Monday, June 27, 2011

Orang ketiga, takdirkah??

salam semua...

petang2 ni mummy emo sikit. hahahah..* eh kata emo? ;p*

Ada mahluk Allah ni..seorang perempuan pastinya, usia masih muda, cantik molek, sedang membina kerjaya mungkin, dan ingin membina impian diatas kelukaan orang lain.

Dengan ayat penuh sopan, mengharap belas mungkin atau memang dari hati.

" Ketika kehadiran kita menjadi masalah untuk orang lain. Mungkin ini menjadi aneh, tp begitulah adanya. Kita ada di tempat dan waktu yang salah untuk orang lain, membuatnya terluka atau bahkan kecewa. Memang, segala sesuatu dalam hidup tak ada yang dpt kita tau apa yang akan terjadi. Mungkin saja kita tiba-tiba masuk dalam kehidupan seseorang di saat yang tak seharusnya, atau pun sebaliknya, dan kemudian membawa sebuah masalah baru baik untuk hidup orang lain atau malah hidup kita sendiri. Lalu apa yang salah? Bukankah itu mungkin sudah ketentuan Tuhan? "

" Semua akan sepakat bahwa seharusnya orang ketiga yang hadir itu sedar diri bahwa dia memasuki hubungan kehidupan pribadi orang lain yang mengakibatkan lahirnya rasa sakit dan penderitaan bagi orang lain.

Pendapatku, apapun itu tetap akan berpaling pada keyakinan dan kebahagiaan yang tercipta dari suatu hubungan itu sendiri."


untuk adik ku sayang...

sesungguhnya di saat kau telah sedar bahawa kau hadir di waktu yang salah, dan kehadiran kau melukakan hati lain, tidakkah kau patut tahu itulah waktunya untuk kau berundur? Apa kau rasa membina bahagia diatas kelukaan orang lain akan memberi nikmat? Di kala kau tahu langkah yang kau ambil itu sumbang, tidakkah kau rasa ia patut di perbetulkan? Mengapa hati kau begitu tegar? Tidak terlintaskah di suatu ketika nanti akan ada hukum karma untuk kamu atau lebih tepat untuk kalian?

Tahukah kau sayang, dalam setiap perhubungan pasti ada pincangnya, janganlah kau menjadi dalang kepincangan yang telah sedia ada. Harusnya kau tahu hadir kau itu tidak diperlukan.

Mengapa harus kau mungkinkan itu adalah ketentuan Tuhan?? Hidup memang sentiasa diberi pilihan, jika kau telah ketahui pilihan mu itu suatu yang salah, kau hanya perlu perbaiki kesalahan itu, bukan terus menerus mengatakan yang salah itu benar, dan merasa seolah-olah kau tidak mampu melawan kehendak hati. Sebenar-benarnya kita berhak membuat pilihan, pilihan yang tepat. Jika tulus kau sedar adanya Allah S.W.T kenapa tidak kau merujuk kepadanya, benar apa salah tindakan mu? putihkah langkah mu menghancurkan sebuah masjid Allah? Tanyakan pada dirimu, malu dengan tindakan mu adik.

Bagaimana nanti seorang lagi seperti KAMU hadir didalam hidup kalian, dan mengata perkara yang serupa. Tidak mengapa menjadi yang ketiga kerna ia adalah TAKDIR. sanggup? Tanya hati kamu.


ps:: kecewa dengan sikap segelintir anak gadis sekarang, bila yang jelas salahnya tapi tetap dibenarkan.

Resepi ::Ikan masin masak lemak belimbing buluh

salam uolllsss...

Lama tak kongsi resepi kan... asyik sangat citer pasal baby. heee.. biasalah kan. ;D

Hari ni jom main masak-masak pulak.

Nak tunjuk gambar harap maaf, semalam masak2 terus ngap je, tak ingat nak amik gambar, jadi korang bayangkan je la yer.

Bahan mentah::

Ikan masin salai (yang kene potong2 sendiri, warna putih2 biasanya)
Cili padi - 10-15 batang (ikut nak pedas mana)
Halia -agak2 la
Bawang besar - 1 labu
Bawang putih - 3 ulas
Santan - 3/4 kotak (kalau nak sedap fresh punya lah)
Kunyit - agak2 je (letak serbuk kari sikit pon boleh... ;p)
Belimbing buluh - 5-6 biji

cara-cara memasak::

Tumbuk semua bahan-bahan kecuali ikan masin yer...hehehehe

Masukkan air dalam periuk, bagi panas sikit, masukkan bahan yang di tumbuk lumat tadi, kacau..bila agak nak mendidih, masukkan ikan masin, serbuk kari (kalau tak pakai kunyit), belimbing buluh dan akhir sekali santan. Kacau selalu, jangan sampai pecah. Bila dah pekat, tutup dan sedia dihidang.

Sedap di makan dengan sambal belacan & ikan goreng.

Selamat mencuba!

Thursday, June 23, 2011

Feeding bottles

salam..

heh! update lagik??hahahahhah

aku memang menggila bab botol susu ni. Walaupun memang bercita-cita besar nak BF baby, tapi yelah ibu bekerja haruslah botol susu menjadi keperluan juga ye tak. Esok2 stok2 EBM akan digunakan dalam botol juga, BF pon lepas waktu bekerja.

So marilah kita melihat botol susu idaman kalbu. Owh ye, botol susu memang keperluan ye para ibu tersayang, tapi jenama, cantik, mahal, murah itu adalah kehendak. So apa yang aku tunjuk ni merupakan kehendak.ngehhhhh....

Mahukan tak menjadi KEHENDAK comel sangat...geram!


momma zero+ ** owh!! memang pilihan jiwa raga mumy&dady** ;p


tommee tippee ** sudah di beli oleh adik aku ** tq my dear..


organicKidz stainless steel bottle :: kaedah lebih kurang termos flask kot...tapi comelllllll...
kebaikan pakai ni tak yah tukar setiap 6 bulan, boleh pakai terus.


Pura stainless steel bottle


wee go :: glass bottle, sama macam stainless steel tu..tak payah nak tukar banyak kali, tapi biasalah glass kan, so kena hati2 la sikit..lagi kadang2 budak kecik lepas susu terus baling botol macam bola. ;D


iiamo :: self-heating bottle


BreastFlow :: teats dia lembut hampir sama dengan ibu.




Japlo nane **sekarang dah banyak yang wide neck..cute jek

apa pilihan ibu? terpulang pada masing-masing yang penting carilah BPA free & anti colic...dan juga ikutlah kemampuan...

kenapa tak Avent dalam list aku?? entah sebab aku memang kurang minat kot, tapi kot esok lusa baby tak mau semua botol di atas maka aku akan pakai lah Avent. hiks!!

ps:: botol susunan mengikut KEHENDAK besar mummy yer.agagagaga









check up baby :: kali terakhir untuk sekali sebulan

Salam...

Nak ceciter pasal check up baru-baru ni.

Kali ni agak mengecewakan sedikit.. ;(

progress mummy merudum..HB aku rendah dari 11.2 * ni pon cukup2 makan je* turun ke 10.5, masa cek tu nurse cakap normally dengan kepekatan darah yang dilihat dengan mata kasar dah ok, tapi bila letak dekat mesin darah tu, HB aku turun. 2 kali darah aku kene ambil, 1st 9.8, kali ke-2 baru naik ke 10.5, tapiiiii tetap tak mencukupi..huk huk..

Berat badan naik dengan jayanya! ;p 58.5kg. Kenaikan 2.9kg, lebihan berat 0.9kg ngehhh... kena bebel sikit2 jek dengan nurse cute. Once aku mention berat je, terus dia tanya " Puan suka makan roti yer?" aku cam...erkk!!!
Memang aku suka makan roti sejak mengandung ni, sehari mesti 2 kali. Pagi sekali, petang sekali. Nurse cakap, karbohidrat terlebih sebab tu even berat naik tapi HB aku turun, sebab karbo tu dah menutup semua khasiat2 lain macam zink, vitamin C tu semua. Mulai dari itu aku kena makan sayur bayam, pucuk manis, buahhhhhhhhhhh dengan kuantiti yang lebih banyak dan kerap.. dan aku kena pastikan HB naik dalam masa 2 minggu ni. waa!!!!

sel darah anemia.

Please ibu ibu tolong saya...pemakanan apa yang boleh buat HB naik dengan cepat selain dari makan hati dengan kerang??? aku tak suka dua benda ni.. tapi demi anak ku sumbat2 juga dalam mulut.

Progress si kecil..sangat menyenangkan hati... ;) degup jantung normal, baby memberat ke kiri lebih. heheheh..
sekarang memang sangat aktif bermain-main dalam tummyland. Kadang2 sampai berombak-ombak perut bila dia bergerak. Daddy dia pon kemain seronok bila anak dah respon pada dia.

owh comellllllll!!!!

Progress keperluan baby?baju bajuan belum beli lagi, insyallah hujung minggu ni atau minggu depan. Bila dah start beli baju dia baru boleh start sesi men'laundry'..rasanya nak beli cepat, nak prepare awal sikit, sebab hujung bulan depan nak travel ke terengganu, pastu nak ke johor plak, so kene lah siap2 baju baby dalam kereta..persediaan awal. Perlu tak bagi korang ek?

Check up kali ni adalah yang terakhir untuk sebulan sekali, pasni dah 2 minggu sekali.owh hohoho.. seronok dapat masuk kerja haf day.ngehhh....


gambar ihsan dari pakcik gugel tersayang. *hugs*

Monday, June 13, 2011

23rd weeks++


salam semua...

hari-hari rasa nak update, dah bukak siap2, dah klik New post tapi tetaaaapppppp nan ado! hahahah....

okeh kandungan dah nak masuk 24 minggu means dah nak masuk 6bulan..

Baby progress ::

owh sekarang dia sangat aktif menandang, bermain guling-guling dalam tummyland. Early in the morning, katakan aku tersedar ayam-ayam pon dia dah bagi 1 morning kick, macam " assalamualaikum mummy..." heheeh..then bila aku bersiap-siap tu tak terasa. Bila sampai office, bila aku duduk je tak da buat kerja, maka dia pon memulakan misi tendang-tendang dengan jaya ;D. Waktu paling aktif adalah malam, lepas makan, masa tengah tengok tv, masa tu siap boleh nampak perut aku terjungkit-jungkit. Sayangnya tiap kali daddy dia nak tengok mesti dia senyap jek..huhuh..frust daddy tau cayang.heheheh

Mummy progress ::

kalau aku punya progress, alhamdulillah alahan dah langsung tak ada, kecuali loya di pagi hari & bau2 yang menusuk hidung tak kira wangi atau busuk, tu tetap mengundang uwekkkkk.... hahahah...
Berat setakat ni dah mencecah 58kg huhuhuh...kiranya dari berat check up yang lepas naik 2kg, alhamdulillah...
Mengalami sakit rusuk kiri dan kanan, jadi tidur kene la terlentang, untuk selesa aku selitkan bantal kecik bawah badan di kiri kanan. Pastu pusat pon sakit..hahahha..apakah kesakitan itu aku pon tak tau, yang penting sakit. Bila tanya mak aku, dia suruh letak handyplast jek, sebab pusat aku akan rasa berdenyut2 even hanya bergesel dengan baju ** pusat ai terkeluar yer...auuwww!! hahahah **


Keperluan baby ::

Owh aku dah beli barut, bedung & tilam kekabu untuk my little love. Aku beli online jek. Adalah sangat bertuah kalau ada mom2be yang mak dia tolong buatkan barut & bedung, ai tak leh, mak ai bizi jadi ai beli jek. Segalanya di hujung jari heheeh...dan dah pon menerima kesemua barangan itu...

Barut & bedung boleh di beli dari sini mybabycomel
Tilam kekabu boleh beli dari sini manjakucomel

Barut&bedung tu jahitan dia sangat kemas dan kain dia lembut.
Tilam kekabu tu gebu dan best, macam nak baring je huhuhu...

Keperluan mummy tidak ada langsung buat masa sekarang, sebab barang mummy benda senang nak cari tak kesah rupa apa pon. ;p



ps:: mummy tak sabar nak jumpa awak sayang!

Thursday, June 9, 2011

Viva saya terluka ;(


hidung dia dah kemek ;(


Kepala dia pecah.. ;(



Bibir dia pon sumbing dah.. ;(

sedih tengok dia... ;(

ps:: viva saya luka betul-betul hari anibeseri hari tu.. 5/6/2011 huk huk...

pss:: tapi dah belikan baju baru, minggu depan dah comel semula...yeayyy!!!

Monday, June 6, 2011

5.6.2011 - Setahun yang lepas




Hari ni cukup setahun kita bersama-sama menempuh alam baru, permulaan kisah hidup kita berdua. Mulanya keluarga kita nanti.

Setahun yang lepas, di saat lafaz ijab dan qabul itu, hati ini mengucap syukur kepada Allah kerana memberi kamu dalam hidup ku. Walau kau tidak sempurna, tapi cukup untuk menyempurnakan hidup aku.

Terima kasih kerana menerima diri ku seadanya, segala kebaikan, cacat cela, kekurangan diri ini. Terima kasih kerana pernah menghulurkan tangan dikala aku terkapai mencari makna hidup, dan sekarang kaulah makna hidup aku.

Terima kasih sayang.