Saturday, June 8, 2013

Set Berpantang Pilihan: Nona Roguy or Mak dara lagi? atau lain-lain?



Aku dok memikir apelah set berpantang aku nak amik kali ni.
Masa Ezekiel aku amik Set bersalin Mak Dara / Ibu Halimah.


Isi dalam dia ada

Jamu Mak Dara (Serbuk) - habis dimakan
Jamu Mak Dara (Kapsul) -  habis dimakan
Losyen Param Ibu Halimah - suka sangat!! bau jamu yang tak menyakitkan hidung.sedap je.
Bedak Sejuk - masih digunakan untuk mandi, bancuh, sapu kat badan. 
Lulur Kopi - Campurkan dengan bedak sejuk, elok hilangkan hitam2 dekat celahan & perut.
Bengkung - TERBAIK! panjang (sesuai dgn aku yang tinggi galah ni) tebal. senang nak pakai.
Tungku Kukus Herba  - Tak pakai. Elok tersimpan.
Rempah Mandi  - Tak pakai. Elok tersimpan. Aku mandi air daun2 asli :p
 
Alhamdulillah semua dalam tu pon habis aku guna dan aku sangatlah suka! Jamu dia memang terrrrbaikkkkk! baik yang serbuk or yang kapsul, 2 2 pon aku suka, tapi yang serbuk hazabedah sikitlah nak minum. Masa minum tu aku campur madu so tak de lah kelat pedas sangat rasa dia. Yang aku tak guna langsung dalam set tu, tungku and rempah mandian sebab untuk mandian tu mak mertua aku dah bawak segala jenis daun dari kampung, orang panggil mandi serom kot. Daun-daun dia like serai wangi, kunyit bara (yeke???) daun-daun lain lagi lah hahahhaha..tak tau la aku. Tungku plak, aku pakai batu sungai, pon ibu martua ku bawak, i lebiu mama!! so tak gunalah 2 benda ni...ada lagi kat rumah nun. Jadi kalau belum tamat tempoh, mungkin akan digunakan untuk adik baby kali ni. Kalau dah tamat tempoh selamat ke tong sampah je lah. ;p

so this time macam tak nak pakai ibu halimah punya set, aku beli jamu dia je nanti, tu pon lepas habis pantang baru makan, dalam pantang tak makan la, sian anak panas kang.
Kali ni aku macam nak pakai NR produk pulak.

1 set ada benda-benda dalam gambar bawah ni




1. Phytonatal (90 Tablets) ~ Untuk kegunaan dalaman - paling aku nak sangat! sebab lawas buang air. Masa pantang inilah yang paling digeruni. Masa nak membuang rasa berpeluh-peluh takut sembelit, so aku sangatlah berkenan dengan phytonatal ni.

2. Akar Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan dalaman - ni untuk minum, aku macam tak berapa nak sangat yang ni. bab-bab minum ni aku agak payah. ecehhhh...padahal air ubat periuk tu aku telan jugak walau nak termuntah2 hahahhah..makanya cukuplah aku minum air ubat periuk, tak yah lah tambah lagi 1 jenis minuman. muntoh okeh!

3. Herbanika Barut Krim (60 gm) ~ Untuk kegunaan Luar - ini kira macam tapel la kan. Ini aku nak, yang ibu halimah punya tak ada, dia ada param je untuk sapu satu badan, biar badan rasa warm..so dulu aku sapu limau + kapur, mengelupur rasa panas & gatal hahhaha..tapi ku tahan jugak jebat! nak kempis punya pasal. ;p

4. Uncang Cuci Herbanika (10 Paket) ~ Untuk kegunaan Luar - tak berapa nak penting, tapi memang sangat memudahkan. Macam masa Ezekiel aku cuci pakai air garam, air sirih pastu sapu manjakani. Sapu manjakani ni rasa dia aucchhhhhhhh!!! pedih! tapi insyallah cepat kering n baik. Cara dia, ko asah biji manjakani tu, then serbuk dia sapu kat benang tu, insyallah cepat baik luka. Kalau rajin terlebih boleh rebus & minum, tapi yang ni aku tak buat. tak daya nak minum macam2.

5. Herbanika Lulur (100 gm) ~ Untuk kegunaan Luar - Lulur ni aku baca review katanya bau rempah ratus, so tak nak! baik aku pakai lulur binari susu kambing. putih mulus terus hitam-hitam ku dulu. ;p lagipun wangi, rempah2 tak mau.

6. Minyak Herbanika (100 ml) ~ Untuk kegunaan luar - ini aku nak, boleh titis kat pad, so rasa macam pakai pad berubat tu kan. macam best je, pastu ramai cakap dia best, so semangat nak mencuba.

Jadinya dari banyak2 tu hanya 3 benda je yang aku suka, so....beli loose item je la nanti. Param & pilis boleh beli yang murah2. Yang jenis serbuk, yang serbuk ni biasanya produk air mancur kot, sepeket RM1, beli 3 4 paket dah cukup dah, tak pon aku beli sari ayu punya produk, param,pilis dia jenis krim, so ko sapu je la. kalau sapu krim pon malas apa pon tak bleh ;D

gambar produk dia. Nak beli boleh klik link bawah tu.

Atas ni gambar produk Sari Ayu, ada tapel, param, pilis, minyak telon baby & bengkung lilit 5meter panjang dia. Harga RM48. Berbaloikan? Aku suka sebab semua pon jenis losyen, so ko tak payah nak berdebu-debu dengan param kat badan, dengan pilis kat dahi. Anak pon selesa, kita pon selesa. Tapi aku tetap tak beli set, aku beli 2 benda je. Mungkin cari kat Mydin ada la kot, kalau tak de, aku beli online je.

Setakat ni hati aku memang dah stick dengan NR & Sari Ayu ni, tapi kalau tentiba masa berpantang nanti aku pakai yang lain, tu nanti aku cerita ye. :)

Lagi 2 3 bulan je ni nak bersalin...nebes hoii!!!

5 comments:

  1. babe..aku dulu masa ameer beli NR..err xabis pakai pun sume ade lg..aku nk smbg pakai jelah utk baby adik ni..kihkih..dulu xmkn jamu dia abis sbb ameer nak face jaundice dlm 2minggu so nurse suh stop..pastu smpi sudah xmkn..minyak n uncang cuci je aku gune..hehe..yg minum2 tu pun mama aku buat air dia sendri..tah ape tah aku main telan je..errkk! tepel pun aku xpakai since mak aku wt limau n kapur tu..mmg cepat flat a perut panas..but aku xsuke sebab gatal siot..pastu kulit cm jadi itam skit..ni aku xtau nak ganti ngn ape if nk tukar..mmg menjadilah but gatal tu xthn

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu sbb aku xmau beli set, beli loose je sbb rasa mmg bkn sume pon aku pki. tapel tu aku beli sbb nk ngurangkan pki kapur limau tu la.xdaya nk tahan gatal dia tu, merenyam habis. dpt selang2 pakai pon ok la kan. panas tu daya lagi nak tahan, tapi gatal tu huiiiyaiiii.... pil tu kalau anak xtahan nanti mgkn xmkn jgk la, tgu la pas hbs pantang, tgk bby serasi ke x. aku pon dulu dah hbs pntang baru mkn jamu. ezekiel prolong jaundice. hrp adiknya jgn la begitu jgk.

      Delete
  2. aku dengar phytonatal tu best wehh. nanti kau share kot² lah aku nak guna nanti for future! HAHAHA. aku hr tu nak beli masa sembelit sebab gi travel tak henti hr tue. tp tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kidz, kalau aku jadi belinye aku review ek. akan ku nantikan future ko tuh..heheh

      Delete
  3. mintak izin tuan tanah posting kat sini ye... kalu still tak beli lagi and berminat ngan set NR ni bole kontek saya... satu set harga rm270... yang sume2 barang original poster bagitau dalam set tu memang betul la tu... kalu nak barang lain / loose pon bole jugak... contact no 012 - 321 3456 (haniff) :)

    ReplyDelete