Saturday, July 28, 2012

Breastfeeding :: Marhaban Ya Ramadhan!


Marhaban Ya Ramadhan!
Salam ramadhan semua.. dah 8 hari kita mengerjakan ibadah puasa, semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya ;)

Biarkan lambat asalkan ucapkan jugak ye tak? ke tak leh gitu? boleh lah yer..layankan je la aku ni.kuikui..

Minggu lepas, 1 ramadhan aku sambut dekat JB, ye la tahun ni giliran beraya dekat Terengganu, hubby side, so sambut puasa pertama dekat kampung aku la, nak hujung2 puasa balik awal sikit, puasa dekat kampung hubby pulak then terus sambut syawal. adil dan saksama gitu kekdahnya. Jangan rebut-rebut, kena ada persefahaman bab bab raya ni. Tampak remeh tapi boleh jadi pergaduhan tau. nanti kang hakaqqqq kecik hati achaner?? ha? tak pon kalau abam sayang merajuk achaner?? dah tak dapat baju raya. kahhh!!

Balik je dari JB si kecik sepet chenta hati ayahanda bonda demam (-.-")
malam tu dalam pukul 3am kot lebih kurang, sepet merengek nak susu, tapi kali ni merengek kejap terus memijar menangis, aku sentuh je dia mak oiiii PANAS!!! alamak! terus mengagau aku cari ubat demam, basahkan kain nak lap badan dia. Cek suhu mencanak2 termo tu naik, aku tengok termo dah lebih 38degree je aku tak tunggu dah, tak yah nak tunggu sampai bunyi tet tet tet(termo murah je) bagi makan ubat. Lap badan ketiak semua pelipat. Bukak baju dia, terus bawak masuk bilik air MANDI!

Meraung si kecik tu jangan cakaplah...ye la sesejuk aku mandikan. Tapi tak delah kejam sangat terus jirus air sejuk kat badan. Aku basuh kaki dulu, percik2 air kat badan, ceduk air pakai tangan lap2 kat badan dia, dia dah rasa serasi aku jirus kat badan dia, lepas tu baru kepala. Tukar diapers, susukan, dia sambung tidur. lenaaaaa sangat... :(

Pagi bangun badan masih panas, bagi lagi ubat demam, merengek nak berdukung je. EL terusssss..Dah sampai ke petang tengok demam tak kebah, test termo panas dia masih maintain 38degree, lepas berbuka terus bawa klinik. Before tu aku mandikan lagi, takut kalau2 panas dia mencanak naik cecah 39-40degree. Sampai klinik demam dah kebah, rasa dedar je la.

Bila beritahu doktor panas dia almost 39degree malam tu, dia tanya aku buat apa. Aku cakap aku MANDIkan. then doctor said " GOOD! itulah yang terbaik" jangan biarkan anak panas, mandikan dia. Bila aku cakap dia akan panas gila bila lepas maghrib ke subuh, doctor kata tu viral fever kot?? aku ni kadang pekak sikit.kahkah!! Then doktor bagi ubat biasa untuk budak demam lah, and 'bullet', ubat masuk kat montot. cepat turunkan suhu. So tak yah nak pergi mandikan anak sesubuh hening. Mak mak semua pastikan 'bullet' tu ada dekat rumah, SENTIASA!!

Ezekiel dengan demam macam isi dengan kuku, jadi aku dah kurang panic bila dia demam, cuma kali ni agak lama, 3 hari baru baik sepenuhnya. Sebelum ni, demam hari ni, esok dah ok, pastu terus pandai benda baru. haha! demam nak cerdik, ni tak tahulah.

Ok dah panjang citer pasal demam. heh!

BF mommies during ramadhan, how you can survive??

aku??? struggle!

Hari 1st puasa bergetar-getar kaki, kepala lutut aku, Sepet kalau aku ada memang kejap2 susu, kejap2 susu. Nak sampaikan waktu buka, aku macam nak pitam.haha!!

Hari kedua, dah ok sikit, tapi tetap rasa mengigil jugak.

Hari bekerja. PUMPING?? haruslah pump kan, tapi aku pump kat office sekali je! lepas pump terus laparrrrrrrrrr sangat! nak pump kali kedua aku takut aku tak leh nak drive ambil anak balik rumah bagai. Ade kang aku hypo, peluh peluh sejuk mata berpinar.huisshhh!! minta jauh. Ye la sekali pump kadang dapat 6oz, kadang 4oz (sedehhh), kadang hape pon tarak ;(.

Bekalan susu semakin merudum, ye la kalau sebelum ni aku pump sehari tu kira 5-6x sehari, sekarang sekali lepas sahur, sekali dekat opis, sekali malam sebelum tidur. achaner??? Nasib aku baik, Sepet sekarang dah kurang demand susu, dulu 4ozx6botol, sekarang 5ozx4botol. Tu ponnnnn mengigih mak nak pam. huhuhu...mudah-mudahan rezeki Ezekiel dibanyakkan dan dimudahkan, paling tidak cecahlah setahun, kalau tak mampu jugak, campur campur lah ye nak! mummy cuba sehabis baik untuk awak.

Tahun lepas berpuasa + mengandung, tahun ni berpuasa + menyusukan. level struggle? SAMA!! tapi aku enjoice!! :D

budak happy dapat duduk dalam washing machine! tak paham mak!

Thursday, July 19, 2012

Rezeki

Assalamualaikum!

Ostajah June nak bercakap hari ni tentang rezeki ye... wohaa!! ;p

tak de lah ostajah..cuma bila terfikir tentang rezeki ni, aku selalu rasa diantara kita-kita mesti terlupa atau terlepas pandang. Bila tengok orang senang kita rasa bestttt nyewwww... aku le tew! ;p
Bila tengok orang pakai designer bag, besttt nyewwwww... aku jugek le tew! ;p
Bila tengok orang shopping tak renti renti best nyewwww... hakaq la jugekkk! ;p

Padahal, hidup kita pon tidaklah susah sangat, mampu je makan minum beli belah cuma mungkin tak mewah macam yang orang orang kita tengok tu. kan?

Aku selalu muhasabah diri sendiri bila aku rasa, BESTTTT NYEWWWWWW!!! pada setiap kelebihan pada orang lain. Takut dok best nyew best nyew sampai terlupa sebenarnya rezeki tu Allah yang beri, dia yang tentukan, jangan sampai lupa nak bersyukur dengan nikmat dia bagi. Asyik nak best nyew best nyew lupa nak bersyukur hari ni aku masih lagi mampu makan, hari ni aku masih lagi mampu klik klik online shopping ;D asyik best nyew best nyew penyudah dalam hati terus terbit rasa KENAPA AKU TAK gitu ek? KENAPA AKU MACAM gini ek? KENAPA KENAPA KENAPA... terus langsung lupa erti rezeki terus lupa syukur dengan nikmat yang dah di beri.

Sesekali bila terasa diri terhimpit masalah atau terasa seronok dengan kehidupan orang lain, kita perlu jugak tengok tengok jeling jeling orang yang di belakang. Mungkin jugak ada orang lain yang rasa, seronoknya hidup macam kita, mungkin orang lain rasa kehidupan kita ni lagi best dari dia. Kita tak tau kan?

nak rasa best macam orang di atas kita, maka usaha. Jangan best best tapi duduk diam-diam tak ada usaha. Rezeki memang dari Allah tapi tak datang bergolek depan mata, kena usaha untuk dapat lebih, tak ada usaha tak ada la lebihnya. Sama dengan makan, Allah beri tangan, kita guna tangan untuk makan, nasi tak masuk sendiri dalam mulut kalau kita tak ambil dan suap, nasi tak masuk dalam mulut kalau mulut kita tak bukak. gitu kekdahnya...

Dah jom cekidaut Coach sale!! hahahahaha...best nyewwww u ollssss!!! ;D

Wednesday, July 18, 2012

9month pheww!!

angin bayu membawa diri ku sepintas lalu ezekiel dah 9bulan phewww!!! -.-"

uuoollssss!!! aku ni orang rabu tanpa kata aku tak pernahnya tak berkata kata. ;D

lil sepet dah 9bulan uollsss...
uyaiiiiii manjanya anak teruna kenit aku tu. nak melekap sepanjang masa, sikit sikit kang melepek kat aku, sikit sikit kang menangis mintak peluk mintak dukung phewww!!

Tapi... ioolsss ok jerrr walaupon geram jugak kadang tu ihikss!! bila mengenangkan esok kang dia dah malas nak layan ami, dia sebok nak main aku la makan hati, pastu time tu nak sentap sentap pon tak berguna lagi, nasi dah menjadi bubur. kahhh!! banyak lah ko punya bubur. hihik!!

So sekarang ni aku just enjoy the moment even tak berapa nak enjoy bila raungan di waktu nak tidur macam orang kena dera.fineeee!!! jom la ami teman main.... haha!!
sekarang ni Ezekiel memang sebuk nak bermain je, tidur semakin kurang, malam pon tidur makin lewat. ecewahhhhh...kemain lagi tidur lewat, sok pagi kejut pergi school tak nak bukak mata, pastu meradang radang aku kejut, bangun siap pakej nangis-nangis sebab mata ngantuk. dah tu, sapa suruh awak tidur lambat?? notty!
my lil gedixxx boy! hi auntieeessss!!!

progress Ezekiel setakat ni..

- Dah pandai memapah, pegang kerusi papah papah dekat kerusi. dari hujung ke hujung, sesekali suka sangat ketawa ketawa lepas tangan, pastu jatuh terduduk lalu menangis, maka ami pon biarkan saja hahahah!! bila ami tak layan, bangun lagi memapah lagi. auta je tau! drama! ;p
- Kuat makan, kurang susu. Susu dah berkurangan dari 4ozx6-7 botol dah jadi 4ozx3-4 botol je sehari eh bukan sehari la, dari 8am-6pm, tapi makan dari 3sudu besar sekali meal jadi 4sudu besar sekali makan. hamboii..patut eyot dah moncit!
- Dah pandai salam. Bila cakap salam ami, dia pon hulur tangan cium sambil mulut nganga.
- cium ami pon reti, tapi kadang-kadang malas nak layan asyik soh ayang = cium ami je. ;D
- Dah pandai cak cak, ecewah! tomel angatlah!
- Dah pandai lintas pagar, sebelum ni kalau pagar buka pon dia tetap berdiri je tepi pagar, sekarang dah pandai lintas pagar ikut ami masak kat dapur.
- Tak suka plain water, kena buat gaya kapal terbang ke apa-apa je untuk pikat dia. ngada tau!
- dah pandai bunyi bunyi brrrrr bila kita cuit-cuit bibir dia. korang paham tak?? tak paham kang aku upload video die, tapi bukan hari ni la. ;D
- Nampak dady nak keluar cepat-cepat kejar duduk depan pintu.hahah!! ini ami suka! kahhh!!

citer progress banyak sangatlah. penat ;p

Aku rasa dari 6m sampai sekarang Ezekiel bila demam mesti nak pandai sumthing tak kira la apa pon. merangkak, duduk, tumbuh gigi, apa-apa je. Demam tak lama la, just 1 malam 2 malam then baik, bila baik mesti ada benda baru dia belajar.

Hari tu masa 8bulan Ezekiel kena skin infection lagi. pity my lil sepet.

agak teruk jugak, sedeh sangat ;( sepet ni sangat sensitive kulit dia. Lepas sapu antibiotik alhamdulillah elok, tu pon selepas 2 klinik aku pergi, last resort pergi gomen baru ok. Doktor bagi jugak ubat gatal (sapu) BETAMETHASON (steroid) plisss plissss momieesssss jangan sapu steroid pada kulit anak2 yer, selagi boleh carilah ubat yang tanpa steroid. 
Aku tak sapu ubat tu, aku just sapu antibiotik untuk matikan kuman, mandikan dengan mandian EUBOS botol merah and sapu lotion EUBOS color green.
lotion untuk kulit sensitive. Alhamdulillah memang ok. kalau ruam-ruam pon elok pakai. bau sedap!

jenis oil. sapu sebelum mandi dalam 2-3 minit, pastu mandikan macam biasa takyah pakai baby bath lagi. bau charmomile.  entah betul ke tak aku eja, lantaklah.heeee...

Sekarang dah baik dah kulit dia, tapi ruam pulekkkk...manja tau kulit anak aku ni. Tapi ye la kulit baby kan. Tapi tu la, kesian tengok malam malam kalau panas dia tergaru-garu leher dia, merengek jek.. sian anak ami. cepatlah besar, biar kuat sikit antibody awak. susah hati di buatnya.

Yang menyenangkan hati aku sekarang, Ezekiel dah tak batuk berkahak lagi. Last pergi klinik amik neb dalam 2 minggu kot, kali ni neb dalam sebulan tu 3 kali pergi. bayangkan! ;(
kalau wap style Dr nadir jangan dikata, seminggu tu berkali-kali. ;(

Last sekali pergi, neb 2 kali berturut-turut, itu pon doktor suggest neb 4-6hours, tapi aku balik je. Mana celah aku nak redah pergi neb pepagi buta. Lagipun lepas neb tu dia nampak lega and tidur lena je. Lepas dari tu pertama kali jugak aku bagi Ezekiel makan antibiotik, ubat batuk, ubat selsema. Itulah kali terakhir pergi klinik amik neb, dan sampai hari ni Ezekiel bebas batuk berkahak, no more wheez sound, no more bunyi-bunyi while BF, no more hidung berair. Lega sangat!!! hope janganlah ada lagi kahak.

doktor tanya jugak pasal susu. Bila aku cakap masih fully BF, dia suruh continue selagi boleh, sebab kalau minum powder milk ada kemungkinan elergi/sensitif anak aku ni makin worst, sebab BF so elergi/sensitif dia kurang sikit. FYI Ezekiel ni ada elergi rinitis atau paling mudah faham elergi pada habuk/cuaca/debunga. Dia tak boleh habuk dan hawa sejuk. Dia mudah batuk dan selsema. Lagi pulak aku ni Asthmatic daddy dia pon ada alergi habuk/sejuk gabungan mantap kan, so pepaham lah. extra care extra extra segala extra. ngeheheh...


happy face! dimple tu ikut ami lah!! ngeeee!!! -.-v

nom nom nom!!! kalau dapat makan duduk senyap senyap sampai makanan habeshhh!! finish! baru bangun main. ;p! anak daddy sangat! 

till then! tata!