Friday, December 30, 2011

Selamat Tinggal 2011

Esok 31.12.2011 penutup tahun 2011, syukur alhamdulillah tahun ni banyak kegembiraan yang aku terima, lebih dari tahun sebelumnya, mudah2han tahun hadapan bertambah baik dari tahun ni.

Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku miliki hari ni, Ya Allah terima kasih atas kurniaan Mu.

Dan tiada yang lebih gembira dari yang gembira adalah kehadiran Tuan Kecik. Putera Hati mummy & daddy. Anugerah terindah, terpaling berharga. Kegembiraan untuk setiap ahli keluarga.

My Little Caliph Ariq Ezekiel Lim


Muka geram! haha!!

SELAMAT DATANG 2012!! (^_^)

Wednesday, December 28, 2011

2 month yaw!



 
2 heroes in my life. i love you!

Times Flies...
Tup tup dah 2bulan lebih dah tuan kecik aku, ragam pon dah macam-macam.
Paling kuat mengamuk, kalau tengah feeling tunduk-tunduk tengok lantai ke, kaki seluar ke, jangan sekali-kali angkat betulkan kedudukan dia, harus dia 'uwaaaaaaaaaaaaaaa' sekuat hati hohohohoh....


Pandai merajuk, entah dia merajuk ke tak tak tahu lah kan, tapi aku anggap dia merajuk la hiks! Bila nak menyusu aku saja lambat-lambat cium-cium dia, mesti sambil susu, sambil merungut.kikikiki comel, kadang siap kerut-kerut kening sambil tenung muka aku.

Hari tu bawak klinik untuk 2month jab, jerit kena cucuk sekuat-kuatnya, lepas pujuk sikit terus sambung tidur huhuhu...nasib baik tak demam, balik rumah terus bagi ubat, masukkan sikit dalam EBM. Bekas kena cucuk tuam-tuam kan. Alhamdulillah ok..
 
2month jab! sian anak mummy..

Malam-malam tidur pakaikan celak, ikut kata mak aku, supaya bila orang jumpa dia, 1st orang akan tegur kening dia dulu, baru lah tegur diri dia...bila dah bercelak macam Sinchan plak aku tengok tuan kecik aku ni.hahahah
 
tuan kecik tidur bercelak..my little sinchan (~.~)


Baru-baru ni bawa balik JB, boleh tahan meragam jugak la. Lambat serasi dengan tempat baru, Asyik menangis je, sudahnya masa dekat rumah ayah aku, aku masukkan dalam buai, macam MAGIC!! TING!!! senyap sunyi sepi, tidur dengan lena-selenanya..lama ok.....dari pukul 6-9 malam koooo..tu pon bangun sebab nak susu, lepas susu sambung lagi tidur. Masa dia mengamuk memang risau plus sedih sangat hati aku ni. Kesian tengok dia asyik menangis tak henti-henti, tak tahu nak pujuk macam mana. Sudahnya buai adalah jawapan hiks! tapi bila dah balik rumah tidur bawah semula la... ;p buai tu reward sekali sekala. ahaks!

 
Little caliph with cik gurl, nak keluar makan ikan bakar Tip Top! sodappp uoolllssss...tempat dia area Sg Chat, kalau datang JB singgah lah yer! eh?? iklan makan plakss! ;p

Sekarang bila time nak tidur dah pandai nak daddy dodoikan, cewahhhh...tak laku dah mummy dia ni.hepp!! mummy is your priority tau! no mummy no susu! hahahahah...meroyan mummy. Tapi kalau dah stok mengamuk tak hengat donia, akhirnya ke pelukan mummy jugak la...heheheh...
 
lena..tilam empuk katakan..

Lepas tu bila time susu, cewah...dah pandai kemam-kemam, ketap-ketap gusi, maka.....paham-pahamlah! bila dia ketap gusi, mummy pon picit hidung dia bagi lepas gusi tu, pastu dia tengok muka aku sambil sengeh2.voley? Hobi hisap jari, dapat hisap jari memang diam tak berkutik lah dia. Siap pakej bunyi bunyian lagi, chup chup chup!
Diam-diam rupanya nyot-nyot yer....

Paling latest, tidur nak pakai bedung. pulakkkk dahhhh...time kecik2 jangan engkau bedung daku! daku panas mummy!! huhuu...dah 2-3 hari ni, plissss bedung mummy...adik nak tidur! katakan kena bedung je, tak da nak meronta-ronta ok....mata terus layu, tepuk2, nyanyi2 sikit..terus lelap. Anak-anak....kamulah pengarang jantung mummy n daddy. Kadang-kadang rasa geram, sekejap tu Ya Allah...sayangnyaaaaaaa....

 Tengoklah rupa budak besau kena bedung, tak muat okeh...heheheh...tomel!

ps :: Ezekiel pliss jangan cepat besar sayang...mummy rindu awak masa baby, eh??sekarang pon baby lagi kan? ahaks! tapi semua cakap dia dah macam 4-5 bulan.wuwuwuwuw...







Tuesday, December 27, 2011

Untuk mu para wanita

Ya اَللّهُ, mengapa wanita sering menangis?

Jwbnya: Kerana wanita itu unik.

Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,walau disakiti oleh orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat, tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA"

my sweetheart wedding


motif je kan letak muka aku awal2.hahahahahah
Hari sabtu 24/12 hari bahagia kuzen aku, kalau ikutkan dia pangkat makcik pada aku, so my little Ezekiel is cucu dia la.huhuhu...

Aku sampai agak lewat dalam pukul 3ptg, tapi i loikeeee..sebab pengantin dah free, dah boleh ambil2 gambar, tapiiiiiii bukan pakai camera ahkak yer...pakai photog dia laaa....currllasssss sgttttt...lagipon Ezekiel mengamuk time tu, jadi semuanya dah huru hara, pass Ezekiel pada daddy dia, padahal daddy dia la jurukamera cabuk I.ish ish ish...tuan kecik memang kuat meragam tau. Dah anak gitulah gayanya...:D tak pe janji nanti gambar aku ada dalam album pengantin.hahahah...

Tentang food...memang sedapppppppppppppppppppp!!!!!!!!!!!! giler! lagi2 tulang kambing tu, perghhhh!!!!! rasa nak pergi tambah nasi je, tapi malusssss...waakakak...segan ko...ada ke pergi makan tambah kat kenduri orang ;p tapi memang sodapppp....

Pengantin punya tema memang candy, blue+pink, sweett..sejuk mata memandang. Jom layan gambar pengantin.
 
The pelaminan...sweet warna dia.




inilah makcik aiii..mudakan? kami sebaya ;)
ni baju outdoor, tapi gambar indoor, motiffff..hiks!



tok cu sha n lalan ngeh ngeh ngeh...

  baju malam berinai

for my dear , semoga rumahtangga yang dibina akan kekal keakhir hayat, selamat menjalani liku liku alam baru. Cepat2 bagi geng untuk Ezekiel yeh.huhuhu...

updated picture ;p

Friday, December 23, 2011

Aku Maafkan Kamu

aku rasa lagu ni kewl giler!!

tak tau kenapa, tapi aku suka lagu2 malique ;p






Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Thursday, December 22, 2011

Cara mengatasi masalah EBM untuk peti ais 1 pintu

Mak aiiihhhhh..panjang betul tajuk yer? huahuahua...

Cewah...baru ilmu secetek air beras 1 pot, nak ajar orang ye ko june! ;p
Sebenarnya aku pon dapat cara ni dari 1 blog..kang dah habis cerita aku bagi link blog tu yer. Banyak manfaat.

Aku ni dekat rumah cuma pakai peti ais 1 pintu, makanya dah pastilah peti ais aku akan bersalji malah membeku macam ais dekat kutub utara. Bila masanya nak defrost kan? kalau defrost jahanam segala frozen EBM dalam tu.sedih wooooo....

Tapi agak bernasib baik bagi aku, sebab EBM untuk 1 door fridge can be last for 2 weeks sahaja, so suka tak suka ko tetap kena guna EBM ko tu, kalau tak ko buang je, lagi la membazir. Bukan mudah ye nak kumpul EBM banyak2, apatah lagi untuk orang macam aku yang terkais-kais setiap hari ni.hua hua hua...
Ni rupa peti ais aku, peti ais tunjuk EBM tak tunjuk! hahahah...malu weiii..secoit sangat nak tunjuk ;p



So segala stok frozen EBM aku habiskan secara berperingkat dalam tempoh 1 week, kira macam ni, hari ni turunkan 2 pek 7oz frozen EBM, 8 oz chilled EBM. Esok macam tu jugak, sampailah habis, tapi lagi 2 hari tu nak habis frozen EBM tu, yang chilled EBM yang dah berusia 4-5 hari ko naikkan ke frozen. Agak2 korang paham tak? hua hua..sebab aku pon macam bengong tak paham apa aku cakap. Tapi korang kena pandai kira tempoh masa lah. Mungkin cara ni masih boleh berhasil sebab frozen EBM aku tak lah melambak2, sedang2 je la..so masih boleh gunakan teknik ni.

Bila dah sampai hari terakhir nak defrost, last frozen EBM di turunkan, then defrost lah peti ais....chilled EBM? memang tempat chilled tak terjejas, tapi dek kerana kerisauan tak bertempat aku ni, aku gunakan teknik SIMPAN DALAM BEKAS POLISTERIN PUTIH (tempat simpan ais tuuuuu).

Bekas polisterin putih tu....
credit picture : diyaluna.com

Beli ais dari 7E sebab 1 pek memang banyak, aku beli 3pek. 1 pek letak bawah sekali, then letak semua chilled EBM (botol) dalam tu, susun elok-elok, kemas-kemas, lapiskan lagi 1 pek ais, kalau ada EBM yang dalam plastik letakkan atas lapisan ais ke 2 tu. Pastu, pek ais terakhir di letakkan. Pastu amik surat khabar, lapiskan atas dia...ambik penutup, tutup. Insyallah EBM selamat, sejuk macam biasa, tapi untuk frozen EBM, korang kenalah gunakan hari tu jugak yer, coz kalau untuk frozen EBM, kaedah ni boleh digunakan untuk tempoh masa 3-4jam je. Dalam ni jugak aku masukkan Ice pack, so far masih keras lagi untuk di gunakan hari ni.

So....EBM aku terselamat...bila dah selamat defrost...mana-mana chilled EBM yang dah tua usianya silalah jadikan frozen EBM ye sayang semua...

Selama mana aku mampu gunakan cara ni? Entahlah....nak beli peti ais baru? yang 2 pintu? huahrrghhhh!!!!! beli deep freezer? berguling aku nangis oooo...dapur tecik tak muat nak masuk kot, lagipun $$$ wuarghhh!!.hua hua hua....selagi mampu buat cara ni, selagi tu aku buat.heeeee....

Cara ni aku dapat dari sini......http://pinkertonic.blogspot.com/2011/07/edisi-berpantang-susu-ebm-dibawa.html

Dari blog ni dia ajar cara export stok EBM masa dalam pantang untuk perjalanan jauh. So teknik yang serupa aku gunakan untuk EBM aku dekat rumah. So nak tahu details yang aku dok gebang, sila rajinkan diri buka blog PINKERTONIC yer.. :)

 SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK BAYI peace yaw!


Monday, December 19, 2011

Apabila di beri pilihan


...Apabila Ibu Boleh Memilih..

Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..
Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.
...
Anakku…
Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”, Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia sangat ibu rasakan,Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.Saat itulah…saat paling membahagiakan Segala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.
 
Anakku…
Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,
Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.
Anakku…
Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,Tetapi anakku…Hidup memang pilihan…Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,Maka maafkanlah nak…
Maafkan ibu…
Maafkan ibu…
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak…
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak…
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…

Saturday, December 17, 2011

Breastfeeding (^.^)

salam mommies!

 juga pada sapa yang sudi membaca...alorhh sopan santun polp! ;p

Alhamdulillah, dalam tempoh 2bulan lebih ni aku masih fully BF my little one, diharap rezeki yang Allah berikan ni hingga ke umur dia 2 tahun.

Pengalaman pertama kali susukan Ezekiel rasanya tak lah struggle mana, mungkin sebab memang air susu dah ada or entahlah, since aku susukan Ezekiel 1st time dia ok je. Cuma pada awalnya kekok, pegang baby tidak menjadi masalah bagi aku, sebab aku ada adik kecik2, so dah biasa. Bila susukan 1st time aku cuma biasa sebelah kiri je, sebelah kanan memang tak pandai langsung!

Malam pertama dekat hospital, aku bawa Ezekiel tidur sama atas katil, DF dia. Mula2 terkial-kial, sudahnya panggil nurse minta ajarkan teeheeee...

Lepas keluar hospital memang air susu dah mula banyak, hari ke 3 dekat rumah aku dah mula kena bengkak susu, sakit dia Ya Allah....keras macam batu aku rasa, macam nak menangis. Nasib baik ada breastpump, so aku pump dulu, masa pump memang sakit gila! suction slow, susu sikit je keluar, mungkin sebab liang2 masih tersumbat, bila tinggikan suction sakit nak rakkk!! tapi hasilnya...mata air susu banyak yang terbuka..

Bila dah balik JB, nak cuba buat stok memandangkan susu banyak, tapi macam mustahil. Macam mana nak bawak balik? confirm cair susu tu nanti, jadi apakah gunanya aku menyimpan stok? ke korang tau cara untuk bawak frozen EBM untuk jarak jauh dan masih kekal sama bentuknya? Kalau ada meh share yer. Ilmu EBM ni masih secetek air beras 1 pot jek.

Bila dah habis pantang, dah balik KL, mula urus Ezekiel sorang2, kurang tidur, kurang rehat, makan macam tak tentu hala, masih belum dapat rentak kehidupan baru, masih dalam proses adaptation, susu mula berkurangan. Kalau tak cukup rehat, susu aku memang merudum. Sekali pam kadang 3oz je :( sedeh gile!

Jadi aku cuba dapatkan rehat dan makan bila sampai waktu, alhamdulillah susu ok semula, tapi tidak semeriah masa dalam pantang. Paling maksimum boleh dapat 7oz, paling sikit 4oz. So kiranya aku ni dalam kategori kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apatah lagi my boy sangat kuat susu. 6botol x 3oz tidak mencukupi, harus tinggalkan 7-8 botol. waaa!!!!! cam no? cam no? Ada kawan aku cakap sebab susu aku cair, maka anak aku cepat lapar. Jadi macam mana nak bagi pekat? HELP!!

Sekarang sedang gigih membuat stok dan dalam usaha menambah pekatkan susu dan menambah banyakkan susu, haih!!! dah terdesak baru terhegeh2. Gigih tak gigih la kan, everyday bangun pukul 3 am & 6 am untuk pam. Kenapa tak pam pukul 1? sebab aku biasanya akan DF Ezekiel pukul 12, jadi pukul 1am tempoh masa macam dekat sangat, plus nanti tak cukup tidur pon susu yang terhasil tak meriah pon, so aku bangun pukul 3am dan pukul 6am memanglah bangunkan? Dekat opis pulak memang seboleh mungkin cari masa untuk pam 3x sehari. Kadang dapat jugak 15oz, kadang dapatlah 10oz. Rasanya setiap mommy yang alami masalah susu tak meriah akan buat macam aku jugak, ye tak mommy? Apa saja sanggup kita buat untuk anak kan?

So mommies, siapa2 ada cara pekatkan susu tolong beritahu yer. Nak banyakkan susu, aku nak cuba supplement Shaklee, insyallah..Doakan aku yer! Apa saja akan aku cuba untuk banyakkan dan pekatkan, paling tidak sampailah tempoh 6bulan.

Tapi paling indah adalah moment BF our baby is, they will looked into our eyes, give a very calm feeling & each time u'll falling in love to them.


Thursday, December 15, 2011

melted!

salam uolssss... fuhhhhhh!!!!!! hachemmmm!!! banyak betul habuk ;p

aku dah start kerja semula, maka si kecil buah hati pengarang jantung tinggal dengan nenek Tganu, tapi dekat rumah aku la, bukan pergi Tganu, sebelum hantar nursery tahun depan ;(

Ni nak cerita perihal si kecik. Rata-rata cakap my hero sebijik sebutir muka daddy dia..huhuhu.. tapi memang saling tak tumpah. sekilas pandang memang tahu itu anak Mohd Abdul Halim, tapi kalau mummy dukung, sah sah tak sama.huk huk sedeyy.... ;p

Yelah, tengok mata, SEPET! macam daddy.
Kulit  = daddy.
Hidung = atas "batang hidung" ikut daddy = mancung, mummy "hidung bawah" = kembang hua hua hua
Telinga, atas macam daddy, cuping bawah macam mummy
Mulut, bibir atas macam daddy, bibir bawah macam mummy
Lesung pipit ikut mummy
Jari tangan 100% daddy
Jari kaki 100% daddy
Tembam demok =  daddy
Kening = mummy
Manja  = mummy
kuat mengamuk = daddy

daripada 12 item , 9 ikut daddy. mummy? sipi2, sepoi2 bahasa je.ngehhhh....

anak daddy!!



dah menjengah 2bulan ni, dah macam2 cerdik, macam2 pandai.
sebok nak berbual, sambil menyusu pon boleh senyum2, sengeh2, ajak berbual, kadang2 sambil menyusu sebok merungut2 geram! huhu..
bila tengok toys kemain membulat mata, ajak toys berbual, cakap2, ketawa melekek, kelakar tengok gelagat dia.
Nak tido mesti nak tiarap kat dada mummy or daddy, bila nak cari selesa mula lah dok sondol2 kepala celah ketiak. ;p lagi2 ketiak mummy heeeeee
suka mandi, tapi jangan air sejuk, dia punya menjerit macam orang cubit, kalau air panas, gaya macam orang nak berenang.
kaki kemain tegap, letak kat peha dok melangkah sampai ke dada perginya.
Bila tido, tangan suka pegang baju mummy, jari tu mesti nak pegang sumting.
Kalau tiarap, senyap semacam, mesti tengah buat kerja " hisap tangan", bila tarik tangan tu kemain marah lagi.
owwwhhhh..nak cerita semua xlarat.hua hua hua...lagipun cerita banyak2 kang ada orang kata melebih, macam aku sorang ada anak.kikikiki

Tapi yang pasti paling suka bila dia pandang muka aku, the way he looked at me, melted my heart..inilah cinta pandang pertama aku. cinta ke akhir hayat.

cinta hati mummy (^.^)

 
pencuri hati with his book (-.-)