Thursday, December 31, 2009

welcome 2010!!

erlow...

fuh fuh!! happy new year everyone!!!

esok dah pun masuk tahun yang baru..2010! agak-agak apa pencapaian korang dalam tahun 2009 yang dah tercapai dan yang belum tercapai??? korang berpuas hati tak dengan pencapaian tahun ni? rasanya cukup berbaloi tak dengan usaha yang diberikan dengan yang yang diperolehi?

bagi aku...tahun 2009 ni banyak membuat aku tersenyum dari menangis, tak macam 2008 aku ade kurang ONG.huhuhu...

pencapaian aku tahun 2009 ni:


awal tahun di terima bekerja di sebuah Universiti yang boleh dikatakan baik dan bagus.dulu bila dengar kawan aku bekerja kat situ, aku macam 'bestnyerrrrrr'..dan alhamdullilah, aku diterima bekerja walaupun masa lepas interview aku rasa aku tak dapat pun, sebab dia interview satu jam lebih..hohohh.

aku dapat beli kereta dengan duit aku sendiri...alhamdullilah..walaupun kecik, tapi aku sayang si hitam tu..dulu aku selalu fikir bilalah aku ni nak pakai kereta sendiri..tup tup sapa sangka, rancangan asal nak beli hujung tahun tiba-tiba awal tahun dah dapat..hehehhe..itu pun setelah my vitamin paksa jugak beli,untuk kemudahan nak kerja dan diri sendiri juga while he's not around...

pastu pertengahan tahun mengikat tali kapal ehhh tali pertunangan dengan my vitamin..ye lah, bercinta je dah 3 tahun haruslah mak ayah aku dah merisik2 kabar berita bila nak kawen kan.huhuhuh..setelah berbincang dengan my vitamin dia pun bersetuju..maka 07JUNE2009 termetri janji..

bulan oktober dapat berita gembira lagi, aku dapat adik baru...hhuhuhuhuh...tak pelah, rezekikan.nama dia Qaisara...comel sangat bila dengar dia berbual-bual yang suara macam kucing mengiau mintak makan tuh.hahahahha...

akhir tahun pula, my vitamin decide nak cepatkan tarikh perkahwinan kami pada Jun 2010, makna genaplah setahun kami bertunang dan bakal menjadi suami isteri, moga dipermudahkan jalan kami...ikut perancangan awal kami sepatutnya langsung pada hujung tahun depan, tapi bila my vitamin nak cepat, maka aku setuju je la kan.apa lagi nak tunggu.huhuhu..gatai sungguh.

penutup. semalam bos aku beritahu semua staff akan dapat increment bermula Jan 2010..i likeeeee uolssss... terus aku semyum lebar.ahahhaha..

perkara tak best???tak usahlah dikenang..anggap saja ia sebagai salah satu rencah perjalanan sepanjang tahun 2009.keseluruhan 2009 membawa banyak manis dalam kamus hidup aku.semoga 2010 lebih bermakna.aku doakan untuk kalian juga.

tak lupa bagi bride 2 be on 2010, hope ur dream come true!!! pray for me too!!

muah!!!! selamat tinggal 2009, welcome 2010!!!

Tuesday, December 29, 2009

dup dap dup dap!!

olla..

agak korang dapat rasa tak apa yang aku rasa sekarang??
hooooo!!! nebes uollss..
hari ini dengan rasminya dah dapat tarikh nikah aku yang sebenar benar benarnya tiada lain yang benar selain benar belaka...hhohohoh..seyes aku rasa macam ada rama-rama dalam perut tengah menari ria..ria ke??ke pening pening lalat??hahah
aku merapu dah ni...tetiba rasa takut, rasa ngeri, rasa tak sedia, rasa cepatnya, rasa sedih,rasa suka, eh macam macam rasa lah aku sekarang ni. act keputusan tu aku dah tau dari pagi tadi lagi, tapi aku kebizian yang teramat jadi petang ni baru dapat hapdet sket...

suka : dapat tahu tarikh, so dah boleh start segalanya, dan dah boleh pegi confirm tarikh dengan bridal, akak bridal tu memang best sebab boleh dia tolong reservekan tarikh untuk aku dulu walaupun tak confirm bila.sayam la kat akak.

sedih : pasni dah tak lagi berhari raya dekat rumah mak ayah setiap tahun, dah jadi isteri kepada seseorang yang aku cintai, maka hari raya perlu bergilir.apatah lagi kampung kami memang jauh sama sekali. dan paling tak sangka tahun ini merupakan hari raya terakhir aku dengan mak ayah, tak sangka tahun depan aku dah mula beraya sebagai orang baru, di rumah baru dengan suasana baru.sedihnyer.... =(

ngeri : takut kalau2 tak pandai nak sesuaikan diri dengan keluarga baru, harap2 semua berjalan dengan baik.

tak bersedia : sedia ke aku nak menjadi seorang isteri? kalau sekarang aku masih lagi boleh merajuk tak nak telefon dia bila marah, boleh lari balik rumah tak nak jumpa, bila dah kawen tak boleh dah, mana lagi nak lari?hahahha..jauh betul aku pkir.insyallah kami lalui sebaik mungkin dan cuba selesaikan masalah dengan cara paling baik. bukankan kehidupan berumah tangga adalah perkongsian, sama memberi sama menerima.

cepatnya : macam tak terasa rupanya hubungan kami yang dahulunya melalui pelbagai rintangan akhirnya menuju kepada suatu yang pasti. tak terasa masa berlalu, dan dalam tidak sedar hubungan yang kami sangka tidak kemana ini dahulunya telah bertahan sehingga kini. =)

bahagia : bila melihat muka ayah dengan mak tersenyum bila mendengar perkhabaran aku akan berkawen, tapi dalam senyum mereka ada riak sedih yang aku sendiri tak mampu nak gambarkan.

ok lah aku dah mula rasa sebak. over ke perasaan ni?aku tahu 5 bulan tu lama lagi tapi aku terasa terlalu cepat, cepat sangat masa berlalu dan aku akan berubah status.
semoga segala urusan ku dipermudahkan..amin..

Monday, December 28, 2009

1! 2! go!!!

whoppss!!!

tetiba blur!! heee...jap jap amik mood dulu...*tarik napas...lepasss...* okeh start!

cerita best ke cerita xbest dulu heks??

tett!!!

kita rojak jek...huhuhu

operasi balik lampung terchenta:

1- tengok adik baru ^qaisara^
2- bincang pasal tarikh wawen.. - dup dap dup dap - (dari hari tu lagi dah berdebar, lom lagi dah dekat2)
3- survey dewan
4- survey pelamin angan ku
5- serah kain untuk bride maids
6- jumpa kawan2 yang perlu jadi flower ladies
7- pergi semua tempat makan yang aku teringin nak makan
8- survey door gift

hasil nyer:

1- qaisara sangat cute...aku rasa nak geget jek pipi gebuss de tu... - done with full hapiness... - ahaks!

2- balik rumah my dad, bincang punya bincang mula-mula semua dah ok..so hati memang dah lega dah ni rasa, tetiba esok pagi dapat msg ' long tarikh nikah kena tukar, tarikh sanding tak pe" i like, wutsss??? adesh!! pening2, my dad nak nikah seminggu awal.aku cam ala... so untill today tarikh masih samar2..urgghhh!! macam mana nak booking pelamin nih n dewan nih??? aku masih tak bagitahu jawapan nak cepatkan atau lambatkan.hurm....

3- dewan. owh!!!!suka suka suka suka!! kalau boleh nak letak banyak2 sangat suka tu...my reception will held at RJCC..insyallah...
dewan fully sponsored by my dear aunt..thnx a lot cik ana!
komen :
- dewan can fit 200 pax max - ok lah coz undangan pun hanya 500pax only - day reception
- parking luas/banyak
- dewan senang nak jumpa, masuk entrance ke depan sikit terus nampak hall, then tepi hall ada pool side, look so suwitt.- sory pic tak ada..lupa nak snap sebab dah terover excited-



4- pelamin. ini pun suka!!! pelamin hunting tak delah buat banyak sangat ade la 3-4 bridal yang aku pergi survey, even dalam list bridal yang nak pergi survey banyak giler..di sebabkan aku dah jatuh hati dekat 1 bridal aku terus tutup mata, tak moh tengok list bridal yang lain..hahahah..terukkan.ok ini antara yang aku pergi survey, tiap satu ada kelebihan masing2.



Dpesona -

PR : peramah, baik, bagus, menjawab setiap soalan aku. dan yg best, mgkn bg pengantin yang tidak mahu di make up oleh pak andam, di dpesona semuanya diuruskan oleh wanita.
Pakej : affordable - bagi perantin bajet seciut cam aku nih-
pakej bermula dari 15xx - 4xxx (rumah), 4xxx (dewan) tapi paling best untuk pelamin dewan pakej adalah untuk fresh flower..owhh..i loike uolsss...
baju : erm..pada aku biasa2 saja, cantik dan ada yang aku berkenan tapi pada my vitamin, dia tak berapa berkenan.cerewet.
pelamin : cantik dan menepati citarasa.

ATT studio(kalau tak silap) - xd blog or fp kot..sorry tapi lokasi di angsana

PR : peramah, tapi penerangan kurang jelas, lain tanya lain jawab, bila minta tengok contoh banyak tak ada, ikutkan pada aku bridal dia besar. so asa for me yg zero about wedding, aku rasa PR perlu dipertingkatkan.
pakej : time aku datang tak ada pamplet dah habis katanya so dapatlah sekeping card yang di potong, jadilah....hahaah.
pakej rumah tak tahu sebab tak ada pamplet, cuma dapat dikatakan pelamin dewan start from 4xxx - 7xxx. pakej 4xxx adalah untuk artificial flower sajok yer anak-anak.
baju : gojes!! ya allah..memang cshantekk!! mak suke noksss.....my vitamin pun cakap baju dia cantik2..
pelamin : cantekkk! suke tapi macam banyak benda dia tak tahu and tak dapat nak jawab soalan2 aku yang banyak tanya nih..hehehhe

ASTANA Bridal

PR : ok, baik dan menjawab soalan
Pakej : Pakej rumah 14xx - 31xx, Dewan 35xx shj tapi artificial flower la.
Baju : ok, sedang elok yang penting my vitamin suka.
Pelamin : cantik.....mak suka nok pelamin dia..swett, simple n very nice. recomended.

ANH


PR : mula-mula biasa jerk..agaknye blom warm up kot...bila aku tanya soalan akak tu terus turn mode pada super duper best!!macam lama gile punya berbual aku terus jatuh hati kat cara dia.akak the best ah kak.
Pakej : 11xx - 25xx (rumah), 28xx - 3xxx (dewan & outdoor)
Baju : cantik dan aku suka, n most important my vitamin la suka..dia plak yang suka sangat tapi kalau baju sebenarnya more prefer ATT la.
pelamin : hohohoh!! i loike uolsss...gojes okeh...tak payah nak tanya "kak ada xpelamin bla bla bla, ade x benda ni bla bla bla", akak tu terus tunjuk pelamin yang i suka noksss...kelasss akak ni..kedai memang agak tersorok, tapi i sukaaaaa.....lebiu lagi la kak! - ini aku fully recomended!

5- serahkan kain untuk bride maids. aku minta adik aku je jadi pengkapit aku nanti, sebab sah sah adik aku tinggi lebih kurang aku, kengkawan kesayamngan sume ala ala kurang ketinggian, nanti ade pulak pengkapit pendeksss perantin tinggi galah...tak moh! so bagi satin untuk dia dan pengkapit lelaki sekali..siap design baju macam mana dia kena buat..hahaha..aku kan gila kuasa.

6- sesi bertemu rerakan yang bakal menjadi flower ladies dan merangkap penjaga meja VIP (pihak lelaki jek pon..) ayat nak over ajer aku nih. insyallah kalau ade bajet lebih aku akan belikan kain setiap seorang, jika tidak aku cuba jugak sponsorkan kain..huhuhuhu...alhadulillah mereka setuju..sayam korang....



7- ini paling suka..pergi jalan jalan cari makan. rabu malam, sebaik sampai jek terus menuju ke stulang laut, makan dekat sayam, fuh!! nikmat..sedap...esoknya pergi makan di senibong, nasi lemak mabeless!!lusanya makan bubur sentosa dan seterusnya tiap hari selagi tak balik KL aku pergi semua kedai makan yang aku suka makan n dating...hehehhe...

8- survey door gift.. i think of nak bagi door gift berupa makanan sahaja, tapi bila bincang semula dengan my vitamin dia nak sumthing yang selain makanan pula..jadi saya menurut perintah..ye la pasni kang jadi isteri dah kena turut kata dia jugakkan, so pratice dari sekarang ye cik jun.

owh..panjangnya..sebenarnya ada lagi nak cerita tapi esoklah k..entry ni pun nak buat dari pagi sampai ke petang baru siap...

k uolss..i dah boleh cerita pasal kawen!!!!yey!!!

Tuesday, December 22, 2009

excited

hye!!

hohooh..tau tau da lme sangat nak cerita tentang cuti yang lepas, tapi internet sangat suckzzz!!grrr!!!
turn mode: happy =D
hari minggu lepas cuti minggu yang best! sebab cuti dari hari jumaat sampai ahad...rasa puas gilerrr bercuti sakan..ahaks!

aktiviti bermula malam jumaat means hari khamis la kan..heheh..
1st sekali aku bergaduh manja gedix dengan my vitamin, bestkan???geram sangat dengan dia asyik lah pergi setting kereta kesayangan dia sampai lupa janji, sampai membuat aku kelaparan menunggu dia berjam jam dekat rumah...haish!!geram sangat dengan dia. bagi elakkan gaduh dia suruh aku keluar dengan my bestfwen..cik wan..
pusing punya pusing last sekali pergi taman maluri makan kerang bakar, jadilah dari aku lapar, ye tak??? mood malam tu memang sangatlah tak memberansangkan...rasa macam nak cancel jek aktiviti dirancang esok..huhuhu..-punyalah merajuk...-

hari jumaat, pagi-pagi dapat msg " amidadymintakmaaf bla bla bla..." dan buat ku kembali tersenyum...senang jek nak pujuk...minta maaf and semua kembali seperti biasa.huhuhu...- nagada jek lebeh aku nih-
lepas zohor bersiap2 memulakan operasi memujuk si buah hati merajuk " jom kita g beli ur birthday present" dalam hati aku???hoyehhh!!leh majuk selalu nih, nanti dapat hadiah..hahahah ( ye..bucuk ku lambat bagi bday present...dah dimaklumkan awal..keterlewatan disebabkan si kereta juga..huh!) dan hasil dari rajukkan dapat lah ini...


thnx so much baby...sukaaaaa sangat!!!!

owh di sebalik ceria hari tu, ada yang ingin dikongsikan bersama jika kalian pergi ke JUSCO CHERAS SELATAN sila jangan makan di PIZZA HUT!
service sangat sangat sangat lemah....

nak tunggu order makan 15 minit, padahal tak de lah ramai sangat orang, pizza sampai after setengah jam, pizza over cooked,pastu letak pizza sipi-sipi meja jek..grrr the best part angkat makanan bawa trolley buang sampah just like kita makan dekat medan selera, i just like WTF????? sabar sabar....banyak lagi lah perkara yang berlaku malas nak cerita nanti panjang plak.

after makan kami layan cerita AVATAR..TERRRRBAIIKKKKK!!! g la tengokssss....
sangat suka tengok JAKE SULLY..owh!!!

-hencem kan???-

sabtu...aku ponteng kerja - itu yang wat rasa best!!- tapi bukan niat nak ponteng pun..tetiba demam, tapi masih lagi gagah pergi kenduri kawen dekat Pahang, ada 2 jemputan, tak de lah jauh sangat sebab tu nak jugak ikut my vitamin pergi..huhuhu -kerja malas, jalan nak ikut huhuhuh-

komen : kenduri 1- meriah, ramai jemputan, make up pengantin cantik berubah terus muka si gadis, muka lelaki sama jek la kan..hahahah..

komen : kenduri 2- meriahhhhh, susun atur meja menarik, makanan sodaaaappp, favor the best yang pernah dapat ( yassin,nata de coco n kerepek), pelamin cantik, aturacara kemas dan teratur.

picas???maaf tak ada gambar =( camera bateri habis..boleh tak perasan bateri dah kong..mencik betul...

ahad, aktiviti lepak di rumah dan makan makan...
motif entry??saja..bosan petang2 nak tunggu masa balik..


excited giler nak balik hari ni sebab nak balik kampung!!!!

:: shhh : nak menetapkan tarikh perkahwinan...OMG!! nebesss....

Tuesday, December 15, 2009

yakinlah aku menjemputmu

entry ke-2 hari ni:

aku tak tahu kenapa, rasa macam jiwa kacau ada jugak.
serabut sangat, kepala pusing perut sakit (alasan jek)
rasa kesal ada juga, kenapalah hari ni tangan aku gatal sangat pergi menjenguk sesuatu yang aku tak perlu...
tetiba terus rasa sakit..sampai mood aku hilang berterabur entah ke mana...
tetiba rasa sakit tu datang lagi mengganggu emosi aku..
aku benci betul perasaan ni...
puas bertahun aku pertahankan, aku gagahkan diri, aku cuba jauhi...
susahnyer...tabahlah hati tabahlah jiwa...

aku selalu berpegang pada this quote : "love is not finding someone u want to live with, but someone u cant live without"

macam apa yang di katakan oleh bride to be Nad Nazira

she ask to choose 1...

oh my...jika dahulu dia adalah "someone i cant live without"..ye aku tidak boleh hidup tanpa dia..sungguh mati aku tak mahu hidup tanpa dia...
hilang dia, serasa hilang terus cahaya dari hidup aku, kelam, kabut, aku rasa sepi,hilang terus tawa dari aku, tiada lagi suara aku untuk berkata2.aku seolah hidup tanpa jiwa.sungguh! hilang dia aku jadi mati.

siapa saja dikeliling aku merasakan kehilagan diri aku, aku tidak lagi riuh mulut, aku bukan lagi kak long yang garang, aku tidak lagi bekerja OT siang malam( texting all day long hahaha), aku bukan lagi penjaga CS (sebab tiap hari minggu aku hilang =P! pegi dating), tiada siapa berani bertegur sapa dengan aku. aku jadi perindu sepi,hobi utama tido walaupun jam baru pukul 8 malam, tiada aktiviti bersama rakan,semua aku tinggalkan, semua aku ingin lupakan.sampai hari ni aku masih lagi cuba melupakan tapi tak bisa pernah.

selalu ku bisik pada hati " redhalah..dia bukan untuk kau, siapa disisi mu kini dia lah yang terbaik". aku tahu dia yang kini adalah yang terbaik dalam hidup aku..dia membuat aku hidup semula dari mati yang panjang, sering juga aku doakan moga dia mengantikan tempat yang aku simpan jauh dalam hati. walaupun aku ingin hidup bersama orang yang aku tak bisa hidup tanpa dia tapi itu dulu kerana kini aku ingin hidup bersama orang yang aku ingin aku teruskan kehidupan.aku ingin bahagia bersamanya..doakan aku bisa lupakan dia yang aku tak bisa hidup tanpanya, kerna nyata kami tidak bisa bersama.



Kangen Band – Yakinlah Aku Menjemputmu

teringat selalu wajah kekasihku
saat ku menuai lalu
coba engkau dengarkan
ku tuaikan nada lirik lagu sederhana
ku ceritakan kisah tentang kita

peluklah tubuhku bila engkau rapuh
saat kau mulai terjatuh
aku datang menyelamatkanmu
ini surga kita tiada yang menguasainya
tempat kita bersandar dan bertahta

reff:
tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu

tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu

tenang sayang, ku sambut engkau datang
ku yakin engkau menjemputku
jangan menangis, hapus air matamu
yakinkan ku tetap milikmu

tenang sayang, ku pasti akan datang
yakinlah aku menjemputmu
jangan menangis, hapus air matamu
yakinlah ku tetap milikmu

tenang sayang, ku tepati janjiku
karna kau wanita terhebat
peluk tubuhku, matilah di pelukanku
biar seluruh jagad raya tahu

masih

cuba,
tanpa tahu jemu
cuba,
tidak kenal pedih jerih
cuba,
walau sakit derita
cuba,
biar luka nanah
cuba,
hingga bisa

sukar dihindar memori
apatah lagi menghumban jauh dari hati
masih tegar di satu itu
terus tega bertahan
kekal teguh walau kadang rapuh

sakitnya jiwa hilang daya
disetiap kali itu aku goyah gontai
tolonglah..aku rayu pergilah
benarkan aku gapai bahagia

Wednesday, December 9, 2009

cuaca panas!!!

hye...

haihhh!!! panasnye cuaca hari ni...cam nak hangus aku rasa. tapi tu lah manusia..bila panas merungut panaslah, perit lah, teriklah, terbakarlah, bila hujan kete kotor, baju tak kering, sejuk, takut nak mandi (opss!!akulah tuh!!).

so edisi cuaca panas hari ni aku pergi makan minum tengahari di ESSO, taman Equin ( sape dok equin mesti tau lokasi kedai pakcik ni, dia sebenarnya lori kecik jek..) untuk meminum cendol bestttt!! dengan rojak mee...mabbelleesss!!!nyummmy!!

meh meh aku tunjuk kelazatan yang aku kecapi tadi..hohohoh..ayat ap jek aku ni pakai..layanzzz...



lepas dok makan, sembang itu ini dengan salwa pasal kawen ( salwa juga bride to be..=D ) berkonsi pendapat segala, aku pun blah balik opis..lepak2 kat opis aku ngantuk yang amat sangat...cam nak tidur jek dalam editing room.



- abaikan reaksi muka yang cam nyampes jek..aku tengah bosan giler!!-

tup tup afiq bagi idea bernas giler ( cam terlupa lak nak amik pic muke suka sangat dengan idea afiq)

afiq : beb kita makan cheese cake jom?
aku : jom! kat ne??
afiq: Secret la..mane lagik..
aku: jauh kowt...
afiq: dekat je dowh...dekat area T.... jek..
aku: set..jom...

so ini lah makanan aku dikala men'cabut'kan diri dari kerjaan..hahahahha

meh tengoksss....


-cantikkan??aku cam terrrrsuka laks...( ni lampu dalam secret)-


-aku n my vitamin (tetiba laksss)-

ok ok..ni rasberry chesse cake aku... =D

de ade promo mam cake free coffee tapi tetap nak ice lemon tea ahaks!!



sedap x????hohoho....tetiba tengok TOMYAM KUNG cam meletopss jek...tapi tak makanlah..kenyang kowt nak sumbat segala macam dalam perut..

sebenarnya tak de kisah yang best cuma nak cakap hari panasssss betul kulit cam nak terbakar kena panas...daaaa....

Tuesday, December 8, 2009

rindu

hye...

memang lame dah tak update blog...semacam kematian idea...

tapi hari ni nak jugak mengisi cerita di blog..
aku rindu...

rindu gurl
rindu azzim
rindu akim
rindu bby
rindu nak tengok adik ku yang baru ( ye aku dpt adik lagi dikala usia mencecah 25thn)
rindu emak
rindu ayah
rindu umi
rindu cik ana
rindu harith
rindu achan
rindu sally
rindu yaya
rindu magnum
rindu rindu rindu...

seyes aku rasa rindu giler ka diorang semua....wa!!!!!