rasuk ni, aku tak kena lah, tapi lebam dekat kaki ni jangan cakap lahhhhh...banyakkkkkkkkkkk amattt!!! dekat kepala lutut aku ni, siap macam bekas orang cengkam, lebam birat tapi sakit tak hado!

Bila aku tanya ustadz, dia pon tengok la lutut aku. Dia cuma cakap, benda ni suka kat aku, tapi dia tak boleh nak buat apa. Dia suruh aku banyakkan baca Ayat Kursi dengan 4 Qul. Buat pendinding. Korang pon amalkan tau. Bagus banyak manfaat. Mudah-mudahan kita semua dijauhi benda-benda tak elok ni.

Owh sambung jap!

Bila aku dah balik KL semula alhamdulillah tak ada lagi lebam-lebam tu, dan bila aku balik rumah ayah aku lepas pada tu pon dah tak ada jugak. Ngeri hakaq!

ps :: penutup macam hampas sangat kan? hahah!!

Thursday, October 18, 2012

RINDU




ikan paus sangat aku masa ni kan? hahah!! ikan paus comel kahkah!!

sebenarnya aku RINDU!

RINDU dengan dua orang dekat sebelah kita tu. 
RINDU jugak perut sebegitu. 

Tapi kan memang betul la kan, benda paling sakit adalah bersalin, tapi jadi perempuan tetap dia RINDU nak mengandung dan bersalin. (-.-)' 

ps :: jangan pikir aku ni kemaruk sangat nak mengandung yer. Tengok2 gambar jumpa pulak pic masa tengah memPAUS ni.hikhik!!

boifren kegilaan baru :D

tak hagak hagak sangat kan? kahkah!!

dulu boifren kegilaan Adi Putra gara-gara cerita Chenta. Ingat lagi tak? ala cerita dia dengan pasha sendat eh?? sorry hakaq kureng sikit dengan dia ni.hahah! kong ajo sangat nak kurang nak banyakkan orang kan.macam semua pon suka ko? :P eh retis ke orang nak suka? hahah!!

Tapi boifren kita..tetiba kita kan?? APTB!

tapi boifren baru ni dah lama dah suka, suka sangat la haiiiiiii... masalahnya memang suka tapi satu hape pon tak tau. Rasanya dia muda lagi kot..eh? kata boifren tapi tak tahu apakah?? :D



Meh presenting my new boifrengggggg!!!

tengoklah!!! jambu! hidung mancung ..kembang sket la tapi..hahak!! mata sayuuuuuu...
eh lempang kang ko ni kan! :p


dalam citer ni la kot baru aku perasan akan kewujudan mamat nih. Cerita Nilapura kot. Bila ntah citer ni, awal tahun kot.kot lahhhh...

encem angatttt!!! ~.~'

eehhh!! main jeling jeling..juling tau mata kita tengok!! 
kahkahakah!! memang mintak penampor haku ni hagak nyer! 


Minggu depan kot, kot la aku pon tak bape nak ingat. kang ingat aku hapdet yer. boifren baru ai ni ** ai pulakkkkkkk.. ;p** berlakon dengan Elfiraloy & Randi lalala hahhaha... tengoklah eh! Dalam Hati Ada Taman :: astro.

Namun walau begitu ** sampai namun namun tau! hahah** Adi Putra tetap boifren ai jugak!! Tamak sangat!!

even orang cakap ini lah terrrrpaling ensem!

 

Tapi ini lagi hensem!!


gila kau tak hensem??? gagah sangat kan! 

Tapi la kan...semua semua pon tak leh lawan boifren forever after ai tau!
dua SEPET kesayangan saya (^^,) 

update :: lupa nak beritahu nama dia Amar Asyraf <3 br="br">

Friday, October 12, 2012

1 tahun yang lepas

Setahun yang lepas dalam pukul 12 tgh hari tu aku dah mula rasa sakit, mild je boleh tahan lagi sambil-sambil ambil gambar tunjuk peace pada my vitamin.

Setahun yang lepas lepas je waktu asar rasa sakit tu hanya DIA je yang tahu. Tapi percayalah tak ada setitik pon air mata yang keluar, punyalah nak tabahkan hati, takut bila menangis terus hilang semua kekuatan yang aku kumpul.

Setahun yang lepas, doktor yang buat VE tu lelaki dan hensem ngahahaha.. tapi ketahuilah masa doktor perempuan buat VE aku macam nak lempang je doktor tu, sesuka hati dia rodok kuat-kuat. Lembut sikit tak boleh ke??

Setahun yang lepas aku masuk labor room tak sampai pon 15minit tau tau je dah nak meneran sangat dah aku rasa.

Setahun yang lepas tepat 5.41pm lahirlah seorang putera dihati aku dan husben. Putera yang aku tunggu-tunggu, putera yang buat aku nangis-nangis pujuk dia keluarlah jangan duduk lama-lama lagi dalam perut.

Setahun  selepas 12/10/2011, memberi aku dan hasben kebahagiaan yang memang tak ada ganti.

Setahun dah pon berlalu. Macam sekelip mata. Macam sekelip mata bahagia yang Allah dah berikan pada aku. Bahagia sangat! Syukur!

Ariq Ezekiel Lim mommy daddy sayang sangat dekat Ezekiel. Mommy daddy doakan semoga Ezekiel jadi anak yang baik, yang mendengar kata, yang menyejukkan hati mommy daddy, moga Ezekiel tahu sayang mommy daddy pada Ezekiel sampai hujung nyawa.

12 oktober 2011

12 oktober 2012 

Thursday, October 4, 2012

Adam dan Hawa

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci.
Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,
Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa.
Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

 Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


moga aku sentiasa menjadi Hawa yang menyenangkan hati Adam ku

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, "jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya." Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti DIA SEDANG MENANGIS DLM HATINYA . Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

Mudah-mudahan Adam ku ini sentiasa menjadi pelindung ku hingga ke hujung nyawa.

Amin