Monday, January 24, 2011

Resepi :: bayam goreng tepung bersira sambal.

salam semua...salam isnin...

mulakan hari mu dengan senyum kerana senyum itu penawar ;D
senyum kan dapat pahala, bukan susah punya keja...huhuhu...** tu peringatan untuk diri aku, sebab ramai cakap muka aku ni serius jer..**

rasa cam dah lama tak kongsi resepi kan. semalam aku masak udang masam manis, di kawankan dengan bayam goreng tepung. sedap! ceh semua masak, semua nak cakap sedap. ;p

tapi betul..kalau tak sedap tak mau la kongsi..wat malu jek.heheh..

dah mari kita tengok apa bahan-bahan yang di perlukan.


credit to ::hpadansebenarnya

bahan mentah::

tepung goreng agro mas / tepung adabi ** tapi agro mas lagi sedap, ada perisa sket**
sayur bayam
minyak

cara-cara::

panaskan minyak, sampi betul-betul panas. Masukkan bayam yang telah di salut tepung, tunggu hingga masak. Biasanya bayam akan jadi macam keropok sket, cam tu baru sedap, kalau lembik2 tu maknanya minyak tak cukup panas. ;)

Ok itu untuk gorengan bayam, untuk siranya pulak.

Bahan-bahan::

cili boh
1 labu bawang di hiris
2 ulas bawang putih
air asam jawa
garam
aji no moto
gula

cara-cara::

Panaskan minyak, masukkan cili boh, goreg hingga garing, masukkan bawang2, gaulkan rata, masukkan air, dan air asam jawa. Kacau rata. Kemudian akhir sekali bubuh garam, gula dan aji no moto. Kuah sira ni jangan pekat sangat jangan cair sangat, sedang2 jek.

Bila dah siap curahkan di atas bayam goreng tadi...dah siap...boleh di makan macam tu jek, atau makan dengan nasi..sodapppp..... ;D

gambar tu aku amik dari blog orang yer...korang bayangkan la bila bayam tu di sira sambal. ;D

selamat mencuba resepi cep june..tata...

3 comments:

  1. eh menarikkk ni!! kene cuba..
    last week br wat cendawan goreng tepung...hehe

    ReplyDelete
  2. best2 nih.. slalu mkn kt kedai jemari kelana jaya.. sgt best!! thanx for this recepi, pasni nk wat sndirik lak xpyah g kedai lagi.. hehe

    ReplyDelete