Monday, March 29, 2010

Wedding Ring

entry Ke 2 untuk hari ini..
wahahahh...gile tak sabar nak hapdet. =P! kalau dah terhegeh tu terhegeh sangat. jagan mara haaa...

I got my dream ring!! since 1st nampak cincin tu teruslah jatuh hati tergolek2..tapi senyap2 tak beritahu my vitamin sebab cincin tu agak terkeluar dari bajet kami yang seciput dan ciut ni. Tapi awal2 dah cakap dekat dia, apa saja barang kemas, itu adalah atas pilihan dia bukan saya. =P! aku mahu itu ikhlas dari dia, bukan diatas permintaan aku nak itu ini, cukuplah kalau dia beri itu kerana hatinya, dia yang nak, dia yang suka, jadi bila dia suka secara automatik bila benda tu di tangan aku dia pun akan ada tempias happy tu.kan kan..heheheh

aku suka diamond dia tenggelam.

so semalam kami berdua menerjah kedai emas yang sedang SALE, diamond sale.hoyeh!!! belek2, belek itu belek ini, tengok itu, cuba sana,cuba sini, cincin yang satu itu juga jadi perhatian, sebenarnya after less harganya agak mampu milik tetapi aku tak nak lah ia melebihi bajet yang ada walaupun sedikit, kena strict sikit walaupun bukan aku yang membayar, aku tahu kalau aku katakan pada my vitamin aku mahu itu, walau harganya melebihi had bajet dia pasti akan belikan.
Bila aku membelek pamplet yang diberi harga dalam pamplet murah berbanding harga diskaun, aku tanya pada SA tu, then SA tu tanya pada si B, si B cakap harga cincin adalah seperti dalam pamplet. aku???rasa nak lompat2.hahahahha...then aku tanya " dy, cincin tu cantikkan" dia pun angguk,belek, suruh aku try. Dekat jari aku jek dah ade 3 cincin pilihan. 1 tu aku yang reject, memang cantik tapi nampak keanak2kan, lagi 10tahun aku pakai,sah orang cakap aku macam orang tuwe tak sedar diri,heheheh, cincin ke2 just nice, sesuai untuk 10 tahun akan datang cuma macam kurang terserlah untuk cincin perkahwinan, cincin ke3 mata 1, memang pilihan sepanjang zaman, batunya timbul dan nampak exclusive, pada mata aku lah. Tiba2 bila cincin yang aku idami tu aku suarakan, my vitamin minta aku try juga, then dia tanya harga, once confirm the price sama macam pamplet, dia pula yang suka terlebih dan we decide untuk beli... dalam hati aku dah lompat2 muka ceria macam bulan penuh la wei..wahahhahah!! mak suka nokssss!!!


nampak nice, dan kalau 10thn lagi kalau aku pakai masih lagi sesuai. tak terlalu fancy dan tak terlalu tuwe.ihiks!

tapi setakat ni tak leh nak tunjukkan cincin sebenar..haruslah bagi gambaran jek kan..


owh! gojesnyerrrrr....

dah jatuh cinta sekian kalinya pada cincin ai! thnx cayunk!

2 comments:

  1. mame.....hehehe,seke x?huhuuhu...dah tau dah,tgk muka dah tau da suka sgt2...huhuuhuu

    ReplyDelete