Wednesday, September 29, 2010

Main Kutu Haram???


sumber :: gugel jek..


ish ish...nyesal xdgr radio pagi tadi..ada isu hangat rerupanya..dah lah tak dengar radio pagi tadi, semalam plak tak tengok berita...eloookkk pangai ko june! heheheh

Isu hangat di perkata pasal main kutu itu haram!! apakah??? kenapa haram? bukan ada unsur riba' ke apa kan..hurm....

tapi mengikut akhbar kosmo!

Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.

"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


owh begitu rupanya..

tapi kalau main kutu dengan kengkawan cam ne?dari segi agama cam ne plak di kira??adehh!!!

Monday, September 27, 2010

Blogger W:: Nawal & Daus

hye uollsss....

Hari jumaat lepas untuk julung kalinya *eceh!!* aku attend blogger wedding...sebelum nak jugak pergi tapi time constrain la, apa la..hurm..akhirnya wedding nawal ni dapat juga aku menhadirkan diri di samping berkenalan dengan bloggers yang lain..meriah nokkk.... suka!

tapi mak ni suka dalam blog memang beria, bila jumpa terkemut2 muka ni nak bertegur sapa..sorry yer kalau ada yang terasa hati ke kan...termalu gitu nak perkenalkan diri pada korang masa kat khemah..sume dok pandang, terus gagap mak masa tu..nak bersalam pon terus mamun..ampun sesangat...jangan terasa hati yer...ai xsombong tau! cuma malu meowww3x.. ;p

owhh..sambung balik citer kesah nak pergi mah nawal. Petang tu dah seronok2 ni nak pergi, tetiba boss aku cakap ada meeting!! boleh??? hangin jek... paksa rela aku mengadap jugak la meeting tu...habis meeting jek dah pukul 7 lebih, balik bersiap gitu gini, 8.30 baru nak gerak ke rumah nawal. Nasib baik ada Farah Fatihah **nama penuh gtu..** n balkidz jadi juru pandu..macih korang...


muka baru lepas bersiap..tergopoh2 ok...

Selamat juga sampai, pastu terkapai2 cari tempat duduk..sekali lagi Farah menjadi penyelamat...dapatlah duduk..dan terjadilah insiden budak galah sombong nak perkenalkan diri..terkedut2 muko den.." Hye nama saya June, blog iniakudanaku or inilahaku..." pastu terus senyum2 kambin...adoyai...june june...

Makan2..cepat2 masuk dalam dengan harapan dapat tengok perantin..tapi perantin tengah tukar baju..dapatlah berbual dengan beberapa orang bloggers..ramai........tapi ada yang kenal ada yang tak, sebab muka dalam blog lain, bila jumpa lain.mak kompius. heheheh...tapi apa pun memang enjoy...

meh la layan picas eh...tapi tak dapat amik banyak...nak amik pic pelamin nawal pon tak leh..bila nak mek ade orang tengah posing2 sudahnya aku amik pic dengan kekawan baru ai jek...

apa pun tengok pic perantin dulu ek..curik dari FB nawal jek..hehehe...

cantik sangat!!!




ewah cik lynda lacey kite..ceria..peace!


cik Yaya..bakal Puan nih... ;D

acik n qis



eila, fara, aiiiii, qis n tiqah..
owh ada 1 lagik..video..korang boleh lah tengok kat belog lynda, missbutterfly & belle kalau ada lagi yang upload video korang pegi la jenguk2 yer...

apapun sangat happy jumpa korang semua!!! cuma sayang tak dapat tengok nawal secara live..nak amik gambar dengan dia..paling tak, nak ambil gambar dia sendiri..huk huk..tak pe la..janji nawal ko memang cantik!seyes aku berkata jujur pada ko ini perempuan jujur! hiks!

"SEMOGA IKATAN YANG DIBINA KEKAL KE AKHIR HAYAT HINGGA KE SYURGA"

Thursday, September 23, 2010

indahkan

Malam tadi ia indah
indah tak pernah terlihat
rasa syahdu dalam jiwa

dulu dia yang selalu jadi teman
bila nangis aku cari dia
tika suka aku tunggu dia

setelah kian lama aku membenci dia
tanpa salah tanpa dia tahu kenapa
semalam aku jatuh cinta lagi pada indahya dia

terangnya dia buat aku rindu
bersinar memberi senyum dibibir
Ya Maha Pencipta terima kasih

kau ku cinta
aku tak kan membenci kau lagi
sungguh aku jatuh cinta

benci itu dah padam
cinta berputik semula
maafkan aku indah

ps:: malam tadi bulan cantik sangat!! ** sebenarnya dah pagi pukul 4.45 am**

Wednesday, September 22, 2010

Apa yang ko cari haaa????

salam all...

Tengah aku sebok tengok nuffnang, sajalah aku belek2 yang orang search sampai ke blog aku ni...korang tau tak menda apa?????


hanginnnnnnn!!!!!!

tak lah hangin sangat..tapi geram jugak la..

yang search pasal cara membuang tu aku ok lagi, ni cara2 nak tuuuuuttt kondom?? adeh!!! siapalah si pervert tu...

malang nasib!!!

Tuesday, September 21, 2010

Resepi : Laksa Johor Mudah

Eh??? resepi lagik????dah leh tukar blog masak2 aku ni kan? hahahha

Tak la..tak salahkan kongsi untuk korang semua...sok sok mana B2B yang dah jd isteri mesti semangat nak masak untuk husband, bagi yang macam aku ni, masak pandai yang ala-ala mak enon jek, haruslah kejenyer meng'google' resepi jek...huhuhu...meh layan laksa johor mudah ala june ;D


nyum nyum tak???huhuhu

Bahan-bahan (4-5 orang makan)

spegetthi/laksa biasa ** aku pakai laksa biasa jek...**
ikan selayang 7 ekor - direbus
udang kering 1 sudu
bawang - 1 labu
bawang putih - 3 ulas
halia - 1/2 inci
santan 1 kotak
serbuk kari
cili boh

Ulam

Timun dipotong panjang2/dadu kasar
cili merah di potong bulat2
bawang dihiris nipis
kacang panjang di rajang
kacang boto di hiris ** aku tibai jek...hahahah



Sambal (tumbuk kesemua bahan hingga lumat)

Cili merah 5 batang
cili padi merah 2 butir
bawang putih - 2 ulas
gula 1/2 sudu
garam secukup rasa

Cara-cara

Rebus spegethi/laksa

Rebus ikan, masukkan sedikit garam, kemuadian asingkan isi dengan tulang, dan tumbuk lumat.

Bawang, bawang putih , halia, udang kering di tumbuk lumat.

Mula2 masukkan cili boh, goreng hingga garing, campur bahan yang telah di tumbuk, kacau hingga naik bau. Setelah itu masukkan isi ikan yang telah di tumbuk, campurkan sedikit air, kacau. Akhir sekali campurkan santan dan masukkan rempah kari setengah peket. Kacau dan masukkan air mengikut kesesuaian, masukkan garam dan pak aji yer.... tunggu hingga didih dan matikan api. ;P

senangkan???? serius tak susah...bahan asas jek..rasa tak mngecewakan. ;D

Monday, September 20, 2010

Raya ku meriah!!

Selamat Hari Raya semua....aku yakin lagi pasti raya korang mesti meriahkan...samalah dengan aiiiii....

raya tahun ni memang paling best bagi aku, sejak 2menjak dah tua ni tiap kali raya tak ada la aku rasa excited sangat, biasa2 je pon..tapi raya ni wat aku rasa tak sabar2 nak beraya.huhuhuuh...rasanya aku dah ada teman hidup kot. Suasana pon dah berlainan...

kalau dulu pepagi bangun tu, aku sebok kejut adk2 aku bangun, tapi kali ni kejut husband.

Dulu malam raya aku sebok gosok baju adik beradik,pakcik makcik aku **tender tiap tahun okeh!!**, tapi raya kali ni gosok baju hubby.

Pagi raya sebok kat dapur siapkan makan semua orang,tapi kali ni raya, aku tunggu hubby untuk makan sama2.

Dulu tiap pagi raya cium tangan mak ayah, tahun ni salam tangan suami.

Dulu pagi raya kat rumah mak, tahun ni kat rumah mak mertua.

Rasa sedih dan teruja sama level jek. Sedih tak dapat cium tangan mak ayah, tapi diganti dengan tangan mama&ayah mertua pulak.

Rasa sedih adik beradik tak ada, tapi diganti kakak2 ipar.

Rasa sedih adik sepupu tak ada sama, tapi diberi anak saudara...seronok kena panggil cik su, rasa dekat dengan diorang.

Tiap yang aku rasa aku hilang tapi diganti juga, walau xserupa tapi aku tetap rasa bahagia. Rindu tu terubat juga.

tapi aku cukup teruja beraya di kampung. dapat main mercun,.dengar bunyi mercun berlawan2, tengok anak2 sedara berlari main bunga api. Best giler....malam raya pulak buat BBQ keluarga, tugas aku buat sambal kicap, meleleh air mata diorang makan sambal kicap orang johor. huhuhuhu...
lepas BBQ sambung buat keje, tapi pagi tu aku dah sebok2 kat dapur, tolong mama n kakak ipar aku sediakan bahan2 untuk masak. Menu utama nasi dagang, ketupat palas, rendang ayam, kari daging. Paling masyukkkkkk nasi dagang mama..fuhh!!! terbaikkkk... ;D

Pagi raya, bangun terus bersiap untuk solat sunat hari raya...sayunyer rasa hati aku time tu...tapi i lex lex jek...hehehe...balik sembahyang makan beramai2,kemudian sesi bersalaman..tapi dengan kakak ipar n mama jek..aku laki bini bermaafan dalam bilik...kalau depan orang maunya aku tergelak2, dalam bilik pun aku ketawa2.huhuhu...

fuh!!!! berjela panjang..pastu terabur bagai. Baik layan picca jek ek..tapi sume pakai HP jek..tahun ni aku laki bini mamun terlebih, langsung tak ada pic berdua. Tunggu kamera kakak ipar aku jek ni, harap2 de ada la snap sekeping dua gambar kami. Baju kami MERAH yawww!!! tapi picca aku tayang ni pic raya kedua yer...huhuhuh



baju mak memang over tahun ni...warna warni ceria gtu...huhuh



my dear..otw g open house



owh...cukuplah...picca ini jek aku ada...sume dalam kete.huh!! mencik!

Tuesday, September 7, 2010

Entry Khas untuk Hazlynda Kushairi

erlow dear...

aku tawuuu ko suke lacey kan...terjumpa 1 blog nih, mana tau ko suka....sila drop by yer....Lacey shoes. Aku sendiri gewammmmm nengok...hiks!

Kalau aku lyn, sah sah aku pakai masa wedding..howt! seyes! tengok tau! ahaks!



ko tengok, cantikkan kaki dia... eh??? kasut dia...sowi..tetiba obses tengok kaki orang cantik tak de bulu **kaki aku manyak mulu oooo** heheheh...


fuhh!!!

owh pic credit to the blog... ;D


ps:: kalaulah aku jumpa dulu...huk huk!

Monday, September 6, 2010

nak raya!!!

salam uolssss...

mesti korang sumer dah semangat nak raya kan..aku pong!!!! ehehheeh

lagi semangat bila semalam dah amik baju raya...hoyeh!! suka sangat!! cantiksss! mengikut term & condition...kalau korang nak tahu, aku tempah kat kedai biasa je, dan tukang jahitnya semua OKU..paling kesian kakak ni tangan dia sebelah macam tak berfungsi, xboleh pegang apa2 pon, tp dialah ketua kedai tu. Respect beb! aku yang tak OKU ni pon tak reti menjahit.hurm....

Pastu semalam balik Muar, rumah mak angkat...diorang ada buat majlis khatam quran..sedapnya nasi beryani abah masak...memang nyumssss!! nak resepi??? alorh...tak belajar pulokkss semalam..aku tau makan jek..tolong2 mana yang patut, tak sempat tuntut ilmu.hiks!

balik je dari muar, terus dengan semangatnya men'try' baju baru...hahahha..gila semangat. Habis semua ksut, beg BARU**nak jugak tunjuk BARU besar2..hahahha..** aku keluarkan. Gila! macam kanak2 dapat mainan..dok melenggang kangkung depan laki. Si suami dok geleng kepala tengok peel bini.huhuhu... mak seronok noksss...ni kan raya pertama bersama suami..lain okeh feeling dia..walaupun ada terselit sedih tak dapat raya dengan family di johor, tapi feeling nak raya tetap ado...johor ke terengganu ke janji balik kampung..jumpa mak jugakkkk..kannnn...hheehhe

teaser baju???esok ah...tak pon tunggu lepas raya ek..aku kasi hapdet sampai muntah.huhuhuhu...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 3, 2010

Lagu Raya

Uolsss....

lagi 6 hari jek nak raya...aku sedih... uwaaa!!!!!!

aku sedih tiap kali dengar lagu raya, sebab kali ni raya rumah PiL kat terengganu, 1st time raya bukan dengan mak ayah adik2 aku. syahdu giler rasa hati aku. dengar je lagu raya terus terbayang suasana rumah, riuh rendah, kacau bilau dengan adik2 aku n anak2 pakcik makcik aku. Ribut 1 rumah diorang keje kan. Tapi tahun ni aku dah jadi isteri, aku dah beraya rumah mertua, aku suka, bukan tak suka, tapi aku sedihhhhhh.....wuwuwuwuwuwuw......


khas untuk yang xbalik beraya...uwaaaa!!!!!

ps:: hubby pliss comfort mamy..huk huk...

Wednesday, September 1, 2010

Resepi:: Puding caremel

salam uolssss....

sori...ai tu tak hapdet pon resepi puding..dan nak ucapakan selamat hari merdeka...tak da pic bendera yer..yang penting MALAYSIA dihatiku.;D

Ok ni bahan2 untuk puding sedaapppp ni yer...hubby ai suka sangat2!!! :p


ghupa dia macam nilah..tapi ni google image yer puan2.. ;D

Bahan-bahan

Puding::

4 biji telur
1 sudu esen vanilla
2 sudu tepung custard
1 tin susu cair
1 cawan susu segar
3/4 sudu gula

Caramel::

Gula 1 cawan
Air 1 cawan

cara-cara ::

Untuk masak caramel dula la yer...

Panaskan kuali, masukkan gula, kacau hingga pekat, masukkan air sedikit demi sedikit, then kacau hingga bertukar warna keperangan. Ingat! bila masukkan air hati2, kadang gula akan meletup.

Setelah gula perang, masukkan di dalam loyang. Biarkan sejuk.

Untuk buat puding::

Pecahkan telur, esen vanilla, gula, pukul hingga sebati, pastikan jangan sampai berbuih, nanti puding berlubang ** aku punya puding pon berlubang ai tu..hahahah tapi tetap sedap...**
Kemudian masukkan tepung kastard, kacau sampai sebati, akhir sekali masukkan susu cair dan susu segar. Kacau kesemua bahan tadi rata-rata.

Setelah itu, tuangkan bancuhan puding di atas karamel dalam loyang. Lepas tu, kukuskan, hingga 30 minit...atau sampai masak...

nak tahu puding dah masak?? cucuk di tengah2 puding, jika tidak melekat, tandanya ia dah pun masak. okeh! :D

Dah siap kukus, masukkan dalam es box dulu, dah sejuk baru terbalikkan ke dalam pinggan. Barulah sodapppp!!!!