Wednesday, September 30, 2009

Raya best

hohohoho...adakah telah terlewat atau terlambat nak bercerita perihal raya?
owh tidak...tidak lewat..rayakan sebulan??heheehhe

pulang ke kampung hari sabtu..wah!!!sangat bernasib baik kerana tidak jemm, hanya ada la jugak slow motion binatang berkaki bulat aku tu nak bergerak masa melalui seremban, mujur tak jauh acara slow motion itu. lepas je melalui acara beratur dijalanan, aku pun pecut kereta sebisa yang boleh supaya cepat sampai ke destinasi terchenta ku..JOHOR BAHRU ku chenta..iii...

owh tahun ini giliran ayahanda ku pula, kenapa pulak aku dah ada giliran yer??parents aku dah separate sejak lama dulu, kalau dulu terasa sangat sedih pilu, tapi sekarang aku punya 2 ibu, tapi 1 ayah coz abah tiri ku dah meninggal dunia..dan tak lama lagi ibu dan ayah bakal bertambah lagi.wah! kan meriah tuh...

mai layan pic aku masa berhari raya..tahun ini tak ada tema, semua caca marba. dan aku pulak?? owh tiada baju raya hanya recycle baju tunang saja..huhuh


** my balqish menyebok masa aku sebok mengetest baju yang tak raya tu**

ini pic di pagi raya yang hening sebelum aku bergagah ke KOTA TINGGI my mom hometown untuk berjumpa ibu tersayang dan makcik pakcik ku semua.


** sesi bergambar bersama anak perempuan sahaja, pic bersama anak lelaki tak perlu dihebah sebab tak de muka aku..haih!**

setelah selesai segala sesi wajib dipagi raya, bergegas ke rumah nenek sedara aku ** adik arwah tok mak**

dan masanya pic beraya di rumah mak aku plak...rumah ayah hanya kami adik beradik je, rumah tok sedara aku sangat meriah dengan sanak saudara yang lain...miss them oredy.. =(


** ibunda bersama anak daranya, adik lelaki tunggal aku tuh tak perlu sebab tak ensem..adakah???hahahaha**


** aunty2 kesayangan, sangat kepoh lepas amik pic, semua pakat tengok gambar cun ke x**


**acara wajib setiap kali raya..hoyey**

owh dah banyak gambar cukuplah sekadar yang ada ini dan mestilah ada pic aku dan my vitamin kan.ehhehehe..


** otw balik ke KL pada hari ahad itu...wah! habs sudah cuti... =(**

eh? macam mana my vitamin boleh terselit raya-raya ni ek??hehehhe..dia datang masa hari khamis dan stay di rumah aku hingga ahad dan balik bersama-sama ke KL. Sepanjang berkawan, bercinta dan kini berTu... dia pasti akan datang beraya cepat atau lambat. tapi kiranya raya kali ni paling cepatlah dia datang dan menginap sekali di rumah aku.

Oppss!! dah tiba waktu pulang...daaa...

Saturday, September 19, 2009

Gurindam Jiwa

hohohoho..macam biasa sabtu adalah hari bekerja bagi aku.
yer..aku tak hamik cuti hari ni..after kerja (haf day je pun) aku terus lincah balik JB..tapi sedikit yang ingin dikongsi kerana kerisauan melanda diri adalah ini....(sila lihat bawah)

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

**picas ni memang malam tapi keadaan serupa juga berlaku waktu siang**

wa!!! apakah ini juga akan berlaku pada aku untuk tahun ini??picas ini aku ambil masa balik untuk berpuasa pertama dikampung halaman terchenta.haih!!
tapi jiwa raga jadi seronok kerana bakal berjumpa ini...


** masa kecik kami tak pernah sebulu-bulu tapi sekarang dia kesayangan aku**

owh picas ahli keluarga yang lain tak dapat nak tunjuk sebab malas nak uplod..huhuhu...

sekian gurindam jiwa ku yang lara takut melihat lebuhraya sebentar lagi...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya

Salam Hari Raya untuk semua..harapa segala silap dan salah di maafkan...

hoyey hoyey esok balik raya esok balik raya!!
pastilah akan menumpuh jammed..hate it! tapi yang pasti tetap gembira sebab nak balik raya..hoyey!!

mommy windu kamoo...hik3x..gediks beno...

apa pun selamat hari raya aidilfitri untuk semua...

Tuesday, September 15, 2009

kasut idaman ^_^

hye dude...**eceh cam ada yang baca je..hiks**

pagi ni aku bangun agak awal nak berbanding hari-hari lain, entah tak tahu kenapa, dengar bunyi alarm terus gegas bangun ambik tuala terus menonong pergi toilet and mandi..padahal kalau ikutkan hari ni lagi seronok kalau dapat bergulung dalam selimut pastu tidur dengan nikmatnya, coz pagi ni hujan hokey! =P! ** padahal aku dah tak sabar nak hapdet blog, sebab seronok dapat kasut idaman hati**

owh, semalam aku dan my vitamin telah melakukan aktiviti yang sangat aku suka...heks!
shopping!!hoyey!!
sebenarnya aku dengan my vitamin mula pergi shopping masa hari ahad hari tu..tapi kerana kesuntukkan masa dan dia ada majlis berbuka jadi terpaksa melakukan raya shopping 2 hari berturut..ahad shopping baju my vitamin dan semalam shopping barang aku pulak.. :'>

Hari ahad yang menjengkelkan itu telah membuat mood aku agak tenggelam...hurm..my vitamin ajak pergi sogo, okeh aku pun ikut je la, dan untuk pengetahuan kalian ini adalah kali ke-2 aku jejak kaki kat sogo...aku tak larat nak meredah ke sana sebab jammed hokey..tapi sebab rasanya di sana boleh dapat banyak pilihan and mengikut kata my vitamin di situ ada butik polo aku ikut juga..** kami berdua memang tak pergi sogo kalau tak penting...ramainya umat...**
setelah puas berpusing dan meronda, rupanya di sogo tak ada butik polo..hahahha...sangat jakunkan kami??at last dia call sister dia n tanya kat mana diorang shopping raya last year...rupanya di JUSCO wangsa maju...huhuhuh..maka dengan kadar segera terus mulakan operasi ke sana..dan hasil dari JUSCO itu dapatlah baju yang diingini...


** ini my vitamin punya...kerana ini kami dari sogo sampai ke wangsa maju..padahal sama je bendanya..tapi dia juga cerewet seperti aku maka harus gigih janji puas hati..hiks!**


** ini juga dia yang punya..tapi semalam dah rasmi..dak bucuk aku memang momel suka pakai baju baru..huhuh..**


** ini pula aku punya..murah je..janji purse yang aku koyak rabakkan itu berganti.. =( sedih purse itu telah koyak**


** ini si dia yang aku sayang.. =(.pengantinya pix di atas..huaaaaa....**



Dan semalam, kami melakukan terjahan ke MID VALLEY je..mudah dan senang..tak ramai orang**sebab hari bekerja kan??** lagipula banyak pilihan dan yang penting tak perlu bersesak-sesak yang membuat muka aku masam macam makan asam kecut... =P!

Hasil dari rembatan yang telah kami lakukan tak de lah banyak sangat pun..sebab baju kurung aku dah ada tapi bukanlah baru sangat..baju kurung moden tu aku tempah sebelum kerja di tempat sekarang ni, jadi bila dah berkerja di sini aku langsung tak pakai baju tu, so consider baru je la kan, n lagi sehelai mak aku yang belikan..haih!!ada ke patut??tak patut betulkan??tapi mak dah belikan aku hamik je la..heheh..baju tu pun dah agak lama di beli tapi aku juga tak ada kesempatan nak pakai sebab tempat kerja aku ni hanya BLACK sahaja!!tiada kompromi!** aku je yang degil pakai kasut color macam-macam**

ini pula barangan aku...tetiba malas nak uplod satu2 pix..layan je la pix barangan rojak ku..

Jeng jeng jeng...eceh!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~~~~~~~~tada~~~~~~~~~


** inilah kasut idaman kalbu itu..akhirnya my vitamin membenarkan aku pakai high heels..dan pastinya aku akan semakin tonjang selepas ini..macih bby...**


** ini pix rojak...kasut,beg and levis...itu untuk aku..opss! juga purse baru..**

semua pix yang aku dah snap adalah menggunakan hp aku yang tak berapa nak canggih itu..ni yang nak beli HP dengan resolusi yang bagus nih!!hiks!** ada camera tapi selalu je xbawak..aparaaa..**
akhir sekali pastilah pix tuan punya blog ini kan...


** my vitamin dah rasmi baju baru dia..heks!!**


** cantik kan...suka tengok..ini di MID**

Friday, September 11, 2009

Tinggal 8 hari lagi

Haih! sedar tak sedar lagi 8 hari je nak habis bulan Ramadhan dan nak masuk Syawal.
korang rasa gembira tak??
aku?? he..aku suka..suka sebab dapat balik kampung..huhuuh..kalau nak di kira dulu dulu aku kurang merasa nikmat hari raya kecuali masa kecik2 la kan..kenapa aku cakap kurang merasai raya coz aku raya dekat bandar je.aku jarang nak balik kampung sebelah ayah aku dekat batu pahat, sebab??tak tahu tu kena tanya ayah, so bila raya balik rumah nenek sebelah mak je, rumah tok mak aku dekat bandar so tak best hokey!

tapi aku happy tahun ni dan 2 tahun sebelum ni, sebab aku dapat merasa perasaan nak balik kampung, 2 tahun lepas aku pun segolongan dengan orang2 yang sibuk membeli tiket bas nak balik raya..huhuhu..jakun sekejap.rasa macam owh..bestnya nak balik raya, owh..bestnya dapat balik kampung **walaupun balik bandar jugak =P!** dan tahun ni aku tak bersesak membeli tiket, tapi bakal merentas lebuhraya utara-selatan untuk balik kampung dengan memandu seorang diri..hoyey!!akhirnya dapat juga drive sensorang setelah mendapat permission dari my vitamin and of coz my mom and my dad.diorang kemain takut kalau aku drive sendiri..hesh!

kalau bercerita pasal raya zaman kanak2 memang seronokkan.korang rasa nak jadi kanak2 semula tak??heheh..
sebelum raya dah tersenyum-senyum bila pandang baju baru,kasut baru, lepas esok pagi2 bangun tunggu kawan2 datang rumah pergi beraya. lepas satu rumah ke satu rumah, padahal dapat duit raya bukanlah banyak mana.hik hik..tapi setiap kali raya itulah aktiviti wajib, tapi aku punya aktiviti cuma boleh dijalankan sampai raya ke 3 je pastu dah kena perintah berkurung.wawawawa..mulalah muncung aku panjang macam itik,jeles je tengok kawan2 masih melaram kehulu kehilir, aku pulak duduk dalam pagar besi je, dengan tangan dua2 peluk gate rumah. =P! seronoknya zaman tu.

zaman sekarang pulak, aku punya turn bagi duit raya..hahahaha...tapi bagi kat adik2 aku je..aku belum ada anak buah lagi...so poket dalam tahap selamatlah kiranya..wakakak..gila kedekut statement aku..wuwuwuwu...

ok lah, semoga menjalani ibadah puasa dengan aman damai, penuh ketakwaan walaupun raya dah makin dekat.membeli apa yang perlu jangan membazir tak ingat2...**peringatan untuk diri sendiri juga =P!**

Wednesday, September 9, 2009

lupakan

ceriakan hari mu...
bagaimana pula aku boleh ceria hari ni sedangkan semalam aku katakan aku luka berdarah??
hahaahha...dari melayan rasa sakit yang entah bila hilang lebih baik aku cari sesuatu yang buat aku lupa pedih itu..** lupakah??**

sedang berblog hoping aku terjumpa sesuatu dari blog ini

dari blog itu aku telah berjumpa theme yang aku mahukan...sangat sukeee....thanks kerana telah meletakkan pix itu...thnx pada kamu yer...

ini merupakan theme wedding aku nanti..** akan adakah??aku harap doa dari kalian semoga ia menjadi kenyataan**

aku telah jatuh chenta pada PINK + GREY, sangat jatuh tangga eh! jatuh chenta...jom tengok nak??









tapi warna ini akan dipakai oleh ahli keluarga insyallah dan digunakan untuk keseluruhan doceration pada majlis aku nanti...

si RAJA dan RATU SEHARI rasanya aku akan memakai color BLACK + FUCSHIA atau OFF WHITE utk reception dan for solemnization DUSTY PINK + CREME senang cakap major color ialah PINKISH..heheh..sangat gurly..ihiks! tapi aku memilih merah jambu adalah kerana inginkan sedikit perbezaan warna dalam hidup aku, aku inginkan variasi. aku bukanlah orang yang suka color pink tapi aku suka purple.heheh..kenapa tak pilih purple??seperti yang aku kata ingin sedikit kelainan warna dalam kehidupan seharian aku. =) hahahha..ayat nak poyo je aku ni..layan je ek...progress untuk masa sekarang masih NADAA...belum memulakan apa-apa lagi..tunggu awal tahun depan barulah memulakan segala hunting meng'hunting' seperti bride to be sekalian yang sekarang tengah busy melakukan aksi hunting'an'.semoga majlis kalian berjalan lancar..

semoga sahaja ahli keluarga bersetuju dengan color ni, sebab hari itu my aunty macam kureng setuja pula..hurmm...

Tuesday, September 8, 2009

penawar

senyumlah...andai itu penawarnya.. aku dapat ini dari sini

penawar ke andai senyum pun aku tak mampu..
sedari tadi hanya jernih air itu yang menemani..
cuba untuk senyum tapi sukarnya...

rasa sebal dan bebal perasaan aku
kalau debu mungkin dah lama aku tiup rasa itu
kalau habuk dah lama aku sapu pergi
tapi sayang ia sesuatu yang aku tak bisa nampak dan gapai

ju senyumlah...andai itu penawarnya...

tak punya teman untuk mengadu hanya DIA tempat bicara..tenang hati yang tiada ganti
sekarang saya perlu atok mak saya..saya rindu dia....sakitnya...

masih

sakit di pipi mungkin pijar
luka ditangan mungkin pedih
parut di bahu bisa selindung
tapi nanah di hati?

titis jernih bagai teman
dipandang sepi
di kata kasih
di suara sayang
mana bukti?
ada..manakan tiada

buktinya entah
buktinya mungkin
buktinya kosong
buktinya sendu dan beku
itu bukti bukan?bukti yang kau kata cinta

tuhan kalau ini dugaan untuk aku berilah teguh jiwa
sungguh aku lemah dengan ujian mu yang satu ini
nak dibuang sayang, ye sayang terlalu sayang

apa erti kalau aku sendirian merasa, tapi tidak dia
apa cinta kalau yang ada cuma sakit
apa kasih kalau yang dapat hanya luka
tapi di sudut kecil hati ku
aku masih berharap aku masih ada dihati mu
aku masih di situ seperti yang pernah kau kata dulu

Saturday, September 5, 2009

picas bertunang..belum basi lagi kot...

T_T selamat pagi kalian..
hari ni rasa best tak bagi kalian?hehehe..
aku rasa hari ni best! tak tahu kenapa.mungkin mood aku bertambah baik lepas balik dari kampung kot. dah 2 minggu berturut aku balik JB dan yang paling best bila balik semua tanya pasal aku bila nak kawen, nak kawen macam mana, tema apa, nak buat dekat mana, dan paling seronok ada juga yang nak tolong sponsor...yehuu!! sayang uncle!ceh! bukanlah syok sangat nak dapat sponsor tapi rasa best pulak tiba2 menjadi perhatian kaum keluarga.heheheh..dulu jadi perhatian jugak, tapi mereka memerhati kerana takut berlaku sesuatu yang tak manis antara aku dengan my vitamin..heks! haih!!betapa tak percayanya mereka pada aku nih..hurm..tapi sekarang baru mereka percaya dan sedar yang anak sedara dia nih dah pun TUA eh..MATANG..dah pun berumur 25 tahun, dulu mereka rasa aku ni kecik lagi tak leh ada kawan lelaki..huhuhuh..uncle..along dah mesar lah..

aku tahu 25 tahun tu bukan jaminan seseorang itu menjadi dewasa atau matang, usia bukan lambang kematangan tapi insyallah aku rasa aku dah cukup umur untuk buat keputusan untuk diri aku, tapi mak masih lagi menjadi bahan rujukan terbaik untuk aku..sayam mak!!

lepas melakukan sedikit soal jawab dengan uncle-uncle n aunty-aunty mereka plak yang lebih excited,lagi excited sebab boleh pergi terengganu n shopping **sambil menyelam minum air** n baru diorang tersedar akulah anak saudara pertama diorang yang nak kawen dan pertama kali diorang kena handle sendiri majlis sebesar ini, dulu semua arwah atok yang uruskan..semoga atok berada dikalangan orang-orang yang beriman..bila teringatkan atok hati selalu jadi sayu, ternyata benar kata dia, yang dia tak mungkin sempat tengok aku kawen.. =(

disebabkan hari ni macam terlebih happy jom layan pix tunang aku hari tu..huhu..serba sedikit jela..nama pun tak ada hire mana2 photog yang ada cuma amatur yang mengambilnya..layan ek...hiks!


** inilah my future MIL ** asal aku terlebih sengih ek??


** ini pulak bakal SIL aku..ada lagi 2 org tapi anak2 mereka meragam plaks.


** ini mak, my lovely aunty n nenek sebelah ayah

yang last sekali mestilah pix aku ngn my vitamin kan...hiks!


** me n my vitaminz

majlis aku ni biasa2 je.. T_T

semasa majlis berlangsung yang menjadi mak andam adalh aunty aku sendiri..


** ini muka aku sebelum make up, tapi pic sebenar before make up lupa nak snap, api ni lah rupa aku kalau tak de make up.


** inilah hasil dari tangan aunty aku..ok x?hiks!

ini pula pix hantaran yang di sediakan oleh pihak aku dan my vitamin tapi di gubah oleh syiraz lil cottage


** ini from my vitaminz to me


** this is from me to my vitaminz
ok end...sangat semangat upload pix..huhuh...mungkin ada yang dah di upload tapi layankan je ek...da..selamat bercuti bagi yang tak kerja hari sabtu dan selamat berkerja bagi orang yang berkerja hari sabtu macam aku...