Friday, October 19, 2012

PELESIT

mintak maap semua..hari hari jumaat orang cakap perkara baik aku nak cerita seram seram sejuk pulak.
Tak pe kan? boleh kan?

Korang penah tak ada lebam tapi tak sakit. ada tak ada tak??

Aku selalu.

Aku rasa aku start rajin kena gigit then lebam tanpa sebab ni bila aku dah anak dara * anak gituuuuu..haha**

Tapi nak cerita dari zaman anak dara sampai mak dara macam panjang berjela sangat kan, kita cerita masa aku dalam pantang je la ek.

Masa aku dalam pantang memang banyak giler kot lebam-lebam ni.
Time seminggu dekat rumah aku tak ada langsung, tapi bila aku balik rumah ayah aku terus ada.
Bukan sikit-sikit ok, melambak.

Mula aku macam biasa-biasa je la, tak takut or apa-apa, sebab tau la kan badan kita tak bersih, tapi tak pulak fikir yang bukan-bukan, since aku tengok Ezekiel macam cool je, malam tidur lena, siang pon kalau nangis sebab kepanasan or nak cap cu. Jadi aku chillax je la.

Bila dah masuk minggu ke 3 berpantang, macam makin ligat pulak lebam kat kaki aku tu, aku pon beritahu ayah aku.

Ami June :: Yah, kaki kita kan banyak lebam-lebam - sambil selak kain tunjuk kat ayah aku
Ayah :: dah lama ke ni? - sambil tengok dan geleng kepala
Ami June :: Lama jugak. Dari kita datang sini lagi dah ada, tapi macam makin banyak pulak. Risau kita.
Ayah :: Kita pernah dengar bunyi Pelesit?tau bunyi macam mana?
Ami June :: tak.
Ayah :: sebenarnya dari malam kita datang lagi ayah dah dengar, ayah risau jugak, tapi bila tengok Ekel (ezekiel) ok je, ayah berjaga-jaga je la. Ada jugak ayah cari-cari tapi tak jumpa pulak.
Ami June :: cam ne bunyi dia yah?
Ayah :: dia macam ciiitttt ciittt, biasa dia bunyi 2 kali je.

Aku macam..... erkk!!!!

takutttt ooooooo.......
gambar ni dapat dari forum cari


Tak tenteram hati aku tau! Malam-malam aku mesti takut nak tidur, adik la tukang teman masa apak Ezekiel tak ada.

Sampai 1 malam tu, aku tak nak tidur dekat bilik atas, aku tidur bawah depan TV dengan ayah,umi dengan adik2.
Aku ni kalau dah dengan ayah aku kuat berborak. Berbual itu ini, tetiba............ benda tu bunyiiiiiii.....
ammmaaaaaa!!! takuttttt!!

Ayah aku pon berdesup bangun cari mana benda tu. Tapi memang nan ado la nak jumpa. Sebab Pelesit ni dia macam belalang color hijau muda, tapi dia kecikkkk coit je.

aku pernah je jumpa, tapi tak pernah aku tangkap dan hapuskan, aku takutttt...ngaaaaa!!!!

Ayah aku cakap benda ni ada bila dekat tempat kita duduk tu mungkin ada yang 'bela' atau dia ni merayau, kang cakap membela kang macam menuduh orang dekat situ pulakkan, so kita amik part dia merayau je la, tetiba jumpa pulak tempat orang yang berhadas macam ibu bersalin, so dia melepak la. seram sejuk haku dengor!

Bila darah nifas aku dah bersih dan aku pon dah boleh solat, lebam-lebam pon tak ada. aiiyoooo.... gerun tau hati kita! hahah!!
Tapi serius la babe..aku takut kooottt masa tu, tawakal je la.
aku pon tak paham kenapa benda 'tut' tu suka sangat kat aku ni.

Pernah 1 kali tu, aku camp dekat Kem Askar well macam uolss tau la kan, yang tak tau meh hakaq kasi tau,  hakaq kan Wataniah dedulu..gagah iolss kan. hahaha!!
masa tu ada yang kena rasuk rasuk ni, aku tak kena lah, tapi lebam dekat kaki ni jangan cakap lahhhhh...banyakkkkkkkkkkk amattt!!! dekat kepala lutut aku ni, siap macam bekas orang cengkam, lebam birat tapi sakit tak hado!

Bila aku tanya ustadz, dia pon tengok la lutut aku. Dia cuma cakap, benda ni suka kat aku, tapi dia tak boleh nak buat apa. Dia suruh aku banyakkan baca Ayat Kursi dengan 4 Qul. Buat pendinding. Korang pon amalkan tau. Bagus banyak manfaat. Mudah-mudahan kita semua dijauhi benda-benda tak elok ni.

Owh sambung jap!

Bila aku dah balik KL semula alhamdulillah tak ada lagi lebam-lebam tu, dan bila aku balik rumah ayah aku lepas pada tu pon dah tak ada jugak. Ngeri hakaq!

ps :: penutup macam hampas sangat kan? hahah!!

3 comments:

  1. baru tau macam tu rupa pelesit.selama ni dok bayangkan pelesit tu mcm hantu ponti*&%$k tu. Huhuhu..ke benda tu boleh berubah wajah? Ngeeeeeee mama takut jugak!!

    ReplyDelete
  2. yong :: dia gunakn belalang hijau as perantaraan je yong.dia dibela biasanya.huhuhu

    ReplyDelete
  3. Aku pun slalu lebam2 start dr anak dara sampailah mak dara ni hah.. sbbnyer kt period bnyk bdn kurang darah maka lebam senang jd... ;)

    ReplyDelete