Tuesday, December 29, 2009

dup dap dup dap!!

olla..

agak korang dapat rasa tak apa yang aku rasa sekarang??
hooooo!!! nebes uollss..
hari ini dengan rasminya dah dapat tarikh nikah aku yang sebenar benar benarnya tiada lain yang benar selain benar belaka...hhohohoh..seyes aku rasa macam ada rama-rama dalam perut tengah menari ria..ria ke??ke pening pening lalat??hahah
aku merapu dah ni...tetiba rasa takut, rasa ngeri, rasa tak sedia, rasa cepatnya, rasa sedih,rasa suka, eh macam macam rasa lah aku sekarang ni. act keputusan tu aku dah tau dari pagi tadi lagi, tapi aku kebizian yang teramat jadi petang ni baru dapat hapdet sket...

suka : dapat tahu tarikh, so dah boleh start segalanya, dan dah boleh pegi confirm tarikh dengan bridal, akak bridal tu memang best sebab boleh dia tolong reservekan tarikh untuk aku dulu walaupun tak confirm bila.sayam la kat akak.

sedih : pasni dah tak lagi berhari raya dekat rumah mak ayah setiap tahun, dah jadi isteri kepada seseorang yang aku cintai, maka hari raya perlu bergilir.apatah lagi kampung kami memang jauh sama sekali. dan paling tak sangka tahun ini merupakan hari raya terakhir aku dengan mak ayah, tak sangka tahun depan aku dah mula beraya sebagai orang baru, di rumah baru dengan suasana baru.sedihnyer.... =(

ngeri : takut kalau2 tak pandai nak sesuaikan diri dengan keluarga baru, harap2 semua berjalan dengan baik.

tak bersedia : sedia ke aku nak menjadi seorang isteri? kalau sekarang aku masih lagi boleh merajuk tak nak telefon dia bila marah, boleh lari balik rumah tak nak jumpa, bila dah kawen tak boleh dah, mana lagi nak lari?hahahha..jauh betul aku pkir.insyallah kami lalui sebaik mungkin dan cuba selesaikan masalah dengan cara paling baik. bukankan kehidupan berumah tangga adalah perkongsian, sama memberi sama menerima.

cepatnya : macam tak terasa rupanya hubungan kami yang dahulunya melalui pelbagai rintangan akhirnya menuju kepada suatu yang pasti. tak terasa masa berlalu, dan dalam tidak sedar hubungan yang kami sangka tidak kemana ini dahulunya telah bertahan sehingga kini. =)

bahagia : bila melihat muka ayah dengan mak tersenyum bila mendengar perkhabaran aku akan berkawen, tapi dalam senyum mereka ada riak sedih yang aku sendiri tak mampu nak gambarkan.

ok lah aku dah mula rasa sebak. over ke perasaan ni?aku tahu 5 bulan tu lama lagi tapi aku terasa terlalu cepat, cepat sangat masa berlalu dan aku akan berubah status.
semoga segala urusan ku dipermudahkan..amin..

No comments:

Post a Comment