erlow...
fuh fuh!! happy new year everyone!!!
esok dah pun masuk tahun yang baru..2010! agak-agak apa pencapaian korang dalam tahun 2009 yang dah tercapai dan yang belum tercapai??? korang berpuas hati tak dengan pencapaian tahun ni? rasanya cukup berbaloi tak dengan usaha yang diberikan dengan yang yang diperolehi?
bagi aku...tahun 2009 ni banyak membuat aku tersenyum dari menangis, tak macam 2008 aku ade kurang ONG.huhuhu...
pencapaian aku tahun 2009 ni:
awal tahun di terima bekerja di sebuah Universiti yang boleh dikatakan baik dan bagus.dulu bila dengar kawan aku bekerja kat situ, aku macam 'bestnyerrrrrr'..dan alhamdullilah, aku diterima bekerja walaupun masa lepas interview aku rasa aku tak dapat pun, sebab dia interview satu jam lebih..hohohh.
aku dapat beli kereta dengan duit aku sendiri...alhamdullilah..walaupun kecik, tapi aku sayang si hitam tu..dulu aku selalu fikir bilalah aku ni nak pakai kereta sendiri..tup tup sapa sangka, rancangan asal nak beli hujung tahun tiba-tiba awal tahun dah dapat..hehehhe..itu pun setelah my vitamin paksa jugak beli,untuk kemudahan nak kerja dan diri sendiri juga while he's not around...
pastu pertengahan tahun mengikat tali kapal ehhh tali pertunangan dengan my vitamin..ye lah, bercinta je dah 3 tahun haruslah mak ayah aku dah merisik2 kabar berita bila nak kawen kan.huhuhuh..setelah berbincang dengan my vitamin dia pun bersetuju..maka 07JUNE2009 termetri janji..
bulan oktober dapat berita gembira lagi, aku dapat adik baru...hhuhuhuhuh...tak pelah, rezekikan.nama dia Qaisara...comel sangat bila dengar dia berbual-bual yang suara macam kucing mengiau mintak makan tuh.hahahahha...
akhir tahun pula, my vitamin decide nak cepatkan tarikh perkahwinan kami pada Jun 2010, makna genaplah setahun kami bertunang dan bakal menjadi suami isteri, moga dipermudahkan jalan kami...ikut perancangan awal kami sepatutnya langsung pada hujung tahun depan, tapi bila my vitamin nak cepat, maka aku setuju je la kan.apa lagi nak tunggu.huhuhu..gatai sungguh.
penutup. semalam bos aku beritahu semua staff akan dapat increment bermula Jan 2010..i likeeeee uolssss... terus aku semyum lebar.ahahhaha..
perkara tak best???tak usahlah dikenang..anggap saja ia sebagai salah satu rencah perjalanan sepanjang tahun 2009.keseluruhan 2009 membawa banyak manis dalam kamus hidup aku.semoga 2010 lebih bermakna.aku doakan untuk kalian juga.
tak lupa bagi bride 2 be on 2010, hope ur dream come true!!! pray for me too!!
muah!!!! selamat tinggal 2009, welcome 2010!!!
No comments:
Post a Comment