Friday, January 14, 2011

rumah yang di sangka syurga rupanya neraka

salam jumaat semua...

haish! korang tahu aku ni menahan panas bara di hati dari malam tadi, dari aku tengok sedutan untuk berita TV3 lagi. sakitnya hati ni......memang laknatlah orang2 itu.

Berita yang wat aku rasa, memang manusia sekarang ada yang tak layak di gelar manusia, walaupun masih dalam siasatan, aku tetap rasa sakit hati yang amat sangat! ;(
kalau sebelum ni cerita buang bayi hari-hari kita boleh dengar, kemudian suami, bunuh isteri, amuk satu keluarga, terbaru mak ayah sanggup dera anak sendiri hingga menyebabakan kematian, sedangkan itu darah daging dia, dan semalam pulak budak2 di rumah KEBAJIKAN, rumah yang aku anggap adalah syurga bagi mereka tapi malangnya mereka di jadikan hamba seks!!!!!! dirogol, diliwat, ;(

Ya Allah..
manusia...di mana perikemanusiaan kamu, di mana akal fikiran kamu...di mana letaknya hati nurani kamu...kamu yang bergelar manusia...tanyalah diri kamu itu, tidak ada ke perasaan belas, tak lihat ke kanak2 kecil itu perlukan pertolongan bukan penderaan. Jangan hanya kamu memberi makan maka kamu boleh melakukan sewenangnya. Kenapa perkara jijik itu berlaku di tempat yang sepatutnya memberi kehidupan kepada mereka..kenapa....

Luluhnya rasa perasaan aku ini..bergenang air mata aku,nak menitis air mata ni. Fikirlah..kalau dah duduknya di rumah kebajikan apa lah yang mampu budak2 tu buat, sekuat mana diorang nak melawan sedangkan itulah satu2nya tempat mereka berlindung, mengharap ihsan seorang yang bergelar manusia. sampainya hati......

aku dah tak tau nak gelarkan orang2 yang berhati syaitan ni, nak katakan binatang, binatang pon sayangkan anak. Apakah mereka ini??

3 comments:

  1. memang berhati syaitan, sanggup ambik kesempatan atas budak budak yang tak mampu nak buat apa apa. Memang laknat!

    ReplyDelete
  2. alamak terlepas berita pasal ni semalam

    ReplyDelete